Sunday, June 12, 2011

disebalik kemenangan PIALA FA (2011)

aku tak tengok pun bola...minat pun idak...huhu...tapi bila dah menang mestilah seronok...ye dak...cian abah aku, tadek geng nak tengok bola, sebab kami sume pompuan yang tak berapa minat bola...haha..terpaksalah dia tengok kat luar ramai-ramai...kat dataran shah bandar...oh sesape yang jadi laki aku mesti dapat jadi anak emas abah aku, sebab dapat teman dia nengok bola...=p

ok...mukaddimah panjang sedepa....apa nak story pasal bola nih..? memandangkan sume dah excited, nak la story sikit-sikit pasal benda alah ni....mulanya kelantan dah gol....1-0....sedih je, terengganu kalah.........pastu, terengganu gol...means, 1-1, dan finally terengganu gol lagi...menjadikan 2-1 dan kemenangan itu berpihak pada negeri kesayanganku ini...=D

sume orang dah tahu pasal tu....benda ni kadang-kadang atau mungkin juga selalu berlaku dalam kehidupan kita, cuma mungkin kita je tak sedar....bila mana kita tewas...kita terus lemah dan lemah...padahal ketewasan dan kegagalan itu cikgu yang berguna untuk hidup kita....contoh simple aku bawak ye kawan-kawan...

mesti korang pernah dengar nama ni kan...THOMAS EDISON...dia pencipta pertama lampu.....bukan sekali atau dua kali dia gagal tapi banyak kali...sehinggalah pada satu hari seorang wartawan menemuramah beliau dan bertanya, "Edison kau gagal sebanyak 5000  kali dalam eksperimen. bukankah kau hanya membuang masa dengan eksperimen ini ?" jawab Thomas Edison, "aku bukan gagal sebanyak 5000 kali, tetapi aku dapat mencari 5000 cara yang tidak dapat digunakan dalam membuat mentol lampu."

see....kegagalan itu merupakan cikgu yang paling berguna dalam kehidupan,.....banyak yang kita dapat daripada kegagalan itu, kalaun kita jadikan ia sebagai satu yang positif yang dapat mencetus semangat kita untuk menuju kejayaan....dan....bila kita gagal....tidak bermakna, kita akan terus-terusan gagal...kita masih ada peluang untuk berjaya, sebab kejayaan itu untuk semua orang yang berusaha mencapainya.....walaupun last minute macam TERENGGANU =p

okeylah, nak stop sini dulu...tapi sebelum tu, ada kata-kata ni untuk sama-sama kita renungkan....

kejayaan kadangkala melalaikan....berhati-hatilah....kegagalan kadangkala melemahkan, terimalah dengan positif =D 

siapalah aku untuk kau percaya....

ini ada satu cerita.....

satu hari kamu menunggu bas di bus stop....sendiri kamu di situ...sekejap-sekejap kamu memandang ke arah jam mu....hari ini, lambat pula bas....biasanya, waktu-waktu begini, bas yang ditunggu sudah tiba....tiba-tiba ada seorang makcik datang menghampiri kamu...memakai baju kurung yang sudah kusam...berselendang panjang, bewarna putih, bercorak bunga-bunga di tepi, juga sudah kusam....tiba-tiba dia bertanya kemana arah tujumu...katamu, mahu ke klinik, sudah hampir seminggu kepalamu berdenyut-denyut, kamu hanya menelan panadol sahaja...mak cik itu terus-terusan bertanya tentang sakitmu....dan dia becerita itu ini begitu begini...macam-macam...seolah-olah dia tahu tentang penyakitmu.....dan...kamu hanya mendengar ceritanya tanpa teringin untuk mengulas apa-apa...yalah, mak cik tua, tiba-tiba bercakap tentang penyakit itu ini....ntah betul ntahkan tidak.....lagi pula, mak cik tu tiada langsung rupa orang-orang educated....boleh percaya ke...?


kamu tiba di klinik.....kata-kata doktor sama seperti kata-kata mak cik tua yang kamu jumpa.....mak cik yang kamu lihat tidak educated tadi, tahu tentang penyakitmu, dan mampu menerangkan tentang penyakitmu....sama seperti doktor yang berada dihadapanmu sekarang....



---------------


Ini hanyalah sebuah kisah....kisah yang mungkin pernah kamu atau aku lalui....bila seorang yang tidaklah hebat, tidaklah educated, tidaklah berpangkat berbicara...kita mungkin tidak mempercayai kata-katanya....kata-katanya ibarat omongan kosong tanpa makna....yalah, mereka siapa ? berpendidikan tinggi....jauh sekali...bergaul pun dengan orang biasa-biasa sahaja...kerja ? kerja biasa-biasa je, yang boleh pandang sebelah mata bagi orang yang berlagak...tapi tidak bagi orang yang sedar kepentingan mereka....

dan bila seorang yang kita anggap hebat, berpendidikan tinggi, kemas bergaya, berjawatan tinggi berkata-kata...terlalu mudah kita untuk mempercayainya, sedangkan apa yang dikata itu entah betul entah tidak...sesuka hatinya mungkin, tapi tidak pernah kita syak apa-apa...kita yakin dengan kata-katanya, kita percaya dengan penerangannya, langsung tiada ragu-ragu...sebab mereka berpelajaran tinggi, tentu sahaja mereka tahu.....


sebenarnya.......

kita lupa......

setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, tak semestinya dia bukan doktor, tetapi dia tidak tahu tentang penyakit.....mungkin dia ada pengalaman, atau mungkin dia pernah membaca tentang penyakit itu atau mungkin dia pernah menontonnya di tv.......dan tidak semestinya orang yang berpendidikan tinggi itu, berjawatan tinggi itu tahu semua benda.....mungkin mereka tidak tahu bagaimana membaiki tv sebab kalau tv mereka rosak, mereka akan terus buang dan beli baru....padahal mereka hanya terlupa memasang suis, sebab tu tv mereka tidak terpasang......


okeylah, nak stop entry ni di sini....tapi sebelum tu nak tutup dengan kata-kata ni.....

kita sememangnya memerlukan antara satu sama lain, sebab setiap antara kita ada kehebatan dan kelemahan masing-masing...kehebatan kamu itulah sebenarnya yang akan menutup kelemahanku....=D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....