“Sorry, lambat.” Sepatah perkataan itu meluncur dari ulas bibir Leya sebaik sahaja dia tiba di hadapan kumpulan yang sedang berbincang itu.
“Lambat….” Leya hanya sengih mendengar kata-kata Sharil. Dia tahu Sharil sengaja menyakat. Memang dia lambat, tapi lambatnya bersebab. Dia datang pun dijemput oleh pengarah projek okeh. So, jangan bising-bising. Pengarah projek yang lambat datang jemput. Haha.
“Apa sengih-sengih macam kerang busuk.” Leya senyum lagi. Malas dia melayan Sharil dia mengambil tempat di sebelah Amran.
Hanya dia seorang sahaja fasilitator perempuan untuk program itu. Perempuan-perempuan yang lain dalam program itu adalah urusetia. Kemanakah hilangnya semua fasilitator dalam kelab ini dia pun tidak tahu. Yalah, faham juga dia, semua orang sedang sibuk. Maklumlah minggu-minggu terakhir peperiksaan. Dia sendiri sebenanrnya, masih ada banyak assignment dan test yang masih menunggu untuk disiapkan. Namun oleh sebab dia telah berjanji dengan Shanaz, pengurus projek Program menggilap permata, dia tidak sanggup untuk manarik diri di saat-saat akhir. Sekarang inipun, sebenarnya jumlah fasilitator tidaklah cukup seperti yang Shanaz mahukan. Kalau dia lagi yang menarik diri,tentu pening Shanaz dibuatnya. Mana nak cari fasilitator lagi.
Sesi taklimat dimulakan dengan bacaan al-fatihah dan sedikit penerangan oleh ketua fasilitator, Muadz. Kemudian dia menerangkan sesi LDK yang akan dilalui oleh para peserta pada keesokan paginya. Masing-masing bersemangat mendengar. Begitu juga dengan Leya walaupun ada kalanya dia tidak berapa faham akan apa yang disampaikan oleh Muadz. Terasa begitu berat bahan yang bakal dibawa untuk sesi LDK esok. Namun, sebagai fasilitator yang masih baru, dia hanya mendiamkan dirinya kerana tahu dan sedar dia tidaklah sehebat senior-seniornya yang lain. Kebanyakan fasilitator untuk program ini adalah yang senior. Hanya dua tiga kerat sahaja fasilitator junior sepertinya.
“Adz…ko tak rasa, benda ni berat ke untuk pelajar sekolah menengah ?” Fahmi bertanya.
“Ya….aku pun tak faham. Boleh ko terangkan balik tak ?” Sharil menyampuk.
Leya diam. Masih lagi menumpukan sepenuh perhatian kepada penerangan yang diberikan oleh Muadz. Tanggannya laju menulis apa yang disarankan dan diterangkan oleh Muadz. Kalau Fahmi dan Sharil yang terror dan hebat itu tak faham, dia yang junior ni lagilah. Tak usah cakap. Lagilah lambat dia nak absorb semua benda tu.
“Jangan fikir COMPLICATED. Make it easy. Benda ni senang je. Ko kena faham konsep dia, baru boleh sampaikan pada budak-budak ni.” Selamba Muadz menjawab. Leya hanya tersenyum sendiri memerhatikan Fahmi dan Sharil yang seolah-olah masih bingung.
“Ni eksperimen kita. Kita try dulu.” Muadz menyambung. Kelihatan Sharil dan Fahmi terangguk-angguk. Membenarkan kata-kata Muadz barangkali.
“Ya…tapi bagi aku agak berat.” Perlahan Fahmi bersuara. Dan…spontan Leya mengangguk. Mengiakan kata-kata Fahmi. Bagi dirinya juga, modul itu agak berat. Berat untuk diadakan dan dijalankan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah. Bukan sebelum ini dia tidak pernah handle modul. Pernah. Tapi di kolejnya. Tentunya tak sama pelajar kolej dan pelajar sekolah. Pemikiran sahaja sudah berbeza apatah lagi kalau mahu menyampaikan modul berkosepkan begini.
