Thursday, July 20, 2017

Silap soalan

Assalamualaikum wbt..

Suatu pagi yang indah, saya tanya yaya...
Adik...adik nak p berjalan dak ??
Sambil mata saya pandang jam, berkira kira sendiri nak keluar pukul berapa
Tiba tiba yaya tarik tangan saya


Budak ni ada satu habit kalau nak sesuatu kadang kadang dia tarik tangan saya
Dia bawa saya ke tempat kunci digantung
Allamakkkk.....saya baru tanya nak p berjalan dak, dia dah bawak saya ke tempat kunci and minta ambilkan kunci....Alahai anak...

So tak de pilihan, memang kena bawa dia keluar juga
So destinasi saya dan yaya ialah

Pusat sains dan kreativiti kuala terengganu..

Lepas ni kalau nak tanya yaya, saya kena fikir banyak kali sebelum salah soalan lagi...haha

Yaya yang suka berjalan macam saya..hehe

Nanti saya story aktiviti kami di sana yer =)

Hadiah syok sendiri

Assalamualaikum wbt

Hadiah paling best bila kita dapat apa yang kita suka...kan kan =)

Saya pernah bagi hadiah syok sendiri pada seorang sepupu lelaki...masa tu sepupu saya 10 tahun. Hadiah besday dia saya bagi buku...konon kononnya nak menggalakkan dia membaca...gituuuuu kan...masa terima hadiah tu saya nampak dia biasa biaaa je...tak de feeling sebabnya saya bagi buku dan dia tak minat pun buku...hahaha...

Tak seronok kan bila kita bagi hadiah tapi orang tak teruja. So lain kali jangan bagi hadiah yang kita nak bagi, tapi bagilah sesuatu yang penerima tu suka =)

Bulan ni besday abang, actually saya lupa tarikhnya...saya cuma ingat bulan ni ajer. Saya nak belikan dia hadiah, tapi saya pun tak tau abang suka apa. Tak nak lah beli hadiah syok sendiri lagi. Tak best. Haha..

So saya decide untuk beli coklat. Buat macam chocolate box atau bouquet chocolate

Pic from google =) kenyang kalau dapat macam ni...tapi bukan senang nak jumpa abang, saya kena pos. Nak pos macam ni kena cari kotak pulak...hihi. .

Last last saya beli coklat dan pensil case. Letak coklat dalam pensil case. Penuh..hihi..coklat habis dan abang boleh gunakan pensil case tu nak letak alat tulis dia.

Laju jer pos laju buat kerja, hari ni pos esok sampai. Resultnya...abang happy dengan suprise saya. Hihi. Walaupun simple and tak mahal mana, tapi apa yang saya bagi makanan yang dia suka. So saya tak syok sendiri la...haha

Oh yer...bouqet choclate boleh buat sendiri jer tau...lagi jimat banyak dan cara nak buat pun sangat lah mudah.


Ni again pic dari google dan cara penuh boleh tengok di sini =)

Diy chocolat bouquet


Oh yer saya lupa...hadiah apa lagi yang sesuai untuk kanak kanak lelaki berumur 10 tahun yer ?? Any idea...?

Wednesday, July 19, 2017

Baby tertelan kerongsang

assalamualaikum wbt

Mak cik share dalam group wassap




Menakutkan betul kejadian ni
Semoga ibu ibu lebih berhati hati
Nak bergaya boleh tapi ingatlah keselamatan orang yang tersayang

Masa yaya kecil dulu saya pun tak pakai shawl sebabnya yaya selalu letak kepala kat bahu bila dukung dia...

Semoga baby yang tertelan kerongsang tu selamat....aamiin

Tuesday, July 18, 2017

Reject

Assalamualaikum wbt...

Saya ni tak tau la kategori yang macam mana...kadang kadang saya pandai menolak, tapi ada masa saya tak pandai nak tolak. Alahai...mungkin penjual tu pandai bodek kot...hahaha

Kisahnya, hari tu pergi vendor tempat saya letak tudung baby...sekali yaya nak didi...saya ambil didi tu bagi dia. Seronok betul dia kelek kesana kemari. Saya tanya harga didi berapa, akak tu cakap kejap yer.

Haha...saya faham the feelings...kalau kawan kawan yang tanya harga ni kita rasa lain macam je...haha...last dia bagitahu harga didi tu rm50. Besar la juga saiznya, kecil sikit daripada yaya.

Lepas tu saya cakap, nanti lah...duit tak bawak banyak. Lepas tu dia cakap, kalau awak nak potong duit vendor pun boleh...alaaaa....hahaha..pandai betul dia bodek saya. Saya diam lepas tu saya cakap..bolehlah..hahaha...sebab saya tengok yaya dah suka dengan didi tu...

Saya ni kalau dengan toys alah sikit. Haha...gila toys. Lepas tu bila dah beli didi, saya tengok yaya biasa biasa jer. So saya rasa macam menyesal beli didi tu...hahaha..lagipun yaya dah ada nana dan beg didi. So saya rasa macam tak perlu pulak didi besar tu.

Last last saya simpan didi dalam almari....gambar didi pun saya tak sempat snap takut yaya nampak didi tu...



##
Menolak tu susah bagi sesetengah orang kan...sebab tu Ada orang cuma diam.

Kalau dulu diam mungkin setuju. Tapi sekarang diam mungkin bermaksud menolak secara baik tidak mahu ada hati yang terluka...tapiiiii
Ada orang jenis tak paham dan keep asking....haiyyyaaaaaa......
Hahaha





Monday, July 17, 2017

Pinggan tak retak, nasi tak dingin

Assalamualaikum wbt,

Alahai macam mana la boleh terjebak dengan cerita ni sampai rasa nak cari novel.
Ter tengok cerita episod satu, macam best ajer....
Pandai betul penulis dia...part 1 dah menarik opkos la rasa nak follow lagi.
Sampai rasa nak beli buku dia lagi...
Ni kalau tanya mil kemungkinan besar dia ada novel ni sebabnya dia sangat suka membaca...

