Thursday, May 5, 2011

bila hati ini dilukai

yeah...sebelum aku turun berjalan2 ngan member aku...aku nak tulis mende ni...juz nak share something...dengan sesiapa sahaja yang sudi baca =D

dulu....masa form 5, aku pernah kapel...tettttt....pastu paling best kitowang kapel seminggu je, senget....betul2 cinta monyet la...dia mintak putus sebab dia cakap aku terlampau baik...ok fine, baik pun salah eh..haha...pastu dia cakap kalo dia betul2 nak mainkan aku, mesti lama lagi...bukan seminggu, datz y mintak putus...ok baiklah konon kan sebab wat aku cam nih....fine jugak...haha

pastu dengan penuh semangatnya aku kal dia balik...sebab nak bagi ayat sentap sikit kat dia...oye, dia dok kuantan, aku terengganu...so juz kal je la kan...

masa tu memang aku jadi cool gile ah, padahal dalam hati pergh.....menggelegak je...walaupun hanya seminggu kisah kami..ecececeh....


aku cakap kat dia..

first saya nak cakap...saya dah maafkan awak..awak jangan risau...cuma satu je saya mintak, lepas ni awak jangan mainkan orang lagi, sebab doa orang yang teraniaya tu dimakbulkan Allah...cuba awak bayangkan kalo saya doakan awak accident, then awak betul2 accident, pastu mak awak tau, nape awak accident, sebab awak dah mainkan perasaan seorang pompuan...apa mak awak rasa...mesti mak awak sedih kan, anak dia wat cam tu kat pompuan lain...mak awak pun pompuan gak...

tapi awak jangan risau, saya tak jahat nak doakan awak sampai macam tu...orang lain saya tak tahu, yelah, kalo tengah marah, macam-macam leh keluar, kan kata-kata tu doa..

pastu, cuba awak bayangkan lagi…kalu saya tak maafkan awak….awak wat la baik camana sekalipun, dah kompom awak akan masuk syurga dah, tapi awak kena cari semua orang yang awak penah wat salah untuk minta maaf…kalo dorang tak nak maafkan awak canew…tapi awak jangan risau…saya dah maafkan awak…orang lain saya tataw…awek2 awak sebelum ni…

pastu, cuba awak bayangkan orang wat adik pompuan awak cam awak wat saya...apa awak rasa ? nak nak awak memang saya gile gile ngan adik pompuan awak....

saya tahu, awak nak mainkan saya at first, sebab awak sakit ati ngan awek awak, p tak sampai atikan....tak pe...papew pun time kasih banyak2 bagi saya ruang dan peluang tuk merasa....terima kasih sebab ajar saya kenal cinta, yeah cinta tu manis dan kadang kala sangat pahit....sekurang-kurangnya, saya ada pengalaman....orang sakitkan hati saya, buat saya sedih...at least, bila saya nak buat orang saya akan pikir dua tiga kali...saya harap saya tak wat orang lain macam awak buat saya....

awak nampak tak kesan dia…kesan bila awak berdendam dengan awek awak….awak sakit hati sampai berdendam, yang jadi mangsanya saya…tak pe, saya dah maafkan awak..jangan risau…

saya rasa tu je saya nak cakap….tq gembirakan saya seminggu ni…..

Bila cinta kini

Tak lagi bermakna

Yang ku rasa kini

Hanyalah nestapa

Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan

Manisnya janjimu

Yang ku sambut itu

Dengan segenap hatiku

Hingga engkau pergi

Tinggalkanku

Hilangnya cintamu

Menusuk hatiku

Hinggaku memilih

Cinta yang fana

Perginya dirimu

merobek jantungku

Hingga ku terjatuh

Dalam harapan

Hilangnya cintamu

Menusuk hatiku

Hingga ku terjatuh

Dalam harapan

bila kita melafazkan kata-kata maaf....maka terbanglah segala amarah yang bersarang di hati...maafkan lah orang...sebab mereka tak perfect..dan kita pun...tak perfect…

Ben Ashaari pun ada orang dengki....

oh....abang ben kita yang femes ni pon ada orang dengki, apatah Lagi kita yang tak Femes nih kan...mestilah ada....saja bagi contoh dia, sebab senang korang nampak, karang kalu aku sebut nama HM Tuah Iskandar, takut ada orang tak kenal lak...tapon sebut nama Helmi Suhaimi ke...susah kalo contoh orang tak kenal...tak nampak jadinya...tak best storynya...

okeh.....sebelum ni dah citer pasal orang dengki, benci, tak suka bagai kan...ni nak sambung sikittttt je lagi......

macam cerita sebelum ni....sape yang kena pujuk kita ? yes...pandai...diri kita yang kena pujuk kita sendiri sebab orang tak kenal dan tak akan faham kita sepenuhnya macam kita faham diri kita...kan kan kan...so cara nak pujuk diri sendiri lagik....

korang...kalo ada orang dengki tu...sebab korang ada kelebihan...means korang hebat...H.E.B.A.T. ok...so datz y la orang dengki sebab dorang tak sehebat korang.....pastu lagi kenapa dorang dengki ? sebab korang ada...A.D.A sesuatu yang dorang tadek...so korang mesti berysukur sebab korang HEBAT dan korang ADA....

so tayah la nak sedih sedih, sakit hati ke apa kalu ada orang tak puas hati ngan korang...cukuplah korang mampu puaskan hati sendiri...manusia..mana pernah puas....janji hati sendiri puas okey lah...hello ingat tak penat ke dengki orang....penat...sakit hati lagi kalo orang yang kita dengki tu makin berjaya....wah wah wah....padan muka dia...sakit hati sendiri...kita tak wat pe pun..usik pun tak...jadi....biarlah biarlah biarlah mereka dengan dengki mereka.....=P

mamat desperate

Edry. Aku kenal lelaki ni dah lama. Setahun yang lepas masa aku buat practical kat sebuah travel agent di negeri kelahiranku, Kuala Terengganu. Masa tu, masa rehat. Aku sendirian di pejabat, maklumlah puasa. Semua orang sudah keluar rehat. Aku pula asyik surfing sampai lupa pasang tanda close di pintu. Nak jadi cerita, masuklah seorang lelaki. Gabra la juga, maklumlah first time sendirian di pejabat. Aku senyum. Cuba berlagak biasa.

“Ya, encik ?” sapaku.

Lelaki itu menuju ke arahku. Aku mencapai sebatang pen dan kertas, bersedia untuk mencatat apa yang dia mahukan.

“Terengganu ke Labuan on 12 November. Berapa ya ?” Aku mencatat data yang diperlukan di kertasku.

“Sebentar ya.” Kataku sambil tanganku lincah menggerakkan mouse mencari maklumat yang diinginkan. Skrin computer menununjukkan maklumat yang aku mahukan. Aku segera mencatatnya di atas kertas. Pantas. Aku tahu pelanggan tidak suka menunggu lama.

“TGG-KUL, 12 November, 8 pagi, RM 150. KUL-LBU, 12 tengahhari, Rm 200. Jumlahnya RM350.” Kataku sambil tanganku menunjukkan kertas yang mengandungi maklumat penerbangan. Lelaki itu mengangguk.

“Bookinglah.”

“Ic encik, dan nombor telefon ?” Aku menghulurkan kertas dan pen untuk dia menulis nombor telefonnya. Selesai, dia menghulurkan kertas dan icnya kepadaku. Aku mengambil sambil tersenyum.Ya, aku memang harus sentiasa tersenyum. Muka tak boleh masam-masam. Kadang-kadang penat juga kalau selalu tersenyum, tapi apa boleh buat. Dah memang gitu gayanya kalau kerja kat hospitality line. Huhu.

