Thursday, May 6, 2010

masihkah ada cinta - 4

Status Leya di update lagi.

‘Kenapa mesti dia muncul dalam mimpiku.’

Lama Leya di depan laptop. Merenung gambar Fahmi tentunya. Lama. Malam tadi dia pun hairan kenapa dia boleh termimpikan Fahmi. Kenapa Fahmi….argh…

Agaknya sebab dia selalu merenung gambar Fahmi di laman facebook sampai terbawa-bawa kea lam mimpi. Cuba kalau dia renung gambar lain mesti dia akan termimpikan gambar lain itu. Atau…dia rindukan Fahmi. Oh rasanya tidak. Dia tidak rindukan Fahmi. Tapi…kalau bukan rindu kenapa boleh termimpikan Fahmi ? Kenapa bukan orang lain…hm kan dah cakap tadi sebab dia selalu tegok gambar Fahmi di facebook Fahmi. Kalau tengok gambar Fahmi selalu kat facebook tu, apalah maknanya…bukan rindu ke ? Argh……Leya bangun dari kerusinya. Geram dengan soalan-soalan yang bermain dalam fikirannya.

Erra yang asyik study di mejanya tercengang melihat gelagat Leya.

“Ko kenapa ? Okey tak ?” Leya menarik nafas dalam-dalam.

“Aku tak rindu Fahmi pun.” Perlahan suara Leya. Erra tersenyum.

“Aku tak cakap kau rindukan Fahmi pun.” Leya diam. Dia mengambil notanya di atas meja dan berlalu ke katil. Erra tersenyum-senyum melihat telatah Leya. Pelik betul perangai dia semenjak habis program bersama Fahmi.

“Erra, test chapter berapa ?”

“6-10.”

“Mak aih….nasib baik aku dah siapkan nota. Mati aku ni.” Erra tergelak mendengar keluhan yang terluah dari ulas bibir Leya.

Leya asyik dengan nota-notanya. Semangat dia belajar. Mungkin dia sudah dapat lupakan Fahmi. Baguslah. Senang Erra melihat keadaannya begitu, kalau tak pening kepala dia dengan telatah Leya. Adakala telatah Leya juga melucukan. Membuatkan dia tersenyum sendiri.

Leya mencapai handsetnya. Tiba-tiba dia rasa macam nak call Fahmi. Dia mendail nombor telefon Fahmi. Tidak bersambut. Dia meletakkan telefonnya di tepi katil.

“Ko dah habis study ke ?” Erra bertanya apabila melihat kegelisahan Leya yang datang untuk kesekian kalinya.

“Chapter 9 dan 10 belum.”


“Wah…gila terbaik la ko. Dalam angau boleh lagi study ye ?” Erra mengusik. Leya menjeling. Geram. Dan Erra tertawa kuat. Buat masa ini ada juga orang yang akan menghilangkan tensionnya dengan gelagat-gelagat yang lucu yang tidak disedarinya.

Untuk kali kedua Leya mencapai handsetnya dan mendail nombor Fahmi. Sama. Masih seperti tadi. Panggilannya tidak berjawab. Dengan geram dia meletakkan telefonnya di bawah bantal dan berlalu ke meja. Menarik nafas panjang-panjang, setkan minda kembali dan menersukan pembacaannya.

Erra yang memerhati gelagat Leya hanya tersenyum sendiri.

Kelam kabut Leya memasang plug iron untuk menggosok baju kurungnya untuk menghadiri kelas Puan Auliya. Sudahlah hari ini ada test. Entah macam mana dia boleh terlewat bangun. Erra yang sudah bersiap, sedang asyik menikmati sarapan paginya. Tidak lupa secawan milo dan sekeping roti buat Leya. Dia tahu tentunya Leya tidak akan sempat menyediakan sendiri sarapannya pada pagi itu.

“Auch…. Sakitnya.” Leya melihat kea rah tangannya. Dia meniup-niup tempat yang terkena iron itu. Erra pantas sahaja menghampiri Leya. Dia mencapai tangan Leya.

“Macam mana boleh kena iron ni ?” Erra bertanya. Dia merenung wajah Leya.

“Entah.” Sepatah perkataan keluar dari ulas bibir Leya. Wajahnya berkerut menahan sakit.