Leya sendirian berjalan menuju kea rah asrama yang dia sendiri pun tidak tahu dimana. Sampainya hati pihak urursetia meninggalkannya. Mentang-mentang dia seorang sahaja fasilitator perempuan, selamba dia dibuli. Hm…mungkin mereka penat. Yalah, bukan senang untuk menjalankan program seperti ini. Berbanding dengan dirinya, mungkin tidak sepenat mereka kerana dia hanyalah seorang fasilitator yang hanya bertugas semasa program. Bukan sebelum, semasa dan selepas.
Leya mendail nombor telefon Yana. Nasib baik bersambut. Yana turun menjemputnya di dewan makan. Sebenarnya bukannya jauhpun jarak dewan makan dengan kolej, Cuma dia sahaja yang kurang perasaan letaknya kolej memandangkan dia juga amat penat pada hari itu. Hari ini sahaja dia menghadapi dua test. Selesai test pukul 9 malam, bergegas pula dia kesini dijemput oleh Shanaz. Baju pun main letak aje, asal ada. Harap-harap cukup.
Awal pagi, selesai bersiap Leya bersama-sama urusetia yang lain bersarapan. Aktiviti pada pagi ini, pendaftaran pelajar dan ceramah. Setelah selesai ceramah barulah ada sesi LDK. Maknanya, dia hanya akan bertugas selepas pukul 11 pagi.
Teman-teman urusetia yang lain sibuk mengendalikan pendaftaran peserta. Leya hanya membantu dan memantau. Tak tahu mahu membantu apa sebabnya pihak urursetia sudah menyaipakn segala-galanya. Mereka memang terbaik. Pantas dan cepat bertindak. Bosan tidak tahu apa yang mahu dilakukan, Leya duduk di sebuah kerusi. Memerhati gelagat para pelajar yang sibuk mengambil tempat masing-masing dan menunggu penceramah datang.
“Hai Leya,” Fahmi menegur. Leya senyum. Fahmi menarik kerusi dan duduk di sebelah Leya.
“Comelnya muka ? Awat ni ?” Leya menegur melihat Fahmi yang seolah-olah sedang bersedih.
“Mengantuk….” Leya tertawa.
“Kalau fasi pagi-pagi lagi dah mengantuk, anak buah nanti macam mana la ea ?” Leya bertanya.
Fahmi hanya tersenyum mendengar kata-kata Leya. “Kan comel macam tu.” Leya mengusik membuatkan Fahmi tersenyum lagi.
“Leya…pinjam paha boleh ?” Hairan Leya dengan permintaan Fahmi. Tercengang-cengan dia memandang wajah Fahmi. Beria-ia sahaja wajah Fahmi.
“Hm….boleh. Nak buat apa ?”
“Nak tidur.” Leya tergelak. Mengantuk lagi rupanya. Sebaik sahaja Fahmi menjawab, dia terus duduk di lantai dan mahu meletakkan kepalanya dip aha Leya. Namun belum pun sempat dia melakukan aksi itu, dia kembali duduk di kerusinya membuatkan Leya tercengang lagi.
“Inni marah.” Perlahan dia berkata. Leya memandang kea rah Inni yang duduk tidak jauh daripada mereka. Jelas, wajah Inni juga tercengang-cengang melihat perlakuan Fahmi yang selamba. Leya tertawa kecil. Dia menggelengkan kepalanya dengan gelagat Fahmi. Lucu pun ada dia dengan sikap Fahmi.
“Leya kita bercinta jom…” tiba-tiba sahaja Fahmi berkata. Berkerut Leya mendengar kata-kata Fahmi. Dia yang asyik mendengar ceramah memandang kea rah Fahmi dengan dahi yang berkerut. Selamba. Memang wajah lelaki itu selamba. Dan sememangnya lelaki itu selamba. Jadi dia langsung tidak faham maksud disebalik kata-kata Fahmi.
