Friday, July 21, 2017

single mom

Assalamualaikum wbt

Saya prefer sebut single mom sebab nampak macam kelassss gitu kan..hahaha
seronok ke jadi single mom ?? yerlah, boleh pergi kemana sahaja yang kita suka tanpa terikat dengan sesiapa....wah heaven. macam bujang bujang gitu tapi of course pergi berdua dengan anak. siapa lagi nak jaga si kecil kalau bukan kita kan...hahaha....kita ni tak nak jaga pun kena juga jaga....pasrahlah saya...=)

bagi saya, setiap orang ada kelebihan dan bahagia masing-masing. kita hanya perlu bersyukur dengan apa yang kita ada dan inshaAllah kita akan bahagia. 
mungkin saya tiada husband, tapi saya ada seorang anak yang sangat comel (maaf, mak mak memang suka puji anak sendiri...hahaha) dan saya ada keluarga yang sangat suipportive. menyokong saya seluruhnya. jadi kenapa saya perlu bersedih dan mengeluh atau meratapi nasib diri....gituuuu kan...haha...

apa yang saya perlu lakukan ? saya hanya perlu bersyukur dengan apa yang saya ada. sungguh apa yang berlaku memang saya tak pernah sangka, tapi setiap apa yang berlaku memang ada hikmahnya yang tersendiri yang saya tak pernah tahu. saya cuma perlu enjoy the moment. hey, tak semua orang dapat rasa saat saat girang gembira duka nestapa saya tau...haha...so saya hanya perlu menikmati hari hari saya sebagai seorang ibu disamping seorang anak. 

bangun berdiri dan meneruskan langkah. tak mudah untuk saya lakukan semua itu tanpa sokongan kuat daripada keluarga saya. alhamdulillah sewaktu kita dalam saat saat genting masa tu kita tahu siapa yang ada dengan kita. tak lain tak bukan, keluarga jugalah yang akan sokong kita, tolong kita, berusaha untuk tenangkan kita. 

perkara yang buat saya bersyukur lagi, di saat saya jatuh...banyak betul cerita cerita sedih yang saya dengar daripada kawan kawan saya. ada kawan saya yang sakit jantung, berada di hospital selama sebulan. tersentap saya mendengar cerita kawan saya, masa tu anak dia masih kecil...sebaya anak yaya. saya tak rasa saya kuat untuk hadapi ujian sakit seperti dia. terus saya terbayangkan yaya. siapa nak jaga yaya kalau saya sakit. mak saya tak kuat macam mak dia untuk menjaga si kecil yaya sepenuh masa.

betullah, ujian  dia lain,...ujian saya lain. saya tak mampu nak hadapi ujian dia. ada juga kawan saya yang dah lama berkahwin tapi belum ada rezeki untuk mendapat anak. tapi, suami dia sangat sayangkan dia, untungkan dia, ada suami yang menyayangi dia sepenuh hati. eh eh saya pun untung ada anak penyambung keturunan saya. ya...saya ada apa yang dia tiada dan dia tiada apa yang saya ada. kami hanya perlu bersyukur dan meneruskan hidup dengan pilihan untuk bahagia. 

bila rasa  sedih, ingatlah...tak semua apa yang kita nak kita akan dapat. tapi apa yang kita dapat itu yang terbaik untuk kita inshaAllah =)

Bila umur sesuai belajar makan sendiri

Assalamualaikum wbt..

Kalau ikutkan hati saya, saya mahu menyuap yaya makan sebab saya tak suka tengok baju dia comot dan kemas makanan dia. Saya rasa kalau saya suap lagi senang, baju tak kotor kawasan makan pun bersih. Hahaha...

Tapi yaya rela tak makan kalau saya nak suap. Dia nak makan sendiri. Mak saya cakap, anak anak dia umur 3 tahun baru makan sendiri. Saya tanya pak cik, anak anak pak cik sama macam yaya setahun lebih dah nak makan sendiri. Kalau tak dia bertukar jadi hulk. Haha...

