Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Monday, April 29, 2013

pembedahan buang selaput mata

Assalamualaikum wbt...

Walaikumussalam wbt...

hari ni, my mom operate mata....so, mata yang tak nampak ada katarak tu, lepas ni dah boleh tengok persekitaran dengan terang dan jelas...=D

so, pukul 7 pagi kami dah gerak dari rumah dah....sebab katanya daftar kul 7.30 kalau lambat boleh menyebabkan pembedahan di batalkan...warning baik punya.....sebab takut cancel la, awal-awal lagi kami dah ke hospital....(hospital sultanah zahirah kuala terengganu)

lepas drop my mom ngan adik aku kat pusat rawatan harian, aku p parking kereta...tunggu sat, nama kena panggil....naik tingkat satu, sebelah kiri, ada dewan pembedahan....lepas hulur kertas yang banyak-banyak kat tangan aku tu, dia timbang berat dulu...lepas tu suh tukar baju....

lepas tukar baju, p lepak kat atas katil...hari ni ada 6 orang..mak aku yang kelima...

nurse datang, buat checklist and ambil tekanan darah.....uh uh darah mak aku naik...195 yang atas yang bawah aku lupa...haha...bila doc tanya berdebar ke, dia cakap tak....huhuhu....so dia disuruh rehat....

doc tanya dah makan ubat ke, mak aku cakap dah....tapi darah naik..hukhuk...
dia tanya ubat apa, mana la mak aku ingat kan, so dengan baik hatinya aku balik umah p amik ubat, sebab doc nak tengok ubat apa yang mak aku dah makan, dia nak bagi ubat lain plak supaya tekanan darah stabil.....

(so, korang jangan lupa bawa bekalan ubat yang dah ada, atau pun tulis sikit nama ubat yang dah makan...so senang nak refer)

nurse tanya my mom mata belah mana, mak aku tunjuk la, and dia tanda ngan salotep sikit...lepas tu dia titiskan ubat mata...3 ubat mata dia titik dalam mata mak aku....



lepas tu doc bagi ubat penenang.....suh mak aku berehat....

pastu ada sorang mak cik baru datang....hampagas je, tulis kalau lewat boleh cancel pembedahan, mak cik tu slumber je datang lewat...hahaha...lepas tu dia buat awal dari mak aku lak tu, sebab tekanan darah dia dah stabil...=D

kesian kat mak cik tu, sorang-sorang....husband dia anta je lepas tu balik....and then, nurse call anak dia suh mai...sebab at least, kena ada gak sorang waris yang teman, karang nak p toilet ke apa kan...ada la jugak yang nak menolong......
and lagi satu, sebab lepas je pembedahan tu, kena p amik ubat, so waris tu yang akan amik ubat.....

lama jugak tunggu, pukul 7 pagi mai, lebih kurang kul 11 baru turn mak aku plak.....dia di tolak ngan kerusi roda masuk dalam dewan bedah...tak yah pakai selipar, nanti dalam dewan bedah kena tukar lain....

pembedahan sat je...lebih kurang 20-45 minit...kalau sampai 45 minit tu, sebab patient tu banyak bergerak-gerak, susah doc and nurse nak buat keje depa....kalau dak, sat ja.....

lepas tu mak aku kuar n tutup mata ngan eye shield....

lepas tu....aku p amek ubat kat farmasi kat bawah.....sat je tunggu.....ada banyak gak la ubat....yang penting ubat titis tu, kena titis setiap 15 minit sehingga 4 kali, lepas tu setengah jam dua kali and sejam sekali sehingga seminggu....
kalau umah dekat, dah habis titis yang 15 minit tu, dah boleh balik dah..yang setengah jam tu dah boleh sambung kat umah dah....

sesape yang tolong pesakit titiskan ubat ke makan ubat ke, jangan lupa cuci tangan sebelum dan selepas anda menjadi doktor sementara kepada pesakit....=D

pil plak ada yang makan 6 jam sekali, ada yang makan 4 jam sekali....so aku tulis siap-siap kul berapa nak kena makan ubat tu, takut lupa...hehehe...=D

n esok, kena p hospital untuk pemeriksaan lanjut...doc yang akan bukakan eye shield tu...lepas ni, kena follow pantang larang yang depa dok cakap tu....esok mak aku akan hensem dan macho dengan spek mata hitam dia..ehem...

