Friday, December 10, 2010

baiklah, saya bukan orang yang sesuai untuk berblogging sebab saya memang biskut chipsmore...
haha...but then saya still nak teruskan blog ni sebab saya akan meletakkan seberapa banyak..
erk banyak ke...huhu
ikut tahap kerajinan dan tahap idea mengalir
untuk letakkan semua hasil nukilan saya di sini...
okey..
selamat bercuti
n lupa..
selamat cek exam esok...
hehe
;p

Saturday, October 9, 2010

saya dan housemate saya



Dulu, sebelum ini..dah lama saya rasa, saya ada bercerita fasal bff…perlu ke ? ada orang memang perlukan kawan dalam hidup. Nak kemana2 pun perlu berteman…alahai…kalau tak de teman memang dia akan dok kat umah je..ala-ala gadis melayu gitu kan padahal hati tensen sebab nak keluar tapi tadek kawan. Ok bukan benda ni sebenarnya nak diceritakan…benda lain.

Saya ada kawan..ramai…tapi dalam ramai2 susah kan nak cari yang betul2 boleh berngam dengan kita. Boleh menerima kita seadanya. Boleh mengutuk kita, eh salah menegur sebenarnya. Mengutuk tu cam kasar. But then kalo best fren memang suka kutuk2 pastu gelak2…kalo tak kecik ati la. Tapi memang kalu yang da rapat, perangai gila2…mulut tak de insurans, agak2 laser cam tuh memang kenalah kutuk. Sometimes boleh terasa. Erk.. kantoi..haha…padahal saya pun sama gak. Kalu kita kutuk orang so jangan takut untuk dikutuk kembali. Terimalah hakikat bahawa memang ktukan tu tak pernah best. So, kalau tak nak rasa, jangan buat okey.

Wah mukaddimah panjang sedepa…sebenarnya nak citer pasal kawan2 di sekeliling saya. Bila saya sendiri, atau lebih kurang keseorangan, seorang demi seorang kawan yang pernah rapat dalm hidup saya muncul. Tapi tak nak story yang zaman dulu kala. Yang sekarang punya kawan la. Latest gitu. Ahakz. Dan satu hari nanti saya rasa saya akan merindui semua mereka.

Okey, start dengan housemate saya. Housemate yang biliknya depan bilik saya. Bilik yang selalu diganggu gugat kedamaian mereka dengan kehadiran saya dan membuatkan satu rumah menjadi gegak gempita. Wallah…gila jahat. Sebenarnya, bilik ini merupakan bilik tempat saya mengurangkan tensen belajar atau wat asaiment. Hahaha. Atau tempat saya makan lepas tu saya terus keluar pura2 lupa nak cuci pinggan sebab itu merupakan tugas saya yang telah diberi oleh mereka sebab bak kata mereka saya tak pandai buat megi. So cuci pinggan itu sesuai untuk saya. Memang pun saya tak reti buat megi okey, sebab saya tak suka makan megi kecuali dengan dorang. Lagipula, semua orang tahu megi tak bagus tuk kesihatan. Kalau saya pandai buat megi saya akan selalu makan megi dan itu akan menjejaskan kesihatan saya. (alasan). Haha.

okeh ni bukan megi kitorang, saya curi dari tenet...tq kepada tuan punya..sorry amik tanpa kebenaran :(


Nama dorang zorro (bukan nama sebenar) dan kin (pun bukan nama sebenar). Budak zorro ni selalu panggil saya jadi patient dia mentang-mentang dia budak phisio. Tapi best, tetiba saya yang bodoh mengenai tulang temulang ini menjadi begitu terer. Eh pasal tulang ke dorang belajar. Ntah, biaq p la yang saya tahu, saya sering dijadikan mangsa untuk dia sebelum dia ada praktikal test. Tapi malangnya, dia kurang pandai mengurut, mungkin lom belajar, sem 3 baru belajar. Ok dimaafkan. Kalau tak bilik dorang akan jadi pusat urut untuk saya. Wahahaha…

Kin plak memang pandai mengurut. Superb. Memang best gile. Paling best, dia pandai masak megi. Dan selalu panggil saya untuk makan megi. Saya Cuma perlu datang ke bilik mereka untuk menghabiskan megi dengan zorro sementara dia sibuk bergayut. Lepas tu dia akan denda kami buat balik megi tuk dia, but then dia akan kecewa sebab saya kan memang tak reti masak megi. Haha.

