Assalamualaikum wbt
Kalau dekat telegramkan..
Ada satu channel yang saya sangat suka baca...
Saya tak sure siapa penulis dia...tapi saya suka bila dia menulis...
Cerita kisah doktor dan at last relatedkan dengan kehidupan...
Ni saya copy dari channel tu =)
KasihAllah:
Ini pertama kali nak try buat OSCE. Tapi cuma OSCE olok-olok. MOCK OSCE.
Exam ini dikendalikan oleh pelajar perubatan tahun 5 . Kami ada 2 stations ; station untuk ambil history patient dan station untuk buat physical examination. Setiap station cuma 5 minit sahaja masa yang diberi. Rushing. Setiap station dijaga oleh 2 orang students ; satu jadi doktor dan sorang lagi jadi patient. Selalunya bila masuk saja bilik exam, akan berlaku mental block. Kenot brain many things like always.
Memandangkan ini first time nak OSCE, maka tentulah lutut kami belaga , ketaq tak kira. Belum masuk bulu roma, bulu mata dan bulu kening yang dah mula meremang dari awal pagi. Takut tuan-tuan.
" Cuaknyaaa... Cuak. Takottt.. "
" Nak balik. Nak baliklaaah. Tak nak pergi . Takut. "
" Pegang tangan saya. Sejuk kot. Saya nak balik lah. Awak duduk la sorang-sorang "
" Kami nak balik. Nanti gonggok tinggal. "
Geleng kepala.
Tak tahu macam mana nak counter dengan racauan sahabat berdua ini.
Saya pun takut jugak. Kalau tak guna stethescope pun rasanya boleh dengaq kuat heart beat sendiri. Tangan memang macam baru keluar dari peti ais bahagian beku. Tapi, tetap saya kena belagak gagah perkasa dan cool bergaya. Kalau buat gelabah tak tentu hala, lagi ribut taufanlah emosi budak berdua tu.
Sementara menunggu giliran , saya mengendap calon exam di dalam bilik berkaca lutsinar itu. Pelajar dari Kuwait mungkin. Tangan dia pegang kertas kes pesakit. Kertas tu bergerak-gerak. Tanda dia tengah mengigil. Aiseh.
Saya jengket sikit kaki, nak usha kes apa yang dia dapat. Chest pain.
Alah... Simple ni. Senang je. Senang je.
I can do it lah. Saya angguk sorang-2.
Sementara tu , otak mencongak soalan yang nak ditanyakan nanti. Prepare kononnya.
Tiba giliran saya, saya masuk bilik tu dan cuma ada sorang interviewer. Dia cakap, " We have no patient here. Just ask any question without answer. "
Hah? Macamana tu?
Station lain semua ada pesakit. Cuma station saya ini yang cuma ada doktor, tak ada pesakit. Maka, kenalah tanya soalan tanpa mengharap apa-apa jawapan. Setiap soalan yang saya tanya berkaitan chest pain itu pula akan dinilai dan diberi markah oleh doktor.
Nampak senang? Fuh. Berat nanang rupanya.
Mula-2 memang rasa macam boleh selesaikan station ini semudah ABC. Oh ternyata sangkaan meleset. Ia sesusah budak darjah 1 nak jawab soalan addmath. Serabut otak . Mental block . Rosak . Last-last saya main tembak saja tanya soalan . Maka, Tak jadilah focus history seperti yang sepatutnya. Dia jadi tembak history . Belum lagi masuk bab bahasa. Sekejap guna bahasa Inggeris. Sekejap bahasa Arab. Nasib tak keluar bahasa Melayu. Tapi ternyata, guna bahasa Arab lagi mudah bagi saya dari guna bahasa Inggeris ! I cant believe this.
Habis 5 minit, doktor bagi nasihat supaya next time buat relax dah aa, jangan gabra sangat, yang penting focus history tu. Hmdulillah, dapatlah markah atas 20 . Markah penuh 40 . 😹 Alahai. Padanlah dengan tahap kegugupan luar biasa bila otak tetiba off tak tahu nak soal apa.
Terus lepas selesai, saya keluar dari station itu dan lari ke station kedua. Station kali ini dijaga oleh 2 orang doktor perempuan . Seorang yang berpurdah evaluate saya dan sorang lagi akan peghati kerja saya.
Nak kena buat apa ni??
Saya sangatlah berharap dia akan suruh saya buat anterior chest exam or posterior pun macam best. Abdominal pun buleh la..
But, akhirnya...
" Do the precordium examination? "
ðŸ˜
What???! I hate heart examination. Step banyak. Nak cari apex beat pun adalah benda yang saya masih fail . Dah doa supaya tak dapat yang ini. Aiseh. Lagi doa, lagi dapat.