oh ya.....sebelum aku close entry ni.....

ni ada serba sikit tips yang maybe dapat membantu u olls....bakal-bakal doktor sementara atau bakal mendapat mata yang lebih terang =D

-- tok sah pakai la barang2 kemas tu.....
-- free mekap...
-- breakfast dulu...
--please, anak-anak atau waris terdekat, mintaklah cuti awal-awal....temankan pesakit...sehari je pun.....kalau ramai lagi bagus....=D


ni sikit je tips dia...nanti kalau ada masa, n kalau aku jumpa balik pamplet tentang pembedahan ni aku share lagik yer tips lain.....

Friday, April 26, 2013

bedak sejuk ~~ air mawar

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt...


teringin sangat nak pakai bio essence.....sebab kawan dok promote kata sangat menjadi.....pernah cuba set trial...memang best....produk mahal weh, memang la best sangat-sangat.....

nak beli...tapi harga buat aku letak balik...hahaha...

dok usha-usha safi rania gold...tapi hati dok tertarik kat bio essence...jatuh cinta, tapi terpaksa pendamkan jauh di sudut hati...tak mampu untuk memiliki.....ahahahaha


finally.....
aku pakai sabun glutakojic...

sebab dapat free...hahaha...dan terpengaruh dengan kawan, dia cakap kulit jadi lembut licin berseri dan lawa....

bila aku pakai....aku pun tetiba rasa lawa (psiko sungguh)....hahaha...

tambah perasan cantik, bila kawan dok tegur, la ni pakai pencuci muka apa....
aku habaq la sabun glutakojic , dan lagi aku tanya, awat kak dok tanya lagu tu...dia cakap, sebab b4 diz muka aku beminyak, la ni tak dah....=D

rasa tegang dan jerawat kat area dagu ni dah tak mau kawan dengan aku..baguslah, aku memang tak suka dia dok menempek kat situ...=D


malam plak....aku pi pakai bedak sejuk....hahaha...daripada bio essence yang mahal tu, aku pakai bedak sejuk ja....hahaha...sebab murah dan lagi yakin HALAL...=D



ummi bedak sejuk air mawar

Kelebihan bedak sejuk 

1. Melicinkan kulit muka
2. Memberi kesegaran pada kulit
3. Mengurangkan kadar pengeluaran sebum/minyak pada kulit
4. Menanggalkan sel kulit mati
5. Ia membantu sejukkan kulit
6. Membersih dan menegangkan wajah


pasai bedak sejuk yang ala-ala kampong ni....kandungan dia 
Aqua 
Rose extract 
Oryza Sativa 
Excipient 


jenuh aku dok cari dalam tenet kebaikan bedak sejuk ni, macam-macam versi ada...ada yang cakap bedak sejuk paling best dengan air beras campur ngan air mawar.....pastuh aku tengok bedak sejuk ni tak dak plak tulis air beras ke hape.....rasa frust la plak...hahaha


jenuh dok belek google, baru ku tahu Oryza sativa tu beras la kot, sebab bila taip ja, kuar gambar padi...=p

excipient tu plak, something yang digunakan tuk percepatkan proses penyerapan...lebih kurang cam tu lah...

aqua tu air...

rose extract tu, ekstrak ros la kan...

tetiba aku peka dengan benda ni semua, sebab la ni macam-macam ada dalam kosmetik, buat aku takut...walaupun hanya bedak sejuk biasa...mana la tahu kot tetiba dia upgrade letak merkuri ke, hidrokinon ke....kesian kulit aku...hahahaha


memang lumrah semua orang nak cantik, tapi biarlah selama-lamanya cantik...tak mau la cantik sat ja, lepas tu selebihnya menderita.....=D

Wednesday, April 24, 2013

Cuci buah pinggang hanya dengan RM 1

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt....


tertarik dengan satu info di fb...so copy paste...nak share dengan anda semua =D

Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja , sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk , amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

Selamat mencuba ^_^

Sunday, April 21, 2013

tidakkkkk !!!!! KURAPPPPPP !!!!

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt....