Siapa yang ada buku ni dan nak let go...saya nak beli boleh...hihi =)

Lawatan ke library

Assalamualaikum wbt..

Saya suka berjalan-jalan. Tak perlu jauh pun, pergi giant pun dah ok. Haha. So, bila ada masa terluang ni...saya bawa yaya pergi library. Ni first time bawa dia ke library. Tak tahu la macam mana gayanya...



Pilih buku...pilih jer...bacanya tidak. Sebab dia sangat teruja datang ke sini...so kisahnya dia merayap di setiap rak buku kat ruangan kanak-kanak tu...

Buku ni...saya yang suka...so saya ajak dia tengok sekali sebab ada gambar 3d..sempat la layan satu buku ni jer...

Ni aktiviti yang di jalankan di sini...ada music chair tapi dah lepas...lahai..ruginya....haha...ok fine saya yang terlebih teruja....nanti untuk aktiviti seterusnya kita cuba join...

Sambil sambil ikut yaya pusing rak, terjumpa buku ni.

Wah sempoi tajuk dia kan...memang saya terus ambil la...ter ber kenan okay...

Isi kandungannya pun best.

Sempoi ajer...tapi saya tak pinjam pun...saya belek belek sambil main aucak dengan yaya disebalik rak tu..haha...





Dulu masa saya bawa sepupu saya datang sini ada sebuah rumah untuk kanak-kanak, tapi masa saya pergi tadi rumah tu dah tak de....

At least kalau ada rumah tu seronok juga kanak kanak datang kan...sambil main sambil baca buku...gitu....

Lepas ni, inshaAllah kena bawa yaya lagi supaya dia fall in love with books and library =) 




Simple game

Assalamualaikum wbt...

Kisahnya...si yaya ni suka betul main sudu. Bukannya pandai pun ambil makanan guna sudu...hihi...

So saya preprare permainan untuk main guna sudu...

Bahan dia simple jer,
Dua buah bekas
Sudu
Cotton ball (boleh gantikan dengan benda lain yang sesuai macam lego atau getah rambut yang kecil dll)

Ni bukan setakat bahan yang diperlukan je ada...yang tak perlu pun ada...haha..



Caranya simple jer..letak cotton ball dalam satu bekas dan minta yaya alihkan ke cotton ball ke dalam satu lagi bekas yang kosong menggunakan sudu. 

Of course bukan sesuatu yang senang pada dia. Pegang sudu pun tak betul lagi. 

Bila tengok orang bercerita tentang permainan ni macam best aje....anak akan ralit main dan happy jer...game ni juga dapat meningkatkan kemahiran motor si anak...hakikat dia...saya rasa game ni menguji kesabaran saya...hahaha...sebab saya ni bukanlah seorang yang penyabar...haih...

Finally saya ambil tangan yaya dan alihkan cotton ball tu sampai habis. Baru la nampak dia gelak. Kalau tak dia macam tak happy jer...ya, dia tak happy sebab dia tak boleh buat. Dan fokus dia sekejap jer...kata pun budak budak kan...hahaha


Fokus yang hilang
Dah main benda lain...


Main ni sekejap jer, lepas tu main benda lain. Petang tu, yaya ajak saya main lagi. Finally dia berjaya alihkan cotton buds...sekali dua cotton buds dalam sudu....suka betul dia bila boleh buat. 

Nak bagi susah sikit...guna bekas tinggi dan rendah. Bila nak alihkan dari bekas rendah ke bekas tinggi dia kena control cara pegang sudu. Kalau sudu tersenget sikit pun cotton ball boleh jatuh.

Nak main tak semestinya yang mahal kan...yang penting kreatif =)

Jom share game korang dengan anak anak =)

Saturday, July 15, 2017

Block

Assalamualaikum wbt

Masa sekolah dulu, saya ada kawan lelaki yang sangat rapat...saya gelarkan sebagai kawan sepergaduhan harmoni..
Sebab kami suka bergaduh tapi dalam masa yang sama rapat dan ambil berat antara satu sama lain...

Now, dia dah kahwin dan dah ada dua orang anak. Saya sendiri untuk elak salah faham saya selalu elak daripada bermesej dengan dia. Tapi dia bersungguh-sungguh betul mencari saya.

Rupa-rupanya plan dia untuk tarik saya join mlm under dia. Ajak saya p hotel la, p kelas la, belajar baking la, alasan dia satu jer....nak tolong saya sebab saya single mom. Pandai dia gunakan kesusahan saya untuk kesempatan dia.

At first, as a friend saya ikut juga dia pergi seminar dekat hotel tu. Tu pun sebab dia cakap dia dah tolong bayarkan. Saya tak sampai hati. Tapi saya tak duduk lama pun sebab anak saya dah merengek, so saya angkut anak saya keluar dan terus balik. Then saya mesej and say sorry. Harapnya lepas ni saya ada alasan untuk tidak penuhi pelawaan dia lagi.

