Monday, May 23, 2011

cerita kreatif aku bersama ben ashaari

sape nak join leh click gambar k. 

Dia langsung tidak mempedulikan bebelan kawan-kawannya, Cik Eka, Aidanatasya,  Zacky, dan Azzah. Malas dia melayan semua itu. Mereka tidak akan faham kehendak hatinya. Dia tahu, Tinta Hati, Jay,  Qaseh Johanna, dan ramai lagi temannya tidak akan bersetuju dengan tindakannya. Cik Eka sudah geram dengan dirinya dan sibuk menekan-nekan nombor telefonnya. Entah siapa yang dihubungi Cik Eka, tidaklah dia mahu tahu. Biarlah. Biar apa kata mereka, dia tetap dengan keputusannya. Bukan sejam atau duajam dia di sini. Sudah hampir enam jam dia disini. Menunggu dan terus menunggu. Tadi....dia keliru dengan kata hatinya. Tapi kini dia yakin dengan kata hatinya. Sebab itu dia sudah bertekad. 

Tadi, dia terserempak dengan kokser kokdam,dia yakin kokser kokdam yang memberitahu mereka cik eka, aidanatasya, zacky dan azzah tentang niatnya sehingga mereka berada disini. sakitnya hati, hanya tuhan yang tahu. rasa macam nak bagi penampar Yana Yassin kat Kokser Kokdan. Tapi apakan daya, dia tidak mampu. 

lama dia merenung tiket di tangan. kali ini dia nekad. dia mahu juga. dia tidak mahu lagi peduli kata orang. kalau dengar kata orang, sampai esok pun dia masih di sini. train sampai....dengan penuh bergaya dia melangkah. laungan, bantahan, herdikan kawan2 langsung tak dipedulikan. 

tiba-tiba Encik Bedak Sejuk menarik tangannya. bengang gila dia dengan mamat tu. mahunya dia terajang encik bedak sejuk, tapi sempat dihalang oleh Cik Najihah. ntah macam mana budak berdua tu leh ada sekali kat sini dia pun tak tahu. dia dah tak boleh nak pk. dia dah bengang campur sangat sakit hati dengan kawan-kawannya. kenapa dia tak dibenarkan meneruskan hajatnya. argh...menci taw....

last2....dengan penuh bergaya zacky mendukungnya dan membawanya ke suatu tempat tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang. kawan-kawan pun ikut sekali. langsung tak marah perbuatan zacky. sakit hatinya makin bertambah.

ni tempat yang betul. sat g train ko datang. kata zacky. dan semua kawan2nya mengangguk.

dan....dia tersengih2 sebab dia memang first tym naik train kat kl sentral...mana taw, ingatkan boleh je naik train mana2...kawan2 pun satu, cuba bagitaw lek lok.....ni tak, sorang nak cakap, sume nak cakap. telinga aku ada satu je kot.....mana nak dengar semua....last2 aku tutup telinga ngan walkman.....

P/S: citer ni rekaan je...zaman skang ni mana de orang tataw nak naik train...anggap je la, 'dia' dalam citer ni watak pompuan kolot zaman dulu kala, tengok dengar walkman lagik tym tu....huhu

kadang-kadang......benda tak logik tu la yang berlaku.....dan bila ia berlaku kita akan terkedu....tak percaya ianya berlaku....=P

akhirnya...aku menjadi pekerja...

hari ni aku selamat menjadi pekerja kat rotiboy. ala gaji tayah tanya k...sebab memang kerja biasa2 je. bak kata akak tu, aku kena jadi cashier, tapi ntah macam mana, hari ni aku tak sentuh langsung mesen tu...erk tipu tak sentuh, sentuh untuk attendance je, serve customer aku tak buat.

so apa lah yang aku buat ? macam-macam aku buat. start masuk, potong tomato dan timun. pastu buat sandwich. pastu packing. pastu cuci pinggan. pastu susun paper bag untuk letak roti boy. pastu masukkan roti boy. pastu packing lagi. tadek la penat sangat. aku enjoy, cuma penat berdiri je.

pastu tym rehat, tetiba ada call no shah alam. dengan penuh yakin dan confident nya aku jawab kal tu. sebab aku dapat agak, kal tu dari Uncle K. yes, memang tekaan aku tepat. sebab hari tu tym finishing school, aku dapat offer dari Secret Recipe n nama aku disenaraipendekkan tuk 2nd interview Uncle K. dan Secret Recipe pun dah kal aku, tapi aku tak jawab. dan skang kompom2 la uncle K.

