Thursday, May 23, 2013

bila pompuan merajuk

Assalamualaikum wbt....

Waalaikumussalam wbt....


bila pompuan mula merajuk.....alahai....

kisahnya.....

setiausaha bos kecik ati kat bos....
lalu berhenti kerja on da spot.....

bos pening...pasai pa plak...takkan dia usik sikit dah merajuk sampai berenti keja....

---------------------------------

hasil soal selidik....
setiausaha bos dah lama makan ati...
bos kata camni, dia terasa...
bos kata camtu pon dia terasa...
bos pun aih....tak paham pulak orang kecik ati....
sampai satu tahap, kecik ati sangat-sangat...
berenti kerja.....


---------------------------------


bila fikir balik rasa nak gelak pun ada.....
macam lucu pulak.....

sebab kecik ati sampai berenti kerja weh....

ya...pompuan memang cam tu...kalau dia dah kecik ati...
dah terguris.....
dah lebur hati dia...
susah nak pulih...
dia boleh maafkan, tapi kesan tetap ada....
dan dia suka undur diri....

masa tu, toksah la jadi gentlemen ke, romantik ke, pujuk bagai nak rak ke....
tak jalan dah....

so how ??????


meh nak share sedikit tips....

kalau nak bergurau, tak kira la lelaki ke pompuan...
tengok air muka dia, respond dia...
dia suka ke dak dengan gurauan kita....
kalau tak suka, toksah lah dok ulang gurauan yang sama...
kang ada yang kena pelempang.....

bergurau bersenda ada batas dia...
hati orang lain-lain...
penerimaan orang pun lain-lain.....


Monday, May 20, 2013

kelas kpp dan ujian berkomputer

Assalamualaikum wbt....

Waalaikumussalam wbt....


hari tu aku ada tanya u olss fasal BL1M kan...nak tau apa cer......

tapi aku sendiri lupa update..ehem...hampum mahap yer...


by the way, maklumat yang aku dapat....dibuat secara berperingkat mende alah ni...

and adik dia pun dah p kelas KPP yang 5 jam tu...
tu pun, tak dak orang habaq pun kat dia....
nasib baik abang dia aka pakwe aku tanya aku..
at first aku malas gak nak cek, rasa cam nak cek esok aje...
tapi tangan aku p jugak bukak tenet and cek...

laaaahhhh...esok plak dia ada kelas kkp tu.....aduhhhh nasib baik aku cek..
kalo dak mesti adik dia terlepas.....huhuhuhu....

so korang korang yang belum dipanggil. sila rajin update yer....cek sokmo2 supaya tak terlepas.....


lepas tu, kelmarin plak dia ada ujian berkomputer tu....tu pun nasib baik aku tergerak hati nak cek...tapi yang ni, pihak psm tu dah call dia siap-siap...nasib baik.....

tapi kan....BL1M ni dia buat kat PSM je...ni kat terengganu la..negeri lain aku tatau...so problem sikit la, kalau orang yang dok area besut ni kena turun PSM kat Gong Badak tu....agak jauh.....erm..biasalah, mende murah kan.....

okeylah...sesape yang ada amek BL1M ni sila cek sekarang =D 

Sunday, May 19, 2013

Semakan UPU Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2013/2014

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt...


17 Mei 2013......dah boleh buat semakan UPU....
kompom berdebar-debar kan...
okey, tahu.....jam 12 pm korang dah start beratur panjang depan laptop nak cek kan.....
sape yang belum cek boleh cek la la ni jugak....


Semakan boleh dibuat di http://upu.mohe.gov.my

------------------------------------------------------------



zaman dulu kala....time aku belajar dulu...dok tunggu surat ajer....
kawan-kawan semua dah masuk matrik...kita ajer tak dapat....
semakan untuk masuk maktab keluar...bila kita check pon tak dapat....
sedih ? memang pon....
semua orang dah pakat dok sambung belajar...p mana-mana...aku ja yang tak p memana....

lepas tu, beberapa minggu kendian kot, lupa dah...
surat sampai...
weh melompat tinggi-tinggi...
keseronokan....
ehem ehem ehem...

ok ni cerita aku....



------------------------------------

ekceli hari ni nak membebel sikit....

kalau korang tak dapat....

adik-adik yang dikasihi dan disayangi....


kalo tak dapat upu.....
tok sah dok sedih sangat...
sebab ni bukan bermakna KEMATIAN dalam hidup anda....