Next, dia mesej saya lagi. Untuk hadiri kelas. Betapa bersungguhnya dia, minyak kereta dia bayar, anak saya dia yang jaga. Ok fine, saya mengalah lagi. Saya pergi juga dan sampai sana dia bagitahu saya kelas tu ada every week. Takkan nak support minyak kereta saya every week kan...
Dia tanya saya, awak bawak makanan atau toys anak tak...? Of course la tak. Kata nak jaga kan. Jagalah...hahaha..
Sebenarnya memang saya jenis macam tu pun, entahlah biasa keluar dengan anak tak bawak pun keperluan asas dia like pampers or susu. Setakat ni memang tak pernah kena lagi dia terberak kat mana mana...hihi...sebab tu saya selamba je bawak dia macam tu jer.
Anak saya meragam, dia amik anak saya then jaga. Saya disuruhnya fokus dalam kelas tu. Segan betul saya dengan wife dia....tapi nak buat macam mana dia yang nak. Dia siap belikan makanan untuk anak saya. Habis kelas saya tengok anak saya, comot betul. Haha.


Last...dia ajak saya join kelas buat roti. Dia cakap dia dah bayarka. Rm30. Saya cakap saya tak de duit, dia sanggup dulukan duit dia dahulu. Saya bayar nanti nanti jer...mungkin bila saya dah kaya saya boleh bayar hutang tu. But sebab saya dah sakit hati sangat saya cakap saya tak nak join kelas tu even dia dah bayar. Saya tahu dia gunakan ayat dah tolong bayar sampai saya rasa bersalah. Sekarang saya kena bertegas.

Saya siap mesej dia cakap, kalau macam ni cara awak....kita putus kawan pun tak per. Saya tak kisah dah. Dia minta maaf dan lepas tu dia dah tak mesej saya lagi.

Baru baru ni dia mesej saya wish hari raya. Oklah saya balas and minta maaf atas kekasaran saya sebelum ni. Haih...tapi kan dia ni betul la jiwa kental. Sempat dia promote lagi kat saya pasal produk dia jual.

Saya tak de pilihan lain dah, saya block dia terus. Saya hormat dia sebagai kawan saya tapi dia tetap nak jadi businessman yang berjaya sampai saya rasa sangat annoying. Lepas block lega hati saya. Harap dia tak ganggu dah saya lepas ni. Saya pun dah penat mengelak bagi alasan macam macam tapi dia tetap pura pura tak faham. Kadang kadang saya kagum juga dengan dia, hati dia betul betul kental even saya dah cakap elok elok tetap juga dia promote dan promote.





Patutlah ada orang tanpa membuang masa suka block orang kan, sebab kalau dibiarkan kita pula rasa macam nak marah. Bila dah block dia dah tak boleh contact kita. The end. Hehehe

Mungkin kita rasa kita kuat untuk menghadapinya....tapi kalau rasa tak kuat, tak salah pun kita block. Hati kita, kita jer yang rasa, orang lain tak akan pernah faham...

Eh eh ter jiwang pulak. Hihi.

U olls ada pengalaman dengan orang macam ni ?? Jom share =)

Duit raya anak

Assalamualaikum wbt


Dapat dari whatsapp dan share di sini... =)



Duit Raya Anak
bersama Ust Bakhtiar Fitri (UBF)
9 Julai 2017 di Tv Alhijrah
-----------------------------------------
Ibu : "Ustaz, boleh ke kita guna duit raya anak?
UBF : Nak buat apa amik?
Ibu :  Nak simpan sikit. Ye la... mana la tau kalau 'kering boleh guna.

UBF : Dari segi hukum, JUMHUR ULAMA menyebut ibu ayah tidak boleh ambil duit anak melainkan untuk keperluan. Contohnya ayah ibu mengalami kesempitan kewangan utk membeli makanan, maka mereka boleh mengambil duit anak untuk membeli makanan tersebut. Selain drpd itu tidak dibenarkan. Meskipun ayah ibu boleh untuk ambil duit anak tanpa izin, namun sebaiknya mintalah izin atau maklumkan kepada anak kenapa kita ambil duit mereka. Kita pun marah kan kalau anak ambil barang kita tanpa izin? Sama jugak la dgn anak. Sekurang-kurangnya kita tunjukkan contoh kepada anak sebelum menggunkanan barang org lain, hendaklah minta izin terlebih dahulu.

Tapi berbeza pulak dgn situasi jika ayah ibu ambil duit anak untuk disimpan di dalam bank atau tabung haji. Seeloknya bawa anak2 bersama2 semasa atah ibu ke bank atau tabung haji. Tunjukkan kepada anak buku akaun dan tempat terbaik menyimpan duit.

Cuma ada beberapa perkara yg perlu diberi perhatian.

~ sediakan 'portion' drpd duit raya anak utk membeli hadiah bagi meraikan mereka dan membantu kita dlm bulan ramadhan. Ambillah 30% drpd jumlah duit raya mereka sbg reward atas usaha mereka berpuasa, khatam quran atau membantu kita.

~ didik anak dgn mengambil sedikit drpd duit raya utk bersedekah kpd org susah. Paling tidak minta anak letakkan duit ke dalam tabung masjid surau utk disedekahkan.

~ didik anak apabila dapat duit, gunakan dahulu perkara wajib. Kemudian sunat dan harus.

Harus diingat, cara penggunaan duit oleh anak2 sangat bergantung bagaimana ayah ibu membelanjakan duit. Itu sebab tunjukkan penggunaan cara duit yg betul kpd mereka.

😊 jom share


Friday, July 14, 2017

Cek gigi

Assalamualaikum wbt

Tuan dah cantik tapi gigi....
Hihi...ok perasan cantik di situ yer...

Sebenarnya geram dengan yaya yang tak suka gosok gigi...kalau gosok gigi macam berperang dalam bilik air kisahnya..malu haih kat orang kampung..haha...

Gigi dia yang kat depan tu pun dah macam tak lawa sangat. Nasib baik masa senyum tak nampak...kalau tak jatuh saham kau nak..ahahaha



Sebab geram dengan gigi dia, saya bawa dia jumpa doktor gigi. Lagipun kawan saya cakap sepatutnya dia dah kena jumpa doktor gigi untuk letak fluorida untuk elak karies gigi.

