Friday, October 4, 2013

novel tanpa tajuk (1)


Lagu yang berkumandang di radio di kuatkan. Phia menyanyi mengikut rentak lagu. Dia langsung tidak mempedulikan Adi yang sedang asyik memandu. Adi baru sahaja mengambil lessen kereta, jadi dia tidaklah secekap Phia. Phia malas mahu bercakap dengan Adi, sebab bila dia bercakap seolah-olah dia dj radio buruk. Adi langsung tidak melayannya bercakap kerana focus memandu kereta. Maklumlah lesen baru.
Lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Altimate featuring Awi Rafael kedengaran di radio. Phia yang memang gemarkan lagu ini turut menyanyi riang.
“Kalau aku kaya……sekarang juga aku kawen dengan B….B tak payah risau….aku yang akan masuk meminang.”
Adi yang sedang fokus memandu menoleh kearah Phia. Tersenyum sendiri mendengar Phia yang menyanyi mengikut rentak tetapi lirik sendiri.
“Anis nyanyi lagu apa ?” Phia menoleh. Sengih. Dia berhenti menyanyi.

“Kalau Aku Kaya.” Selamba dia menjawab dan menyambung nyanyiannya. “Kalau aku mampu….buat suka hati aku.” Adi tersenyum sendiri dengan keletah Phia. Phia menghiburkan hatinya dengan tingkah selamba dan sempoinya. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....