“Encik bercuti kat Labuan ke ?” Entah kenapa, ringan mulutku bertanya. Bukan apa, kasihan pula melihat lelaki ini lama-lama menunggu. Untuk mengurangkan kebosanan aku cuba-cuba bawa berbual sambil laju tanganku mengisi maklumat lelaki itu ke dalam system.

“Tak lah. Saya kerja kat sana.”

“O ye ke? Dah lama ke ?”

“Baru juga lah. Pernah pergi sana ke ?”

“Tak lah. Saya study kat Sabah. Sekarang practical kat sini.”

“Oh....” Lama dia terdiam.

“Boleh minta nombor phone. Nanti senang nak berhubung.” Aku memandangnya. Lama. Terkejut juga apabila dia tiba-tiba sahaja meminta nombor telefonku. Wajahnya selamba. Senyum tidak masam pun tidak. Aku aje dari tadi yang senyum memanjang. Adey…penat tul la.

Agak lama aku membiarkan masa berlalu sebelum aku memberikan nombor telefonku kepadanya. Setelah menimbang-nimbang, ala bukannya dia nak buat apa pun. Just phone number.

Selesai solat aku baring-baring di katil. Penat pula rasanya hari ini. Tiba-tiba telefonku berbunyi. Aku pantas menjawab panggilan yang entah daripada siapa itu.

“Hello…”

“Hello. Boleh bercakap dengan Ify.”

“Ye, Ify sini. Siapa tu ea ?”

“Edry.”

“Edry ?” Berkerut keningku mendengar nama itu. Seingat aku, aku tidak pernah punya kenalan yang bernama Edry.

“Edry yang beli tiket dengan you petang tadi.”

“Oh….”

“I nak minta tolong you boleh tak ?”

“Hm…apa ?”

“Tolong carikan calon untuk saya boleh tak ? Ur friends ke ?” Na kau. Terkedu aku mendengar permintaannya. Direct. Straight to da point.

“Er….hm….i will try la. Tapi most of my friends sebaya I la.” Jawabku.

“Your senior ?”

“Hm….” Aku berfikir siapa senior aku yang boleh dikenalkan dengan Edry. Ramai….tapi takutlah aku nak kenalkan dengan dia. Kalau apa-apa jadi nanti aku dipersalahkan. Dahlah, aku tak pernah kenal pun Edry ni. Baru aje kenal tadi. Tak sampai 24 jam pun. Huhu.

“Thank you. Okeylah, nanti I mesej cirri-ciri yang I nak okey.”

“Hm…ha…okey.” Terkebil-kebil aku menatap handsetku di tangan setelah talian diputuskan. Ada juga orang yang jujur macam ni ya. Tak menyempat-nyempat. Kenal pun idak, selamba minta carikan calon. Adey…mana aku nak gagau. Huhu.

Handsetku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aku menekan button show.

‘Tahun akhir degree, putih dan cute. Umur antar 24-29. Thank you.’ Uinah siap ada ciri-ciri lagi. Memilih. Ingat kau ni agent cari jodoh ke ? Aku kerja kat travel agent, not agent cari jodoh ma…ayoyoyo…

“Woi….berangan.” Terkejut aku disergah Kak Izra.

“Apa la akak ni. Suka no kejutkan orang. Elok la perangai tu.”

“Mana ada akak kejutkan Ify. Ify tu yang kuat berangan. Apalah yang diangankan tu sampai akak balik pun tak sedar.” Aku Cuma senyum mendengar kata-kata Kak Izra.

“Tak ada apalah kak.” Terlihat senyuman perli Kak Izra.

“Ya la tu.”

“Orang teringatkan kawan la.”

“Kawan ke boyfriend ? Apa mimpi tiba-tiba teringat kat dia ni ?”

“Nama watak dalam cerita ni, sama ngan kawan kita.” Selamba aku menjawab. Betul. Aku tak bohong. Nama Edry dalam cerita yang aku tonton sekarang inilah yang mengingatkan aku pada Edry. Tiba-tiba sahaja. Aku pun tidak tahu kenapa.

Aku tidak tahu kenapa aku tidak boleh tidur. Mungkin aku terlalu banyak tidur siang tadi agaknya. Entahlah, kebelakangan ini aku rasa lain macam. Tension agaknya sebab exam dah hampir. Betullah tu kot. Preparation pun belum. Adedeh…camana mau dapat DL ni. Huhu.

Tiba-tiba telefonku berbunyi. Aku melihat nombor. Nombor rumah. Siapa la ni malam-malam macam ni telefon aku.

“Helo. Selamat Hari Raya.”

“Selamat Hari Raya. Siapa ni ?” tiba-tiba wish Hari Raya tapi empunya diri tak dikasi taw. Apa daa…

“Your friend la. Awak dah tak ingat saya ke ?”

“Hm….macam mana nak ingat, dah you tak kenalkan your self. Adoyai….”

“Ala….kawan awak juga pun. Awak kat mana sekarang ?”

“Kat Shah Alam.”

“Aik….Shah Alam ? Bukan kat Sabah ?”

“Hm….ni mesti kawan lama ni. Im at Shah Alam now. Dah habis diploma dah, sambung degree kat sini pula. Siapa ni, kasitau bah.”

“Edry.”

“Oh……” panjang muncung aku. Dahsyat tul la lelaki ni. Baru je kelmarin aku teringat kat dia. Hari ini dia tiba-tiba call aku. Tengah-tengah malam pula tu. Adey…

“So how ?” Aku tertawa mendengar soalan Edry. Dia memang tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Tak menyempat-nyempat.

“Sorrylah. Saya tak de calon la tuk awak. Huhu….Nanti la ye, kalau ada saya kenalkan.”

“Its okey. Awak ni sombong kan. Saya mesej tak reply. Tapi call jawab pula.”

“Hm….bila masa saya tak reply mesej awak ? Sorrylah, time awak mesej tu I have no credit kot.”

“Ye la…”

Lama kami berbual. Disulami gelak ketawa. Tambahan pula aku memang tak boleh tidur, apa lagi layan….kami berbual macam orang yang dah kenal lama. Tak sangka pula dia boleh senang aje get along with me. Siap mengutuk aku lagi tu. Amboi….mentang-mentang la aku ni jenis selamba, tak kisah. Suka-suki dia je kutuk aku.

“You, I mengantuklah.”

“Bha, kalau cam tu tidur la. Nite.” Kami menamatkan talian telefon pada malam itu. Aku menekan-nekan phone book ku, mana lah tahu terjumpa kawan-kawanku yang masih single.

Sarra-012-9001267

Pantas aku menghubungi Edry kembali.

“Edry…minta ur phone number. I rasa I ada seorang kawan yang still single.”

“Hm….nanti I mesej you.”

“Sekarang tau.”

“Ok.” Aku tertawa sendiri mengenangkan tingkahku. Bila difikirkan balik, aku ni macam Edry pula. Tak menyempat-nyempat. Bukanlah begitu, sementara aku ingat, aku bagi lah. Nanti karang aku lupa pula. Hehe. Alasan…nak cover malu.

Tidak lama kemudian telefonku bordering. Aku menjawab panggilan itu.

“Siapa ni ?”

“Edry la.”

“Oh….you pula. You pakai maxis ea ?”

“Yup. I tak pernah tukar nombor I sejak I dilahirkan.” Aku ketawa. Ye la sangat. Sejak dilahirkan lagi tu. Blah la.

