Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, May 17, 2013

5 kosmetik mengandungi racun berjadual

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt...


aku suka baca testimoni produk....ada yang best buat aku terliur....ada yang tak best langsung.....

yang bestnya.....SF BEAUTY.....siyes memang kulit muka pengguna ni, at first memang tak cantik.....dia tunjuk gambar...aku siap terdetik dalam hati lagi.....hehehe...

lepas tu dia tunjuk plak gambar selepas dia pakai SF BEAUTY...weh...sangat cantik ok...putih, bersih, mulus....eiiii geram......miawww.....

feedback dari pengguna SF BEAUTY pun, ramai yang cakap produk ni sangat bagus dan berkesan....nak jugak try, tapi tak mampu aih....mahai....hehehehe.....

and.....today.....ada sorang kawan mesej aku kat fb...habaq SF BEAUTY ni ada racun berjadual atau merkuri.....oh oh oh....

terkejut la jugak....sebab produk ni ada kelulusan KKM okeyh...so memang sangat confident kalau nak pakai...but then bila jadi cam ni....rasa sangat.....scary.....

aku ada terbaca dalam blog komen pengguna SF ni...cam marah lah dengan KKM, yelah at first diluluskan, lepas tu tetiba tarik balik kelulusan ni....muka tu weh, risau gak....jadi paper karang...aish...

jawapan penulis tu, 

 * sesetngah pihak atau pengusaha telah mencampurkan bahan terlarang di dalam produk mereka selepas mendapat kelulusan kkm. malah ada juga yang memberi sample yang mengandungi herba tetapi adalah sebaliknya.

* bahagian kkm akan menjalankan lab test sekali lagi apabila mendapat aduan dari pengguna bagi produk3 yang terdapat di pasaran.


5 kosmetik mengandungi racun berjadual

KUALA LUMPUR 15 Mei - Kementerian Kesihatan berjaya mengesan lima produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual iaitu betamethasone dan logam merkuri yang tidak dibenarkan dijual di Malaysia.
Antara produk tersebut ialah Cellnex Anti Sensitive Essence Treatment keluaran Europe Cosmeceutical Industries Sdn. Bhd. yang mengandungi betamethasone manakala Natural 99 Night Cream dan Natural 99 Day Cream masing-masing keluaran Auraqu Enterprise dikesan terdapat logam merkuri.
Dua lagi produk keluaran SF Infinity Resources, SF Beauty Night Cream (Facial) dan SF Beauty Day Cream (Facial) turut dikesan mengandungi racun berjadual merkuri.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasinya, Datuk Eisah A. Rahman berkata, betamethasone adalah sejenis kortikosteriod yang biasanya digunakan dalam rawatan masalah kulit seperti ekzema, serborrhoeic dermatitis, psoriasis dan alahan kulit.
Jelasnya, penggunaan jangka panjang bahan ini tanpa pengawasan boleh mengakibatkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, kesan rekahan, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko diserap masuk dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
"Produk kosmetik yang dicampur dengan logam merkuri bagi tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan pula adalah tidak dibenarkan kerana boleh mengakibatkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf, selain mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang terdedah dengan bahan ini.
"Justeru, pengguna dinasihat untuk mengelak daripada mengguna dan membeli produk-produk yang mengandungi racun berjadual berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Eisah, pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah dinasihat dan diarah untuk memberhentikan penjualan dan pembekalan dengan serta-merta serta menarik balik produk dalam tempoh 72 jam.
"Syarikat yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000.
"Penjual juga diingatkan, pemilikan produk-produk ini juga boleh disabit kesalahan di bawah peraturan sama yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.


nampaknya......lepas ni kena MORE CAREFUL....
SAFI jugalah yang okey....eh eh....
*tetiba

Friday, May 3, 2013

MR MUSCLE - untuk gadis yang rajin...ehem

Assalamualaikum wbt ...

Waalaikumussalam wbt...


ni MR MUSCLE  untuk orang-orang yang rajin gahal, tonyoh, cuci bilik air macam aku...
erk...bukan tak rajin, cuma terlampau bz sampai tak sempat..ehem...=p

mende alah ni best...sembur-sembur je kat tempat kotor, tak yah sental dah...biar je nanti putih, bersih, berkilat gitu.....

pada suatu hari...ececeh...cam penglipulara la plak....
mr muscle ni tertumpah atas towel aku....
aku plak lupa nak cuci...sebab nak cepat...

sekali aku tengok....towel kaler biru dah bertukar jadi warna putih....
kuat gile mr muscle ni...
sesuai la ngan nama dia mr muscle...haha..