“Jap lagi ea. Pukul 8.50 ea.” Makin berkerut dahi Leya dengan kata-kata yang terluah dari ulas bibir Fahmi. Mau jadi tua dia duduk di sebelah Fahmi lama-lama. Macam-macam perkara yang menyebabkan dahinya berkerut disebabkan Fahmi yang selamba.
“Bila kita nak clash ?” Leya bertanya. Spontan. Melayan selamba Fahmi.
“Hehe…belum couple dah tanya clash kan..” Leya tertawa sendiri dengan soalannya. Fahmi tersenyum sambil memandangnya.
“Pukul 9.” Mereka tertawa bersama mendengar jawapan yang terluah dari ulas bibir Fahmi.
“Leya ko dah makan ?” Leya angguk.
“Temankan, Inni belum makan.” Inni mengajak.
“Okey…”
“Mie, dah makan belum ?”
“Dah.”
“Okey, Leya temankan Inni jap ea.” Leya berlalu selepas memberitahu Fahmi.
“Hai….buat apa ?” Leya melabuhkan punggungnya di sebelah Fahmi yang asyik dengan notesnya.
“Basuh kereta.” Leya tertawa kecil. Padan muka, dah nampak kawan tu dok pegang notes, nak study la. Lagi maw tanya. Kan dah dapat jawapan terbaik.
“Jom study. Bosan dengar ceramah.”
“Hm….no wonder la budak-budak tu bosan. Fasi pun boleh bosan dengar ceramah ya.” Leya mengusik.
“Fasi just ordinary person okey….”
“Yup…” Leya tertawa lagi.
“Mana notes ? Tak bawa ke ?”
“Ada dalam kereta Linda. Linda baru je pergi makan dengan Shanaz dan Lily.” Fahmi Cuma mengangguk mendengar kata-kata Leya. Dia meneruskan bacaannya. Leya yang juga bosan mengambil sehelai kertas dan melakar sesuatu.
“Tengok…kan dah buang masa,” Fahmi menegur. Leya Cuma tersengih. Tangannya laju menari-nari di atas kertas itu. Entah apa yang dilakarnya tidaklah Fahmi ketahui. Selesai melukis, Leya memandang kea rah Fahmi yang asyik study.
“Sekarang pukul berapa ?” tanyanya. Fahmi mengujukkan jam ditangan.
“Tak nampak.” Perlahan Leya berkata sambil wajahnya didekatkan lagi kea rah jam itu.
“Okey….dah tamat. Nah kenangan bercinta….” Leya menghulurkan kertas dan terus berlalu.
Fahmi mengambil kertas ditangan Leya. Sekali pandang ada bentuk love dan bila diperhatikan lama-lama ada nama Fahmi yang membentuk bentuk Love itu. Fahmi senyum sendiri. Diletakkan kertas itu di atas meja.
“Leya, nanti handle ice breaking.” Muadz tiba-tiba memberitahu. Mahu terkeluar biji mata Leya mendengar arahan itu. Gila, last minute baru beritahu. Tapi, cool….fasilitator kena sentiasa bersedia. Takkan nak tunjuk kelemahan diri depan senior. Dia senyum.
“Okey. Nape tak bagitau esok ?” tanyanya dalam senyum. Menutup gusar di hati. Ni mesti kes nak pekena dia ni. Fahmi senyum, Muadz ketawa.
“Ingat nak bagitahu next sem je.” Selamba Muadz menjawab. Leya senyum. Sengaja mereka ni mahu kenakan dia. Tahu sangat. Dia berlalu menuju ke arah Aiman. Membisikkan sesuatu kepada Amran, tapi Amran cool je.
“Don’t worry. Kau tengok je nanti.”
“Tapi aku tak tahu apa-apa.” Balasnya.
“Okey je tu.” Selamba jawapan yang diberikan Aiman. Mereka semua ni memang cool. Leya senyum dan kembali ke tempatnya. Tengok je la nanti, macam mana Aiman handle. Kan disuruh cool je. Kenalah berlagak cool walaupun agak cuak. Mati kutu nanti.