“Berangan je kerjanya.” Erra sudah memulakan mukaddimah untuk berleter. Nampak gayanya ada orang kena tadah telinga untuk ceramah subuh pada pagi itu.

“Mana ada.” Leya menafikan.

“Dah, pergi makan. Aku ironkan.” Leya sengih mendengar arahan Erra.

“Thanks darling.” Katanya lalu menghadiahkan sebuah ciuman dan memeluk Erra.

“Aduh….” Spontan kata-kata itu meluncur dari ulas bibirnya buat kali kedua apabila tangan yang terkena iron terkena kepada Erra.

“Ko ni…” Erra geram. Leya sengih lalu menghampiri meja untuk menikmati sarapan yang disediakan Erra.

Setelah siap Erra menghulurkan baju kurung Leya. Selesai semuanya, mereka bergegas menuju ke kelas.

Tersenyum Leya membaca comment di wallnya oleh Erra.

“Kuat betul berangan, gosok baju pun boleh kena iron.”

Leya mereply comment itu dan akhirnya mereka berbalas-balas comment. Tersenyum sendiri dia membaca comment-comment itu. Alahai, penangan zaman it. dengan teman sebilik pun boleh berbalas comment di facebook.

Status Leya pada hari ini di update lagi.

“Kata kawan saya itu bukan cinta tapi suka yang hanya sementara.”

Tidak sampai sepuluh minit dia update status, Erra sudah menghantar comment kepada statusnya. Dan, bermulalah sesi berbalas comment dengan teman sebilik antara Leya dan Erra.

Mereka benar-benar menggunakan kemudahan internet yang ada dan social networking dengan bagus sekali.

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Leya masih lagi di depan facebooknya. Erra yang sudah siap mengemas meja studinya memandang kea rah Leya. Spontan dia menepuk paha Leya.

“Ha…Fahmi..” spontan kata-kata itu melompat dari ulas bibirnya. Berabis Erra tertawa dengan gelagat Leya. Siap sebut nama Fahmi lagi.

“Kuatnya berangan. Dah la tu. Kalau Idzlan tahu mati kau.” Erra berkata setelah tawanya reda. Leya menunjukkan wajah selamba. Seolah-olah dia langsung tidak takut dengan ugutan Erra. Dia tahu, Erra bukanlah begitu walaupun Erra merupakan sepupu kepada Idzlan.

“Kesian Idzlan…” Erra mengeluh. Leya memandang ke wajah Erra. Lama.

“Entah lah Erra. Aku tak tahu dengan perasaan aku sekarang ni.” Kini giliran Leya pula mengeluh di hadapan Erra.

“Kau betul-betul ke sukakan Fahmi ?” Laju sahaja anggukan Leya.

“Idzlan ? Kau sayang dia tak.” Perlahan sahaja anggukan tanda jawapan dari Leya. Tidak selaju dia menjawab soalan cepu mas yang pertama tadi.

“Kau Cuma sukakan Fahmi bukan cintakan dia. Kau kena tahu bezakan suka, sayang dan cinta.” Leya diam mendengar kata-kata Erra. Sudah hampir sebulan dia begini. Keliru dengan perasaan sendiri. Asyik teringatkan Fahmi sedang si buah hati seolah-olah luput dari ingatan. Tambahan pula, Idzlan sibuk buat masa ini. Dia terpaksa menjadi ketua projek untuk satu acara di syarikatnya. Jarang dapat berbual dan bermesej dengan Idzlan.

‘Suka tidak semestinya sayang, sayang tidak semestinya cinta, cinta tidak semestinya bersatu dan bersatu tidak semestinya akan bahagia.’ Status terbaru Leya. Tentunya dipetik daripada kata-kata Erra dan ditokok tambah dengan ayatnya sendiri.

Erra yang membaca status terbarunya tersenyum.

“Nanti aku ‘like’”katanya. Dan… Leya Cuma tersenyum mendengarkan kata Erra.

Tuesday, May 4, 2010

masihkah ada cinta - 3

Leya asyik di depan laptopnya. Perkara pertama yang dibukanya adalah facebook sedangkan niat awalnya adalah untuk menyiapkan assignment yang masih tergendala. Login sahaja facebook tanpa sedar dia berada di depan facebook Fahmi. Lama dia merenung profile Fahmi yang kelihatan girang dan gembira bersama beberapa orang teman fasilitator yang lain.

“Eh…aku ni kenapa.” Spontan kata-kata itu terluah dari ulas bibir Leya setelah menyedari telatah tanpa sedarnya.

Kemudian dia membuka profile facebooknya dan mereply comment-comment dari kawan-kawan dan akhir sekali dia mengupdate statusnya.

‘2 hari yang menyeronokkan.’ Selesai menaip statusnya wajahnya kelihatan berseri-seri. Bahagia. Macam orang dilamun cinta. Adakah…entahlah…

“Leya, ko dah makan belum?” Pantas Leya mengangguk sebagai tanda menjawab soalan dari teman sebiliknya Erra.

Erra bersiap-siap menukar pakaiannya untuk membeli makanan di café yang terletak selang 2 buah blok dari blok mereka tinggal.

“Kau nak pergi mana ?” Leya bertanya setelah menyedari Erra yang sibuk bersiap.

“Tapau makanan.”

“Ikut, lapar lah.” Tercengang-cengan Erra mendengarkan permintaan Leya. Tadi bila ditanya adakah dia sudah makan, Leya menjawab sudah tapi sekarang lapar pula.

“Ko dah makan belum ?” Erra bertanya untuk kali yang kedua. Leya menggelengkan kepalanya sambil dia pun sibuk bersiap menukar pakaiannyan untuk mengikut Erra menapau makanan.

“Tadi ko cakap dah.” Erra berkata. Lama dia memandang wajah Leya.

“Mana ada. Aku belum makan la.” Leya menafikan.

“Tadi masa kau depan facebook ko tu.”

“Oh….ko tanya apa tadi.”

“Leyaaaaaaaaaaa……………” terjerit Erra mendengarkan soalan yang terlontar dari ulas bibir Leya. Boleh pula dia tanya balik soalan apa yang Erra tanya sedangkan dengan penuh keyakinannya dia menjawab soalan dari Erra tadi. Leya tersengih-sengih melihat kegeraman Erra.

“Ko kenapa Leya. Kuat berangan ko ea sekarang.” Erra geram. Leya tersengih lagi.

“Tak de la. Aku happy, tu je. Dah, jom lah. Aku laparlah.” Selamba Leya berkata dan terus berlalu meninggalkan Erra yang tercengang-cengang di dalam bilik sendirian.

Selesai makan tengahari dan bersolat Zohor, Leya menyambung kembali kerjanya yang tergendala. Bukan tergendala sebenarnya belum pun start lagi. Lama dia di depan laptop memenuhi tuntutan assignment yang minta disiapkan. Leya menatap jam pemberian adik kesayangannya sempena birthdaynya yang ke 18 dulu. Jam telah menunjukkan pukul 4 petang. Bermakna sudah hampir 2 jam setengah dia di depan laptop. Terbaiklah. Padahal sebelum ini dia mampu bertahan selama sejam setengah sahaja kalau membuat assingement. Memang last minute itu terbaik kerana memaksa dia menghadap laptop tanpa memberi ruang matanya untuk bermanja-manjaan dengan bantal busuknya pada hari ini.

Leya membuka facebooknya. Dia tersenyum sendiri membaca komen dari kawan-kawannya dan melihat gambar-gambar sepanjang program yang banyak di tagged oleh teman-teman urusetia dan fasilitator yang mempunyai kamera. Asyik melihat-lihat gambar dia terberhenti di sekeping gambar. Lama dia melihat gambar itu. sambil tersenyum sendiri.

“Ehem-ehem. Aku rasa kau dah angau lah.” Tiba-tiba sahaja Erra bersuara.

“Siapa lelaki ni ?” Erra sudah berdiri di belakang Leya menyebabkan Leya agak terkejut. Dia memandang Leya dan tersengih.

“Nilah Fahmi.”

“Fasi ea ?” Leya hanya mengangguk.

“Apa yang Fahmi dah buat dengan ko ?” Leya angkat bahu.

“Entah….tapi aku rasa macam aku dah suka kat dia lah.” Erra ketawa mendengarkan kata-kata Leya.

“Kau ni dah angau lah Leya. Mana kau nak campak Idzlan ?”

“Ntah….sehingga ke hari ini, aku teringat kat Fahmi je. Aku rasa macam aku dah tesuka kat dial ah.” Untuk kali yang keduanya Leya mencurahkan rasa hatinya kepada Erra.

“Tu bukan cinta, tu Cuma suka yang hanya sementara. Lama-lama nanti mesti kau boleh lupakan dia. Percayalah.” Leya diam mendengarkan kata-kata Erra. Tu bukan cinta, tu Cuma suka yang hanya sementara. Betul ke ? Kalau betul kenapa dia boleh terleka apabila melihat gambar Fahmi. Dan kalau betul juga kenapa dia boleh tanpa sedar membuka facebook Fahmi.

Leya menarik nafas. Dalam-dalam.

“Dah…tak baik mengeluh. Pergi mandi.” Ibarat arahan seorang emak, Leya mematuhi kata-kata Erra. Dengan langkah yang longlai dia menuju ke bilik air. Tidak sampai seminit, dia masuk kembali ke dalam bilik.

“Amboi, lajunya kau mandi ?” Erra kehairanan.

“Aku lupa ambil towel.” Katanya lalu mencapai tualanya yang tersangkut di penyidai. Erra menggeleng-geleng kepalanya melihat telatah Leya. Berat angau budak ni.

masihkah ada cinta -2

Asyik sekali Muadz memberikan penerangan kepada fasilitator-fasilitator di depannya yang bakal bertugas pada petang nanti untuk modul yang setersunya. Leya sibuk menyalin dan mencatat nota apa yang patut dibuat pada petang nanti.
“Leya, petang ni kita gabung ?” Fahmi mempelawa. Leya angguk. Tangannya masih ligat mencatat apa yang dirasakan penting.
“Leya…” Fahmi memanggil Leya yang duduk agak jauh darinya. Leya bergerak menghampiri Fahmi.
“Leya salin dulu. Petang ni kita combine. Mie nak tengok budak-budak ni kejap.” Leya angguk lagi.


“Leya…” Leya menoleh ke arah Fahmi yang sedang duduk di atas kerusi di kelasnya bersama pesertanya.
“Kita buat kat dewan ea. Kita buat game sendiri la. Mie pening la main game Muadz tu. Macam berat.” Leya senyum.
“Okey. Leya masuk kelas dulu, nanti dorang cari pula.” Leya melangkahkan kakinya menuju ke kelas sebelah. Masih ada pesertanya yang belum masuk. Dia memberitahu kelasnya bahawa mereka akan bergabung dengan kelas Fahmi dan mereka akan menjalankan modul pada petang itu di dewan serbaguna. Masing-masing kelihatan seronok. Yalah, tentunya mereka berasa agak bosan berada di kelas sahaja. Macam pergi kelas pada hari-hari biasa pula jadinya.
“Akak, nanti mereka cari kita macam mana.” Seorang peserta bertanya kepada Leya.
“Tak pe. Pergi dewan dulu, nanti akak tulis kat depan, ya.” Leya menulis memo di white board yang meminta peserta yang lambat datang berkumpul di dewan kerana aktiviti seterusnya akan bertempat di dewan.
Selesai menulis, Leya melangkah menuju ke kelas Fahmi. Perlahan dia menghampiri Fahmi yang asyik sibuk mengemas barangnya untuk beredar.
“Dah ?” Fahmi angguk.
“Jom, kita pergi dengan kereta.” Leya angguk. Dia membantu Fahmi membawa barang-barangnya.
“Lambat…..cepat pergi dewan. Saya sampai dulu kat dewan, denda.” Leya sengaja menekankan perkataan denda itu kepada pesertanya. Dia memang seorang fasilitator yang suka mendenda. Apa tidaknya, kalau itu sahaja cara yang boleh mengawal mereka. Kalau tak…pening juga dia hendak menguruskan 20 orang pelajar. Fahamlah dia kini bagaimana cikgu-cikgu di sekolah rendah yang berhadapan dengan 30 orang pelajar sekelas. Tambah lagi kalau semua pelajar tu adalah hyper active. Mau pengsan kalau kurang kesabaran.
Leya mengikut langkah kaki Fahmi menuju ke keretanya yang diparkir di bawah sepohon pokok.
“La…dengan kereta. Mana aci, memang lah sampai dulu.” Kedengaran satu suara dari seorang peserta perempuan yang Leya sendiri tidak perasan siapa yang bursuara. Leya tertawa mendengar omelan itu.
“Apa dia cakap ?” Fahmi bertanya.
“Tadikan Leya cakap, kalau Leya sampai dulu dorang kena denda. Leya lupa pula kita nak naik kereta. Pastu dorang cakap la, dah akak naik kereta memanglah sampai dulu…” Fahmi ketawa.
Tidak sampai 2 minit mereka sampai di depan pintu dewan. Fahmi betul-betul berhentikan keretanya di hadapan dewan. Sebaik keluar dari kereta, Leya sempat menyakat anak buahnya.
“Lambat….macam ada yang kena denda je nanti.” selamba dia mengusik sambil kakinya berjalan laju masuk ke dalam dewan.
“Mana aci…akak naik kereta.”
“Kenapa tak tumpang ?” Fahmi menjawab.
“Mana tahu…”
“Tak tanya.” Leya senyum sendiri mendengar soal jawab antara Fahmi dan peserta itu. Sempat lagi menyakat mereka.


“Kita nak buat apa ?” Leya bertanya Fahmi sementara para peserta di hadapan mereka sibuk membuat satu bulatan yang besar.
“Kita suruh mereka buat arca, nanti Mie bagi arahan, pastu Leya handle Mie pergi solat kejap. Kita gilir-gilir solat.”
“Leya cuti.”
“Okey.”
Petang ini, modul dijalankan dengan seronok tanpa bosan. Nampaknya semua berjalan dengan lancar. Para peserta pun nampak happy sahaja dengan aktiviti pada petang ini. Mungkinkah sebab dia handle modul pada petang ini berdua bersama Fahmi ? Haha…Liya tersenyum sendiri. Tak sangka dia boleh serapat ini dengan Fahmi, maklumlah Leya kurang rapat dengan ahli-ahli kelab fasilitator yang lain memandangkan dia berada di kolej yang agak jauh dan jarang bersama mereka. Apa-apa aktiviti, dialah orang yang paling last dapat tahu. Kadang-kadang bengang juga, tetapi apa boleh buat memang begitu keadaannya.

“Okey…..sebelum kita habiskan aktiviti kita petang, saya nak…semua tolong kutip balik sampah-sampah yang ada. Jagan lupa petang ni ada riadah pukul 5. Siapa lambat kena denda.” Tersenyum Fahmi mendengar kata-kata Leya. Suka betul dia mendenda.
“Seronok ea dapat denda orang ?” Fahmi mengusik.
“Haha….susah sangat nak degar cakap. Tu je la jalan terbaik setakat ni. Kalau tak sakit tekak bagi arahan.”
“Sebab awak lembut sangat kot ?”
“Nak Leya garang ke ?” Leya bercekak pinggang menayangkan wajahnya yang konon-konon garang menyebabkan Fahmi tertawa dengan tingkah lakunya.
“Leya, jom pergi beli hadiah untuk dorang.”
“Hm…bila ?” Leya tercengang.
“Sekaranglah.”
“Hadiah untuk apa ni ?”
“Hadiah untuk kumpulan yang menang tadi la.”
“Okey, tapi Leya tak bawa duit. Hehe.”
“Orait, Fahmi faham. Nanti bayar double.” Leya hanya tertawa mendengar kata-kata Fahmi.
“Mie, Leya nak pinjam RM 10 boleh tak ?” Leya bertanya sebaik sahaja mereka sampai di pasaraya Giant yang agak dekat dengan sekolah itu.
“Boleh, nanti bayar double.” Selamba Fahmi menjawab sambil menghulurkan not kertas bernilai RM 10 kepada Leya.
“Bukan setakat double, triple pun Leya boleh bayar lah.”
“Wah…orang kaya baru.” Mereka tertawa bersama.
Fahmi memilih beberapa bar coklat untuk dijadikan hadiah. Asyik dia memilih, Leya sudah menghilangkan diri. Fahmi membawa coklatnya ke kaunter. Selesai membayar dia terus keluar dari pasar raya itu.
“Nasib baik ada kat sini, kalau tak dah kena tinggal.” Fahmi mengusik Leya yang asyik makan ice cream sambil menunggunya di atas sebuah bangku di luar pasaraya itu. Leya menoleh sambil tersengih.
“Nak ?” Dia menghulurkan ice creamnya kepada Fahmi. Selamba Fahmi makan ice cream yang dihulurkan Leya. Okey, memang Fahmi selamba. Tidak dapat dinafikan lagi. Sebetulnya Leya terkejut dengan tindakan Fahmi. Tidak sangka dia boleh berkongsi ice cream yang sama dengan Fahmi. Lama dia memandang Fahmi, namun lelaki itu tetap selamba. Kemudian untuk kali kedua dia memakan ice cream yang berada di tangan Leya.
“Marah ke ?” sempat Fahmi bertanya. Leya sengih lagi.
“Tak de la. Tau juga, Leya beli ice cream ni pakai duit awak.” Spontan Fahmi ketawa. Agak kuat. Selamba tentunya. Langsung dia tidak mempedulikan orang sekeliling membuatkan Leya tersenyum sendiri dengan sikap Fahmi. Dan dia senang sebenarnya dengan Fahmi.
“Beli apa je ?” Leya bertanya sebaik sahaja mereka sudah berada di dalam kereta untuk kembali ke sekolah.
“Coklat. Nak ? Kalau nak bukalah satu.” Fahmi berkata sambil matanya tepat memandang kea rah jalan raya. Berhati-hati sekali dia memandu. Leya mengambil satu coklat di dalam bungkusan plastic dan membukanya.
“Makan sorang…” belum pun sempat Leya memasukkan coklat kedalam mulutnya Fahmi bersuara. Dia menoleh kea rah Fahmi. Wajah itu masih selamba seperti tadi. Dia tertawa sendiri dengan sikap Fahmi.
“Nak ke ? Nah…” Dia menghulur coklat di tangannya kea rah Fahmi.
“Macam mana nak makan. Orang tengah drive la.”
“Ye, baiklah.” Leya membalas sambil menyuapkan coklat ke mulut Fahmi. Kemudan dia tertawa lagi.
“Kenapa ketawa?” Fahmi bertanya sebaik sahaja dia menghabiskan coklat dimulutnya.
“Yelah, malu nak cakap suruh suap.” Fahmi ketawa.
“Sendiri mau faham ma…” dan mereka tertawa bersama-sama.


“Riadah, urusetia yang handle.” Selamba Fahmi berkata sebaik sahaja mereka tiba di dewan. Shanaz mengangguk.
“Kami nak rehat.” Dia berkata lagi lalu naik ke atas pentas dengan laptopnya. Selamba dia meniarap di situ. Leya yang memerhatikan hanya tersenyum melihat tingkah lakunya. Kemudian dia menuju kea rah Fahmi dan duduk di sebelah Fahmi. Mengacau Fahmi yang sibuk melakukan kerjanya.
Suasana dewan agak bising setelah Shanaz dan beberapa orang urusteia memulakan aktiviti pada petang itu. Pelbagai permainan mereka lakukan pada petang itu yang membuatkan Leya tertawa dengan gelagar para peserta yang adakalanya melucukan itu. Leya memandang Fahmi di sebelah dan dia tersenyum lagi melihat Fahmi yang sudah melelapkan mata. Kesian pula dia melihat Fahmi yang boleh terlelap di situ. Dia tahu Fahmi amat mengantuk, hari ini sahaja sudah berapa kali dia mendengar Fahmi mengeluh dan melihat Fahmi menguap dengan muka yang penuh selamba. Tak cover langsung.
Tiba-tiba muncul niat jahat di hati untuk mengenakan Fahmi. Leya mencapai Nikon d3000 milik Sharil yang diltekkan di atas begnya. Dengan tersenyum-senyum dia berjaya menangkap beberapa keeping gambar milik Fahmi yang sedang lena tidur. Amatlah comel Fahmi ketika itu. maklumlah orang kepenatan tidur, merata-rata tapi lena.
Sebenarnya dia tidak pandai menggunakan kamera milik Sharul itu namun Fahmi yang mengajarnya tetapi Fahmi yang terkena kembali.
“Mie camana nak ambil gambar pakai kamera ni ?” Leya bertanya.
“Buka penutup dia dulu.” Fahmi berkata. Leya cuba membuka penutup kamera itu namun tidak berjaya.
“Tak dapat pun.” Katanya sambil memandang kea rah Fahmi dan menghulurkan kamera ditangannya.
“Macam ni lah sayang.” Lembut Fahmi mengajar. Leya mengangguk. Dia kemudian cuba untuk menangkap gambar. Beberapa kali ditekan button tetapi masih tidak berjaya. Kenapa entah tetiba dia rasa dia sangat lembap pada hari itu. Adakah dia sedang mencuba untuk bermanja dengan Fahmi dengan menjadi seorang perempuan yang paling lembap dalam dunia ? Oh tidak!
“Mie, tak dapat pun.” Leya berkata lagi. Dia masih lagi mencuba.
“Leya tekan mana tu ? Tekan sinilah.” Fahmi meletakkan jemari Leya ditempat yang betul. Kemudian Leya menekan button itu dan….akhirnya dia berjaya setelah beberapa minit belajar dengan Fahmi itupun gambar yang diambil tidak lah secantik mana. Maklumlah baru belajar.
“Dah jadi.” Leya menunjukkan gambar yang diambil kepada Fahmi.
“Tapi tak cantik.” Katanya lagi. Fahmi hanya tertawa mendengar keluhan Leya.
“Not bad for the firs timer.” Fahmi cuba membuang sedih di hati Leya. Leya mengangguk sambil tersenyum manis.
Leya tersentak apabila terasa ada orang menepuk pahanya. Dia memandang ke arah orang yang menepuk pahanya itu.
“Berangan…”
“Hehe…Mie dah lama ke sedar ?”
“Dah dekat sejam Mie perhati Leya berangan.” Termalu sendiri Leya mendengar jawapan yang keluar dari ulas bibir Fahmi. Merah pipinya menyebabkan Fahmi ketawa. Agak kuat.
“Jom…”
“Pergi mana ?”
“Balik bilik la dear. Riadah dah tamat. Sekarang ni siapa yang tidur ni, mamai dia lebih dari orang tidur.” Fahmi mengusik. Leya hanya mampu tersengih macam kerang busuk mendengar usikan Fahmi.


Hari ini merupakan hari terakhir program mereka. Program hari ini dijangka tamat pada pukul 3 petang. Untuk program malam tadi, Leya langsung tidak turun setelah mendapat pengecualian daripada pihak urusetia.
Program hari ini diadakan di dewan. Mereka terpaksa menukar aktiviti memandangkan cara yang digunakan sebelum ini seperti kurang mencapai objektif. Aktiviti pada hari ini dilakukan di dewan besar.
Program hari ini berjalan dengan lancar dan tamat tepat pada pukul 3 petang seperti yang dirancangkan. Masing-masing tersenyum puas setelah berjaya menamatkan program pada hari ini. Tentunya banyak kenangan manis bersama para peserta, urusetia dan fasilitator.

saya rindu dia


Saya amat rindukan kawan saya. Entah kenapa. Saya pun tidak tahu. Padahal dia pernah lukakan hati saya. Betullah ayat ni

untuk bencikan seseorang tengok saja pada keburukan dan kejahatan yang pernah dia buat pada kita, untuk sukakan seseorang lihat sahaja pada kebaikan yang pernah dilakukan pada kita walaupun kebaikannya hanya sekali...tentunya sakit hati itu tiada padanya.....

mungkin saya terkenangkan kebaikannya walaupun kebaikannya bila diteliti balik, dianalisa balik rasanya satu je kot….hm tak pe lah lagi bagus sekurang-kurangnya tiada benci buatnya. Bila tiada benci tidak lah sakit hati saya bila memandang wajahnya bila terserempak di mana-mana dan tentunya saya mampu melemparkan senyuman manis buatnya.

Okeh, itu satu cerita. Cerita kedua, saya berasa seronok kerana seorang lagi kawan yang saya rindui akhirnya telah menegur saya. Gila lama dia merajuk. Sampai saya kecil hati dengan dia. Oh…..sekarang siapa yang merajuk dengan siapa ni sampai saya kecil hati balik dengan sikapnya. Adakah ini yang dinamakan rindu seorang sahabat.