“I rasa I tahu la kenapa I tak reply your sms.”

“Why ?” Sepatah Edry bertanya.

“Sebab….you pakai maxis. I pakai Celcom. Mahal dow…I kan student.” Edry ketawa mendengarkan jawapan aku.

“Kedekut…”

“Well….im student. Mana ada duit mau reload hari-hari.”

“Ye la sangat. I tak mesej you everyday pun.”

“Yelah…..” kataku. Malas aku bergaduh dengan Edry. Penilaian aku pada Edry bertambah satu, dia tidak mahu mengalah. Dengan aku pun dia nak menang. Apa la.

“You, nanti I mesej nombor Sarra kat you, ea.”

“Siapa tu ?”

“My friend la. Dia single lagi.”

“Macam mana nak kenal dia ?”

“Ayoo….you mesej her la, cakap nak berkenalan. You cakap je macam ni, I selalu story bout her kat you. Then you interested nak kenal her la.”

“Hm…”

Rasa macam malas sangat nak bangun. Entahlah, aku pun tak tahu apa dah jaadi kat aku. Semua serba tak kena. Aku mencapai handsetku. Satu mesej daripada Edry.

‘I dah mesej ur friend but no respond la.’

Aku Cuma tersenyum membaca mesej daripada Edry. Biarlah dulu. Nanti je aku reply.

Aku menghantar mesej kat Sarra memberitahu Sarra yang ada orang ingin mengenalinya. Siapa lagi kalau bukan Edry. Siap aku buat cerita lagi yang Edry ni kononnya abang angkat aku. Huhu. Sorry Sarra.

Sarra mereply mesejku. Katanya memang ada orang hantar mesej nak berkenalan tapi mesejnya tu agak menakutkan.

Mesej dari Edry, ‘Hai, boleh berkenalan ? Im looking for someone….for be my future wife.’

Aku ketawa membaca mesej yang diforward dari Sarra. No wonder la Sarra tak layan. Kalau aku sendiri yang dapat mesej macam ni, aku pun tak layan. Betul-betul menakutkan. Desperate benar gayanya. Sarra juga memberitahu aku bahawa Edry siap mms gambarnya kepada Sarra namun Sarra langsung tidak melayan.

Malunya aku. Tak tahu macam mana nak cover balik Edry. Boleh pula dia hantar mesej macam tu. Aku pula yang termalu dengan Sarra. Apa punya lelaki la Edry ni. Straight to the pint. Jujur betul. Tapi….adedei...

Asyik aku bermesej dengan Sarra telefon ku menjerit nyaring. Minta diangkat tentunya. Aku menjawab panggilan itu.

“Hello…..”

“Hello, Fy, you ada call I tak tadi ?”

“Nope.” jawabku sepatah.

“Betul ke ?”

“Betullah, yang. I tak call you pun.”

“Hm…tak apalah. You buat apa tu ?” Aik….apa kisahnya sebenarnya ni. Dia memang nak cakap ngan aku tapi segan ke. Then dia pura-pura tanya aku ada call rumah dia tak. Sejak bila la pulak mamat ni pandai cakap berlapik ni. Hahaha.

“Makan.”

“Makan Maggie ke ? Sorrylah ganggu you.”

“Its okey. I tak makan Maggie la. Tak minat. You…”

“Ya…”

“I ada mesej Sarra tadi and now I dah tahu kenapa dia tak reply your message…” Belum sempat aku menghabiskan ayatku ketawaku pecah. Edry di hujung talian diam. Terpinga-pinga dia tentunya dengan sikapku yang tiba-tiba ketawa. Lucu sangat ke ? Belum apa-apa dah ketawa.

“Sorry Ed..I bukan nak ketawakan you tapi I rasa macam lucu.”

“Why ?”

“Kalau I dapat mesej macam tu pun I rasa I pun tak reply your message. You ni gelojoh la. Cuba la you kawan dulu. You macam…hm sorry to say tapi I have to, you macam orang disperate nak kahwin tau tak.” Dan aku ketawa lagi.

“Sorry. I memang tak boleh la. No wonder la you always fail when tackle a girl. Kalau gini caranya…..adoyai…” Sisa ketawaku masih ada. Aku terdengar Edry tertawa di hujung talian.

“Hm….I tak nak bazirkan masa I tau. I dulu pernah couple, and I spend time, money, all things for her but then…I got nothing. I rasa macam membazir tau tak.”

“Okey…I nampak you macam mana tau. You ada target, you anda mission, vision objective segala. Tapi….tak semua orang boleh adapt cara you tau. Kita kan ada adat. Tu la you ni terlampau advance.”

“Kalau you, you suka lelaki tackle you macam mana ?”

“Hm…me ? Okey, ni kisah dulu la. Ada la someone tu, dia suka kat I. Then dia try to make friend with me, then dia bagi clue. I macam perasan la juga, tapi tak sure sangat. Then he always message me, ajak I keluar, call me. Macam-macam la. Sampai satu tahap tu, I tanya la, you suka kat I. And he say yes. Then kitaorang sempat la couple sekejap tapi dah clash. But he is still my friend now.”

“Kenapa u all boleh clash?”

“Because at that time I dah ada boy friend. Hehe…”

“Nakal….”

“Ala…not my fault la. Lelaki tu yang tak pernah putus asa sampai I goyah. Macam mana juga kan.”

“So sekarang macam mana ?”

“You take time la. You berkenalan first. Always message her. Call her. Take care about her. Then dalam seminggu you bagitahu nak lebih rapat then sebulan you all couple la.”

“Ala….I nak short cut la.” Aku ketawa.

“Ye la. Short cut. Then melepas kan. You imagine, you dalam hutan. Nak short cut punya pasal then you loss padan muka you. Bagus you ambil jalan jauh then selamat.

“Ya lah…You tolong lah I.”

“I dah tolong, tapi kalau cara you macam ni. Macam mana I nak tolong, yang ? Adey….You call la Sarra. Now. Then nanti you bagitahu I apa reaction dia.”

“Tak nak lah.”

“Why ?”

“I tak suka la. I hanya call orang yang I suka je.”

“Habis tu you call I ni ? You suka kat I ke ?” Aku dengar Edry tertawa. Tentunya dia terperangkap dengan kata-kataku. Na…kau padan muka.

“Err…I suka bercakap dengan you.” Aku ketawa mendengarkan jawapan dari Edry

“Ala…you call la Sarra. You sembang macam you sembang dengan I. Okey je you sembang dengan I. Tak de pun you cakap pasal nak kahwin. Just like a friend.”Edry tertawa mendengar kata-kataku.

Dan…..kami bresembang hampir 2 jam lamanya. Secara jujurnya, seronok berbual dengan Edry Cuma kadang-kadang bikin panas bila dia dan aku sama-sama keras kepala. Na kau….ngam la itu. Buku bertemu ruas kan.

Asyik menonton sehinggakan tidak sedar mesej yang masuk. 3 message received. Semuanya daripada Edry dan semua mesejnya membuatkan aku tersenyum. Lucu mengenangkan sikapnya. Desperate. Sorry la Edry, aku dah letak namamu disini sebagai Mamat desperate. Hahahaha.

‘Don’t forget ur task.’

‘Kalau u jumpa orang yang I nak tu, I akan belanjaa u makan besar.’

‘Keep n touch.’

Aku mereply mesej Edry.

‘Kalau macam tu, I just offer my self je la. Upsss…tak cukup syarat, I tak cantik. Huhu.’

