Monday, February 6, 2012

sharing : ANDA YANG MANA ????

Teringin berkongsi cerita.....pernah baca kisah ni zaman sekolah dulu....siap save lagi...sebab suka sangat dengan kisah ni....tapi dah hilang...sekarang terjumpa balik...so nak share dengan korang kisah ni.....

memang amik kat sini pun...=D

Kisah Lobak. Telur dan Kopi... ..

Oleh nur,2003-07-29 10:24:04
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur dan kopi", jawab si anak.

Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.

Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, ayah?" Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.

"Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?" tanya ayahnya.

Bagaimana dengan anda ? Apakah anda adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, anda menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau, apakah kamu adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, penceraian atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya anda menjadi anda menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku ?

Atau adakah kamu serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.

Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitarmu juga menjadi semakin baik. Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum. Apakah anda seperti itu ?" 

Di sebalik BUZZ.....=D

gambar cilok kat google...=D

Korang mesti pernah nampak kan mascot kat dalam gambar tu ??? mascot tu pun ada masa karnival maulidur Rasul baru-baru ni....dia datang jenguk aktiviti mewarna....tapi yang bestnya kan...orang kat dalam mascot tu orang yang aku kenal...aku namakan dia Nick okay....

dari jauh dah nampak dah mascot tu jalan tergedik-gedik ke arah booth program.....aku dah tergelak-gelak sebab tak sangka plak Nick boleh jadi mascot hari tu....sebab aku kenal Nick and tahu dia macam mana....lepas tu tetiba dia jadi mascot, memang rasa nak tergelak sangat.....dan dia sangat la comel tym jadi mascot tu.....

tetiba je dia jadi famous sebab ramai yang nak bergambar dengan dia...erk sebenarnya nak bergambar dengan mascot tu bukan dengan dia...bersemubunyi di sebalik wajah buzz la kiranya...haha.....padahal kalau tak jadi mascot tu, tadek la pulak orang yang nak bergambar....hahahaha....

gambar tu aku kutip kat facebook uncle uneh...dia la yang conduct bengkel mewarna...by the way..he is raja mewarna....memang cun la lukisan yang dia warna....pakai pensel warna je pun....=D

oklah nak stop kat sini....
entry nothing...juz untuk kenangan...hehe...=D

koleksi UAI

the BEST thing....

perkara yang paling best masa kita sekolah....
KELAS CANCEL.....dan CUTI SEMESTER @ CUTI SEKOLAH


perkara yang paling tak best masa kita cuti....
BOSAN YANG AMAT....TAK SABAR NAK KE SEKOLAH BALIK....




oklah nak stop kat sini dulu....
bersyukur dan hargailah apa yang sedang kita lalui....=D

pc- task description

event start 3-5 feb....
tapi 2 feb tu kami dah diberi taklimat....
and untuk pc (program coordinator) plak....awal-awal lagi dah kena discuss pasal program.....
tentatif dah siap cuma nak bagi-bagi task aje....and fikirkan backup plan....sebab kami punya aktiviti banyak outdoor, so nak kena fikir kalau hujan program tu nak dibuat di mana atau digantikan dengan program apa....ataupun, kalau tadek penyertaan, aktiviti apa yang nak kena ganti...seboleh-bolehnya tamo bago slot tu kosong....

macam kata big boss, pc lebih banyak kepada berfikir dan planning....kalau teknikal lebih banyak guna tenaga sebab dorang la yang nak kena setting tempat n angkat semua peralatan yang pc nak guna...hehe...best kan jadi pc...dah macam boss dah boleh arah itu ini kat unit lain....=p

masing-masing diberi slot dan kena pastikan semua barang yang diperlukan semasa program ada dan tersedia....contohnya kalau pertandingan pidato, perlukan juri, hadiah, kerusi meja etc...so kami just make sure semua benda tu ada, tayah la nak g angkut kerusi, bagi tau aje kat teknikal.....kalau yang hadiah tu plak bagitau aje kat special task.....

sepanjang program plak, bleh la nak jadi mandor kan...pantau aje program tu berjalan....kalau juri perlukan apa-apa, depa akan terus request dengan pc.....so kami akan cuba dapatkan apa yang depa nak....

nak cuba dapatkan apa yang orang nak....ni yang susah...sometimes benda yang dia nak tu tak de...tapi tak leh nak terus cakap tak de kan.....so pandai-pandailah bawak diri yer.....cakap aje, nanti saya cuba dapatkan....pastu p la redah carik (konon-konon) padahal dah tau tak de, lepas tu bila datang balik, bila juri tanya, cakap aje, oh saya dah minta dengan dorang tadi, tak sampai lagi ea ? hahaha..cam kejam je kan......tapi tu la hakikat dia....semuanya bermulut manis....so korang nilailah sendiri....lalalalala...

dan kalau nak jadi pc juga...kena pantas bertindak...kalau dah nampak anything pelik tu, kena cepat-cepat la cover....kalau nampak wayar cam nak tercabut aje, cepat-cepat la betulkan....ataupun kalau dapat tahu tetamu jemputan belum lagi sampai, kena la cepat-cepat bagitahu mc biar mc berceloteh panjang lebar....nak drag time, so tadek la mc tu tersasul pegi jemput tetamu tu...makanya tetamu pun tak sampai lagi...bila mc dah buat pengumuman, audience akan tertunggu-tunggu n event tu akan nampak cacat....semua tu pc yang kena main peranan.....pc kena settle awal-awal supaya kepincangan tu tak dikesan...chewaaahhh.....ye la mesti la kita nak event kita nampak gempak kan....

okeylah nak stop kat sini dulu...hope dapat beri gambaran kat u all pasal tugas pc ni...mana tau lepas ni turn korang dok dalam unit ni kan...atau mungkin korang lebih berpengalaman dari aku dalam unit ni....boleh la share sekali yer....=D

bukan senang nak gembirakan hati semua orang....sebab tu sesetengah orang tu sangatlah bermulut manis....haish....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....