Kami pergi 10 julai. So lagi enam bulan pergi lagi untuk cek gigi. Gigi yaya okay cuma yang tak lawa tu tak boleh nak buat apa dah. Nasihat doktor rajin rajin gosok gigi. Haha...ya baik. Maknya memang rajin pun. Anak nya yang tak nak.

Untuk kanak kanak umur setahun lebih macam yaya ni tak perlu bayaran pun kalau cek gigi kat government. Cuma lecehnya sila bersabar sebab agak ramai orang.

Korang ada tips macam mana nak gosok gigi anak anak dengan aman ? Boleh la share...

Oh yer...ada kawan saya buat macam ni kat anak dia...
Tunjuk gambar gigi yang tak lawa yang rongak dan buruk kat anak dia. Then anak dia okey je gosok gigi.

Ada juga yang cakap nanti ulat gigit or watsoever la...tapi yaya bukannya tahu ulat tu apa...gigit tu apa...takut tu lagi dia tak tau...so memang harapan la dia nak takut...gahahaha

Thursday, July 13, 2017

Whatsgold

Assalamualaikum wbt

Saya diperkenalkan dengan whats gold oleh seorang kawan yang suka godek godek hp
Saya ni bab godek godek fail sikit
Tak minat sangat

Ni whatsgold

Yang bestnya dia ada ciri ciri yang tak de pada whatsapp biasa..






 Tulisan boleh tukar, bubble chat pun boleh tukar...

Bluetick tu pun boleh tukar...hihi...
Saya tukar sekali jer lepas tu malas dah nak godek...hahaha...

Oh yer apps ni tak de dalam playstore...saya dapat pun dia bagi tru telegram hihi

Kalau berminat mungkin boleh cuba pm @auraauliya dekat telegram
Dia bagi dalam bentuk file =)


Wednesday, July 12, 2017

L.a coffee

Assalamualaikum wbt

Korang kenal l.a coffee ?
Dulu masa pregnant saya betul betul anti dengan kopi ni
Dulu masa bujang saya gila kopi, lepas tu dah pregnant dah kurang kopi kalau tak silap sebab dah rasa muak dengan kopi pracampur macam kopi keluaran yusmira tu atau kopi kopi yang famous kat internet macam kopi babies blinks dan sebagainya...

Lepas tu dengan l.a coffee lagi saya tak boleh, kuat sangat baunya...
Mak saya dah habis minum dah basuh dah pun gelasnya saya masih complain...cannot la dengan baunya...haha

But now...saya betul betul gila l.a coffee...
Lepas pregnant saya minum kopi sebab mengantuk...lepas tu now consume l.a pulak...
Entahlah kalau tak da l.a ni rasa macam tak lengkap hidup

Bagi saya rasa dia agak berbeza dengan kopi pracampur yang saya biasa minum
Kopi ni lawas....lepas minum masik toilet...haha
Lepas tu kalau tak makan pun kopi ni macam mengenyangkan la jugak

Dulu anti sekarang fall in love
Sebab tu orang tua tua larang kita benci kan orang kan....
Takut terjatuh sayang
Haru....
Haha

Bye bye yaya

Assalamualaikum wbt

Ceritanya begini
Bila si yaya tu asyik bermain dan
Kadang kadang bila kita panggil yaya buat tak tau je kan...
Rasa macam gerammmmm ajer..
Then kita cakap kat dia..

Bye bye yaya...
Dengan harapan bila cakap macam tu dia akan datang ke arah kita dengan lenggang lenggoknya (pura pura nak berlalu dan mengharap dia ikut sekali)
Ok itu harapan

Realitinya

Yaya respond

Bye bye
Sambil angkat tangan melambai lambai

Fine.... !!! Kita tak tau nak marah ke nak gelak. Hehe

Rass bersukur bila dia tidur dengan nyenyaknya

Saya tak suka kerusi kanak kanak


Saturday, July 8, 2017

Tips ringkas didik anak cara islam

Assalamualaikum wbt

Tertarik dengan tips ni =)

Diari Imaginasi Si Psiko 🎭:
Tips Ringkas Didik Anak Cara Islam 🎓

Anak adalah anugerah dari Allah kepada pasangan yang telah bernikah. Anak juga adalah ujian pertama untuk ibu bapa untuk mendidik untuk jadi apa yang mereka perlukan.

Jadi, sebagai umat Islam akhir zaman, kita sering lihat apa yang berlaku kepada anak mereka, sedangkan siapa yang mendidik mereka selama ini? Bukan guru, bukan ustazah, bukan ustaz tetapi ibu bapa sendiri.

Jadi, yeop menulis untuk memberitahu kepada semua secara mendalam atau memahami bagaimana hendak mendidik anak-anak kita untuk menjadi lebih menghormati ibu bapa. Insya-Allah.

👶🏻TAHAP PERTAMA – Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
(Yaya sangat suka bergurau. Ingatkan sebab abi dia suka bergurau rupanya memang pada umur dia kena banyak bergurau...lepas ni dah faham la kalau nangis nangis tu maknanya minta dilayan la tu...hihi
Tapi bergurau kena hati hati juga, bahaya kalau ketawa non stop sebab dia tak pandai nak bagutahu kita dia penat)


👦🏼TAHAP KEDUA – Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
(Yang ni saya belum ada pengalaman tapi saya pernah baca kisah seorang bapa. Katanya dia bagi anak dia pelihara kucing sebab pelihara haiwan mengajar erti tanggungjawab. Sebab kena bagi makan bagi minum bagi mandi bersih sangkar dan sebagainya)


👱🏻TAHAP KETIGA – Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.