Tak lama. Edry mereply message ku.

“You terlampau muda la untuk I. Anyway thanks.” Aku ketawa memabca mesej Edry. Aku terlampau muda. Ala relax la, beza umur kita baru 10 tahun. Lagipun nice what dapat boyfriend tua-tua ni. Matang sikit. Hahaha. Aku ketawa nakal sendiri.

Aku mereply mesej Edry. ‘Bha….kalau macam tu apa kata you buat solat sunat istikharah, minta ur family pun buatkan untuk you. InsyaAllah you akan jumpa dengan orang yang you cari J.’

Bosan sendirian di rumah, aku mengambil keputusan untuk keluar. Tiada tempat hendak di tuju, aku hanya berpusing-pusing di segitiga emas. (nama segitiga emas diberikan oleh temanku Lena) Segitiga emas ni, area Plaza Alam Sentral, Sacc Mall dan PKNS. Suka suki dia aje nak panggil area ni segitiga emas. Aku pun tak tahu kenapa. Malas aku nak tanya. Hehe.

Sambil berjalan, mencuci mata sesekali tangankiu membelek-belek brooch yang menarik perhatianku. Belek ajelah, nak beli tak boleh sebab sekarang tengah pokai. Dapat pegang pun jadilah kan. Kaki masuk ke dalam sebuah kedai pakaian. Melihat pakaian-pakaian yang tergantung. Mataku lama menatap design labuci di beberapa helai baju kurung. Nak copy. Hehe.

“Yang ni cantik tak sayang ?” Hm….macam pernah ku dengar suara itu. Suara yang membuatkan aku merindu. Rindu pada si dia yang tersayang. Aku cuba mencari arah suara itu.

“Cantik. Bak, sini I nak try. You tolong pegangkan handbeg I ya,” dan perempuan itu berlalu untuk mencuba pakaian itu. Aku Cuma memerhati dari jauh. Cuma menjadi pemerhati sehinggakan si lelaki tersedar ada orang yang sedang memerhatikannya dan dia terkelu. Aku melemparkan senyuman yang paling manis untuk lelaki itu.

“Ify…..” belum pun sempat lelaki itu mengampiriku, aku terus berlalu dari situ. Sia-sia sahaja aku merindu dia. Dia langsung tidak punya perasaan itu untukku.

Jalan-jalan aku, window shopping aku hari ini yang bertujuan untuk merealesekan tensionku makin menambahkan tensionku. Makin menyakitkan hatiku. Kalau aku tahu begini, bagus aku dirumah sahaja. Biarlah aku bosan di rumah. Sekurang-kurangnya hatiku tidak sakit diperlakukan begini.

Telefonku bernyanyi riang. Namun hatiku sakit mendengarkan keriangan telefon itu. Lantas tanganku mencapai telefon itu.

“Hello…..”

“Ya…..”

“Fy, sayang,”

“Sorry, I ada kerja nak buat.”

“Please, dengar dulu penjelasan I.”

“I tak ada masa.”

“Please, Fy. I rindukan you. Kita jumpa….” Rindu ? Banyak lah kau punya rindu. Aku mematikan talian dan terus mematikan handsetku. Sakit hatiku bertambah mendengar suara dia.

Hampir seminggu aku tidak menghubungi Azeem. Hatiku masih berdarah mengenangkan sikpanya. Sedaya upaya aku cuba membuang dia daripada hidupku. Classmateku semua sudah bising kerana susah hendak menghubungi aku. Apa tidaknya, handsetku selalu silent. Manalah aku nak dengar. Sengaja aku berbuat begitu supaya aku tidak menjawab panggilan daripada Azeem lagi. Tiba-tiba sahaja setiap hari aku menjadi orang yang paling glamour. Kadang-kadang sampai 100 misscall. Rajin betul Azeem, macam tak ada kerja nak buat.

Hari ni ada meeting. Jam 9 malam kat DK 4. Ai…bengang betul aku, nape la dorang ni suka sangat wat meeting malam-malam. Cubalah buat siang-siang hari. Cerah dan selamat. Tak de lah ak nak risau balik naik bas. Jalan kaki pun boleh. Tapi bila dah malam ni, nak jalan kaki malam-malam, sorang-sorang dengan tak de tali pinggang hitam nye….aish…tu mencari pasal namanya. Hoho.

“Fy……” Aku menoleh kea rah orang yang memanggilku. Lebar senyumanku melihat Syan termengah-mengah mengejarku.

“Hey, nape ni ?”

“Mana handset you ?” aku sengih mendengar soalan yang keluar dari ulas bibir Syan. Tanganku mengambil hadnsetku di dalam beg.

“Sorry, sayang. I silent.” Kataku. 60 misscall, 12 message received. Syan yang melihat kea rah handsetku tertawa.

“Mak aih….gelemer juga kawan I ni ya.” Dia mengusik. Dan aku hanya ketawa. 50 misscall dari Azeem, 3 dari Edry, 2 dari Syan, 4 dari Qina dan 1 dari Fahmi.

“Kau balik dengan siapa malam ni ?”

“Dengan bas la sayang oi. Siapa lagi nak hantar aku balik. Hopefully la meeting tu habis awal.”

“Tahu tak apa. Bengang betul aku ngan dorang ni. Mentang-mentang lah dorang ada transport, suka suki dorang je nak buat meeting sampai pukul berapa-berapa pun. Lainlah kalau dorang nak hantar.” Aku mengangguk mendengarkan kata-kata Syan. Menyokong.

Aku dan Syan. Hanya kami berdua sahaja di bus stop.

“Fy, ada bas lagi ke tak ni ?”

“Ntah la. Last bus pukul 10.45. Tapi kalau ada bas 603 kita ambil je la, pergi seksyen 2 and dari sana baru pergi seksyen 7.” Syan hanya mengangguk mendengarkan penjelasan dariku. Risau juga kami. Sudahlah tiada orang di sini. Hanya tinggal kami berdua sahaja di bus stop dan kedua-dua kami hanyalah perempuan. Perempuan yang hanya mempunyai suara untuk menjerit. Nak fight, kompom la tak reti. Hehe.

Agak lama kami menunggu. Jam pun sudah menunjukkan ke pukul 11.05 minit. Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapan kami. Aku diam. Aku tahu siapa lelaki itu. Azeem. Argh….kenapalah Azeem boleh datang saat-saat begini. Tentunya dia sengaja mengambil peluang untuk bercakap denganku. Argh…bencinya aku.

“Jom lah, I hantar.” Gentlemen dia mempelawa kami. Syan di sisiku sudah menarik nafas lega. Aku masih tidak begerak. Kalau boleh aku tidak mahu dihantar pulang oleh Azeem. Biarlah aku di situ. Biarlah aku balik esok sahaja. Biarlah…kalau aku perlu bermalam di situ pun aku sanggup asalkan tidak dihantar oleh Azeem. Tapi…..bila difikirkan kembali, sebenarnya aku takut juga. Nak tak nak, aku melangkah kaki menuju kea rah kereta Azeem. Dan tentunya aku dihadapan sebab Syan sudah masuk di tempat duduk belakang. Laju betul perempuan ni.

“Hai, Zeem. Lama tak nampak.” Syan bersuara.

“Ada, Cuma busy sikit.” Azeem menjawab. Aku di sebelah hanya mendiamkan diri.

“You dekat blok 8 kan, Syan ?”

“Yup.”

Setelah menghantar Syan, Azeem tidak terus menhantar aku. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Hanya diam sepanjang perjalanan. Langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

“Kita makan dulu, I lapar la.”