DAN SEBENARNYA SAYA AMAT SAYANGKAN KAWAN SAYA.....

ZORRO N KIN......I LOVE YOU SO MUCH...WILL MISS YOU... ;p

Sunday, June 6, 2010

Masihkah ada cinta - final

Leya tersenyum melihat gambar-gambar dia dan Fahmi yang berpicnic baru-baru ini yang ditagged di facebooknya. Habislah, bermacam-macam komen diterima. Kecoh satu kelab melihat gambar dia dan Fahmi. Semuanya ditagged oleg Fatina. Leya tidak tahu mahu menjawab apa. Buat masa ini diam adalah yang terbaik. Dia hanya tersenyum membaca komen yang bermacam-macam daripada teman-teman. Semuanya menyangka dia ada hubungan dengan Fahmi. Hakikatnya, mereka tidak pernah ada apa-apa. Memanglah, Fahmi pernah melamar dia, wah….melamar gitu, perkataan tak boleh blah. Tapi dia menolak memandangkan waktu itu dia punya Idzlan dan dia memang sudah tidak ada perasaan apa-apa buat Fahmi. Dia tidak mungkin akan ada apa-apa dengan Fahmi sebab sememangnya dia langsung tidak ada perasaan buat lelaki itu.

Fahmi pun sama. Langsung tidak memberi apa-apa komen tentang gambar kawan tapi mesra mereka. Bukan hanya komen malah Fahmi juga sudah jarang menghubungi atau mesej Leya. Entahlah, mungkin Fahmi sibuk dengan tugas-tugasnya. Leya juga begitu, sejak kebelakangan ini dia agak sibuk dengan tuntutan sebagai seroang pelajar dan fasilitator. Boleh dikatakan setiap minggu dia terpaksa bertugas sebagai fasilitator.

Asyik Leya bergelumang dengan buku, assignment dan test yang tidak berhenti-henti. Facebook pun jarang dibuka. Hampir sebulan dia tidak berhubung dengan Fahmi. Bukan hanya Fahmi, bergelak ketawa dengan Erra pun sudah jarang. Maklumlah Erra juga sibuk dengan buku-buka pelajarannya serta tugas-tugasnya yang perlu diselesaikan. Nampaknya Erra seorang yang kuat. Walaupun berbadan dua dia mampu menyiapkan dan menghadapi harinya dengan baik.

Handset Leya berbunyi minta diangkat. Leya mengambil lalu melihat nama si pemanggil. Fahmi. Dia tersenyum sendiri.

“Helo, assalamualaikum.”

“Walaikumussalam. Leya, esok free tak ?”

“Esok ? Pagi Leya ada modul 2 la.”

“Kat mana ?”

“Kolej Nilam.”

“Kita lunch sama-sama boleh ? Mie ambil Leya kat Nilam. Modul 2, 4 jam je kan ?”

“Yup. Bolehlah.”

Talian dimatikan. Leya meneruskan pembacaannya. Malas mahu fikir kenapa Fahmi mahu berjumpa dengannya. Sampai sanggup mengambilnya di Kolej Nilam. Boleh tahan juga jauhnya Kolej Nilam dengan kolej Fahmi. Tak kisahlah. Esok, esok punya cerita. Hari ni punya cerita, habiskan chapter 7 dan 8 dulu.

Fahmi membawa Leya ke sebuah tasik. Mereka duduk di sebuah set meja yang mempunyai dua buah kerusi. Mereka duduk berhadapan. Fahmi mengeluarkan makanan yang dibawa. Nasi Ayam. Penat dia menyuruh Kak Fatina membuat nasi ayam pada hari ini untuk dia makan bersama-sama Leya di taman. Wah, romantic gitu. Nasib baik si kakak melayan aje apa permintaannya.

“Mie buat sendiri ke ?” Leya bertanya. Fahmi tertawa.

“Yup.” Dengan penuh confident Fahmi menjawab.

“Wow….tak sangka Mie pandai masak ea.” Leya memuji.

“Mie punya kakak memang pandai masak.”

