Monday, August 20, 2012

malay movie ntah pape....erk....

kadang-kadang bila kengkawan cakap....
'aku tak tengok la movie melayu kat panggung...membazir...'
rasa cam nak marah pon ada...berlagak...
sape nak support industri tanah air kita kalau bukan kita sendiri...
chewah semangat patriotik konon....
tapi lepas aku tengok...
movie melayu...yang disedut dari internet....
aku setuju sangat dengan statement sesetengah orang....
membazir je tengok movie melayu kat panggung....
ntah apa-apa...
mengarut lebih...
over pun ada....
hadoi...tak paham....
kekadang pelakon best da...
atpi jalan cerita...adoyai....
terus je aku pangkah...
mintak mahap la yana samsudin...
suka nengok awak berlakon...
tapi cerita cam ntah pape...
so tak sampai separuh aku dah tutup...
layan running man jugak best...haha...


aku rasa movie melayu ni.....kalau nak gempak...jalan cerita biarlah best.....biarlah ada sumthing....n kalau boleh pelihsssslah jangan dok mengarut merapu....lawak ntah papew....

oklah...setakat ni je aku membebel...tetiba rasa tak puas hati bila tengok movie malay.....haha....datz y terkeluar entry ni....

oh ya...selamat hari raya...maaf zahir batin

Tuesday, July 31, 2012

motivasi pagi

Monday, July 30, 2012

motivasi pagi....=D

Monday, July 23, 2012

BELAJAR TU BEST: biar ilmu lekat sampai tua pun tak pe....




Best kan kalau apa yang kita belajar lekat kat otak kita sampai kita tua…..macam kena lekat degan gam gajah. So apa kita nak buat ? senang je….ULANGKAJI. 
Ada orang kata mereka dah ulangkaji…dah berabis study tapi result tara tu jugak….sebab ? tak kena cara…penat menghafal tapi salah letak…letak kat otak kiri je…sebab tu kejap je…=p

Berapa kali nak ulangkaji baru nak ingat ? sekali ? dua kali ? ok tak cukup.  Sebaiknya, ulangkaji sampai 5 kali.  Baru kita boleh ingat apa yang kita belajar. Dominic O’Brien mencadangkan jadual RULES OF FIVE. How ???
Jom kita tengok…

Ulangkaji pertama
Hendaklah dibuat 10 minit selepas kita mempelajari sesuatu pelajaran.
Contoh: mungkin kita nak menghafal Communication Barriers. Anda hendaklah mengulangkaji kembali selepas 10 minit mempelajarinya.

Ulangkaji kedua
Dilakukan satu hari (24 jam) selepas ulangkaji yang pertama.
Contoh: Ulangkaji pertama anda adalah pada 1 January 2013.  Maka ulangkaji kedua anda ialah pada 2 January 2013.

Ulangkaji ketiga
Selepas ulangkaji yang kedua, anda perlu melakukan ulangkaji yang ketiga seminggu selepas ulangkaji pertama. 
Contoh: Ulangkaji ketiga ialah 8 January 2013 selepas ulangkaji pertama (1 january 2013)

Ulangkaji keempat
Dibuat satu bulan selepas ulangkaji pertama.
Contoh: 1 February 2013.

Ulangkaji kelima
Ini adalah ulangkaji terakhir, anda perlu melakukanya tiga bulan selepas ulangkaji pertama.
Contoh : 1 Mac 2013.

Selepas ulangkaji kelima ini InsyaAllah, anda akan ingat apa yang anda belajar dan tidak akan lupa lagi.

Selamat Mencuba =D

--- dipetik dari buku RAHSIA MENJADI PEAJAR GENIUS tulisan CIKGU KAMIL ---

Thursday, July 19, 2012

jahat ke kalau dia tu playgirllllll ?????

kadang-kadang tanpa sedar kita cepat menghukum sesuatu...
sedangkan kita tidak tahu kenapa dan mengapa mereka bertindak begitu...
kalau ada budak yang mencuri....
kita mungkin berfikir...mak ayah dia tak ajar ke...
tapi kita tak tahu...
mungkin budak itu mencuri kerana terpaksa...
terpaksa kerana mungkin keluarganya sangat miskin...
mungkin kerana ibunya sakit dan tiada duit....
dan dia tidak sanggup melihat keadaan ibunya...
sehinggakan dia terpaksa mencuri....


atau mungkin kalau kita lihat seorang perempuan yang suka permainkan lelaki...
playgirl gitu kan....
mungkin kita berfikir dia sangat jahat sehingga mempermainkan lelaki
padahal mungkin ada sesuatu yang telah berlaku dalam hidupnya...
yang meneybabkan dia menjadi begitu...
mungkin ada sejarah hitam yang menyebabkan dia membenci lelaki....


setiap apa yang kita lakukan....
kita ada sebab kukuh kenapa kita bertindak sedemikian...
sama juga macam orang lain....
tak perluah menghukum...
sehingga kita benar-benar tahu mengapa dia melakukan begitu....


oklah nak stop kat sini dulu....
kita ada macam-macam sebab mengapa kita menulis blog, membaca blog, dan komen-komen....=D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....