“I nak balik.”

“Please.” Aku tidak menjawab lagi. Tiada guna aku bergaduh dengan Azeem kerana dia yang memandu kereta, bukan aku.

“You nak makan apa ?” Aku Cuma menggeleng. Azeem menarik nafas panjang. Aku tahu dia tentunya sakit hati dengan sikapku. Biarkan…biar dia sakit hati dengan aku. Aku dah penat sakit hati kat dia. Azeem mengorder 2 pinggan kue tiaw goring dan 2 gelas jus oren. Makanan kegemaranku. Dan makanan kegemaranku sama dengan Azeem. Selera kami sama.

“Fy, Syasya, is my cousin. I temankan dia beli baju on that day. I hope you are not misunderstood.” Azeem memulakan bicara. I hope you are not misunderstood. Konon. Sayang bersayang tu apekebendenya.

“Entah lah. I rasa telinga I tak pekak lagi. I dengar dengan jelas you panggil dia sayang. Kalau you rasa you tak boleh nak jaga hati I. Never mind. Thanks a lot for being my………temporary boyfriend. I boleh jaga hati I sendiri.” Berhati-hati aku menyusun kata.

“Iffyl Yanna, I sayangkan you. Please, forgive me.” Lama aku memandang kue tiaw goreng dan jus oren. Lapar. Aku memang lapar sebab dari tadi aku belum makan. Azeem memang pandai memujukku. Tapi….aku tidak mahu tewas lagi.

“Azeem…im sorry. I cant.” Aku berlalu pergi. Sebelum aku makan kue tiaw goring dan jus oren itu baik aku blah cepat-cepat. Nanti mesti aku kalah. Aku tidak mahu kalah lagi.

“Lewatnya balik.” Kak Izra menegurku sebaik sahaj aku masuk ke dalam rumah.

“Ada meeting tadi.”

“Ada bas ke ?”

“Tak lah. Balik dengan teksi.” Jawabku. Melayang RM 20 aku. Mahal gile. Tapi apa boleh buat. Have no choice.

“Kenapa tak minta Azeem hantar ?” Aku senyum mendengar soalan Kak Izra.

“Dia sibuk kak.” Kak Izra seolah-olah pelik dengan jawapanku. Sorry lah kak. Kitaorang dah tak de pape dah.

“Ify gaduh dengan dia ke ?” Aku menggelengkan kepalaku dan pantas sahaja masuk ke dalam bilik meninggalkan Kak Izra termanggu-mangu dengan sikapku. Aku tidak mahu Kak Izra fikirkan bukan-bukan perhubunganku dengan Azeem. Aku tidak mahu dia simpati dengan keadaanku. Biarlah aku sendiri yang menanggung semua ini. Aku tidak mahu melibatkan orang lain.

Esok ada test. Aku asyik mengulangkaji sehinggakan lewat malam. Eh, bukan lewat malam dah pagi dah pun. Itu normal. Memang aku suka stay up. Dah dapat mood nak study ni, kenalah study. Bukan senang nak dapat mood ni. Huhu.

Kedengaran pintu bilikku diketuk.

“Masuk.”

Kak Izra masuk kebilikku. Dia duduk di atas katilku melihat aku dengan buku-bukuku. Aku tersenyum melihat Kak Izra, namun senyumanku hambar.

“Ada test ke ?” Kak Izra berbasa basi denganku. Aku tahu itu bukan tujuan utamanya masuk ke bilikku. Ada yang lebih penting dari itu. Itu cumalah mukaddimah. Ya, hanya mukaddimah. Jadi aku Cuma mengangguk sebagai jawapan kepada persoalan yang dilontarkan oleh Kak Izra kepadaku.

“Ify dah makan ?” Aku menggeleng. Memang aku belum makan. Sejak petang tadi, selepas pulang dari kelas aku terus sahaja berkurung di dalam bilikku. Malam, aku bersama-sama buku dan nota-notaku sehinggalah sekarang. Pukul 3 pagi.

“Tak lapar ke ?” elok sahaja Kak Izra bertanya begitu, perutku berbunyi dan kami sama-sama tertawa.

“Jom lah pergi makan. Akak belanja, dah lama tak makan dengan Ify. Ify asyik busy aje.” Tanpa kata aku mengangguk. Aku mencapai sweater dan tudung. Bersiap seadanya.

Pagi-pagi begini, kami menuju ke KFC. Aku hanya menunggu di meja sementara Kak Izra mengorder makanan.

“Fy, kalau ada problem, story kat akak. Akak sayang Ify tau.” Terharu aku mendengar kata-kata Kak Izra. Kak Izra memang rapat denganku. Malah, Kak Izra yang kenalkan aku pada Azeem. Azeem adalah sepupu kepada Kak Izra. Azeem menghulurkan salam perkenalan ketika aku mengikut Kak Izra pulang bercuti. Walaupun Azeem dan aku satu kampus namun kami tidak pernah berjumpa. Maklumlah lain-lain fakulti. Aku hanya dapat tahu dia sekampus denganku setelah kami bekenalan.

Aku menggeleng lemah. Pantang betul aku bila ada orang yang mendesak aku menceritakan masalahku. Tambah-tambah lagi orang itu adalah Kak Izra. Kak Izra yang telah kuanggap seperti kakak sendiri sepanjang aku di sini. Kak Izra yang telah banyak membantu aku selama ini.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku tahu mesti Azeem sudah menceritakan segala-galanya kepada Kak Izra.

“Akak tak nak salahkan Ify. Kan Ify tahu, Azeem memang macam tu. Semua orang dia panggil sayang. Syasya tu memang cousin kami pun. Azeem anggap Syasya tu macam adik aje, Fy. Tak lebih dan tak kurang. Akak kenal Azeem dan akak juga kenal Syasya.”

Lama aku diam. Biarlah siapa pun Syasya. Apa sahaja anggapan Azeem pada Syasya aku tetap tak boleh terima apabila dia memanggil Syasya sayang di depanku. Amat mengguris perasaanku. Aku tahu Azeem, is a nice person. Bercakap memang lemah lembut. Tapi takkan semua orang dalam seluruh dunia ni dia nak panggil sayang.

“Ify jelous ye ?” Kak Izra meneka dan tekaan itu memang tepat. Aku diam seribu bahasa. Mengiakan tidak menolak tidak. Tiba-tiba sahaja aku jadi seperti perempuan yang paling sopan dalam dunia. Ala-ala ayu gitu.

Aku asyik bermain dengan makananku. Seperti tiada selera untukku makan apabila soal Azeem ditimbulkan.

“Im sorry sayang.” Kerusi di sebelahku diduduki seseorang. Terkejut aku dibuatnya. Hanya Tuhan yang tahu. Nak marah pun tak guna sebab benda dah jadi. Mataku melilau mencari Kak Izra. Kak Izra dah hilang. Hanya Azeem yang ada di sebelahku. Dengan senyuman yang amat manis. Hampir sahaja mencairkan amarahku. Namun egoku menghalang. Dan aku diam membisu. Menyambung kembali bermain dengan makananku.

“Fy……Azeem minta maaf ya. Lepas ni Ify sorang je yang Azeem panggil sayang.”

“Mana Kak Izra ?” sepatah soalan keluar dari ulas bibirku.

“Kak Izra dah balik. Dia sakit perut.”