Penyakit Kurap merupakan satu penyakit kulit menular yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Gejala kurap mulai dapat dikenali ketika terdapat baian kecil yang kasar pada kulit dan dikelilingi lingkaran merah muda. Kurap dapat dicegah dengan cara mencuci tangan yang sempurna, menjaga kebersihan tubuh, dan mengindari hubungan dengan penderita.
sumber

" Kurap itu adalah sejenis peyakit kulit yang susah juga nak berjangkit, tapi kalau dia sudah hinggap pada badan tak kiralah badan haiwan atau manusia maka untuk pulih itu sangat sukar, perlukan berbagai ubat ubatan dan pernah di kata orang bahawa kurap ini adalah peyakit bawaan syaitan. Kurap ini di hinggap pada kulit yang kotor, busuk dan berkuman. Kadang kadang tu kita tak sedar tiba tiba kita lihat kulit dah bergerutu aje, dan gatal gatal warnayanya macam cokelat aje. Kalau di istilahkan dengan perkataan yg kasar sikit ialah di panggil "kusta", anda tahu kusta tu apa? jangan buat main peyakit ini. Ini adalah peyakit kulit yang makan tulang dan daging kita. Kalau kita dah kena hinggap peyakit ini maka kita akan di kurantinkan di hospital kusta di Sg Buluh dan tidak di benarkan keluar dari situ kadang kadang itu sampailah ajal pun kita di situ. OK lah itu kusta itu dalam golongan peyakit kulit kelas satu, tapi yang saya nak beritahu ni kurap, kayap atau panau. Kurap adalah peyakit kulit nombor tiga.Kurap ini dia suka hinggap pada kulit yang tak bersih atau berkulat, tak kiralah haiwan atau manusia, mula mula kena tu kulit kita rasa gatal gatal, lama lama dah tak gatal lagi, tempat yg kena kurap itu kulitnya tebal,kebal dan kebas serta bergerutu halus halus serta berair dan kalau orang pompuan kena sebab tak tau jaga kebersihan, malu tau... Kalau orang lelaki kena malu juga dan orang pompuan rasa jijik sikit.
sumber

antara sebab kenapa kurap terjadi....
1 Suka tidur tak kira masa dan tempat, dan kulit kita jadi tak sihat kadang tempat kita tidur tu tak bersih.
2 Tak suka mandi, pagi tak mau mandi, kalau nak gi mana mana sarung aje baju , maka badan yang berpeluh pada waktu pagi tu melekit lekit.Baunya anda bau sendiri...
3 Pakai baju atau seluar yg tak berbasuh, pakai spray aje dgn pewangi. maka tunggu sang kurap akan merayap
4 Meyarung baju yang tak kering atau lembap ini adalah sahabat kurap yang sangat suka menumpang.
5 Basuh baju basuh tak jemur di matahari. Pakaian tak kering betul
6 Tempat tinggal tak bersapu dan bermop, kotor.. macam macam benda ada.maka sang hama dan kuman kuman berterbangan.
7 Sampah tak berbuang, kadang sampai keluar ulat
8 Baju terperap dalam bilek air hingga berkulat dan reput
9. Baju teremdam dalam baldi berhari hari atau sampai berminggu, bila di keluarkan airnya satu aroma yang sangat busuk pada pakaian dan air rendaman itu. Maka tunggulah kulit akan di rayap oleh kuman kayap. Kalau ini anda amalkan anda akan kena "kuyap ular". Peyakit ini akan membawa maut sebab bila kena sakitan ini denyutan pada tulang dan kulit kita macam di bahang oleh api, begitu sakit dan pedihnya.
10.Jarang menukar pakaian dalam, ini sangat bahaya pada kaum wanita, dan sangat menjijikan pada kaum lelaki, peluh peluh yang melekat pada pakaian dalam anda dia kan membawa bauan yang kurang enak dan busuk, kalau anda ulang pakaian maka satu peyakit yang akan masuk kedalam tubuh anda terutama para wanita, iaitu "kulat" .

sumber


cara nak merawat....

boleh makan pil grisofulvin (kalau tak salah eja) - ni makan 15 hari je 
atau nizoral - makan 10 hari aje...

ubat sapu plak

nizoral cream


dactarin cream



dactacort



econazine 



ubat kurap kaki tiga - pedih sikit tapi sangat berkesan





oklah nak stop kat sini...jom sama2 jaga kebersihan...mungkin kita tak perasan tabiat kita sebelum ni boleh undang penyakit.....=D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....