Sesi Ice breaking berlalu dengan jayanya dan leya hanyalah menjadi pemerhati. Memang muadz sengaja mahu mengnakan dirinya. Nasib baik dia cool. Rileks-rileks sudah. Dah tahu mereka ni jenis yang macam mana. Tak lain dan tak bukan, mesti nak tengok reaksi dirinya. Tapi kalau betul-betul dia kena handle macam mana. Ada la juga sikit-sikit ice breaking yang selalu dilakukan masa modul di kolej. Mungkin boleh digunakan. Itu aje yang termampu. Nak main game, dia tak ingat sangat. Kalau bab-bab game kurang terror. Tapi kalau diberi modul, biasanya dia akan create game sendiri. Tu baru dia ingat. Kalau game dari orang, sepuluh kali juga nak kena hafal. Hahaha.
Selesai ice breaking, semua fasilitator diperkenalkan kepada para pelajar. Kemudian para pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan. Leya mendapat kumpulan nombor 6. Sebaik sahaja, dibahagi-bahagikan kumpulan, masing-masing bergerak menuju ke kelas masing-masing untuk menjalankan modul yang telah ditetapkan. Modul yang agak berat bagi dirinya. Modul untuk petang ni, belum lagi dibincangkan. Gila terbaik lah dia kali ini. Kalau sebelum ini semalaman dia tidak tidur kalau terpaksa handle modul keesokannya, semata-mata mahu membuat persediaan sebelum menjadi fasilitator. Tidak hairanlah, komen-komen terhadapanya juga tidak kurang hebat. Cuma bohonglah kalau semua mendapat rating 5, ada juga yang jujur memberinya rating 1, paling lemah. Tapi bila diperhatikan markah yang dapat 1 tu, tak banyak. Yang tu pun sebab dia lambat. Hahaha. Mereka yang lambat masuk ke kelas, jadi modul terpaksa dipanjangkan, dan salahnya dia juga yang terima. Tak kisah lah.
Perkara pertama yang dilakukan Leya sebaik sahaja masuk ke kelas, dia memperkenalkan dirnya dan melakukan ice breaking untuk kali yang kedua. Dalam suasana yang lebih kecil. Ketara, para pelajar ini malu-malu antara satu sama lain dan agak perlahan bergerak. Agak mencabar dirinya sendiri sebenarnya. Dia terpaksa mengubah cara, kebanyakan perkara dia yang lebih memberi. Bermakna, dari A sehingga Z pelajar-pelajar ini disuap. Berbeza dengan keadaan di kolej, yang mana dia hanya perlu mendengar pandapat dan pandangan dari para pelajar bukan dia yang memberi pandangan. Sebagai fasilitator dia hanya bertindak sebagai pemantau. Menokok tambah serba sedikit dan memberi ruang para pelajar melontarkan idea. Namun, cara ini tidak sesuai untuk para pelajar sekolah menengah mungkin. Dia merasakan dia seperti penceramah motivasi pula pada hari ini. Apakan tidak, kalau dari mula sampai akhir dia yang banyak bercakap dan anak-anak buahnya hanya mendengar.
Leya memandang jam yang tergantung di sudut kelas itu. Masih ada lagi setengah jam, direnung wajah anak buahnya satu persatu. Semua macam bosan. Tapi ada juga yang berminat dengan apa yang disampaikannya. Ceramah motivasi dari Leya. Haha. Memandangkan masa masih ada, Leya bermain game dengan mereka. Hm…baru segar wajah masing-masing. Alahai….macam manalah saat-saat yang bakal dilalui petang ini nanti. Tak tahulah macam mana.
“Leya macam mana ?” Leya Cuma senyum mendengar soalan yang terlontar dari ulas bibir Amran.
“Susah la…” Amran mengeluh.
“Aku rasa macam hari ni aku dah jadi pakar motivasi.” Leya menjawab menyebabkan Amran tertawa. Mereka berjalan beriringan menuju ke dewan makan.