“Bila masa you ada kat sini.” Azeem Cuma tersengih medengarkan soalanku. Aku tahu mesti dia dah berpakat dengan Kak Izra. Tak lain dan tak bukan. Kalau mama aku tahu, cair terlinga aku kena leter. Berdua-duaan dengan lelaki yang bukan muhrim pagi-pagi buta. Apekehe nye.

“Fy, jangan risau. Nanti Azeem hantar Fy balik. Dah, jangan marahkan Azeem lagi. Azeem rindukan Ify tau.” Lembut sekali suara Azeem. Azeem mencubit sedikit ayam dan menyuap aku makan. Ui…siapa tak cair. Tambah-tambah pula aku tengah lapar nak gila.

Azeem dah janji dengan aku tak kan panggil siapa-siapa sayang lagi selain daripada aku. Syasya…..macam Kak Izra cakap, Syasya cousin dorang dan Azeem just anggap Syasya macam adik sendiri. Tak lebih dan tak kurang, Cuma aku belum sempat berkenalan dengan Syasya lagi. Aku percaya, sebab jauh disudut hatiku aku masih sayangkan Azeem dan amat merindui dirinya.

Hubungan aku dan Azeem seperti biasa. Azeem memang baik. Tak menyesal aku couple dengan dia. Memang dia betul-betul sayang aku. Apa yang dia cakap dia dah tunaikan, Cuma aku pula rasa janggal bila dia tak panggil kawan-kawan dia dengan sayang lagi. Haha.

Dulu, aku tak pernah kisah dia nak panggil kawan-kawan dia apa. Sayang ke, Cinta ke or what everlah. Dia memang berjiwa lembut. Bercakap pun…adey….cair je aku dengar. Tak pernah cakap kasar dengan siapa-siapa pun. Patutlah ramai orang yang sukakan dirinya.

Aku amat berterima kasih kat Kak Izra sebab dah selamatkan hubungan kami. Sayang aku pada Kak Izra makin bertambah. Tapi tentunya sayangku pada Azeem melebihi sayangku pada Kak Izra.

Handsetku berbunyi. Menganggu aje. Aku baru aje nak berangankan Azeem. Aku mencapai handsetku. Harap-harap mesej daripada Azeem. Hampa. Bukan Azeem. Tapi Edry.

‘Buat apa ?’

Apa mimpi ntah Mamat ni tiba-tiba hantar mesej kat aku. Selama ini aku hantar mesej kat dia tak denya nak reply. Opss…jangan salah faham. Aku Cuma menghantar nombor-nombor perempuan yang aku kira cantik pada pandangan mataku. Kan ni adalah assignment dari Edry. Aku just bagi list, langkah seterusnya gerak lah sendiri. Penat aku nak ajar orang yang tak menyempat-nyempat macam dia ni mengorat. Degil pula tu, tanak dengar cakap orang. Dia aje yang betul. Huhu.

‘Nothing.’ Sepatah perkataan sahaja yang aku balas.

‘You dah tak payah send number kat I lagi. Hehe. Anyway thanks.’ Aku tertawa sendiri membaca mesej yang di tulis oleh Edry.

Aku mendail nombor telefon Edry. Tak sampai seminit aku call, dia dah jawab panggilan aku.

“Edry…”

“Ye sayang.” Wah romantik gitu suaranya. Aku teringatkan Azeem. Kalau Azeem tahu yang Edry memanggilku sayang apalah perasaannya nanti. Aku tahu aku dan Edry hanya kawan. Sama seperti Azeem dengan Syasya dan semua kawan-kawannya. Walaupun hanya kawan, tapi bila Azeem panggil mereke dengan panggilan sayang jauh di sudut hati ada cemburu.

“Siapa perempuan yang bertuah tu ? I pun nak tahu juga.” Aku bertanya tidak sabar. Tentunya Edry telah menjumpai seorang perempuan yang sesuai dengan dirinya. Sebab tu lah dia suruh aku hentikan hantar nombor telefon perempuan kat dia. Edry tertawa mendengar soalanku.

“You yang kedekut credit ni tiba-tiba call I. Hairan juga. Tapi sekarang I dah tahu kenapa. Busy body.”

“Hey…..’ terjerit aku mendengar kutukan Edry kepadaku. Dan kami sama-sama ketawa.

“No la. I bukan nak busy body bout you la. I just nak tahu. You dah minta tolong I, so I nak juga tahu result dia macam mana kan ?” kataku selepas tawaku terhenti.

“Hm……anyway thanks a lot. Nanti kalau I kahwin I jemput you datang ea.” Edry berkata.

“Wow….dah nak kahwin. Are you serious ?”

“Ya….”

“Gila cepat. You ni memang la…”

“Apa ?”

“Desperate.” Sepatah kataku membuatkan ketawa kami pecah lagi.

“I tak kisah apa je yang you cakap. Yang penting I dah nekad. I rasa idea you tu betul la. Boleh diterima.”

“Idea apa pula ni ?” Aku dah heran mendengarkan kata-kata yang keluar dari ulas bibir Edry. Mamat ni kan….sengaja je nak main-main dengan aku.

“Hm….just waits and sees….”

“Edryyyyyyyy…..you sengaja tau…..” aku merengek.

“Dah….jangan manja-manja dengan I. I ada kerja ni. Nanti I bagitahu you bila tarikh tu ye, sayang.”

“Yelah. Nite.” Aku seperti terkedu mendengar kata-kata Edry. Dah jangan manja-manja dengan I. Apa dia ingat aku nak goda dia ke. Peliseeeeeeeeee la….aku bukannya desperate macam dia.

Aku sudah menamatkan pengajianku dan sekarang aku sudah bekerja. Sekejap aje masa berlalu. Sedar tak sedar aku dah boleh pegang duit sendiri. Tidak perlu lagi mengharapkan kepada siapa-siapa. Dah lama aku tak dengar cerita daripada Edry. Last, aku dengar dia nak kahwin. Tapi sampai sekarang tak sampai pun kad undangan dia pada aku. Mungkin dia dah lupakan aku sebab dah bahagia dengan isterinya. Tersenyum aku mengenangkan Edry. Mamat Disperate. Hehe.

Aku menatap jam di tangan. Alamak, aku terlewat lagi. Kesian Azeem. Mesti dia dah penat tunggu aku. Aku mencapai handbegku yang berwarna biru gelap. Cepat-cepat aku keluar dari rumah menuju ke kereta. Aku memandu dengan agak laju. Aku tidak mahu Azeem menunggu aku dengan lebih lama.

Aku tiba di sebuah restoran. Tempat yang kami berjanji untuk berjumpa. Aku mencari-cari kelibat Azeem. Tiada. Aku pun tidak tahu kenapa Azeem begitu beria-ia ingin berjumpaku pada hari ini. Macam esok sudah tidak ada buatnya.

Hampir sejam aku menunggu. Namun bukan hanya kelibat, bayang-bayang Azeem pun aku tak nampak. Aku mencari-cari handsetku di dalam beg. Kenapa aku langsung tidak terfikir untuk menghubungi Azeem tadi. Adoyai….boleh pula macam tu kan. Huhu.

Aku menggeladah handbegku. Alahai….handsett pun aku boleh lupa bawa. Elok sahaja aku ingin meletakkan kembali handbegku ke atas meja, tanganku terlanggar minumanku dan prangggggggggg……….gelas itu pecah. Semua mata memandang ke arahku. Seorang pelayan menghampiriku.

“Sorry…”

“Cik tak apa-apa ?” Pelayan itu bertanya. Aku menggeleng dan menuju ke kaunter untuk membayar bil. Mujur sahaja mereka di restoran itu baik hati tidak meneganakan aku sebarang cas. Bagus betul.

