Sunday, October 14, 2012

Art of closing sales...


SHARING – dipetik daripada buku Art of closing sales..

Aku tak de la terer dalam bidang marketing….
Dulu pun masa belajar bukan bukan marketing pun…
Dan aku sangat tak suka kalau kena promote-promote barang kat orang…
Sebab kalau orang promote kat aku, once aku cakap tak mo…
Aku takkan beli….even kalau aku beli pun, dengan orang lain…
Boleh cam tu ? haha…=P

Serba sedikit yang aku nak share….
Ni pun kutip dari Mr Brian Tracy punya buku…=D

BERDIAM DIRI SELEPAS SOALAN PENUTUP
-  
    Digunakan sebab nak bagi tekanan kepada pelanggan, so kita gunakan teknik tekanan berdiam diri selepas soalan penutup.

-  Lepas kita bagi soalan penutup, kita perlu berdiam diri. Kalau boleh, jangan bersuara langsung seolah-olah sape start cakap dulu dia kalah. Biar je suasana sunyi tu berterusan.


ANGGAP BANTAHAN SEBAGAI SOALAN

Pelanggan : produk ni mahal sangat.

Jurujual      : Saya menghargai pendapat tuan. Mengapa tuan rasa produk ini lebih mahal daripada     harga yang tuan sanggup bayar?

Pelanggan  : Kami boleh beli produk serupa ini dengan harga yang lebih rendah.

Jurujual       : Kami hargai maklumat ini. Mengapa agaknya pesaing kami dapat menawarkan harga yang lebih murah ?


TEKNIK-TEKNIK LAIN

Jurujual     :  Adakah tuan berminat mendapatkan khidmat televisyen berbayar ?

Pelanggan : Terima kasih, saya tidak mampu.

Jurujual     : Sebab itu tuan patut terima tawaran ini.
Dan….pelanggan yang nak blah dari sisi kita mesti tertanya-tanya dan depa akan tanya “apa maksud kamu?”

Jurujual     : Boleh saya bertanya? Bilakah agaknya tuan akan membeli perkhidmatan televisyen berbayar? Apabila tuan melanggan, tuan dapat menikmati berbagai-bagai rancangan filem, sukan, drama, dokumentari, program untuk kanak-kanak dan bermacam-macam lagi program untuk seisi keluarga.

Pelanggan : Mungkin satu hari nanti.

Jurujual      : Sebab tu tuan perlu melanggan hari ini. Sekarang ada tawaran istimewa. Tidak mungkin ada tawaran langganan yang lebih murah daripada ini.  Tuan tidak perlu bayar yuran pemasangan. Lagipun yuran bulanan hanya akan dibayar pada bulan depan. Bukankah elok tuan melanggan sahaja.

-----

Ni antara teknik-teknik yang boleh digunakan masa nak close sale…..
Kalau tak puas boleh p cari buku Brian Tracy tu sekarang juga…..lagi puas hati…
Explaination dan contoh yang dia bagi tu sangatlah praktikal…
Dan tetiba je lepas baca buku tu rasa semangat nak buat sales...=D
Kalau rasa tak berapa nak terer English, baca buku versi malay punya…
Yang penting kita paham apa yang kita baca dan kita boleh cuba…
Semoga berjaya =D


Oklah nak stop kat sini dulu…
Cara paling mudah nak Berjaya, tiru orang yang dah berjaya….=D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....