“La….Kak Tina ke ?” Fahmi mengangguk sambil tersenyum. Leya tertawa. Terkena dia. Ingatkan Fahmi yang masak rupanya Kak Tina. Kekaguman yang baru sahaja mahu berputik buat Fahmi terus lenyap.

“Leya…..” lembut sekali suara Fahmi di pendengaran Leya.

“Ya…”

“Kita couple?”Dah tak berlapis, terus direct to the point. Senang cerita. Leya pula yang terkejut. Nasib baik tak tersedak.

“Err….hm….”

Fahmi diam. Menunggu dengan sabar. Matanya tidak lepas merenung wajah Leya yang sudah mulai memerah.

“Leya tak bolehlah.”

“Kenapa ?”

“Sebab….er…sebab tak ada cinta buat Mie.” Perlahan Leya menjawab.

“Bohong.”

“Betul.” Laju Leya mengangguk.

“Takkan tak ada langsung ?” Leya menggeleng.

“Sorry, Mie. Leya dah buang perasaan itu. Lagipun Leya tak boleh, sebab Leya dah ada boyfriend.” Hanya itu alasan spontan yang dapat diberikan oleh Leya buat masa sekarang. Leya tak boleh sebab Leya dah ada boyfriend. Padahal boyfriend Leya sudah lama jadi suami orang. Hampir menitis air mata Leya mengenangkan Idzlan yang sudah menjadi suami kepada teman baiknya sendiri, Erra.

“Mie, I have to go now. Sorry banyak-banyak.” Leya terus berlalu. Meninggalkan Fahmi sendiri di situ. Bimbang air matanya menitis di depan Fahmi. Dia tidak mahu tewas dihadapan Fahmi.

Leya baring. Tidak sampai lima minit dia bangun menuju ke meja studynya dan membaca buku. Tidak sampai lima belas minit, dia bangun menuju ke tingkap. Menjenguk ke luar tingkap. Melihat keindahan alam. Hijau. Cuba meraih ketenangan. Jam di atas meja study di pandang sekilas. Pukul 3 petang. Dia menoleh kearah katil Erra. Kosong. Hari minggu begini, kalau tidak ada sebarang tugasan Erra akan pulang ke pangkuan suaminya.

Leya mencapai handsetnya. Dipandang handsetnya. Lama. Dia mencari nombor Fahmi. Hanya mencari. Sekadar merenung nombor telefon Fahmi. Selepas dia meninggalkan Fahmi sendirian di taman, dia terus balik ke rumah. Beberapa kali Fahmi menghubunginya. Hanya dibiarkan. Langsung tidak dijawab panggilan telefon daripada Fahmi. Beberapa mesej daripada Fahmi juga tidak dibalas. Dia tahu fahmi risaukan dirinya. Semuanya daripada mesej Fahmi. Semuanya mesej yang dikirim Fahmi menggambarkan betapa Fahmi amat risaukan dirinya pulan sendirian ke kolejnya. Fahmi seolah-olah lupa yang dia sebenarnya sudah biasa dengan itu semua. Sudah biasa naik turun bas. Kan ke pak cik bas itu pernah menjadi driver peribadinya. Tapi kalau lambat, memang kena tinggallah kan.

Leya menghampiri laptopnya. Dia membuka facebooknya. Gambar yang pernah menyebabkan kekecohan di kelab Fasilitator di renung. Lama. Terukir senyuman di bibir. Dan tanpa sedar ada air mata mengalir membasahi pipinya. Dia kemudian menggeleng perlahan.

“Maafkan Leya, Mie. Leya tak mampu untuk sukakan Mie seperti dulu. Perasaan tu dah tak ada. Dah tak wujud. Tak mungkin Leya mampu untuk menyayangi Mie dan menerima Mie.” Leya menarik nafas dalam-dalam. Terasa seperti ringan kepalanya setelah menuturkan kata itu. seolah-olah dia sedang bercakap dengan Fahmi sedangkan dia hanay berkata demikian di hadapan gambar Fahmi di dalam facebook. Biarlah. Sekurang-kurangnya, ringan bebanan perasaan ini.

Leya mencapai tualanya. Menuju ke bilik air. Membersihkan diri. Bersedia untuk solat asar. Selepas itu dia akan mengaji. Mengaji sehingga jiwanya betul-betul tenang untuk menghadapi hari-hari seterusnya.

