Thursday, July 20, 2017

Silap soalan

Assalamualaikum wbt..

Suatu pagi yang indah, saya tanya yaya...
Adik...adik nak p berjalan dak ??
Sambil mata saya pandang jam, berkira kira sendiri nak keluar pukul berapa
Tiba tiba yaya tarik tangan saya


Budak ni ada satu habit kalau nak sesuatu kadang kadang dia tarik tangan saya
Dia bawa saya ke tempat kunci digantung
Allamakkkk.....saya baru tanya nak p berjalan dak, dia dah bawak saya ke tempat kunci and minta ambilkan kunci....Alahai anak...

So tak de pilihan, memang kena bawa dia keluar juga
So destinasi saya dan yaya ialah

Pusat sains dan kreativiti kuala terengganu..

Lepas ni kalau nak tanya yaya, saya kena fikir banyak kali sebelum salah soalan lagi...haha

Yaya yang suka berjalan macam saya..hehe

Nanti saya story aktiviti kami di sana yer =)

Hadiah syok sendiri

Assalamualaikum wbt

Hadiah paling best bila kita dapat apa yang kita suka...kan kan =)

Saya pernah bagi hadiah syok sendiri pada seorang sepupu lelaki...masa tu sepupu saya 10 tahun. Hadiah besday dia saya bagi buku...konon kononnya nak menggalakkan dia membaca...gituuuuu kan...masa terima hadiah tu saya nampak dia biasa biaaa je...tak de feeling sebabnya saya bagi buku dan dia tak minat pun buku...hahaha...

Tak seronok kan bila kita bagi hadiah tapi orang tak teruja. So lain kali jangan bagi hadiah yang kita nak bagi, tapi bagilah sesuatu yang penerima tu suka =)

Bulan ni besday abang, actually saya lupa tarikhnya...saya cuma ingat bulan ni ajer. Saya nak belikan dia hadiah, tapi saya pun tak tau abang suka apa. Tak nak lah beli hadiah syok sendiri lagi. Tak best. Haha..

So saya decide untuk beli coklat. Buat macam chocolate box atau bouquet chocolate

Pic from google =) kenyang kalau dapat macam ni...tapi bukan senang nak jumpa abang, saya kena pos. Nak pos macam ni kena cari kotak pulak...hihi. .

Last last saya beli coklat dan pensil case. Letak coklat dalam pensil case. Penuh..hihi..coklat habis dan abang boleh gunakan pensil case tu nak letak alat tulis dia.

Laju jer pos laju buat kerja, hari ni pos esok sampai. Resultnya...abang happy dengan suprise saya. Hihi. Walaupun simple and tak mahal mana, tapi apa yang saya bagi makanan yang dia suka. So saya tak syok sendiri la...haha

Oh yer...bouqet choclate boleh buat sendiri jer tau...lagi jimat banyak dan cara nak buat pun sangat lah mudah.


Ni again pic dari google dan cara penuh boleh tengok di sini =)

Diy chocolat bouquet


Oh yer saya lupa...hadiah apa lagi yang sesuai untuk kanak kanak lelaki berumur 10 tahun yer ?? Any idea...?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....