TAK DAPAT UPU = KITA MASIH BERNAFAS....

lek a weh....
adik aku pon tak dapat...kebetulan dia check dalam kete, aku dok sebelah...
bila aku tanya, dia jawab tak dapat...nak nangis boleh dak ???

aku jawab...
lek a weh...tak dapat upu, bukan mati pun...
idop lagi....


ko bukak mata luas-luas....
tengok berapa ramai bebudak uni yang dok menganggur lepas tu terus kawen jaga anak....
tu pon kalo kawen la...yang tak kawen ni....berapa ramai yang dok merungut TAK DAK KEJE...
keje ade......tapi depa TAK MAU sebab bukan depa punya taste konon....

ni nak habaq mai....kawan aku dulu tak dak la belajar tinggi pon...nak kata pandai tu, pandailah aku sikit....masuk u konon....
tapi aku keje pun gitulah....biasa-biasa aje bukan pegawai pon....
kawan aku tu, JAHIT BAJU je.....tapi TUKANG JAHIT skang ni kaya weh...sebab semua orang pakai baju kan...so khidmat tukang jahit ni memang diperlukan...
aku tatau negeri lain, tapi negeri aku nih, nak cari baju yang dah siap...atoyaiiii tak jumpa...ada kain pasang aje banyak....finally, kena cari TUKANG JAHIT jugak....


so...tak dapat upu tak pe la...amek je la kemahiran......kalau yang mara tu lagi best...dah la belajar masak, lepas tu p bagi elaun lagi...lepas tu kalau perform dapat keje plak tu...aish, ini tak boleh jadi....

pastu peluang belajar pun banyak....belajar buat kek, dapat sijil, teori, lepas tu praktikal kat tempat depa...elaun dapat....perform....boleh keje ngan depa...dak pun p bukak bisnes sendiri....

nampak tak...UPU REJECT....tempat lain OPEN lagi tuk kita...so tok sah la sedih-sedih.....kesian kat mata tu......penat menangis....=D

Saturday, May 18, 2013

aku, zhulian dan 'bakal' mak mertua

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt...



produk ZHULIAN


Mak dia masuk hospital....lelah katanya...
so aku ni, punyalah nak amek hati kan..ehem ehem ehem...
 p la melawat....ajak adik aku teman...


segan jugak at first, tapi dia cakap...tak pe pergilah..
so aku pergi ajelah....dia tade pon....
at first aku ter pk jugak...
nanti nak sembang apalah dengan mak dia kan...
yelah, mak dia kan sakit, mesti aku tengok ko, ko tengok aku....

masa p tu...
jumpa mak dia, cam beselah perkenalkan diri..
mak dia pun tau pasai aku, cuma gitulah, tak pernah sembang lagi...

bawak sembang, tanyalah pasal sakit dia tu..
eh eh... mak cik ni ramah pulak...
panjang pulak ceritanya...
aku pun dengar aje lah...
lepas tu masuk part ZHULIAN...
korang tau zhulian ? yang aku tau zhulian ni jual barang kemas aje...
rupa-rupanya zhulian ni jual macam-macam....
dari barang kemas sampailah personal care, healthcare, cosmetic dan lain-lain...


pastu dia tanya aku...
aku cakap, kerja biasa aje mak cik....kat kedai borong...nak kata buat marketing tak jugak, nak kata cashier tak jugak, saya buat aje apa yang ada...hehe...
sebelum ni kerja kat kedah, marketing la....
na kau, dengar aje marketing....terus la dia ajak aku join dia....
masuk zhulian ni...erkkkkkk
nak tersedak....
tapi layankan aje...
dan lagi dok pk....kalaulah dia suh masuk zhulian baru leh jadi menantu dia habislah akuuuuu....

sembang pasal zhulian ni, memang tak berenti la...
anak mak cik tu datang pun, dia bleh buat tatau aje, dia nak jugak cerita pasal zhulian ni...
aku pun asyik dok kerling jam aje..ehhehehe....nak mintak diri....

overall pertemuan dengan 'bakal' mak mertua berjalan dengan lancarnya......