so, kalau nak cepat and tak de masa nak sental toilet, guna je mr muscle...
tapi bau dia tak best sangat =D

Friday, April 26, 2013

bedak sejuk ~~ air mawar

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt...


teringin sangat nak pakai bio essence.....sebab kawan dok promote kata sangat menjadi.....pernah cuba set trial...memang best....produk mahal weh, memang la best sangat-sangat.....

nak beli...tapi harga buat aku letak balik...hahaha...

dok usha-usha safi rania gold...tapi hati dok tertarik kat bio essence...jatuh cinta, tapi terpaksa pendamkan jauh di sudut hati...tak mampu untuk memiliki.....ahahahaha


finally.....
aku pakai sabun glutakojic...

sebab dapat free...hahaha...dan terpengaruh dengan kawan, dia cakap kulit jadi lembut licin berseri dan lawa....

bila aku pakai....aku pun tetiba rasa lawa (psiko sungguh)....hahaha...

tambah perasan cantik, bila kawan dok tegur, la ni pakai pencuci muka apa....
aku habaq la sabun glutakojic , dan lagi aku tanya, awat kak dok tanya lagu tu...dia cakap, sebab b4 diz muka aku beminyak, la ni tak dah....=D

rasa tegang dan jerawat kat area dagu ni dah tak mau kawan dengan aku..baguslah, aku memang tak suka dia dok menempek kat situ...=D


malam plak....aku pi pakai bedak sejuk....hahaha...daripada bio essence yang mahal tu, aku pakai bedak sejuk ja....hahaha...sebab murah dan lagi yakin HALAL...=D



ummi bedak sejuk air mawar

Kelebihan bedak sejuk 

1. Melicinkan kulit muka
2. Memberi kesegaran pada kulit
3. Mengurangkan kadar pengeluaran sebum/minyak pada kulit
4. Menanggalkan sel kulit mati
5. Ia membantu sejukkan kulit
6. Membersih dan menegangkan wajah


pasai bedak sejuk yang ala-ala kampong ni....kandungan dia 
Aqua 
Rose extract 
Oryza Sativa 
Excipient 


jenuh aku dok cari dalam tenet kebaikan bedak sejuk ni, macam-macam versi ada...ada yang cakap bedak sejuk paling best dengan air beras campur ngan air mawar.....pastuh aku tengok bedak sejuk ni tak dak plak tulis air beras ke hape.....rasa frust la plak...hahaha


jenuh dok belek google, baru ku tahu Oryza sativa tu beras la kot, sebab bila taip ja, kuar gambar padi...=p

excipient tu plak, something yang digunakan tuk percepatkan proses penyerapan...lebih kurang cam tu lah...

aqua tu air...

rose extract tu, ekstrak ros la kan...

tetiba aku peka dengan benda ni semua, sebab la ni macam-macam ada dalam kosmetik, buat aku takut...walaupun hanya bedak sejuk biasa...mana la tahu kot tetiba dia upgrade letak merkuri ke, hidrokinon ke....kesian kulit aku...hahahaha


memang lumrah semua orang nak cantik, tapi biarlah selama-lamanya cantik...tak mau la cantik sat ja, lepas tu selebihnya menderita.....=D

Wednesday, April 24, 2013

Cuci buah pinggang hanya dengan RM 1

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt....


tertarik dengan satu info di fb...so copy paste...nak share dengan anda semua =D

Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja , sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk , amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

Selamat mencuba ^_^

tudung kanggaroo RM 5 dan sate besar gedabak...

Assalamualaikum wbt....

Walaikumussalam wbt...

entry sebelum ni....Tudung bawal kanggaroo plain RM 5 ONLY...ececeh....macam aku berniaga plak kan...hehe....

tak la aku tak buat pun bisnes tudung.....kalau kat tempat lain aku tak sure...kalau online maybe boleh dapat tapi kena rajin godek-godek kot.....

kalau kat Terengganu, kat Myding atau Giant tu....RM 8...tak jumpa lagi yang RM 5...

yang RM 5 ni aku jumpa kat bandar Dungun.....memang kebanyakan kedai kat Dungun tu jual RM 5 weh tudung ni...sesape yang dok area Dungun tu pi cari cepat-cepat....seronok...tengok banyak-banyak camtu and murah-murah...=D

tu tudung.....ni nak cite pasal makanan plak....

best kan kalo dapat makan sate gedabak gedabak....puas hati weh...senyum lebar sampai ke telinga.....

kalau kat terengganu ni, sate gedabak gedabak besar ni ada kat food court giant.....
p la...kuah dia sedap, pekat okeh.....sate dia rm 0.60 je tapi besar...mahap tak dak gambar  tak snap pape pon, enset buruk   ><

kalau nak tahu besar gedabak mana...boleh p lepak kat food court dia....kat gerai kecil-kecil tu ada sate gedabak ni....=D

selamat menjamu selera ....