Habis introduce myself, take permission, cakap pasal private, light, hygiene, exposure dan komen sikit pasal kondisi patient ; conscious, stable, lying comfortable atas katil segala bagai tu, baru boleh start inspection.
Ya robb. Mencabar sikit kali ni. Sebelum ni buat PE dengan manusia. Kali ni kena buat dengan patung. Dia takdak nyawa. Yang ada cuma badan dia saja. Mata pun tertutup sampai saya ragu-ragu nak cakap patient is conscious. Macam sasau jugak bila kena ken
alkan diri dan bercakap dengan patung. Dahla dia takdak anak mata.
Tapi, macam tu lah.. Hidup kena teruskan.
Macam biasa, saya redah saja dan buat step yang ada dalam otak. Berterabur jugak sebab masih terkejut kena buat heart examination. Inspection dapat selesaikan semua tapi terlupa nak bend kaki masa nak check visible pulse. Silap juga mention patient tak ada scar dan rupanya bila diteliti, diorang ada conteng parut guna pen biru kat dada patung tu. Alahai. Hilang markah. Palpation pun silap pergi palpate apex beat dekat medium midclavicle line. Heave dan thrill pun terlupa nak check macamana sampai examiner pulak kena ajarkan. Sampai detik auscultation...
" Where you should check the valve? "
" 4 places. For mitral valve,here. For trigeminal valve, here. For aortic valve, here and for pulmonary valve, here. " Saya tunjuk tempat valve di dada patung tu pada doktor. Dengan yakin.
" What is trigeminal valve? " Mukanya berkerut.
Lah.. takkan dia tak tau kut?
" Here, here. " Saya tunjuk sekali lagi kedudukan valve untuk right heart. " Here is trigeminal valve. "
Dia tanya lagi. " What do you mean by trigeminal valve? " Serius . Muka dia memang macam loss. Saya pun loss jugak kenapa dia loss. What's wrong. Trigeminal valve. Simple je kut?
" It's not trigeminal. It's tricuspid. "
Saya kerutkan dahi. Tak faham.
Tak sempat fikir panjang..
Tetttt.
Masa tamat. Habis. Saya ambil result exam dan melangkah keluar. Dapat atas 20 jugak walaupun banyak lagi benda yang kena baiki. Markah penuh adalah 30.
Tapi, Otak masih bingung.
Tricuspid? Trigeminal?
Saya salah atau dia yang salah.
Saya yakin, saya tak salah!
Habis exam, tanya kawan.
" Saya cakap kat doktor valve yang sebelah kanan heart tu trigeminal. Salah ke? "
Maka, pecahlah gelak mereka.
" Tricuspid lah. Mana wujud trigeminal valve.
Trigeminal tu NERVE... "
Tepuk dahi. Aduhai. ðŸ˜
Mana la sempat brain. Dah dua-dua perkataan start dengan 'TRI' ðŸ˜ðŸ˜
End a hectic and kelam-kabut day.
Bersedia kurang dari tiga minggu untuk OSCE yang sebenar.
Beginilah bila dah masuk klinikal, exam berbentuk oral adalah hakikat yang diri kena telan. Suka atau tak suka, kena hadapi. That's why cuba jugak gagahkan diri untuk sertai Mock OSCE hari ini - to gain experience. Tekad. Apa nak jadi, jadilah. Kita redah. Tahu saja ilmu di dada belum cukup, pengetahuan belum lekat, bacaan masih sedikit, skill masih bawah tanah. Tapi, its better to try now than later. Biar ada pengalaman awal kerana itu adalah pembelajaran paling berkesan. First experience maybe the worst but saya yakin the second will be better :)
Haila. Berani itu harus. Ini baru exam dunia . Sorang diri kena menghadap doktor.
Belum lagi dapat bayangkan satu saat yang menakutkan tatkala nanti kita seorang diri kena berdiri menghadap Tuhan untuk dianalisis , disoal jawab dan diberi 'markah' bagi segala amal baik dan buruk tanpa ada seorang pun yang boleh menemani dan tolong kipaskan peluh atau sediakan secawan Teh Tarik Kurang Gula untuk kurangkan gemuruh.
It is the worst moment that I can't imagine how it will be.
Sedang interview di dunia pun saya cukup takut, apatah lagi la interview di akhirat bersama Tuhan.
After all, we ourselves are too powerless over things that are beyond our control.
So, my dear brothers and sisters, No matter what kind of test we're having, no matter what situation we're facing, when we feel like everything's falling apart and there's no way we could make it through, this is the point where our dependencies on Allah become overwhelmed. Because He heard the most in our weakest condition.
Stay cool dan percaya bahawa everyday Allah always wanna teach us something. Berlapang dada dan letakkan pergantungan kepada-Nya. :)
“Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya.”(Ath-Thalaq : 3)
230617
Irbid, Jordan
@takeitorleaveit