So, umur berapa sebenarnya bayi boleh makan sendiri ??

Sebenarnya masa bayi berusia 7-9 bulan, depa dah start nak makan sendiri sebab masa ni kemahiran motor halus dah mula berkembang.
Masa ni depa da boleh guna tangan dan jari dan mempunyai koordinasi yang baik antara mata, tangan dan otak depa.

Bila baby dapat genggam objek dan alihkan sesuatu objek dari satu tangan ke tangan yang lagi satu maknanya dia dah bersedia untuk belajar makan sendiri.

Kalau si baby dah start suka masukkan apa sahaja ke dalam mulut dia dan minta makanan yang korang makan tu pun bermakna dia dah ready untuk belajar makan.

So....korang kenalah bertabah bila nak ajar dia makan yer...hahaha...

Antara tips yang boleh digunakan..

# hampar tikar sebesar alam then suruh dia makan area tu sahaja. So nanti senang nak bersihkan. Okey bercakap memang senang sebabnya kawan saya buat tips ni, bukan dalam kawasannya aje nasi bersepah. Sampai keluar kawasan nasinya berterabur..hihi. Sila bertabah lagi.

# jangan bagi makan nasi. Bagi makan biskut atau makanan yang seketul seketul macan sayur sayuran atau buah. Maksud saya yang senang nak pegang. Kalau nasi kan ke susah nak pegang. Tapi sampai bila kan tak nak bagi nasi. Mungkin sampai si ibunya belajar bersabar macam saya. Ekekeke..saya tak bagi nasi juga sebab saya kurang kesabaran. Saya bagi mee sebab senang pegang. Biskut saya letak dalam pinggan supaya dia senang nak makan. Tapi sekarang saya dah start bagi makan nasi...hihi

# makan sama sama dalam satu pinggan. Saya makan nasi dengan yaya dalam satu pinggan. Saya kutip lobak dan sayur letak tepi pinggan. Nanti dia kutip semua sayur tu makan. Lepas tu dia makan nasi, agak sukar dia nak makan nasi. Bila dia mengalah baru saya boleh suap, kalau tak dia tak kan makan nasi yang saya suap. Bila dia makan nasi sendiri saya dekatkan pinggan pada dia, so nasi kurang tumpah. Jadi kuranglah bersepah.

#ajar satu satu. Jangan sumbat semua ilmu pada satu masa. Stress budak tu karang, kalau budak tu tak stress maknyer pulak yang stress. Maksus saya di sini, ajar dia makan dulu. Pasrahlah kalau bersepah. Itu normal. Lepas dah terer ajar makan dengan elok supaya tak bersepah. Nanti dah pandai ajar guna sudu pulak. Nanti ajar letak dalam sinki pulak. Step by step gitu....hihi

Sebenarnya faktor utama kejayaan anak anak makan sendiri ialah kesabaran yang tinggi ibu bapanya. Hihi. Ibu bapa = sabar
Kena banyak banyak sabar.
Yerlah kita deal dengan new human yang know nothing and kita baru nak install semua benda. Tak senang okey, sebab dia manusia bukan robot. Setup je terus menjadi. Haha.

Oh yer....ada mak cik saya yang suap aje makanan kat anak sampai anak sekolah darjah satu. Bila pergi sekolah, dia tak pandai sangat makan sendiri. So baju sekolah dia selalu comot.

Anak pak cik saya pula, anak dia start ajar makan masa umur setahun lebih. Yer...memang bersepah dan baju comot. Tapi bila besar dia dah pandai makan sendiri.

So korang decide la bila nak ajar anak makan. Hihi...tak ajar sekarang nanti kena ajar juga. Bila ajar, bersepah dah comot ...yang ni memang kena hadap. Hihi

Tak de jalan singkat untuk berjaya. Kuncinya cuma sabar banyak banyak. Tapi kalau korang ada tips boleh jer share =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....