Sunday, April 21, 2013

tidakkkkk !!!!! KURAPPPPPP !!!!

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt....




Penyakit Kurap merupakan satu penyakit kulit menular yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Gejala kurap mulai dapat dikenali ketika terdapat baian kecil yang kasar pada kulit dan dikelilingi lingkaran merah muda. Kurap dapat dicegah dengan cara mencuci tangan yang sempurna, menjaga kebersihan tubuh, dan mengindari hubungan dengan penderita.
sumber

" Kurap itu adalah sejenis peyakit kulit yang susah juga nak berjangkit, tapi kalau dia sudah hinggap pada badan tak kiralah badan haiwan atau manusia maka untuk pulih itu sangat sukar, perlukan berbagai ubat ubatan dan pernah di kata orang bahawa kurap ini adalah peyakit bawaan syaitan. Kurap ini di hinggap pada kulit yang kotor, busuk dan berkuman. Kadang kadang tu kita tak sedar tiba tiba kita lihat kulit dah bergerutu aje, dan gatal gatal warnayanya macam cokelat aje. Kalau di istilahkan dengan perkataan yg kasar sikit ialah di panggil "kusta", anda tahu kusta tu apa? jangan buat main peyakit ini. Ini adalah peyakit kulit yang makan tulang dan daging kita. Kalau kita dah kena hinggap peyakit ini maka kita akan di kurantinkan di hospital kusta di Sg Buluh dan tidak di benarkan keluar dari situ kadang kadang itu sampailah ajal pun kita di situ. OK lah itu kusta itu dalam golongan peyakit kulit kelas satu, tapi yang saya nak beritahu ni kurap, kayap atau panau. Kurap adalah peyakit kulit nombor tiga.Kurap ini dia suka hinggap pada kulit yang tak bersih atau berkulat, tak kiralah haiwan atau manusia, mula mula kena tu kulit kita rasa gatal gatal, lama lama dah tak gatal lagi, tempat yg kena kurap itu kulitnya tebal,kebal dan kebas serta bergerutu halus halus serta berair dan kalau orang pompuan kena sebab tak tau jaga kebersihan, malu tau... Kalau orang lelaki kena malu juga dan orang pompuan rasa jijik sikit.
sumber

antara sebab kenapa kurap terjadi....
1 Suka tidur tak kira masa dan tempat, dan kulit kita jadi tak sihat kadang tempat kita tidur tu tak bersih.
2 Tak suka mandi, pagi tak mau mandi, kalau nak gi mana mana sarung aje baju , maka badan yang berpeluh pada waktu pagi tu melekit lekit.Baunya anda bau sendiri...
3 Pakai baju atau seluar yg tak berbasuh, pakai spray aje dgn pewangi. maka tunggu sang kurap akan merayap
4 Meyarung baju yang tak kering atau lembap ini adalah sahabat kurap yang sangat suka menumpang.
5 Basuh baju basuh tak jemur di matahari. Pakaian tak kering betul
6 Tempat tinggal tak bersapu dan bermop, kotor.. macam macam benda ada.maka sang hama dan kuman kuman berterbangan.
7 Sampah tak berbuang, kadang sampai keluar ulat
8 Baju terperap dalam bilek air hingga berkulat dan reput
9. Baju teremdam dalam baldi berhari hari atau sampai berminggu, bila di keluarkan airnya satu aroma yang sangat busuk pada pakaian dan air rendaman itu. Maka tunggulah kulit akan di rayap oleh kuman kayap. Kalau ini anda amalkan anda akan kena "kuyap ular". Peyakit ini akan membawa maut sebab bila kena sakitan ini denyutan pada tulang dan kulit kita macam di bahang oleh api, begitu sakit dan pedihnya.
10.Jarang menukar pakaian dalam, ini sangat bahaya pada kaum wanita, dan sangat menjijikan pada kaum lelaki, peluh peluh yang melekat pada pakaian dalam anda dia kan membawa bauan yang kurang enak dan busuk, kalau anda ulang pakaian maka satu peyakit yang akan masuk kedalam tubuh anda terutama para wanita, iaitu "kulat" .

sumber


cara nak merawat....

boleh makan pil grisofulvin (kalau tak salah eja) - ni makan 15 hari je 
atau nizoral - makan 10 hari aje...