Hampir dua minggu. Langsung tiada khabar berita daripada Fahmi. Status Fahmi di Facebook juga sudah tidak di update. Masih status yang lama. Status sehari sebelum berjumpa dengannya.

‘Wah, tak sabar nak jumpa dia. Awak jadi awek saya, nak?’

Itulah status terakhir Fahmi sebelum Fahmi mengajak dia couple di taman dua minggu yang lalu. Tidak disangka status itu untuknya.

Lagak Leya seperti waktu Idzlan dan Erra menjadi suami isteri awal-awal dulu. Kadang-kadang dia okey, dan adakala dia terasa sayu. Sayu apabila kenangan bersama Fahmi datang menjelma. Adakala dia rasa rindu. Hanya gambar-gambar di facebook yang mampu mengurangkan rasa rindu di hati. Untuk dia menelefon Fahmi, memang dia tidak akan melakukannya.

Lama Leya termenung di depan facebook Fahmi. Melihat gambar-gambar mereka membuatkan dia tersenyum sendiri. Terhibur seketika.

“Ehem, ehem.” Leya terkejut dengan suara itu. Pantas dia menoleh. Erra sudah terpacak di belakangnya dengan sebuah senyuman.

“Kau suka kejutkan aku kan, kalau aku pengsan macam mana. Dah baby kau tak sempat nak jumpa auntie Leya, kan baby.” Leya berkata sambil tangannya menggosok-gosok perut Erra.

“Kau berangan ea ?” Erra mengusik. Sudah lama tidak melihat Erra berangan begini. Matanya dihala kea rah laptop Leya. Semakin melebar senyumannya.

“Wah….virus cinta datang lagi ? Kau rindu Fahmi ea?” Erra bertanya.

“Mana ada.” Wajah Leya sudah memerah. Entah kenapa, dia tiba-tiba malu pula dengan Erra. Kalau dulu selamba dia menceritakan perasaannya terhadap Fahmi kepada Erra, tapi kini, kisah dia dan Fahmi langsung tidak diceritakan kepada Erra. Erra langsung tidak mengetahui perkembangan dia dan Fahmi. Penat Erra mengorek rahsia, kali ini rahsia tetap rahsia. Kalau diberitahu kepada Erra ia tidak akan menjadi rahsia lagi.

“Kau sayang Fahmi tak ?” Erra tiba-tiba bertanya. Tercengang-cengang Leya dengan soalan Erra yang tiba-tiba.

“Kau sayang Fahmi tak ?” Erra mengulang soalannya.

“Tak.” Kali ini soalan Erra dapat dijawab pantas siap dengan gelengan laju oleh Leya. Erra tertawa. Lama dia merenung wajah Leya. Cuba mencari kejujuran di wajah itu.

“Aku dah tak ada perasaan kat Fahmi. Erra, aku nak mandi.” Leya terus berlalu. Hanya itu yang terbaik untuk dia melarikan diri daripada next killer question daripada Erra. Erra masih lagi tersengih-sengih melihat gelagat Erra. Eleh, macalha dia tak tahu. Semua cerita fasal Leya dan Fahmi dalam kocek dia la. Cuma saje je, seronok tengok wajah Leya merah-merah. Malu konon. Entah sejak bilalah Leya pandai berahsia dengan dia, dia pun tak tahu.

Hari ini Erra hilang lagi. Sejak akhir-akhir ini, Erra asyik hilang dari bilik. Tidak lah diketahui Leya kemana Erra hilang. Bila ditanya Erra hanya cakap, don’t worry. Tak pun dia cakap keluar dengan husband dia. Amboi, rajin betul suami dia datang jumpa isteri dia hari-hari. Untungnya Erra.

Leya baring-baring di katil. Niat di hati mahu tidur. Dipeluknya bantal berbentuk bunga matahari pemberian Erra erat-erat. Bantal semasa hadiah hari jadinya yang ke 19. Tidak sampai lima belas minit Leya terlelap, handsetnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Tangan Leya mencapai handset. Dalam mamai-mamai, dia membaca mesej yang diterima.

‘Abang Mie excident. Dia dah pergi meninggalkan kita. Harap akak bersabar.’

