Sunday, May 27, 2012

Rezeki itu akan ada.....

Alhamdulillah...
rezekiku datang mencurah-curah....

sedikit kisah aku nak share...
mana lah tahu kot-kot boleh motivate korang yang mungkin dalam situasi sama seperti aku...

aku tak pernah terfikir untuk bekerja dalam bidang sales...
dan aku sangat benci buat benda ni...
tapi, bila aku da masuk ke dalam bidang ni..
i have no choice...
aku dah banyak berabis...
so aku kena proceed walaupun aku tak suka...
dan aku tahu...
aku pernah dengar kata-kata...
kita hanya ada dua pilihan...
suka apa yang sedang kita lakukan..
atau berhenti dari melakukannya...

dan aku perlu memilih untuk suka apa yang aku sedang lakukan...
sebab aku dah pilih...
dan aku kena meneruskan langkah..
dan aku sangat yakin...
sebenarnya aku lebih hebat daripada apa yang aku sangkakan dalam bidang sales...

bulan pertama...
memang aku tak dapat sales langsung...
aku tahu nak achieve everyday 15 calls...
aku tak pernah kisah orang berminat atau tak dengan apa yang aku sedang promote...


bulan kedua...
bos kecewa dengan kami...termasuklah aku...
then kami diberi training...camana nak buat cold call (promotion thru phone)
aku belajar sedikit demi sedikit...
sehinggalah...satu hari...

mrsm kkb call...bertanya tentang pakej yang kami ada...
lepas tu sm sains dungun berminat...
dan seterusnya, sester call....
dan aku semakin bersemangat buat sales...
call dan terus call...
Alhamdulillah rezeki makin bertambah...

dan....aku tak pernah lupa buat dhuha dan solat hajat every morning...
selain daripada usaha kita, doa dan solat sunat juga banyak membantu...


oklah...kisah ni cuma sebahagian daripada hidup aku..
bukan menunjuk atau berbangga...
baru sikit aku dapat...
tak besar mana pun...
cuma sekadar ingin berkongsi rasa....dan juga cerita...
mungkin ada yang pernah mengalami atau sedang mengalami kisah seperti aku...


buat mereka...atau kamu...
banyakkanlah buat dhuha..insyaAllah...rezeki akan ada...=D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....