Monday, July 23, 2012

BELAJAR TU BEST: biar ilmu lekat sampai tua pun tak pe....




Best kan kalau apa yang kita belajar lekat kat otak kita sampai kita tua…..macam kena lekat degan gam gajah. So apa kita nak buat ? senang je….ULANGKAJI. 
Ada orang kata mereka dah ulangkaji…dah berabis study tapi result tara tu jugak….sebab ? tak kena cara…penat menghafal tapi salah letak…letak kat otak kiri je…sebab tu kejap je…=p

Berapa kali nak ulangkaji baru nak ingat ? sekali ? dua kali ? ok tak cukup.  Sebaiknya, ulangkaji sampai 5 kali.  Baru kita boleh ingat apa yang kita belajar. Dominic O’Brien mencadangkan jadual RULES OF FIVE. How ???
Jom kita tengok…

Ulangkaji pertama
Hendaklah dibuat 10 minit selepas kita mempelajari sesuatu pelajaran.
Contoh: mungkin kita nak menghafal Communication Barriers. Anda hendaklah mengulangkaji kembali selepas 10 minit mempelajarinya.

Ulangkaji kedua
Dilakukan satu hari (24 jam) selepas ulangkaji yang pertama.
Contoh: Ulangkaji pertama anda adalah pada 1 January 2013.  Maka ulangkaji kedua anda ialah pada 2 January 2013.

Ulangkaji ketiga
Selepas ulangkaji yang kedua, anda perlu melakukan ulangkaji yang ketiga seminggu selepas ulangkaji pertama. 
Contoh: Ulangkaji ketiga ialah 8 January 2013 selepas ulangkaji pertama (1 january 2013)

Ulangkaji keempat
Dibuat satu bulan selepas ulangkaji pertama.
Contoh: 1 February 2013.

Ulangkaji kelima
Ini adalah ulangkaji terakhir, anda perlu melakukanya tiga bulan selepas ulangkaji pertama.
Contoh : 1 Mac 2013.

Selepas ulangkaji kelima ini InsyaAllah, anda akan ingat apa yang anda belajar dan tidak akan lupa lagi.

Selamat Mencuba =D

--- dipetik dari buku RAHSIA MENJADI PEAJAR GENIUS tulisan CIKGU KAMIL ---

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....