Leya terus bangun dari tidurnya. Berulang kali dia membaca mesej yang diterima. Tanpa sedar air mata jatuh menitis dari tubir matanya. Teresak-esak dia menangis. Lima minit dia begitu, Leya berlalu ke bilik air dan membacakan Yassin hadiah buat arwah Fahmi.

Selesai bacaan, Aleya duduk di hadapan laptopnya. Membuka facebook Fahmi dan untuk kesekian kalinya dia merenung gambar-gambar Fahmi dan dia. Gambar yang ceria. Gambar yang bahagia. Gambar yang menggambarkan keseronokan dia dan Fahmi tika itu. dan, air matanya mengalir lagi. Hatinya jadi sayu tiba-tiba terkenangkan Fahmi. Kali terakhir dia berjumpa dengan Fahmi sewaktu di taman. Kali terakhir Fahmi menghubunginya juga hanya pada hari itu. setelah itu Fahmi langsung tidak menghubunginya. Dan dia sendiri pun langusng tidak cuba untuk menghubungi Fahmi.

Pilu hatinya mengenangkan itu semua. Jahatkah dia menolak cinta Fahmi. Kejamkah dia tidak menyambut panggilan dan membalas mesej fahmi. Egokah dia seandainya dia tidak memulakan langkah untuk menghubungi Fahmi kembali. Argh….Leya tertekan dengan soalan-soalan yang berasak di jiwanya.

“Leya….” Erra yang baru sahaja masuk kedalam bilik menghampiri Leya. Risau dia melihat keadaan Erra yang sedang menangis di depan laptopnya.

“Kenapa ni ?” Leya terus sahaja memeluk Erra sebaik sahaja Erra menghampirinya. Nasib baik Erra tidak terjatuh. Erra menggosok-gosok bahu dan belakang badan Leya, cuba untuk menenangkan sahabatnya itu.

“Erra…..” sayau sahaja suara Leya.

“Ya….kenapa ni ?” lembut Erra bertanya.

“Fahmi dah tak ada.” Terketar-ketar Leya menghulurkan handsetnya kepada Erra. Mesej yang diterima belum lagi didelete. Malah belum lagi ditekan back.

Berkerut Erra membaca mesej yang diterima Leya.

“Sabarlah. Kau tidurlah dulu. Rehat dulu.” Leya mengangguk. Erra memang memahami Leya. Kalau ada masalah, memang Leya akan tidur dahulu dengan harapan selepas bangun dari tidur dia akan mendapat semangat baru. Dan biasanya memang itulah yang berlaku.

Leya baring di atas tilamnya. Dia memasan zikir munajat di handsetnya. Terkumat kamit bibirnya mengikut alunan suci itu. meraih ketenangan jiwa. Akhirnya dia terlena.

Erra merenung wajah Leya. Lama. Ada simpati buat Leya. Baru sahaja ingin menyulam kasih namun tidak sampai. Erra mencapai handset Leya. Dibaca berulang kali mesej itu. kemudian dia menyalin nombor telefon si pengirim mesej.

Lima hari berlalu. Leya tidak seperti dahulu. Waktunya banyak di isi dengan termenung. Assingment entah kemana, kuiz dan test entah kemana. Dia seperti hilang semangat. Setiap malam selepas Maghrib dia tidak pernah lupa membaca Yassin untuk dihadiahkan kepada arwah Fahmi. Adakala, Erra lihat ada sendu di mata milik Leya. Kadang-kadang mata itu basah. Erra Cuma diam. Dia faham Leya macam mana. Kadang-kadang Leya perlukan masa untuk sendiri. Dan sekarang memang itupun yang Leya mahukan. Kalau dulu walaupun jarang berbual dengan Leya sebab masing-masing sibuk namun Erra masih boleh melihat keceriaan di waajah itu. Boleh melihat senyuman manis di bibir Leya. Tapi kini, wajah Leya suram. Muram.Tidak ceria seperti sebelum ini. tiada lagi telatah lucu seperti dulu sewaktu dia rindukan Fahmi dan angaukan lelaki itu.

“Leya….esok kita pergi taman ?” Leya diam. Lama. Kemudian dia mengangguk. Meyatakan persetujuannya. Erra senyum. Dia memeluk Leya. Bahu dan belakang Leya digosok perlahan. Dan air mata Leya menitis lagi. Entah kali ke berapa.

