Friday, November 25, 2011

argh.....kena bersihkan greaseeeee trapppppp

da lama tak update...aish penat...balik rumah tahu letak kepala atas bantal terus tido....haha

tapi hari ni ada cerita best nak share...=D


korang tau tak apekebende ni ? 

kalu korang ngah makan mesti korang terus tutup blog aku kan....haha...kotor nih...aish..ada lak tunjuk gambar cenggini....

ni nama dia grease trap....tapi grease trap kat tempat aku tadek la teruk cam nih...hehe...saje je aku letak gambar teruk cam nih....sebab ari ni aku kena bersihkan grease trap....for the first time...ceh punya la lama kerja, hari ni baru aku kena buli wat benda alah ni....haha....


sebelum ni ada dua tiga orang bebudak kena bersihkan benda alah ni.....siap beli penutup hidung bagai....lepas tu siap sapu minyak wangi kat penutup hidung tuh....lepas tu siap berteriak bagai...tekanan...hahahaha....

yang lagi sorang tu plak...asyik uwek uwek.....menahan bau...hahahaha...senyum jauh je la aku....

but now is my turn.....tapi aku cuba berlagak biasa...wah...cool konon....padahal dalam hati tuhan je la yang tahu.....sebab terpengaruh sikit ngan reaksi dua orang budak comel yang dah bersihkan grease trap tu, yang uwek uwek dan yang pakai penutup hidung bagai tu....

first thing masa bos aku bagi arahan suruh aiman ajarkan aku cemana nak bersihkan grease trap tu.....aku dah set mind...ala rileks la, bukan nya tahi pun.....makanan je pun...cumanya makanan yang da lama dan bertakung kat dalam tu...apa la sangat...mayonis, coslow....yang tu memang selalu bertakung.....lembik-lembik, biasalah tu....


lepas tu aku bukak penutup grease trap tu....tengok dulu benda alah dalam tu lama-lama....hahaha.....ok...tak de la teruk sangat...n nasib baik hidung aku tak berfungsi mana hari ni, so aku boleh dengan cool dan selamba je...pakai sarung tangan dan bersihkan grease trap tu....memang lembik-lembik pun benda yang bertakung tu...alah makanan...hahaha...aku amik je la letak dalam plastik sampah...lepas tu guna penapis ceduk lagi sisa-sisa yang kecil-kecil....

overall....for me...tak teruk pun buat benda tu...n simple je....nasib baik aku ni bukan jenis penggeli sangat...dan paling penting aku dah setting minda aku awal-awal...so aku berjaya menghadapi benda ni dengan cool.....tadek la orang nak gelakkan aku...sebab aku kena buat kan...sebab tym aku buat tu, aku cam enjoy je...erk enjoy ke...hahahaha....


oklah...nak stop kat sini dulu....
sesuatu yang sukar untuk dilakukan......tapi kita boleh lakukan dengan penuh COOL dengan mindset.....=D

Monday, November 21, 2011

review blog by ujang


haha tataw nak letak gambar pe...ni pun cilok kat fb...kira okeh la ye cik ujang....

nak suh komen hang punya blog ka ?
boleh...first thing...aku tataw nape lambat na dia loading...
tapi sebab nak join benda alah ni...
aku banyakkan bersabar...
n finally....
aku berjaya wat entry ni lepas baca syarat-syarat dia....


erm...rasa tu je la kot.....
tqvm okeh =D

sharing : cerita tentang minat kamu...bukan minat saya

mari kita teruskan.....prinsip seterusnya.....
oh ya, mungkin yang baru terjahm tak faham apa kisah yang aku membebel ni...eheh...
ekceli entry ni berkait......pasal how to win fren and influence people...
juz nak share apa yang aku baca dengan korang....teknik dan rahsia terbesar nak tackle orang...
so kalau nak lebih faham...
maybe u all boleh baca entry sebelum ni dulu 




tertarik dengan permulaan topik....kisahnya begini....

dia selalu memancing di Maine pada musim panas. secara peribadi dia suka buah strawberry dan krim, tapi atas alasan-alasan yang tidak munasabah dia dapati yang ikan lebih suka makan cacing. jadi, apabila dia pergi memancing, dia tidak memikirkan apa yang dia inginkan. dia tidak memasang umpan pada kailnya dengan buah strawbery dan krim tetapi dia meletakkan cacing pada mata kailnya bagi mengumpan si ikan, sambil berkata  'ini yang kamu mahukan, bukan ?'


ya aku tahu, mungkin ada yang keliru....sebab aku pun sama...dah nak memancing ikan, sah sah la letak cacing sebagai umpan, awat nak letak buah plak...macam bengong je kan...=p dan apa lak kaitan apa yang kita suka dan apa yang ikan suka....


kita tak nampak benda ni untuk kehidupan kita sehari-hari.....kita guna cacing untuk memancing sebab ikan suka cacing. kita tak guna apa yang kita suka, macam kfc ke, mc d ke untuk memancing sebab kita tahu ikan tak akan berminat dengan apa yang kita suka....so ??????


so.....gunakan cara ini untuk menangi hati orang lain.....

