Tuesday, May 24, 2011

hati gumbira ...=D

yuhuuuu...esok masuk kerja pukul 11. memang senyum sampai telinga bila akak manager itu cakap aku boleh masuk kul 11. sangat seronok. sebab tadik, aku bantai 2 nescaffe mocha, sebab mengantuk....penat ? ntahlah, aku tak rasa penat sangat. rasa biasa je. mungkin sebab aku enjoy dengan dunia baru aku. 

aku tataw ape sebenarnya kerja aku, memang at first akak cakap aku jadi cashier, makanya sampai hari ni, aku tak sentuh lagi benda alah mesin tu...mungkin lom sampai masa kot. ntah, aku buat benda lain. potong roti. buat tuna premium. packing2 roti etc. 

sebelum ni, aku tak tahu sama ada roti boy leh idup tak kat terengganu. sebab aku nampak cam tadek orang je pg situ. ye lah, mana aku kira kan. haha. sebab setaw aku, mydin lagi ramai orang compare ngan giant. tapi tak semestinya kalau bukak kedai kat mydin leh laku. roti boy kat giant ni opkos la laku. kalau tak, da lama tutup kedai. 

berita gembira hari ni, tetiba akak minta resume ngan aku. at first dia dah cakap, awak, esok bawak resume, apply jadi manager. aku sengih2 je la. ingatkan dia gurau2. sekali tym rehat dia tanya aku ada resume tak. aku cakap ada, tapi kat umah. dia beria ni, suh sape2 hantarkan resume aku. mana de orang kat umah. adik aku yang last tu, lom ada lesen lagi daa....orang lain semua dah belajar jauh2...skang tinggal adik aku, aku, mi n abah. bosannya, asya n angah tadek. tetiba rasa rindu dorang =(

ekceli, akak ti nak recommend kan aku tuk mgt trainee. manalah tau kan, kalo dapat...cerah masa depan. erk...suke2...tapi tak pe la, kalau ada rezeki adalah. 

aku tak tulis entry ni untuk berlagak, tapi aku ada sesuatu yang nak disampaikan...sebelum ni aku beriya nak kerja kat kl. haha...tapi abah aku cam bagi ngan tanak tu sama banyak. mungkin sayang aku lebih kot. hahahaha...erk...mungkin dia rindu kot, sebab da 5 tahun aku jauh ngan family. 

so...aku bantai la kerja kat mana-mana. dan akak tu minta resume...nampak kan ? cam ada sesuatu yang happy akan berlaku...erk..sebenarnya bukan tu nak highlight, aku nak highlight macam ni sebenarnya...

tayah la memilih kerja sangat, kalau ada rezeki insyaAllah, kita akan dapat apa yang kita inginkan. tak salah pun mula dari bawah, sebabnya bila mula dari bawah, bila dah dok kat atas nanti, moga2 kita tak pernah lupa masa kita kat bawah. susah senang penat sakit masa kat bawah. hope kita tak naya kan orang2 bawah kita, InsyaAllah =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....