👨🏼TAHAP KEEMPAT – Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

#yeopmaz

@DiariSiPsiko


Ni tips saya copy dari channel...u olls ada tips lain boleh la share yer. Pengalaman tu juga lah yang akan mematangkan kita =)

Thursday, July 6, 2017

Cara potong bawang yang betul

Assalamualaikum wbt

Terjumpa kisah potong bawang...
Fine....saya tak pernah tahu pun...hihi
Saya potong sesuka hati sesedap rasa saya jer...eh he

Ni cara yang saya jumpa dekat google...
Then saya google la lagi kan...saya jumpa beberapa info yang sebelum ni saya tak berapa tahu..hihi

Share kat sini yer 



Cara potong Onion Ring
Bila Anda memotong dengan cara ini, bentuk yang akan dihasilkan akan bulat sempurna. Namun rasa yang dihasilkan sama sekali tidak kuat. Memotong dengan cara ini juga memerlukan papan potong yang benar-benar rata dan kemampuan pisau yang mumpuni untuk memastikan bawang terpotong dengan ketebalan yang sama.
Cara potong membujur
Cara potong membujur adalah dengan mengikuti alur bawang secara vertikal, setelah dipotong dua dari ujung ke ujung, sehingga dihasilkan serat yang panjang. Dengan cara potong ini, rasa bawang akan lebih kuat dan memberikan ketahanan yang baik. Cocok bila dijadikan bawang goreng, karena bawang akan tampak bagus dengan rasa yang masih banyak tersimpan di dalam bawang.
Cara potong melintang
Bawang dengan jenis ini, dibelah dua tepat di tengah-tengah, kemudian di potong melawan garis serat bawang sehingga dihasilkan serat pendek berbentuk setengah lingkaran. Bawang yang dipotong dengan cara ini akan menghasilkan bau yang kuat dan rasa yang kuat, sehingga sering membuat mata Anda perih dan mengeluarkan air mata. Cara potong ini akan sesuai digunakan dalam makanan yang membutuhkan rasa bawang yang kuat, seperti burger dan gulai.
Cara potong dadu
Bawang dengan jenis potongan ini akan mengeluarkan rasa yang sangat kuat, sehingga bawang mengeluarkan semua sarinya dari permukaan yang sudah terpotong. Bawang dengan jenis ini sangat cocok digunakan untuk memberikan rasa bawang yang sangat kuat dalam sajian makanan. Salah satu contohnya adalah campuran untuk membuat bakso atau sambal goreng.
Sumber : https://www.google.com/amp/s/m.liputan6.com/amp/2658138/kenali-cara-potong-bawang-sebab-akan-pengaruhi-rasa-makanan

U olls ada tips nak tambah tentang bawang....boleh la share yer =) 




From telegram

Assalamualaikum wbt

Kalau dekat telegramkan..
Ada satu channel yang saya sangat suka baca...
Saya tak sure siapa penulis dia...tapi saya suka bila dia menulis...
Cerita kisah doktor dan at last relatedkan dengan kehidupan...

Ni saya copy dari channel tu =)


KasihAllah:
Ini pertama kali nak try buat OSCE. Tapi cuma OSCE olok-olok. MOCK OSCE.

Exam ini dikendalikan oleh pelajar perubatan tahun 5 . Kami ada 2 stations ; station untuk ambil history patient dan station untuk buat physical examination. Setiap station cuma 5 minit sahaja masa yang diberi. Rushing. Setiap station dijaga oleh 2 orang students ; satu jadi doktor dan sorang lagi jadi patient. Selalunya bila masuk saja bilik exam, akan berlaku mental block. Kenot brain many things like always.

Memandangkan ini first time nak OSCE, maka tentulah lutut kami belaga , ketaq tak kira. Belum masuk bulu roma, bulu mata dan bulu kening yang dah mula meremang dari awal pagi. Takut tuan-tuan.

" Cuaknyaaa... Cuak. Takottt.. "

" Nak balik. Nak baliklaaah. Tak nak pergi . Takut. "

" Pegang tangan saya. Sejuk kot. Saya nak balik lah. Awak duduk la sorang-sorang "

" Kami nak balik. Nanti gonggok tinggal. "

Geleng kepala.
Tak tahu macam mana nak counter dengan racauan sahabat berdua ini.
Saya pun takut jugak. Kalau tak guna stethescope pun rasanya boleh dengaq kuat heart beat sendiri. Tangan memang macam baru keluar dari peti ais bahagian beku.  Tapi, tetap saya kena belagak gagah perkasa dan cool bergaya. Kalau buat gelabah tak tentu hala, lagi ribut taufanlah emosi budak berdua tu.

Sementara menunggu giliran , saya mengendap calon exam di dalam bilik berkaca lutsinar itu. Pelajar dari Kuwait mungkin. Tangan dia pegang kertas kes pesakit. Kertas tu bergerak-gerak. Tanda dia tengah mengigil. Aiseh.

Saya jengket sikit kaki, nak usha kes apa yang dia dapat. Chest pain.

Alah... Simple ni. Senang je. Senang je.
I can do it lah. Saya angguk sorang-2.
Sementara tu , otak mencongak soalan yang nak ditanyakan nanti. Prepare kononnya.

Tiba giliran saya, saya masuk bilik tu dan cuma ada sorang interviewer. Dia cakap, " We have no patient here. Just ask any question without answer. "

Hah? Macamana tu?
Station lain semua ada pesakit. Cuma station saya ini yang cuma ada doktor, tak ada pesakit. Maka, kenalah tanya soalan tanpa mengharap apa-apa jawapan. Setiap soalan yang saya tanya berkaitan chest pain itu pula akan dinilai dan diberi markah oleh doktor.

