Tuesday, February 19, 2013

kita nak anak berjaya macam orang tapi.....




Assalamualaikum ibu-ibu,
Kita nak anak Berjaya macam orang tapi tak cukup modal. Macam mana nak buat????Anak orang pergi tusyen,ada yang tusyen khas. Bayaran lebih mahal daripada pusat tusyen biasa, ada computer peribadi, peralatan permainan yang merangsang minda dan lain-lain. Zaman sekarang ni kecik-kecik dah hantar tadika. Yuran tadika semakin tinggi.  Semua tu perlu wang!!!
Ya, ibu-ibu yang tak cukup modal, jangan khuatir. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.
Ibu-ibu sendirilah yang jadi cikgu . Zaman sekarang ni,  semua orang dapat pendidikan di sekolah. Jadi ibu-ibu gunalah pengalaman di sekolah ajar anak-anak di rumah walaupun sibuk. Set di minda ibu yang anak-anak adalah modal insan. Ibu-ibu mesti maklum dan jelas perkara itu! Kita mula dengan anak-anak yang belum sekolah …..

Ibu   tak tau nak ajar? Tanya yang reti. Tanya sape-sape je! Jangan malas. Kalu kita malas anak pun malas. Sekeliling kita ramai yang pandai. Kalu anak tak pandai nanti rendah diri pulak. Bila ada kekurangan mulalah cakap banyak dalih.

Ibu sibuk kerja rumah? Anak celik mata pagi-pagi lagi, saya ajar anak dulu 10 minit .Kadang-kadang 5 minit je.  Setiap hari begitu. Lepas tu baru mula kerja rumah. Sekarang dah 6 bulan , anak boleh baca buku cerita. Dah  baca iqra  5..Usia baru 4 tahun. Satu buku pun saya tak beli untuk anak. Buku cerita  pinjam di perpustakaan awam. Kaedah ajar cari dalam internet , Tanya saudara yang jadi guru. Minta tunjuk ajar dari ibu-ibu yang ajar anak-anak mereka di rumah  - Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Bahan nak ajar? Saya tulis tangan je.pakai dakwat biru, merah. Kalau ajar baca. Takde gambar-gambar pun. Anak kena fikir. Guna kertas yang terpakai tapi kita boleh guna halaman sebelah lagi yang belum guna. Ikhtiar dapatkan kertas percuma, apa caralah – nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Bahasa Inggeris???  Terus sebut  je bahasa Inggeris  kepada anak-anak benda-benda yang ada di sekeliling anak-anak sama ada benda di ruang tamu,dapur, bilik tidur, bilik air, stor dan di halaman rumah. Ibu tak tau- Tanya!! Baru ajar anak. Sekurang-kurangnya, anak kita belum ke sekolah dah banyak perkataan dia tahu. – nak seribu daya , tak nak seribu dalih.

Anak tak minat belajar???..... macam-macam cara…. Jumpe lagi.


gambar : sumber google

by: puan n


tak balik raya...


Assalamualaikum wbt....

Godek-godek gambar lama....
terjumpa gambar sama-sama dengan family mama....


gambar ni tym raya.....Al-fatihah buat papa (baju putih)....

Raya tahun 2007 tak baluk kampung pun...so aku dengan Fatin pakat-pakat nak pi beraya kat rumah family angkat masing-masing kat Kinabatangan......

orang lain balik raya sakan...kami pun sama...sakan kami beraya walaupun cuma di rumah family angkat kan....family angkat aku lagi best....setiap hari kami keluar beraya....amboih beraya sungguh....

seronok.....aku mana de adik-beradik lelaki, tetiba dapat abang-abang dan adik-adik lelaki....
lepas tu dapat kakak dua orang.....sorang kakak anak mama, sorang kakak wife si abang...la ni tak tau dah berapa orang kakak....rasanya abang zack dah kawen kot.....so tambah lagi sorang la kot...abang yang pendiam tu aku lupa nama dia...hehe...yang rapat dengan aku abang mahdi yang pakai baju oren cair tu, lagi yang rapat, mestilah si kakak.....

semua ni kenangan...aku pun dah lama tak dengar cerita depa ni...sebab handset aku asyik hilang je....so memang hilang semua nombor depa...huhu....


                      aku n kakak ain                                      abang zack n abang mahdi


memang sedih tak balik raya.....pagi raya dah menangis-nangis dah...haha....tapi bukan senang nak dapat kenangan beraya tanpa family sendiri kan....agak-agak kalau dok belajaq kat semenanjung ni, ada ka yang sanggup tak balik...mesti tak dak...ni sebab belajar kat over the sea lah aku tak balik....hahaha.....lepas tu terover raya pula....lepas tu tak de bas pula.....adoi...macam-macam dugaan.....

at first aku n fatin nak balik seminggu selepas kami beraya.....kami tunggu bas, tak de bas plak....kami tak pergi stesen bas pun, kami tak beli tiket pun...kiranya macam tahan bas, kalau ada kosong naiklah bas tu...cam tu kan, so susah sikit la...last-last kami surrender....aku balik semula kat rumah....suruh abang mahdi mai amik kami...=p

pastu fatin pulak, dia cakap cam ni, cuba tanya mama, mama tak bagi aku balik ke...kalau mama tak bagi, sebab tu lah bas tak dak....haha...pastu aku tanyalah mama....mama diam je...pastu dia cakap, tak pe balik lah, kan nak belajar...hehe....

malam tu, family angkat fatin mai amik aku, langsung tak bagitau apa, tetiba aje cakap nak balik....kami tunggu bas lama jugak......pukul 12 malam baru ada bas....penat gila buat kerja macam ni...hahah...mana nak tau, kan tak biasa...follow je la apa yang depa buat....

lepas tu esoknya, ada tanah runtuh la pulak kat area mana ntah...aku lupa...tapi, kami terpaksa berhenti kat bundu tuhan...sepatutnya kami sampai kk subuh macam tu....tengah hari baru kami sampai kk...penat gila perjalanan tu....hoho....

tapi yang bestnya......dapatlah merasa raya bersama orang sungai....di kota kinabatangan...=D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....