Tindakan yang terhasil daripada keperluan asas kita dan nasihat terbaik yang dapat diberikan kepada mereka yang masih mempelajari cara-cara mempengaruhi orang lain, sama ada dalam perniagaan, di rumah, di sekolah, dan dalam politik adalah membangkitkan impian orang lain. Mereka yang mampu melakukannya bisa menawan seluruh dunia, mereka yang gagal menyelusuri jalan yang sepi. 
-Harry A. Overstreet 



ini ada satu kisah....kisah Ralpdh Waldo Emerson dan anak lelakinya yang berusaha menarik lembu supaya masuk ke dalam kandangnya. Namun, mereka membuat kesalahan lazim hanya kerana memikirkan mengenai apa yang mereka mahukan. Emerosn memujuk dan anak lelakinya menarik anak lembu itu. 


Namun begitu, anak lembu itu juga hanya melakukan seperti apa yang sedang mereka lakukan. Dia hanya memikirkan apa yang dia inginkan pada saat itu, dia mengeraskan kakinya dan berdegil tidak mahu berganjak daripada padang rumput itu. Pembantu bangsa Ireland melihat keadaan itu dan dia lebih mengerti perangai kuda dan anak lembu apabila dibandingkan dengan Emerson. Dia memikirkan mengenai kehendak anak lembu itu, lalu dia memasukkan jari-jemarinya ke dalam mulut anak lembu itu. Anak lembu itu menghisap jarinya dan kemudian dia menarik anak lembu itu masuk kedalam kandang. (Carneige)



see...bila kita tahu apa yang orang minat, dan buat apa yang dia suka tanpa memikirkan apa yang kita suka....mereka sudah tentu boleh menerima kita dengan seronoknya....


oklah nak stop kat sini dulu.....
prinsip 3 : bangkitkan minat dalam diri orang lain

kuasa MAAF

Ini kisah benar....tapi opkos la nama aku dah tukar....dan situasi mungkin sedikit berbeza...karang tuan punya diri baca kantoi lak kan...=p


bukan niat nak malukan sesiapa, cuma....nak jadikan pengajaran buat diri kita sume....=D


Kisah bermula...
ada sorang perempuan, aku namakan dia dengan nama Elly....budak dia baik...tapi agak slow...dan jujur....lurus sebenarnya....maaf perkataan lurus tu mungkin agak kasar tuk gambarkan diri dia tapi aku nak bagi nampak jelas dia punya perwatakan....


satu hari, bos dia cakap macam ni kat dia, 
elly, awak tahu tak, awak melawan saya....
awak tahu tak saya bos awak....pangkat saya lagi tinggi daripada linda.


.........................................................................................


tu situasi yang berlaku.....tu yang dia story kat aku....siap tanya aku lagi, dia memang ada melawan bos dia ke ? aku cakap la, mungkin masa bos dia suruh dia buat sumnthing and dia refuse sebab benda yang bos dia suruh buat tu da banyak.....dan dia cakap elok-elok dengan bos dia....cumanya dia tak tahu benda tu melawan....

ala biasalah, kalau bos suruh buat, kita buat je la...tayah la nak cakap itu ini begitu begini.....certain orang kalau kita menjawab tu dinamakan melawan...ye dak...



berbalik pada kisah elly tadik...
dia pun mintak maaf la dengan  bos dia...
n korang taw apa bos dia cakap....

saya bergurau je....awak jangan amik hati plak...


--------------------------------------------------------------------------------------------

ok...bos dia cakap dia bergurau....hahaha...aku tau bos tu mean it, tapi bila elly dengan penuh naif nya mintak maaf, hati dia mungkin  jadi lembut n rasa serba salah.......

dan aku pun pernah story pasal perkataan 'maaf' \sebelum ni....


oklah nak stop kat sini......hanya dengan perkataan maaf je...kemarahan terus mencair...=D

Sunday, November 20, 2011

sharing : penghargaan kena jujur....bukan mengipas yer....=p

wah...da lama tak update...penat....
masih lagi membaca buku kesayangan tuh.....excited nak habiskan, tapi masa menceburui...so baca sikit-sikit je before tidur....kira okeylah kan....kan kalau nak baca kena ada soul...hehe....

sebelum ni dah share prinsip 1 kan....ok...proceed tuk prinsip seterusnya.....how to win fren and influence people.....=D


kata orang....kalau kita berdoa pun, kita memuji Allah.....samalah macam manusia...kita kena sentiasa memberi penghargaan dan memuji mereka.....ok bukan nak membodek, bukan nak mengipas......pujian dan penghargaan kena ikhlas okeh.....


kalau kita....orang dok puji kita, menghargai kita....mesti kita gembira...kan ? eh ada yang jawab tak ek ? tipulah.....kalau tak banyak pun mesti jauh di sudut hati kita ada perasaan gembira kan kan kan......so, kalau nak tackle orang, nak suruh orang suka kat kita....kita pun kena lah pandai menghargai orang.....tapi.....syarat dia....kena jujur.....so, beri penghargaan yang jujur dan ikhlas....


ini ada satu pepatah....aku petik dari buku how to win fren and influence people...

saya melalui jalan ini hanya sekali...jadi apabila saya berpeluang menggembirakan hati orang di sekeliling saya biar saya melakukannya sekarang. Jangan biarkan saya menunda apa yang patut saya lakukan, juga jangan biarkan saya mengabaikannya, mungkin saya tidak melewati jalan itu lagi.




dan ini juga ada satu kata-kata dipetik dari buku yang sama...


setiap orang menyukai pujian - Presiden Abraham Lincoln


Prinsip dalam kehidupan harian manusia adalah dambaan supaya dihargai - William James, ahli psikologi terkemuka Amerika




oklah nak stop kat sini dulu.....so prinsip 2
Berikan penghargaan yang jujur dan ikhlas. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....