Saturday, March 6, 2010

.....

Tinggi anganannku tidak mahu bayar ptptn…meaning to say, aku kena dapatkan dekan la….grad dengan dekan…barulah aku tak yah bayar ptptn. Dan kata2 ini, terlepas dari ulas bibirku di hadapan seorang teman. Sebelum ni memang pernah cakap kat kawan2 yang rapat dengan aku dan mereka semua bagi semangat. Yes you can do it. Sempat lagi tu….hm…terima kasih kawan-kawan kerana member semangat kepadaku. InsyaAllah aku boleh dan aku akan lakukannya…

Dan kata-kata yang sama juga terkeluar dari ulas bibirku di hadapan seorang teman yang aku tidak tahu mahu katergorikan sebagai apa. Sebagai pemberi semangat atau pemutus semangat. Haha…sebabnya dia cakap kat aku, tak sempat tu you nak kejar, coz pointer you diz sem tak sampai 3.unless every sem you dapat 4.00.

Aku cuma diam. Makanya pointer aku 2.98. tak delah jauh sangat nak g kejar. Dan yang aku realize…kata-katanya itu sebenarnya menambahkan semangat pada aku untuk membuktikan bahawa daku boleh capai dan kata-katanya itu tidak benar. Hahahaha….lama aku cuba sedapkan hati supaya semangat ku tidak hilang untuk meneruskan angan2ku dan menjadikan ia sebagai satu reality. Aku fikir dan terus berfikir….hm…why not. Aku Cuma perlu berusaha…dan kejayaan itu bukan kerja aku. Semuanya dari Dia. Kalau Dia kata jadi, maka jadilah.

Mungkin pada padangan kita sesuatu yang telah berlaku itu tidak lojik. Tak tercapai dek fikiran kita. Jadi sekarang tugas aku hanyalah belajar berusah dan tidak lupa untuk berdoa. Apa sahaja kata orang ; tak dapat tu, penat je…tak yah la berangan…what ever. Ada aku kesah…ups cam marah lak kan. No la, juz kasi sedap hati. Semuanya di tanganNYA….kalau betul itu rezeki aku insyaAllah aku akan dapatkannya…walau apa cara sekalipun….

Tuesday, March 2, 2010

BFF - perluke....?






BFF….dalam hidup kita perlukan kawan. Dalam hidup kita perlukan teman. Tapi apa gunanya kawan kalau kita ditikam dari belakang. Apa maknanya teman kalau hanya sewaktu kesenangan.

Cerita seorang teman,

Aku tak punya BFF sebab aku pernah ditikam dari belakang. Dalam hidup ini apa yang penting bagi aku hanyalah keluarga aku. susah senang, keluarga aku tak pernah tinggalkan aku.

Ini cerita seorang teman, dan aku hanya mendiamkan diri. Ini hanyalah pandangan darinya dan aku hanya menerima tanpa sebarang komen. Bukan bermakna aku menolak atau membenarkan kata2nya.

Lagi kisah seorang teman,

Dia tu saya anggap sebagai classmate je. Dan si A tu hanyalah kenalan.

Seperti tadi aku hanya mendengar tanpa langsung mengiakan atau menangkis kata-katanya. Itu prinsipnya dalam berkawan dan mungkin cara itu menyenangkan dan menggembirakan dirinya. Setiap orang di sekelilingnya ada tahap masing-masing dan mungkin boleh dikatakan sebagai taraf atau rating yang diberikan olehnya buat semua kawan-kawannya. Ops salah, bukan kawan tapi orang sekeliling sebenarnya kerana ada sesetengah orang disekelilingnya belum kepada rating kawan atau mungkin tidak akan pernah dapat title itu.

Itu cerita orang. Kisah dari teman-temanku. Teman ke ? Hm…ya la kot sebab aku belum lagi mengaplikasikan cara dari kisah kedua tadi.

Kisah aku,

Aku pelajar baru di sebuah sekolah dan pada satu hari seorang teman sekelas mengajak aku menemaninya makan. Actually aku adalah pilihan terakhirnya untuk menemaninya sebab kami tidaklah rapat dan jarang bercerita. Mana mungkin boleh bercerita kalau bercakap pun boleh dibilang dengan jari.

