Assalamualaikum wbt
Dapat dari whatsapp dan share di sini... =)
Duit Raya Anak
bersama Ust Bakhtiar Fitri (UBF)
9 Julai 2017 di Tv Alhijrah
-----------------------------------------
Ibu : "Ustaz, boleh ke kita guna duit raya anak?
UBF : Nak buat apa amik?
Ibu : Nak simpan sikit. Ye la... mana la tau kalau 'kering boleh guna.
UBF : Dari segi hukum, JUMHUR ULAMA menyebut ibu ayah tidak boleh ambil duit anak melainkan untuk keperluan. Contohnya ayah ibu mengalami kesempitan kewangan utk membeli makanan, maka mereka boleh mengambil duit anak untuk membeli makanan tersebut. Selain drpd itu tidak dibenarkan. Meskipun ayah ibu boleh untuk ambil duit anak tanpa izin, namun sebaiknya mintalah izin atau maklumkan kepada anak kenapa kita ambil duit mereka. Kita pun marah kan kalau anak ambil barang kita tanpa izin? Sama jugak la dgn anak. Sekurang-kurangnya kita tunjukkan contoh kepada anak sebelum menggunkanan barang org lain, hendaklah minta izin terlebih dahulu.
Tapi berbeza pulak dgn situasi jika ayah ibu ambil duit anak untuk disimpan di dalam bank atau tabung haji. Seeloknya bawa anak2 bersama2 semasa atah ibu ke bank atau tabung haji. Tunjukkan kepada anak buku akaun dan tempat terbaik menyimpan duit.
Cuma ada beberapa perkara yg perlu diberi perhatian.
~ sediakan 'portion' drpd duit raya anak utk membeli hadiah bagi meraikan mereka dan membantu kita dlm bulan ramadhan. Ambillah 30% drpd jumlah duit raya mereka sbg reward atas usaha mereka berpuasa, khatam quran atau membantu kita.
~ didik anak dgn mengambil sedikit drpd duit raya utk bersedekah kpd org susah. Paling tidak minta anak letakkan duit ke dalam tabung masjid surau utk disedekahkan.
~ didik anak apabila dapat duit, gunakan dahulu perkara wajib. Kemudian sunat dan harus.
Harus diingat, cara penggunaan duit oleh anak2 sangat bergantung bagaimana ayah ibu membelanjakan duit. Itu sebab tunjukkan penggunaan cara duit yg betul kpd mereka.
😊 jom share
Perkongsian yg bagus, duit raya ank3 separuh beli basikal separuh simpan kira ok la tu kan.. Ye klu hak anak kita kena minta izinkan, pernah dgr juga klu nk sedekah baju ank pun kena minta izin ank juga
ReplyDeleteGood sharing. Duit raya si kembar ni selalu asingkan sikit utk diorang belanja beli apa yg nak dan selebihnya simpan.
ReplyDeleteduit raya alya akak simoan dalam tabung haji..huhu beli mainan dia baru pakai duit dia..good sharing
ReplyDeletebudak2 mmg suka bila dapat duit raya..berkali-kali kira..hihi..
ReplyDeletebagus mendidik anak2 bersedekah..sikit pun takpe..
Thank you share.
ReplyDeleteSaya duit raya anak-anak masuk bank terus. Takut kalau lewat masuk dalam bank, kita terpakai. Hehe..