Nampak senang? Fuh. Berat nanang rupanya.
Mula-2 memang rasa macam boleh selesaikan station ini semudah ABC. Oh ternyata sangkaan meleset. Ia sesusah budak darjah 1 nak jawab soalan addmath. Serabut otak . Mental block . Rosak . Last-last saya main tembak saja tanya soalan . Maka, Tak jadilah focus history seperti yang sepatutnya. Dia jadi tembak history . Belum lagi masuk bab bahasa. Sekejap guna bahasa Inggeris. Sekejap bahasa Arab. Nasib tak keluar bahasa Melayu. Tapi ternyata, guna bahasa Arab lagi mudah bagi saya dari guna bahasa Inggeris ! I cant believe this.

Habis 5 minit, doktor bagi nasihat supaya next time buat relax dah aa, jangan gabra sangat, yang penting focus history tu. Hmdulillah, dapatlah markah atas 20 . Markah penuh 40 . 😹 Alahai. Padanlah dengan tahap kegugupan luar biasa bila otak tetiba off tak tahu nak soal apa.

Terus lepas selesai, saya keluar dari station itu dan lari ke station kedua. Station kali ini dijaga oleh 2 orang doktor perempuan . Seorang yang berpurdah evaluate saya dan sorang lagi akan peghati kerja saya.

Nak kena buat apa ni??

Saya sangatlah berharap dia akan suruh saya buat anterior chest exam or posterior pun macam best. Abdominal pun buleh la..

But, akhirnya...

" Do the precordium examination? "

😭

What???! I hate heart examination. Step banyak. Nak cari apex beat pun adalah benda yang saya masih fail . Dah doa supaya tak dapat yang ini. Aiseh. Lagi doa, lagi dapat.

Habis introduce myself, take permission, cakap pasal private, light, hygiene, exposure dan komen sikit pasal kondisi patient ; conscious, stable, lying comfortable atas katil segala bagai tu, baru boleh start inspection.

Ya robb. Mencabar sikit kali ni. Sebelum ni buat PE dengan manusia. Kali ni kena buat dengan patung. Dia takdak nyawa. Yang ada cuma badan dia saja. Mata pun tertutup sampai saya ragu-ragu nak cakap patient is conscious. Macam sasau jugak bila kena ken

alkan diri dan bercakap dengan patung. Dahla dia takdak anak mata.

Tapi, macam tu lah.. Hidup kena teruskan.

Macam biasa, saya redah saja dan buat step yang ada dalam otak. Berterabur jugak sebab masih terkejut kena buat heart examination. Inspection dapat selesaikan semua tapi terlupa nak bend kaki masa nak check visible pulse. Silap juga mention patient tak ada scar dan rupanya bila diteliti, diorang ada conteng parut guna pen biru kat dada patung tu. Alahai. Hilang markah. Palpation pun silap pergi palpate apex beat dekat medium midclavicle line. Heave dan thrill pun terlupa nak check macamana sampai examiner pulak kena ajarkan. Sampai detik auscultation...

" Where you should check the valve? "

" 4 places. For mitral valve,here. For trigeminal valve, here. For aortic valve, here and for pulmonary valve, here. " Saya tunjuk tempat valve di dada patung tu pada doktor.  Dengan yakin.

" What is trigeminal valve? " Mukanya berkerut.
Lah.. takkan dia tak tau kut?

" Here, here. " Saya tunjuk sekali lagi kedudukan valve untuk right heart. " Here is trigeminal valve. "

Dia tanya lagi. " What do you mean by trigeminal valve? " Serius . Muka dia memang macam loss. Saya pun loss jugak kenapa dia loss. What's wrong. Trigeminal valve. Simple je kut?

" It's not trigeminal. It's tricuspid. "

Saya kerutkan dahi. Tak faham.
Tak sempat fikir panjang..

Tetttt.

Masa tamat. Habis. Saya ambil result exam dan melangkah keluar. Dapat atas 20 jugak walaupun banyak lagi benda yang kena baiki. Markah penuh adalah 30.

Tapi, Otak masih bingung.

Tricuspid? Trigeminal?
Saya salah atau dia yang salah.
Saya yakin, saya tak salah!

Habis exam, tanya kawan.
" Saya cakap kat doktor valve yang sebelah kanan heart tu trigeminal. Salah ke? "

Maka, pecahlah gelak mereka.

" Tricuspid lah. Mana wujud trigeminal valve.

Trigeminal tu NERVE... "

Tepuk dahi. Aduhai. 😭
Mana la sempat brain. Dah dua-dua perkataan start dengan 'TRI' 😭😭

End a hectic and kelam-kabut day.
Bersedia kurang dari tiga minggu untuk OSCE yang sebenar.

Beginilah bila dah masuk klinikal, exam berbentuk oral  adalah hakikat yang diri kena telan. Suka atau tak suka, kena hadapi. That's why cuba jugak gagahkan diri untuk sertai Mock OSCE hari ini - to gain experience. Tekad. Apa nak jadi, jadilah. Kita redah. Tahu saja ilmu di dada belum cukup, pengetahuan belum lekat, bacaan masih sedikit, skill masih bawah tanah. Tapi, its better to try now than later. Biar ada pengalaman awal kerana itu adalah pembelajaran paling berkesan. First experience maybe the worst but saya yakin the second will be better :)

Haila. Berani itu harus. Ini baru exam dunia . Sorang diri kena menghadap doktor.
Belum lagi dapat bayangkan satu saat yang menakutkan tatkala nanti kita seorang diri kena berdiri menghadap Tuhan untuk dianalisis , disoal jawab dan diberi 'markah' bagi segala amal baik dan buruk tanpa ada seorang pun yang boleh menemani dan tolong kipaskan peluh atau sediakan secawan Teh Tarik Kurang Gula untuk kurangkan gemuruh.

