Monday, March 11, 2013

tip : guna perkataan POSITIF



Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt...

 Apabila berkomunikasi dengan anak-anak maka gunalah kata-kata positif. Yang dikatakan positif itu ialah menyebut apa yang dimahukan atau perlu dilakukan bukannya menyebut apa yang tidak dimahukan.

Mak tidak mahu adik bangun lambat lagi. (SALAH)
Mulai hari ini mak mahu adik bangun awal. (BETUL)

Kenapa mesti tinggal solat? (SALAH)
Pastikanlah solat lima waktu sehari. (BETUL)

Janganlah malas belajar. (SALAH)
Binalah sikap rajin belajar. (BETUL)

Tulisan adik ni kecil, cikgu tidak boleh baca. (SALAH)
Tulisan adik dah ok, kalau adik besarkan sedikit lagi ok. (BETUL)

Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad

6 comments: