Showing posts with label bl1m. Show all posts
Showing posts with label bl1m. Show all posts

Monday, May 20, 2013

kelas kpp dan ujian berkomputer

Assalamualaikum wbt....

Waalaikumussalam wbt....


hari tu aku ada tanya u olss fasal BL1M kan...nak tau apa cer......

tapi aku sendiri lupa update..ehem...hampum mahap yer...


by the way, maklumat yang aku dapat....dibuat secara berperingkat mende alah ni...

and adik dia pun dah p kelas KPP yang 5 jam tu...
tu pun, tak dak orang habaq pun kat dia....
nasib baik abang dia aka pakwe aku tanya aku..
at first aku malas gak nak cek, rasa cam nak cek esok aje...
tapi tangan aku p jugak bukak tenet and cek...

laaaahhhh...esok plak dia ada kelas kkp tu.....aduhhhh nasib baik aku cek..
kalo dak mesti adik dia terlepas.....huhuhuhu....

so korang korang yang belum dipanggil. sila rajin update yer....cek sokmo2 supaya tak terlepas.....


lepas tu, kelmarin plak dia ada ujian berkomputer tu....tu pun nasib baik aku tergerak hati nak cek...tapi yang ni, pihak psm tu dah call dia siap-siap...nasib baik.....

tapi kan....BL1M ni dia buat kat PSM je...ni kat terengganu la..negeri lain aku tatau...so problem sikit la, kalau orang yang dok area besut ni kena turun PSM kat Gong Badak tu....agak jauh.....erm..biasalah, mende murah kan.....

okeylah...sesape yang ada amek BL1M ni sila cek sekarang =D 

Monday, April 22, 2013

BL1M

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt...

saje nak membebel sikit...erk...mahap yer...

dah lama dah isi borang (untuk adik dia)

dah lama dah setel...

siap mesej-mesej lagi dengan person incharge BL1M ni...dok tanya la bila kan...

katanya bulan 4....tapi sampai la ni tak dak dengar apa-apa cerita...

tau la nak mengundi dah..tapi janji tetap janji.....ups....

by the way, sajalah nak tanya, kot ada hangpa atau kamu-kamu yang sama-sama menunggu cam adik dia ni....kot la da dapat panggilan ka apa ka...habaq la na..nak jugak tau apa cer dah....

Sunday, March 17, 2013

BL1M

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt...

Bantuan lesen 1 Malaysia dah tamat dah pun.....depa pun dah hantar emel suh update apa-apa yang patut...

well sebagai bakal kakak ipar yang amat baik hati, dok tolong adik dia isikan BL1M ni turut  rasa bertanggungjawab tentang benda ni....haha

dari a sampai z semua aku tolong setelkan....

cuma sekarang ni, tempat latihan tu tak tau lagi...risau jugak, takut clash dengan tarikh plkn adik dia tu....tapi bak kata mereka, nanti kalau ada sebarang masalah tarikh boleh bincang dengan petugas kat tempat kita belajar tu....


Salam Sejahtera
 
Terima kasih di atas kesudian anda mendaftar untuk menyertai program BL1M.

Dimaklumkan bahawa selepas pendaftaran dan pembayaran anda berjaya, anda akan dihubungi oleh pihak Institut Memandu yang telah dipilih oleh pihak penganjur.Jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan jadual yang telah ditetapkan,anda boleh berbincang dengan pihak institut memandu berkaitan perkara ini
 
Terima kasih di atas minat anda untuk menyertai program BL1M ini dan sila war-warkan kepada semua kenalan anda untuk mengambil kesempatan kemudahan yang disediakan

Best Regards,
Nur Hafizah Omar
MyEG Helpdesk


so aku emelkan kepada ajk pic yang bertanggungjawab.....

yang bestnya....laju ja depa respon....


Salam 1Malaysia,
KEPADA SEMUA PEMOHON YANG TELAH BERJAYA MENDAFTAR DAN MEBUAT PEMBAYARAN SEBANYAK RM199.00 UNTUK MENYERTAI PROGRAM BL1M.
KURSUS DAN UJIAN PENGAMBILAN LESEN MOTOSIKAL B2 SEDANG DALAM PROSES PENYUSUNAN JADUAL DAN DIJANGKA AKAN DIJALANKAN MULAI PERTENGAHAN BULAN MAC 2013 MENGIKUT KAWASAN-KAWASAN PARLIMEN ANDA MENDAFTAR.
OLEH YANG DEMIKIAN, KAMI INGIN MENASIHATI PEMOHON AGAR MENYEMAK STATUS TERKINI ANDA DARI MASA KE SEMASA DI www.myeg.com.my ATAU www.bl1m.my(masuk ke ruang SEMAK STATUS) UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TERKINI TENTANG TARKH, MASA DAN TEMPAT UJIAN ANDA.
UNTUK PENGETAHUAN ANDA, PENDAFTARAN BL1M TELAH DI TUTUP. SEMUA PERMOHONAN BARU TIDAK AKAN DI LAYAN.
KERJASAMA ANDA AMATLAH KAMI HARGAI.
TERIMA KASIH
DARIPADA
Team BL1M

ni aku copy daripada emel aku....tak dak edit langsung ni...hehe...so kepada sesiapa yang dah berjaya mendaftarkan diri tu jangan lupa rajin-rajin check di laman web yang depa bagi....takut terlepas susah...=D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....