Showing posts with label jalan jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan jalan. Show all posts

Monday, July 24, 2017

Jalan jalan pusat sains keeativiti kuala terengganu

Assalamualaikum wbt..

Hari tu saya ada cakap nak tulis entry pasal lawatan kami ke pusat sains ni kan =)

Tiket untuk dewasa rm5. Kanak kanak rm3. Yaya free sebab baru setahun setengah umurnya.

Masuk aje saya pergi ke kawasan pameran pertama. Hurm macam dah tak banyak benda yang boleh main. Kalau sebelum ni saya pergi macam macam benda yang ada, seronok betul sentuh macam macam. Tapi lawatan yang baru baru ni, tak banyak pulak benda yang ada.

Saya naik ke tingkat satu....erm...jumpa mural. Cantik jugak, so saya lepas yaya kat situ. Seronok pulak budak ni p sentuh satu satu mural yang ada. Hahaha







Lepas tu saya pusing pusing lagi sampai saya rasa bosan. Saya rasa bayaran saya untuk rm5 tak de papa dan saya kurang berpuas hati. Saya terjumpa seorang staff dan bertanya apa je yang ada...sebab saya rasa bosan..hahaha...staff tu bagitahu tempat ni agak besar so dia dah asingkan pameran ke ruang ruang tertentu.

Betul lah tu kot, sebab masa saya pergi dulu, kawasannya kecil so nampak macam banyak benda yang ada. Sekarang dah agak besar, jadi nampak macam kosong. Mungkin kena tambah sesuatu lagi supaya pengunjung akan lebih seronok.

Saya masuk ruang kreativiti kot...ok saya dah lupa....
Ada gelongsor dan buaian. Okeylah terubat hati saya sebab yaya memang suka kalau jumpa playground.


Terbalik la pulak gambar ni...pasrah la...haha

Jumpa seorang kanak kanak yang emaknya berniaga di cafe, so dia la yang melayan si yaya. Yaya pulak memang suka berkawan so seronok la dia ada kawan.

Sebenarnya masa masuk ke sini, ada staff approach kami untuk lakukan aktiviti. Nanti saya story di next entry yer....

Overall untuk lawatan kali ni, saya kurang seronok datang ke sini mungkin sebab tak banyak benda yang kami boleh terokai atau mungkin yaya masih kecil so tak seronok...gahahaha

Mungkin kalau pameran dan aktiviti lebih banyak ....akan lebih seronok =)


Thursday, July 20, 2017

Silap soalan

Assalamualaikum wbt..

Suatu pagi yang indah, saya tanya yaya...
Adik...adik nak p berjalan dak ??
Sambil mata saya pandang jam, berkira kira sendiri nak keluar pukul berapa
Tiba tiba yaya tarik tangan saya


Budak ni ada satu habit kalau nak sesuatu kadang kadang dia tarik tangan saya
Dia bawa saya ke tempat kunci digantung
Allamakkkk.....saya baru tanya nak p berjalan dak, dia dah bawak saya ke tempat kunci and minta ambilkan kunci....Alahai anak...

So tak de pilihan, memang kena bawa dia keluar juga
So destinasi saya dan yaya ialah

Pusat sains dan kreativiti kuala terengganu..

Lepas ni kalau nak tanya yaya, saya kena fikir banyak kali sebelum salah soalan lagi...haha

Yaya yang suka berjalan macam saya..hehe

Nanti saya story aktiviti kami di sana yer =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....