yang kal aku tu, en kamarul.dia salah sorang panel yang interview aku. dia tanya aku ada kat mana. n buat apa. aku cakap la aku dah kerja kat roti boy. boleh lak dia bantai gelak. ntah dia....blur aku kejap. ekceli dia kal aku untuk second interview, tapi dah aku kerja, so dia tatau nak wat camana. haha...aku siap gtaw lagi aku baru je first day, takkan tetiba aku nak berenti. sembang2 sat ngan en kamarul, last2 dia cakap, kalau awak berminat, nanti awak kal saya. aku cakap, aku memang berminat, tapi aku maybe akan call back dalam 2, 3 bulan lepas ni. haha...ye lah, agak2 la kan. mau kena lempang aku ngan manager rotiboy kalau aku mintak berenti. n yang best nye, en kamarul cakap, dun worry sebab dorang akan bukak beberapa cawangan lagi. so aku ada peluang tu lagi kalau berminat. memang minat pun. sebab yang ni, dia offer aku untuk training and development. da la aku gile training, memang minat la. 

en kamarul lambat kal sehari je. kalau tak mesti aku dah p 2nd interview kat Uncle K. tak pe lah, mungkin bukan rezeki aku kot, atau belum sampai masa aku kerja kat sana. Nantilah, agak2 aku dah boring kat sini leh aku blah...upss....tetiba teringat lak sorang lagi panel yang ensem...melepas aku...hahaha...dan dan...=P

okeylah nak stop sini...penat...sok kena kerja kul 8 am - 8pm....aku iyakan je la. selagi aku mampu, aku onn je la...ikut rentak dulu..=D

Kita merancang, Allah juga merancang.....dan....perancanganNYA jauh lebih baik dari apa yang telah kita rancangkan =D

aku dan rotiboy....

lepas je abis interview kat kfc...aku p giant...saja gedik nak cari kerja kat giant...cam besh je interview...so nak try kat giant lak konon...pastu p amik borang kat opis sebelah pejabat pos. pastu aku tanya dorang, apa kerja kosong yang ada...dia cakap, (encik guard) awak tulis je apa yang awak nak...haiyoooopp...mana la aku taw apa yang ada...datz y la aku tanya...hadoi....aku tulis manager boleh ? hahahaha....

pastu aku g isi borang siap...aku tumpang kerusi roti boy. roti boy ada jawatan kosong....da la aku memang teringin nak kerja kat fnb kan...so aku pun p la tanya akak kaunter tu. sekali dia tanya aku macam-macam. paling tak leh blah, dia tanya aku awak nak kerja lama mana. hadeh...camana aku nak jawab erk. aku baru je abis, mestilah nak kerja sampai aku dapat kerja lagi bagus...tapi tadek lah cakap cam tuh kan. aku sengih2 je la. haha...pastu dia bagi borang suh aku isi. pastu terus interview.

soalan biasa. dah hapal. kenalkan diri anda. pastu dia suh explain pasal roti boy. opsss...yang ni siyes, aku lupa nak study...bukan lupa aku memang tak pernah prepare pun, mana aku nak taw lepas isi borang terus kena interview serba sedikit kan. aku bantai je la jawab ntah papew. banyak la jugak yang dia tanya tapi aku lupa. lagi satu soalan yang aku ingat dia tanya nape dia kena amik aku kerja. yes...ni pun soalan2 yang biasa ditanya dalam interview gak. 

pastu dia tanya aku bila available. aku cakap 1 jun. sekali dia cakap, saya nak awak kerja esok..(hari ni) aku tercengang kejap...terus je cakap ok. hahaha...dan aku terus tak hantar borang giant tu. hahaha...tapi aku memang da lama teringin nak kerja kat bakery, sebab zaman dulu kala pernah berangan nak buka bakery, datz y aku nak amik culinary, tapi impian terhalang bila tym aku nak sambung degree, kitowang tak leh tukar kos. juz boleh amik minor je. minor pun, minor la. 

so...hari ni...aku dah selamat dah balik dari kerja, terus update, ikutkan ni citer semalam, tapi aku penat sangat, so aku update arini je...=D

Kadang-kadang apa yang tidak disangka, itulah yang menjadi...dan kadang-kadang itulah yang terbaik buat diri kita =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....