ubat sapu plak

nizoral cream


dactarin cream



dactacort



econazine 



ubat kurap kaki tiga - pedih sikit tapi sangat berkesan





oklah nak stop kat sini...jom sama2 jaga kebersihan...mungkin kita tak perasan tabiat kita sebelum ni boleh undang penyakit.....=D

Friday, March 22, 2013

nak putih gebus...macam kapas...=p

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt...


sebelum ni dok cerita pasai GINGKO BILOBA dan LOBATA.....

la nih, nak story sikit je pasai GLUTHATHIONE....


biasanya kalau nak putih...boleh amek produk yang ada gluthathione....

contohnya macam yang femes emes macam pisang goreng skang....

Aura white 


harga rm 150....tapi promosi...rm 130....fb (sementara stok masih ada...sebab terlampau banyak permintaan untuk aura white skang !!!!)


glow b white 
glow bwhite

dalam ni pon ada gluthathione...tapi mahap la, cuba carik gambar yang boleh nampak ada tulisan gluthathione di kotak...tapi tak jumpa....tapi memang ada gluthathione...sebab dia untuk cerahkan kulit....

sabun gluthathione collagen 


*Membersih dengan lembut dan menyegarkan kulit lesu
*Mengecutkan jerawat di wajah/badan seawal 2 minggu penggunaan
*Memudar juga menghilangkan parut & cela
*Mengurangkan pigmentasi/jeragat
*Mengurangkan kedutan dan garis halus serta kesan regangan/strectmark
*Mencerahkan kulit yang kusam/gelap, kasar dan kering
*Menyamaratakan tona kulit
*Memelihara kelembutan dan kelembapan semulajadi kulit



GLUTATHIONE -Menolong memudar dan menghilangkan masalah kulit seperti pigmentasi, jerawat dan parut jerawat, penuaan pra matang dan kedutan. Menjadikan kulit tampak lebih cerah dan halus.
sumber


lagi mengenai GLUTHATHIONE 


GLUTATHIONE merupakan anti oksida yang utama kerana ia melindungi tubuh badan dari serangan penyakit & melawan radikal bebas. Paras Gluta dalam badan akan berkurangan disebabkan pendedahan kepada pencemaran, stress, minuman keras, merokok, faktor pemakanan .

Pengambilan GLUTATHIONE dengan cara berterusan akan membuat kulit semakin putih dan cerah. GLUTATHIONE juga akan membuatkan anda kelihatan 5 hingga 10 tahun lebih muda dari usia sebenar.

GLUTATHIONE adalah protin yang mengandungi 3 jenis asid amino iaitu cysteine, glutamic dan glycine, yang biasanya dihasilkanoleh badan untuk mengatasi pencemaran udara, air yang di minum,bahan kimia dan racun serangga di dalam makanan yang di makan. Bahan-bahan ini boleh memusnahkan sel-sel di dalam sistem tubuh kita.

GLUTATHIONE selalunya dipanggil sebagai "Master Anti-oxidant"..di dalam badan, molekul yang terbentuk oleh jalinan asid-asid amino dan anti-oxidant yang di hasilkan secara semulajadi oleh badan. Ianya telah diketahui secara meluas tentang kepentingannya untuk mengekalkan kesihatan dan jangka hayat yang panjang



so...kalau nak putih tu, cari produk yang ada gluthathione ni...insyaAllah memang boleh jadi cerah berseri lah....=D 

Tuesday, March 19, 2013

produk yang tak diluluskan.....tapi masih ada di pasaran

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt....


sekarang ni terlampau banyak produk kecantikan di pasaran....

sampaikan kita pun tak tahu yang mana okey yang mana dak....

kekadang tu tak sesuai dengan kulit kita, kekadang tu sesuai....kekadang tu tak lulus oleh kkm pun, tapi ada ja di jual......pastu kita beli, pastu menjadi, pastu kita beli lagi dan lagi dan lagi......last.....kita yang tanggung akibatnya.....haish....


mana kita nak tau, produk tu tak diluluskan...sebab ada je orang jual kan....kejam kan penjual....tau nak untung je.....

by the way.....konsepnya sama aje macam rokok...rokok tu boleh membahayakan kesihatan, tapi demandnya tinggi...so akan ada la orang yang jual....sebab ada orang nak beli.....

tapi....untuk produk kesihatan acaner lak...mana nak tau....produk tu ada kelulusan kkm tak....


caranya mudah je....