“Thanks” Kataku dan terus berlalu dari situ. Aku memecut laju menuju ke rumah Kak Izra. Rumah Kak Izra berkunci. Aku tidak tahu kemana harus ku pergi. Aku rasa aku nperlu pulang ke rumah dan mengambil handsetku.

20 misscall. 15 dari Kak Izra dan 5 dari Syasya. Aku menghubungi Kak Izra.

“Ify…..”

“Ya kak, Azeem….” Belum pun sempat aku bertanya Kak Izra sudah memotong kata-kataku.

“Ify, dengar sini akak nak cakap. Azeem….accident. Ify kat mana ni ?”

“Apa….?” Terkedu aku mendengar berita yang disampaikan oleh Kak Izra. Air mataku jatuh laju. Aku berharap moga Azeem selamat. Aku sayang dia.

“Ify kat mana ni ?”

“Kat rumah.” Perlahan aku menjawab.

“Akak datang ambil. Ify tunggu sana.” Kak Izra memutuskan talian. Aku terduduk. Dalam hati, aku tidak henti-henti berdoa semoga Azeem selamat. Sungguh aku tidak menyangka perkara ini akan berlaku kepada hubungan kami. Aku benar-benar teruji dengan apa yang berlaku.

“Ify……sabar ya…..” Kak Izra memeluk aku. Erat. Azeem tidak sempat melihat aku. Dia telah pergi untuk selama-lamanya. Kak Izra menghulurkan sebuah kotak untukku.

Aku mencapai kotak itu. Lama aku memandang kea rah kotak itu. Untuk membukanya, aku tidak sanggup. Mungkin bukan sekarang. Akhirnya aku menyimpan kotak itu kedalam handbegku.

Telah 6 bulan Azeem meninggalkan aku. Namun hubungan aku dengan Syasya dan Kak Izra masih juga rapat. Seperti dulu-dulu. Masih seperti sewaktu Azeem ada.

Aku membuka kotak pemberian Azeem. Entah kali yang keberapa aku membuka kotak itu. Aku tidak tahu apa yang mahu dibuat dengan isinya.

Cincin bertatah berlian itu ku renung. Lama. Air mataku menitis lagi.entah untuk kali kebereapa. Aku amat merindui Azeem. Kata Kak Izra, pada hari itu Azeem ingin melamarku. Namun apakan daya, hanya sebentuk cincin yang sempat dibeli untukku tetapi untuk menyatakan padaku…..ah tidak sanggup untuk ku meneruskan kata-kata.

Telefon ku berbunyi, minta diangkat. Cepat-cepat aku mengesat air mataku. Cuba membetulkan suaraku. Memastikan si pemanggil tidak dapat mengesan apa yang berlaku kepadaku sebentar tadi.

“Assalamualaikum, Fy.”

“Walaikumussalam, ma.”

“Fy sihat tak ?”

“Sihat ma.”

“Kenapa suara macam orang demam je ?” Aku tertawa. Cuba menyembunyikan perasaanku kepada Mama. Kalau boleh tak mahu mama risau tentang diriku.

“Tak lah Ma, Ify selsema sikit.” Aku beralasan.

“Fy, minggu ni Ify balik ya. Ada hal penting mama nak cakap.”

“Hm…..ya lah ma.” Aku terus sahaja bersetuju apabila mama menyuruh aku pulang. Tidak seperti dahulu yang sering beralasan apabila mama meminta aku pulang. Memanglah, dulu aku kan busy. Busy dengan kerja dan busy dengan Azeem. Tapi sekarang……Oh no….aku tak nak sebut nanti aku menangis lagi. Dan….belum pun sempat apa-apa….alahai….air manatku menitis lagi.

“Ify…..”

“Ma, Ify nak rehat la, tak sihat. Kirim salam semua ya.” Aku cuba mengawal suara agar mama tidak perasan yang anaknya ini sudah menangis.

“Yalah. Jaga diri. Hati-hati.” Mama memtuskan talian. Dan aku…..aku masih cuba untuk tenangkan hati. Sabarlah hati. Tak yah la manja-manja sangat. Adey……….

Aku pulang ke kampungku dengan Syasya. Sibuk Syasya mahu mengikutku pulang ke kampong. Rindukan mama katanya. Dulu dia selalu ikut aku dan Azeem balik ke kampong. Patutlah Azeem memanggil Syasya sayang, Syasya memang manja dan comel. Aku pun geram dengannya. Sesuai aje panggilan sayang itu dengannya. Ah….lagi-lagi Azeem. Kenapalah sukar betul aku untuk melupakan Azeem. Biarlah Azeem tenang di sana.

Kepulangan kami disambut mesra mama dan ayah. Iqram dan Immy tiada dirumah. Kata mama mereka belum pulang dari tuisyen. Kalau tak, nampak aje keretaku masuk di perkarangan rumah mereka sudah menjerit-jerit memanggil namaku. Nampak pula Si Syasya….makin gembira mereka. Apakan tidak Syasya dan Azeem memang tidak pernah lupa membawa buah tangan buat Iqram dan Immy.

Selesai bersalaman dan bercerita serba sedikit, aku dan Syasya membawa semua barang-barang kami ke dalam bilik. Aku lihat Syasya terlampau penat.

“Sya, kalau penat tidurlah dulu, sayang. Akak nak mandi.” Syasya mengangguk sambil tersenyum. Aku mencapai tuala dan terus menuju ke bilik air untuk menyegarkan badan. Aku sendiri kepenatan setelah memandu selama 8 jam. Kalau sebelum ini, Azeem yang akan memandu. Tapi kini……

“Fy….” Mama duduk di atas katilku. Ketika ini hanya aku berdua dengan mama di dalam bilik. Syasya entah hilang ke mana. Tadi Immy mengajaknya ke kedai.

“Ya ma….”

“Hari tu ada orang datang tanya fasal Ify.” Mama memulakan kata. Hatiku berdebar-debar mendengarkan kata-kata mama.

“Jadi ?”

“Ify dah ada kawan baru ?” hati-hati mama bertanya. Aku tahu mama tidak mahu aku terluka dengan soalan yang dilontarkannya kepadaku. Aku diam. Lama. Aku menggeleng perlahan.

“Mama tak buat keputusan. Semuanya kat tangan Ify. Kalau Ify setuju, bulan depan mereka nak masuk meminang dan terus menikah.” Aku memandang mama lama. Mama memelukku erat. Erk…kejap….masuk meminang dan terus menikah. Mak aih. Cepat gila. Macam desperate je nak kahwin.

“Mama tahu…..Ify sayangkan Azeem. Tapi dia dah pergi. Kita yang hidup kena teruskan hidup.” Aku hanya diam seribu bahasa mendengarkan kata-kata mama.

Setelah dua hari aku di kampong, aku dan Syasya pulang kembali. Aku perlu bekerja dan Syasya perlu menghadiri kuliah. Syasya masih belajar. Setahun lagi dia akan mengikut langkahku, masuk kea lam kerjaya.

“Bestnya,” Syasya tiba-tiba bersuara. Memecahkan kesunyian antara kami.

“Apa yang best ?” Tanyaku.

“Kampung akak la. Sya mandi sungai dengan Immy dan Iqram.” Seronok sahaja Syasya bercerita. Aku diam. Dulu masa Azeem ada, Azeem pun suka mandi sungai. Aku dan Syasya menjadi pemerhati. Kadang-kadang Azeem menyiram aku dengan air dan Syasya memarahinya.