Leya hanya mengikut rancangan Erra. Dia hanya duduk di sebelah Erra. Erra yang memandu. Kereta kepunyaan Idzlan dipandu secara sederhana. Idzlan tidak dapat mengikut mereka.Mengikut kata Erra, Idzlan berkursus. Biarlah. Leya tidak kisah. Idzlan ada ataupun tiada sama sahaja. Lagi bagus kalau Idzlan tiada. Tidaklah dia makan hati lagi melihat aksi-aksi romantic pasangan ini. padahal sebelum ini dia tidak pernah melihat pun aksi-aksi romantic mereka. tapi dia tahu. Dia kenal Idzlan. Idzlan seorang lelaki yang romantic. Erra amat beruntung punya suami begitu.

Sebaik tiba di taman. Leya memarkir keretanya. Erra membawa Leya ke sebuah set meja yang mempunyai dua buah kerusi. Mata Leya berair lagi. Kenangan itu menjelma di ingatan. Di sinilah tempat dia menolak lamaran Fahmi. Kenapa Erra bawa dia ke sini. Sampai hati Erra. Tapi Erra tak boleh dipersalahkan juga sebab Erra tak pernah tahu tentang semua itu. air mata Leya jatuh membasahi pipi. Lama dia begitu.

Leya mengesat hidungnya. Juga air matanya. Matanya menangkap seseorang di tepi tasik. Pandangan belakang lelaki itu seperti Fahmi. Lelaki itu hanya di situ. Menghadap tasik. Lama Leya merenung lelaki itu. Lelaki itu menoleh kea rah mereka. Leya mengecilkan matanya supaya dia dapat melihat dengan jelas. Tanpa sedar dia berlari kea rah lelaki itu. sambil menjerit nama Fahmi.

Leya tiba dihadapan lelaki itu. ya, lelaki itu sejibik-sejibik mukanya seperti Fahmi. Spontan Leya memegang wajah lelaki itu. Hidungnya dan bibirnya. Kemudian dia mencubit lengannya sendiri.

“Fahmi ?” Sepatah soalan keluar dari ulas bibirnya. Lelaki itu mengangguk dengan sebuah senyuman. Air mata Leya menitis lagi.

“Betul ? Mie tak mati ?” agak kasar soalan seterusnya keluar meluncur laju dari Leya. Fahmi senyum lagi. Menggeleng perlahan.

“Mie tak accident ?” Fahmi geleng.

“Habis mesej tu ?”

“Orang tu salah hantar mesej la, sayang. Bukan Mie, tapi Helmi. Mie pun tak kenal sape Helmi tu. Dia salah satu nombor aje. 4321. Nombor Leya kan 4311.”

“Mana Mie tahu ?”

“Erra bagitahu. Masa Leya tidur tu, Erra call balik nombor tu.”

“Erra jahat tak bagitahu Leya pun.” Manja suara Leya.

“Tak pe lah. Sekurang-kurangnya Mie tahu ada orang sayang Mie. Kita couple ?” soalan yang sama ditanya setelah ditolak untuk kali yang keberapa ntah. Semuanya sudah jelas. Memang Leya menyayanginya. Semua kisah angau Leya dibilik berada di tangannya. Semuanya pertolongan daripada Erra.

Leya senyum. Wajahnya merah. Lama.

“Tak pe lah kalau tak nak.” Fahmi mula hendak melangkah.

“Mie….” Leya memanggil.

“Jangan tinggalkan Leya.” Lembut suara Leya membuatkan Fahmi tersenyum.

“Kan betul Mie rasa.”

“Apa ?”

“Masih ada cinta buat Mie kan. Leya sombong tak nak mengaku,” Leya geram. Dicubitnya Fahmi membuatkan Fahmi tergelak besar.

Di kejauhan, Erra dan Idzlan tersenyum memandang mereka. Semoga kebahagiaan menjadi milik mereka. Lepas ni dah tak boleh tengok orang angau dah. Sesungguhnya dia amat bersyukur punya teman seperti Leya yang sudi memaafkan dia dan Idzlan. Tiada lagi dendam buat dirinya dan suami.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....