Dia ni, saya tahu, ramai orang tak suka dia. Tapi sejahat-jahat dan seburuk-buruk dia saya amat respect dia in terms of friendship. Sepanjang berkawan dengan saya, saya rasa dia boleh jadi kawan yang baik. Sama dengan seorang lagi teman saya. Bila bercerita, katanya ramai orang bencikan dia. Tak saya nafikan sebab saya tahu tentang itu. tapi saya juga respect dia sebab perkara yang sama, biarlah rmaai orang bencikan atau musuhi dia tetapi saya kenal dia dan tahu dia bagaimana. Sejahat-jahat dan seburuk-buruk dia saya respect dengan sikap friendship dia.

Kata orang, siapa kawan kita menggambarkan diri kita. Betullah tu. Juga berlaku pada diri saya. Ada seorang teman, banyak kisah banyak cerita yang berlaku. Macam-macam. Biasalah mulut orang, kat sini lain, kat situ lain, pusing-pusing salah faham. Semua ada. Tapi saya pun tak tahulah kenapa dan mengapalah dia baik sangat sampai biar sahaja semua yang berlaku itu. kalaulah itu terjadi pada saya..alahai tak tahulah. Dan saya perasan dengan tiba-tiba sahaja saya jadi macam dia. Sampai satu tahap saya rasa macam saya baik sangat. Kisahnya, si kawan namanya A ada mengata saya. Tak tahulah rasanya kami tak pernah ada masalah pun. Okey, saya Cuma ada masalah dengan B dan B rapat dengan A. Mungkin sebab sakit hati saya selalu perli-perli B dekat facebook…hahaha facebook saya agak sentap okey waktu itu. so mungkin sebagai kawan yang baik sekali dengan si A pun sakit hati dengan saya. Tapi entah malaikat baik mana ntah yang menyuruh saya bagi tips ataupun hint untuk salah satu paper time final. Saya pun tetiba rasa confius kenapa saya menjadi baik begitu. Mungkin sebab saya berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang saya ceritakan yang banyak benda berlaku tapi dibiarkan sahaja. Dan kawan ini pun saya nampak friendship dia amatlah tinggi.

Sekarang saya rasa saya tahu nilai friendship. Dan saya rasa saya tidaklah sehebat mereka dalam persahabatan itu….

Sunday, April 25, 2010



usah anggap saya kawan baik atau kawan sejati awak kerana sekali saya melakukan kesalahan ianya mungkin kecil bagi saya tapi kesalahan itu mungkin besar bagi awak dan tentunya sukar untuk awak maafkan saya kerana hati awak tentunya luka yang amat....tapi bila awak anggap saya musuh awak tentunya tidak akan pernah kisah apa yang saya lakukan sebab awak tentunya tidak pernah mengharap apa-apa atau menginginkan apa-apa daripada musuh awak......

~~~~ kadang2 bila kita punya kawan yang dinaiktaraf sebagai seorang sahabat sejati, kita selalu lupa yang sahabat sejati kita itu hanyalah manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan atau mungkin dengan sengaja melakukan kesilapan.....kita seolah-olah telah menentukan bahawa sahabat sejati kita itu perlu begitu dan begini sehingga kita lupa dia bukanlah seorang atau sebuha robot yang kita boleh reset dan setkan balik mengikut kemahuan kita....sehingga pada satu saat sekali dia melakukan kesilapan yang mungkin kecil tetapi amatlah besar bagi kita sehingga tanpa sedar kita terus memutuskan ikatan persahabatan dan persaudaraan kita dengannya.....

~~~~ sedangkan kalau musuh kita melakukan perkara yang sama atau mungkin yang lagi teruk daripada itu kita seolah-olah tidak pernah kisah dengan apa yang dia lakukan....kadang2 kita masih boleh tersenyum sambil berkata---- biaq p la...


Semuanya dari apa yang telah kita setkan dalam minda kita...disebabkan kita setkan yang sahabat sejati perlu begitu dan begini, perlu faham itu dan ini, konon2 dia tahu semua benda tentang kita termasuk perasaan kita, yang mana kita suka dan mana yang tidak kita suka. sedang tidak semestinya semua itu dia tahu dan apabila sekali dia tersilap rentak maka....itu permulaan yang buruk dalam persahabatan kita.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....