Saat di meja makan, tiba-tiba sahaja dia berkata ‘sekarang aku menggagap engkau sebagai kawanku,’

Ayat ini membuatkan aku terkedu. Kenapa sebelum ini aku bukan kawan dia ke ? jujur jawapan yang keluar dari ulas bibirnya Bukan. Aku bukan siapa-siapanya dia sehingga aku menemaninya makan di kantin sekolah lalu aku dinaik taraf sebagai kawannya dia.

Berdasarkan cerita ini, kawan dan teman adakala membawa maksud yang berbeza pada orang yang berbeza.

Lagi cerita aku,

Aku tidak rapat dengan sesiapa. Natural gitu kata orang. Tak kisah boleh join dengan sesiapa sahaja. Tiba2 aku pun tak tahu apa sebabnya adalah seorang makhluk Allah yang nak rapat dengan aku. Its okey for me. Aku tak kisah. Sesiapa sahaja boleh menjadi kawan atau temanku. Dia baik dan banyak membantu aku. Jadi dia dah dinaik taraf sedikit menjadi kawan baikku. Sehinggalah satu saat, ada sesuatu yang dilakukannya menyakitkan hatiku. Sentap tau. Geram. Benci semuanya bercampur menjadi satu. Teramat sangat sakitnya bila dilakukan begitu oleh seorang yang sudah ku anggap sebagai kawan baikku.

Dan kini….hubungan kami renggang. Aku lebih senang begini. Tidak punya siapa-siapa yang boleh aku anggap sebagai kawan baik. Kerana pabila aku sudah menganggapnya sebagai kawan baik, mungkin sedikit silapnya boleh melukakan hatiku. Padahal dia juga insane biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Mungkin…..aku salah. Salah kerana apabila seseorang itu telah dinaik taraf menjadi kawan baik maka apa yang aku setkan dalam mindaku dia tidak boleh menyakiti hatiku.

Dan….aku terfikir kata-kata temanku, dalam dunia ini saya tidak punya kawan baik atau kawan karib atau bff.

Juga kata-kata temanku dari cerita kedua, cara dia mengklafikasikan setiap orang di sekelilingnya. Bila orang itu berada hanya di ranking ‘kenalan’ dia tidak akan pernah kisah apa sahaja si kenalan itu mahu lakukan. Namun mungkin sekiranya ‘kawan’nya melakukan sesuatu yang mungkin pada pandangan matanya ia salah, mungkin juga dia akan menjadi sepertiku. KECEWA, SAKIT HATI, GERAM ETC…..

Monday, March 1, 2010

maaf itu indah

Kenangan lama datang kembali apabila aku terserempak dengan gambarnya. Boleh guna ke ayat ni. Terserempak dengan gambar ? what ever. Yang pasti….aku tak tahu apa yang aku rasakan. Sakit hati, benci, geram dan mungkin meluat ? apakah salahnya ?tidak patut aku merasakan sedemikian sedang aku tahu tiada manusia di dunia ini sempurna. Disakiti dan menyakiti…dilukakaan dan melukai. itu adalah biasa. Ya, mungkin aku pernah terluka satu ketika dulu. Dan seingat aku sudah aku maafkan segalanya. ikhlaskah maafku andai di hati masih tersisa kesan sakitnya hati pada dia. Ada sedikit dendam, mungkin untuknya. Ah apakah nilai maafku andai hingga saat dan tika ini masih ada tersimpan dedam itu walau sedikit. Dendamkah itu ? entahlah…aku tidak pasti.

Ya Allah, ikhlaskan hati hambamu ini dalam memaafkan sesamanya. Aku sedar dan aku tahu, sesunggunya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. jadi, kenapa begitu sukar untuk aku seikhlasnya maafkan dirinya.

Wahai hati, buanglah dendam. Perkara lama usah diungkit. Setiap apa yang berlaku banyak hikmahnya walau kita tidak pernah tahu dan tidak aka tahu apa hikmahnya. Namun percaya kepada hikmahnya atas apa yang telah berlaku tentunya membolehkan kita mengukir senyuman….

Tabahlah hati. Ikhlaskanlah hati….semoga tiada lagi dendam yang akan mengganggu dan merosakkan diriku dan mungkin juga dirinya. INSYAALLAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....