“Petang ni tak tahulah macam mana.” Amran terus mengeluh membuatkan leya tertawa kecil.
“Lain kan, pelajar sekolah dengan pelajar kolej. Dorang Muadz, Fahmi dan Sharil macam mana ? Kau ada jumpa dorang ?”
“Entah. Aku jumpa ko je dulu ni. Itu yang aku jalan dengan ko pergi dewan makan ni.” Leya tergelak.
“Oh…jadi kalau ko jumpa dorang, ko kasi tinggal ak kat sini la sorang-sorang.” Amran ketawa.
Mereka tiba di dewan makan. Beberapa orang urusetia sudah berada di situ. Bersiap-siap untuk makan. Fasilitator hanyalah dia dan Amran.
“Mana yang lain ?” Shanaz bertanya.
“On the way kot. Tadi Shaqir dah stopkan dorang.” Leya menjawab.
“Macam mana ?” Beria Shanaz bertanya.
“Hm…bolehlah….” Perlahan Amran menjawab.
“Lek la An. Ni baru eksperimen. Kita tak expect dorang macam tu.” Leya berkata. Tahu dan faham, Amran seolah-olah kehilangan motivasi. Jangankan Amran, dia sendiri pun hampir bosan tadi. Kalau dia sebagai fasilitator yang bosan, para pelajar yang bersama dengannya apatah lagi. Namun cuba disembunyikan perasaan itu dan dibuang jauh-jauh. Bahaya jika ia merebak.
“Kenapa ?” Shanaz bertanya lagi. Yalah, sebagai seorang ketua projek, tentunya dia mahu tahu apa masalah yang berlaku.
“Mereka pelajar sekolah, bukan pelajar kolej kita. Ni pun first time mereka ikut program macam ni.” Leya menjawab.
“Tak apalah. First eksperimen. Petang ni should be okay.” Shanaz member semangat. Leya tersentum. Dia menceduk nasi dan mengambil tempat di meja makan. Berhadapan dengan Amran dan bersebelahan Linda. Manakala Fahmi pula berhadapan dengan Linda.
“Ai…tadi, rasanya Leya turun dulu, macam mana Mie boleh ada kat sini dulu ?” Leya bertanya. Fahmi tersengih. Langsung tidak menjawab soalan yang dilontar Leya.
“Leya macam mana tadi ?” Sharil bertanya setelah mengambil tempat di sebelah Leya.
“Okey.” Selmba Leya menjawab.
“Aku rasa macam jadi pakar motivasi hari ni tau.” Tergelak Leya mendengar kata-kata Sharil. Sama seperti yang pernah diluahkannya kepada Amran. Kalau Sharil yang hebat dan terror boleh mengeluh begitu, apatah lagi dia fasilitator junior yang kurang pengalaman ini.
“Hm…mereka tak pernah attend benda-benda macam ni. Objektif program pun mereka tak tahu.” Leya menjawab.
“Adui…lagi susah dari handle modul kat kolej.”
“Tahu tak pe.” Amran menyampuk. Alahai…semua dah mengeluh. Maknanya bukan dia seorang sahaja yang berperasaan begitu.
“Kita tak leh guna approach yang sama macam kat kolej. Mereka lain.” Fahmi bersuara tiba-tiba. Masing-masing mengangguk mengiakan kata-kata Fahmi.
“Alahai…petang ni tak tahulah macam mana.” Untuk kali yang keberapa entah, Sharil mengeluh lagi.
“Lek la Ril. Do you best okey.” Leya member motivasi kepada Sharil. Padahal dirinya…
“You alls cepat makan, lepas ni kita ada taklimat pasal modul petang ni.” Masing-masing mengangguk lemah mendengar arahan yang keluar dari ulas bibir Muadz.
“Leya cepat….lambat lagi denda.” Leya memandang Sharil sambil tersengih. Dia tahu Sharil memang suka menyakatnya. Cepat-cepat dia habiskan makanan dan menuju ke bilik urusetia untuk mendengar taklimat untuk modul pada petang ini.
TBC.....