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

nak suh orang suka kat kite ????


layankan aje bila dia bercerita...bagi can...walaupun kita dah tahu cerita tu, kita dengar aje...seskali mengangguk...lepas tu tanya macam-macam, tunjukkan minat kita, benarkan apa yang dia kata.....

orang suka bila kita dengar cerita dia daripada mendengar cerita kita.....so jadilah pendengar yang baik...biar dia kuasai perbualan.....korang akan dapat curi hati dia lah...

hehehehe....


nak tahu lebih lanjut...boleh baca buku HOW TO WIN FRIENDS AND INFLUENCE PEOPLE....=D

Friday, May 17, 2013

5 kosmetik mengandungi racun berjadual

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt...


aku suka baca testimoni produk....ada yang best buat aku terliur....ada yang tak best langsung.....

yang bestnya.....SF BEAUTY.....siyes memang kulit muka pengguna ni, at first memang tak cantik.....dia tunjuk gambar...aku siap terdetik dalam hati lagi.....hehehe...

lepas tu dia tunjuk plak gambar selepas dia pakai SF BEAUTY...weh...sangat cantik ok...putih, bersih, mulus....eiiii geram......miawww.....

feedback dari pengguna SF BEAUTY pun, ramai yang cakap produk ni sangat bagus dan berkesan....nak jugak try, tapi tak mampu aih....mahai....hehehehe.....

and.....today.....ada sorang kawan mesej aku kat fb...habaq SF BEAUTY ni ada racun berjadual atau merkuri.....oh oh oh....

terkejut la jugak....sebab produk ni ada kelulusan KKM okeyh...so memang sangat confident kalau nak pakai...but then bila jadi cam ni....rasa sangat.....scary.....

aku ada terbaca dalam blog komen pengguna SF ni...cam marah lah dengan KKM, yelah at first diluluskan, lepas tu tetiba tarik balik kelulusan ni....muka tu weh, risau gak....jadi paper karang...aish...

jawapan penulis tu, 

 * sesetngah pihak atau pengusaha telah mencampurkan bahan terlarang di dalam produk mereka selepas mendapat kelulusan kkm. malah ada juga yang memberi sample yang mengandungi herba tetapi adalah sebaliknya.

* bahagian kkm akan menjalankan lab test sekali lagi apabila mendapat aduan dari pengguna bagi produk3 yang terdapat di pasaran.


5 kosmetik mengandungi racun berjadual

KUALA LUMPUR 15 Mei - Kementerian Kesihatan berjaya mengesan lima produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual iaitu betamethasone dan logam merkuri yang tidak dibenarkan dijual di Malaysia.
Antara produk tersebut ialah Cellnex Anti Sensitive Essence Treatment keluaran Europe Cosmeceutical Industries Sdn. Bhd. yang mengandungi betamethasone manakala Natural 99 Night Cream dan Natural 99 Day Cream masing-masing keluaran Auraqu Enterprise dikesan terdapat logam merkuri.
Dua lagi produk keluaran SF Infinity Resources, SF Beauty Night Cream (Facial) dan SF Beauty Day Cream (Facial) turut dikesan mengandungi racun berjadual merkuri.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasinya, Datuk Eisah A. Rahman berkata, betamethasone adalah sejenis kortikosteriod yang biasanya digunakan dalam rawatan masalah kulit seperti ekzema, serborrhoeic dermatitis, psoriasis dan alahan kulit.
Jelasnya, penggunaan jangka panjang bahan ini tanpa pengawasan boleh mengakibatkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, kesan rekahan, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko diserap masuk dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
"Produk kosmetik yang dicampur dengan logam merkuri bagi tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan pula adalah tidak dibenarkan kerana boleh mengakibatkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf, selain mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang terdedah dengan bahan ini.
"Justeru, pengguna dinasihat untuk mengelak daripada mengguna dan membeli produk-produk yang mengandungi racun berjadual berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Eisah, pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah dinasihat dan diarah untuk memberhentikan penjualan dan pembekalan dengan serta-merta serta menarik balik produk dalam tempoh 72 jam.
"Syarikat yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000.
"Penjual juga diingatkan, pemilikan produk-produk ini juga boleh disabit kesalahan di bawah peraturan sama yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.


nampaknya......lepas ni kena MORE CAREFUL....
SAFI jugalah yang okey....eh eh....
*tetiba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....