It is the worst moment that I can't imagine how it will be.
Sedang interview di dunia pun saya cukup takut, apatah lagi la interview di akhirat bersama Tuhan.

After all, we ourselves are too powerless over things that are beyond our control.
So, my dear brothers and sisters, No matter what kind of test we're having, no matter what situation we're facing, when we feel like everything's falling apart and there's no way we could make it through, this is the point where our dependencies on Allah become overwhelmed. Because He heard the most in our weakest condition.

Stay cool dan percaya bahawa everyday Allah always wanna teach us something. Berlapang dada dan letakkan pergantungan kepada-Nya. :)

“Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya.”(Ath-Thalaq : 3)

230617
Irbid, Jordan

@takeitorleaveit

Kombinasi warna

Assalamualaikum

Jalan jalan dekat telegram jumpa tips ni...macam best pulak sebab saya sendiri pun kadang kadang tak sure kombinasi warna yang saya pakai okay ke tak...

Saya kurang berminat kalau tudung hijau baju hijau kasut hijau handbag hijau...all in one hijau la..sebab dulu jaman study kawan pernah tegur...dari jauh aku nampak pokok pisang bergerak...huaaaaaa.....

Ada ka dia cakap kita pokok pisang...ahahaha....

Here we go...


Hani:
👗👖 The way u match ur top/scarf with pants/top 👚👖








Sumber : ootd channel (telegram)

Wednesday, July 5, 2017

Mangga rm3

Assalamualaikum wbt...


Terjumpa cerita ni...macam menarik...so kita share kat sini =)

Alyaa Ibrahim:
4 orang ibu muda datang menawar longgokan mangga dari seorang peniaga tua yang menjual mangga.

"RM4 selonggok mangganya dah lah, mahal sangat RM5..." kata ibu yang berkaca mata hitam.

"Tak dapat puan RM5 sudah murah.
Pak cik mulanya memang nak letak RM5.50.
Tapi dah tengahari tapi masih belum laku jadi pak cik jual RM5 jer".. jawab penjual tu.

Saya melirik sambil memilih bawang putih.

"Dah tahu tak laku masih nak jual mahal ker,
dah lah, sy beli RM3 jer..." kata puan tadi.

"Tak boleh puan RM4 jer, belanja modal pak cik ke sini pun dah berapa. Tak rugi puan beli ni, mangga ni manis buahnya.." pujuk pak cik peniaga tu.

"Kalau tak manis mcm mana? kan tengah puasa ni,
nak rasa pun tak boleh. Dah lah mangganya kecik2 lepas tu ada yg pecah plak. Buruk mangga ni. Dah lah RM3 cukup. Cepatlah pak cik, panas ni.."
kata puan yang berhandbag bunga2.

Pak cik tu hanya diam membisu.

Entah kenapa, aku mulai rasa kesal dengan cara mereka menawar.
Sudahlah menawar beria2, mengejek2 barang jualannya pula,
kalau harga tak sepadan, barang tak bagus,
dah tak usah dibeli daripada bercakap hingga menyakitkan hati menurutku.
Tapi aku masih diam sambil menunggu barangku dikira.

"Dah lah, cepatlah pak cik, nak bagi ke tak ni?
Kalau tak bagi xper banyak lagi yang lain" kata yang bertudung renda2.

"Tak boleh puan, betul2 x boleh. Tapi saya bagi RM3.50 jer lah dr tak laku" pak cik tu mula pasrah.

"Ah..  RM3 jer, kalau boleh sy beli. Kalau tak, x payahlah.." kata yg berkaca mata hitam tu sambil menarik teman2nya & berlalu pergi.

Pak cik tu terpaku layu menatap longgokan mangganya. Ada raut sedih di wajah tuanya.
Tubuh kurus itu duduk mencangkung ketika aku datang mendekatinya.

"Pak cik, biar saya beli mangga ni. Berapa? " tanyaku.

"RM3.50" kata pak cik tu.

"RM3.50 jer.. Kan tadi nak jual RM5. xper lah pak cik.. RM5 lah yer.."

Wajah tuanya terpaku...

"RM4 jer puan" katanya lagi.

"xper RM5" kataku

"Ya Allah. Puan..... Alhamdulillah... Betul ke nak RM5?
Alhamdulillah puan... Saya teringin belikan cucu saya ayam goreng untuk berbuka puasa. Cucu saya baru belajar puasa penuh tahun ni. Kesian setiap hari makan lauk tempe jer. Sesekali saya nak bagi dia mkn ayam goreng. Matanya berkaca2..

Dari kecil ibu bapanya meninggal, jadi saya yang jaga dari dia kecil lagi.." katanya sambil memasukkan mangga tu ke dalam plastik.

"Pak cik, semua longgokan mangga tu jualkan kat sy jer lah. Jadi semuanya RM15 yer.." kataku.

"Semua ke puan? Bnyk sgt ni, puan nak buat apa?"
tanya pak cik tu hairan.

Saya cuma tersenyum.

"Ini duitnya lebihnya belilah ayam untuk cucu pak cik.." kataku.

"Ya Allah... Alhamdulillah... Terima kasih puan..
Semoga Allah murahkan rezeki puan.."
katanya penuh semangat memasukkan buah mangga ke dalam plastik besar.

Keempat2 puan tadi datang lagi.

"Macamana pak cik... RM3 jer yer." kata wanita berkaca mata hitam.