“Akak….” Syasya menepuk tanganku. Aku memandang Syasya.

“Akak ni menakutkan la. Akak tengah drive tau.” Syasya mengingatkan aku. Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Tentunya Syasya risaukan keselamatan kami.

“Sorry, sayang.”

“Kak….kenapa mama suruh akak pulang ?” Syasya bertanya.

“Hm….tak ada apa-apalah Sya.” Syasya memandang wajahku lama. Mungkin cuba mencari kejujuran kata-kataku.

“Tak baik tau tipu orang.” Syasya mengusik. Aku senyum lagi.

“Ada orang merisik akak.”

“Wow….bestnya. Kak Ify dah nak kahwin la ni.”

“La…Sya ni, mereka datang merisik la. Bukan masuk meminang.”

“Siapa orang tu kak ?”

“Entah lah Sya. Akak pun tak tahu….”

“Eh akak ni. Macam tak suka je.”

“Malas la akak nak fikir benda-benda macam ni.”

“Er….akak masih rindukan Abang Azeem ?” Aku diam. Lama. Suasana di dalam kereta hening. Aku tahu Syasya menunggu jawapan dari ulas bibirku.

“Kak….Syasya sayang akak dan Abang Azeem. Kalau boleh Sya nak tengok you all bahagia. Tapi….Abang Azeem bukan jodoh akak. Akak kena terima benda ni semua. Mesti abang tak suka tengoK Kak Ify bersedih macam ni.” ebaik sahaja habis Syasya bersuara. Air mataku menitis lagi.

“Kak…..” Aku memberhentikan keretaku di tepi jalan. Aku menangis teresak-esak. Syasya memelukku. Cuba untuk menangkan aku.

“Akak jangan la macam ni. Ify tak kisah akak kahwin dengan siapa. Yang penting orang tu baik dan boleh jaga akak. Sya tetap adik saudara akak sampai bila-bila kak.” Aku mengangguk. Mengukir sebuah senyuman buat Syasya. Namun nyata senyuman itu hambar.

“Terima kasih, sayang.”

“Kalau akak nak pastikan orang tu betul ke tak sesuai dengan akak, apa kata akak buat solat sunat istikaharah.” Syasya memberikan cadangannya. Aku memandangnya.

“I will.” Kataku. Dan Syasya tersenyum mendengar jawapanku dan melihat wajahku yang sudah boleh tersenyum.

Syasya dan Kak Izra tidur di rumahku. Mereka banyak membantu keluagkau membuat persiapan kahwinku. Sedangkan aku, orang yang nak kahwin ni tak sesibuk mereka. Semuanya mama yang uruskan. Aku tinggal balik kampong dan kahwin sahaja. Bakal suami aku pun aku tak kenal. Yang aku tahu, namanya Ady. Tak kisah la, kalau mama dah puji semua aku on je la. Lagipun aku dah buat istikharah. Memang ak tak ada mimpi Cuma pagi-pagi bila aku bangun aku rasa tenang. Aku terfikir kenapa aku perlu menolak sedangkan yang datang bertanya dari kalangan yang baik-baik. Kerja okey. Kata mama orangnya pun lawa. Pendek kata complete la. Cukup lengkap segalanya. So….terima lah.

Upacara membatalkan air sembahyang. Dadaku berdegup kencang. Suamiku masuk. Aku hanya tunduk memandang lantai.

“Ify…..” macam familiar pula suara ini tau. Aku mengangkat wajah. Seraut wajah, macam ku kenal. Tapi aku tak ingat.

Ady, suamiku masih di luar. Melayan tetamu yang hadir. Akibat kepenatan, aku awal-awal lagi sudah mauk ke dalam bilik untuk berehat. Aku mencapai telefonku yang terletak di meja solekku. Aku mendail satu nombor. Bukan niatku untuk curang. Aku hanya ingin memberitahu dia bahawa aku sudah berkahwin dan aku terlupa menjemputnya. Harap dia dapat maafkan aku. Alah….fair what. Time dia kahwin pun mana ada dia jemput aku.

“Hello….” Berkerut aku mendengar suara itu. Suara itu macam…..

“Edry….”

“Ya, sayang.”

“Lama I tunggu your wedding card. Tapi tak sampai-sampai. Jalan jem ke ?” Aku dengar Edry tertawa.

“No la. Sorry la, sayang. You pun tak bagitahu I pun you kahwin.”

“Mana you tahu ni ?” Aku hairan. Macam mana Edry boleh tahu aku sudah berkahwin sedangkan kami sudah lama tidak berhubung. Edry tertawa lagi. Suka betul dia ketawa.

“Hm….you ingat kat I lagi tak ?”

“Tak la. I rasa kalau kita bertembung kat mana-mana pun I memang tak akan tegur you, sebab I dah tak ingat muka you macam mana.”

“Patutlah….”

“Patutlah apa ?”

“No la. Okeylah sayang. I tak nak ganggu wife orang. Selamat berbahagia.”

“Thanks.” Talian ditamatkan.

“Sayang….” Romantik sekali Ady memanggilku. Aku menoleh ke arahnya. Ady senyum. Manis sekali.

“Thanks for being my wife.”Aku Cuma mengangguk.

“Oh ya…Fy belum ada phone number abang.” Tiba-tiba sahaja aku teringat yang aku belum punya nombor telefonnya. Selama ini hanya dia yang menghubungi aku. Itupun memakai nombor telefon rumah. Tak pun nombor telefon pejabatnya.

Ady senyum….wah suka betul dia ni senyum tau. Dah la senyumannya manis. Menggoda jiwa. Aku suda bersedia untuk save nombornya.

“Sayang miscall ya.” Aku angguk. Ady pun menyebut nombor telefonnya. Aku tersilap tekan button call bukan button save. Dan…….dahiku berkerut.

“Mamat desperate?” dahi Ady juga berkerut melihat nama yang keluar di skrin handphoneku. Aku menahan senyumanku. Ala-ala chumil gitu.

“Edry ?” tanyaku. Ady angguk dan senyum. Senyum lagi.

“Sampai hati panggil abang mamat desperate.” Aku ketawa.

“Nama you apa ?”

“Edryady.”

“Ya ampun. I kahwin dengan you pula ?” aku ketawa lagi. Bahagia tentunya. Tak sangka aku boleh terkahwin dengan mamat disperate.

“Ya lah sayang. I dah buat solat istikharah, macam yang you suggest. That’s why la I minta you jangan bagi lagi semua nombor perempuan kat I. Sebab I dah jumpa someone untuk jadi my wife.”

“Tapi….tu kan dah lama. About 2 years ago I think.”

“Im not so desperate la. I dah jumpa, tunggu la dia habis belajar. Dah kerja elok-elok, barulah minta.” Aku Cuma tersenyum mendengar kata-kata Edry.

“Wah……dah tak short cut.” Aku mengusik.

“Short cut la jugak. Tak tanya you, terus tanya ur family. Senang. Tak payah couple, terus kahwin.” Aku senyum lagi medengar kata-katanya.

“Ye la tu, Edry.”

“No….bukan Edry atau Ady. Tapi….abang. Tak pun, sayang.” Aku senyum malu dan Edry memelukku. Erat. Sememangnya, aku bahagia kini.


mungkin korang pernah baca kat SINI....okeh, memang aku pernah post kat sana..memang cerpen ni hasil aku...dan aku pernah hilangkan beberapa cerpen hasil tulisan aku, datz y aku post kat sini...at least aku leh cari kat blog aku...
SELAMAT MEMBACA =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....