kalau certain-certain produk yang u all nak beli tu tak di displaykan...maybe ada sebab-sebab tertentu......kemungkinan besar produk tu tak dapat kelulusan kkm, tapi sebab demand yang tinggi, masih lagi depa jual produk-produk cam tu....

so try la tanya depa, awat tak display...dengar je la depa jawab.....takkan depa nak mengaku produk tu tak lulus...rugi beb !!!!! 

ni antara produk yang disenarai hitam oleh kkm .....mungkin ada yang u all pernah dengar dan ada yang tak....
ni setakat yang aku tau la.....sekadar share something dengan u all...yang curious about produk, nak pakai tapi risau...boleh try macam ni....tapi kalau orang yang tak kisah....tak pe la...ye la ada orang tak kisah pun asal cantik...ada orang tak mau la cam tu, cantik sekejap, seksa selama-lamanya dak.....


Sunday, March 17, 2013

ENTRY WANITA : Lobata

Assalamualaikum wbt...

Waalaikumussalam wbt....



aku selalu tertukar Ginko Biloba dengan lobata.....

bila aku check produk je, bila jumpa perkataan lobata, mesti aku cakap...

ish, tak mau la, ada lobata...nanti selera makan naik....

pastu mesti sha tegur, bukan lobata la nini, tu ginko biloba.... hehe

ada satu produk tu, aku nak tau la jugak apa kelebihan dia, pasai apa nak kena amek, tapi tak dak tulis la plak....yang aku nampak kandungan dia ja ada lobata..so aku google la...apa function sebenar lobata ni....



secara umumnya lobata ni digunakan untuk meremajakan sistem endokrin wanita.


Lobata mengandungi phytoestrogens seperti miroestrol, deoxymiroestrol dan coumestans yang banyak terdapat dalam kandungan bahan-bahan untuk tujuan pembesaran dan pembentukan payudara.
Lobata berfungsi dengan menstabilkan hormon dalam tubuh badan yang boleh mengakibatkan menopous dan ramai wanita pada masa ini mengalami proses menopous yang awal iaitu pada sekitar umur 30-an akibat berpunca daripada ketidakstabilan hormon.
Oleh itu, lobata akan sentiasa mengekalkan dan memperbaiki hormon agar sentiasa pada tahap yang stabil. Sebagai contoh, liquid lobata akan meningkatkan kadar hormon pada struktur payudara.



antara produk yang ada lobata dan khasiat atau kebaikan atau kegunaan produk tu....


Khasiat Ladies Collagen V’Asia
- Mendapatkan bentuk badan yang menarik
- Seimbangkan hormon
- Mengembalikan keanjalan dan saiz payudara yang menawan
- Merapatkan vagina serta melambatkan proses menopous
- Melancarkan peredaran darah
- Melancarkan haid dengan lebih teratur
- Melegakan masalah wanita seperti senggugut dan keputihan
- Mengembalikan keintiman hubungan
- Membantu menyuburkan wanita bagi menimang cahayamata


Kandungan Ladies Collagen V’Asia
Ia diadun daripada bahan semulajadi seperti lobata, mirifica, kacip fatimah, manjakani, akar serapat, bersama habbatus sauda, madu, goji, delima, kismis, gingko biloba, kunyit, puri mangga dan kolagen.




  • Khasiat:
  • Dari Segi PAYUDARA DAN PUNGGUNG
  • Mengangkat dan menganjalkan kembali payudara dan punggung yang mengendur.
  • Memantapkan lagi bentuk menjadikan is lebih padat dan menstabilkan kedudukan payudara.
  • Membesarkan kembali payudara yang mengalamli pertumbuhan yang terbantut.
  • Menjadikan payudara dan punggung anda lebih seksi dan mengancam dengan lurah yang ketara.
  • Mencerahkan puting dan menghilagkan kedutan di sekitar payudara.
  • Mengekalkan kecantikan payudara yang sedia besar tanpa membesarkannya lagi, sebaliknya, payudara anda akan kelihatan lebih tegang, juga sesuai dan efektif kepada mereka yang telah menjalani pembedahan membuang ovari.


Kandungan 
PAYUDA adalah Pati herba untuk wanita yang inginkan kuasa dan kesan kerana la dirumus dengan ramuan 2 herba terbaik untuk wanita iaitu Pueraria Lobata dan Pueraria Mirifica. 



so lepas ni, kalau jumpa produk yang tak mau tulis apa function atau khasiat dia, kita boleh rujuk kat kandungan dia ja.....sama macam kes ginko biloba, karang naik selera makan, penat je makan kolagen bagi kulit halus mulus cantik menawan tapi ter extra size plak...=p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....