"Sudah habis puan diborong puan ini.."
kata pak cik tu dengan senang hati.

"Banyak sangat tu puan, bagi sy beli sikit yer,"
rayu wanita berkaca mata itu.

"Maaf puan, saya tak jual.
Lagipun kan puan kata mangga ni buruk,
belum tentu manis & pecah pulak tu.
Kalau jual pun sy akan naikkan harga jd RM6.
Puan mesti tak mampu nak beli" kataku sambil berlalu.
Saya tahu 4 pasang mata itu menatapku dengan marah,
tapi biarlah mereka belajar bahawa
lisan yang tidak terjaga itu akan membawa luka, belajar menghargai peniaga lemah & muamalah dengan santun.

Dapat sesuatu❓

Berbagilah hikmah dengan adab untuk menjadi bangsa yang lebih beradab.

Cnp from telegram

Tuesday, July 4, 2017

Umar dan hana

Assalamualaikum wbt

Seboleh mungkin tak mau bagi anak tengok video...tapi tu lah kadang kadang kalau dah tak larat video ni sangat membantu...ahahaha...

Untuk yaya...dulu dia suka didi... Sikit sikit di...di...maknanya dia nak tengok didi...bangun sahur nak tengok didi...banyak cantik...so saya cakap kat dia...didi tidur....tengok jam tu baru pukul 6 pagi...tidur dulu esok tengok didi...(dan macam biasa dia akan respond...ha ? Ha ? Ha ? Sila bertabah ulang benda yang sama)

Lepas tu bawa dia masuk bilik tutup lampu dan tidur. Kadang kadang kesian jugak bila dia berpusing pusing menonggeng segala semata mata nak tidur tapi tak boleh tidur...tapi disebabkan nak tengok didi dia usaha juga untuk tidur.

Esoknya pukul 8 pagi dah bangun minta didi...sebab dah janji so kita bagi la kat dia...hahaha...

Budak ni kalau dah janji dengan dia cuba tunaikan..kalau tak jangan berjanji...takat nak janji tengok didi ok lagi...kalau janji nak p berjalan saya kena pk balik...haha

Lepas tu buka didi and bagi fon...
heaven dia tengok didi...saya ni agak garang kalau dia sentuh sentuh benda lain sampai keluar benda lain nanti saya marah, lepastu kalau dia baling fon saya marah, saya bercakap dengan dia macam la dia faham kan....tapi at last dia berjaya pegang fon dengan baik...kadang kadang je tertekan iklan atau tertutup u tube tu...


Tapi sekarang dah jarang tengok didi...banyak tengok umar dan hana dan ada masa masa tertentu. Kalau behave boleh la tengok. Kalau mengamuk tak tentu hala sorry yer...memang ai tak kan bagi. Nak tengok umar dan hana sila behave. Kira macam reward sebab perangai elok...gituuu


Umar dan hana ni macam islamik sikit. Tajuk lagu dia alhamdulillah, sayang ma ma papa, bismillahirrahmanirrahim etc. Kadang kadang ubah lirik guna lagu umar dan hana...siap sebut lagi...umar dan hana kata pakai baju alhamdulilah....baru dia diam dan pakai baju. Kalau tak pakai baju macam kena dera...mengamuk kemahen...padahal pakai baju je pun. Haih. Yaya ni saya perasan kalau mak buat apa apa kat dia...kena bersembang dengan dia atau nyanyi atau bergurau
..tak boleh diam je...nanti dia tak mau. Mungkin sebab dari baby lagi saya suka bercakap dengan dia gara gara baca artikel bagus sembang dengan baby. Huhu.



Pastu lau mandi....nak ajak naik tu kan tak leh main taram je dukung masuk bilik. Kena kira dulu....5...4..3..2...1...done !!! Baru dia tak mengamuk...

Ni tips saya baca kat mana ntah..cara nak stopkan anak yang tengah main. Tak boleh stopkan on the spot, kena cakap kat budak tu lagi sepuluh minit yer...lima minit, dua minit and....time's up...

Yang ni la saya apply untuk ajak yaya naik mandi. Menjadi. Hihi


U ollss ada tips...deal dengan anak anak...jom share =)

Monday, July 3, 2017

Hari hari hari raya...

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah dah selesai beraya...gahaha...raya sungguh tahun ni. Setiap hari berjalan. Seminggu beraya..nasib baik la yaya jenis behave je depan orang...sopan je dia..haha...

Raya pertama ikut auntie dia p beraya...risau juga takut nangis tapi auntie dia cakap kalau nangis aku hantaq dia balik...

Resultnya budak ni sangat behave...sampai semua orang puji...pastu auntie dia sengih sengih je...hahaha...kami tau perangai sebenaq si yaya ni...haha


Raya kedua ketiga keempat dan seterusnya...pagi petang p beraya..malam ja balik tido lena...haha...


 Hailah anak...ni salah satu cara nak suruh behave..lau dak semua biskut dia nak makan...hamboiiii beraya sangat tau...so dengan paksa rela bagi tengok didi..memang pastu tak layan orang dah..

Mata tu bengkak sebab langgaq meja..mengantuk tapi nak main lagi..dapat la hadiahnya..tak menangis tapi nampak la tahan je...haih...terus ajak tido...baru dia nak tido..kalau tak...akan terus aktif...

Tips raya dengan dak kecik

Bagi depa kenyang so depa tak meragam

Bagi depa tido dulu bila time tido lepas tu baru p berjalan sebab kalau dak depa meragam

Standby video yang depa suka...kalau susah sangat nak control terpaksa rela la bagi video kat depa (last choice)

Tu je kot tips saya...lain anak mungkin lain cara...any tips...dialu alukan share yer =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....