Monday, July 24, 2017

Jalan jalan pusat sains keeativiti kuala terengganu

Assalamualaikum wbt..

Hari tu saya ada cakap nak tulis entry pasal lawatan kami ke pusat sains ni kan =)

Tiket untuk dewasa rm5. Kanak kanak rm3. Yaya free sebab baru setahun setengah umurnya.

Masuk aje saya pergi ke kawasan pameran pertama. Hurm macam dah tak banyak benda yang boleh main. Kalau sebelum ni saya pergi macam macam benda yang ada, seronok betul sentuh macam macam. Tapi lawatan yang baru baru ni, tak banyak pulak benda yang ada.

Saya naik ke tingkat satu....erm...jumpa mural. Cantik jugak, so saya lepas yaya kat situ. Seronok pulak budak ni p sentuh satu satu mural yang ada. Hahaha







Lepas tu saya pusing pusing lagi sampai saya rasa bosan. Saya rasa bayaran saya untuk rm5 tak de papa dan saya kurang berpuas hati. Saya terjumpa seorang staff dan bertanya apa je yang ada...sebab saya rasa bosan..hahaha...staff tu bagitahu tempat ni agak besar so dia dah asingkan pameran ke ruang ruang tertentu.

Betul lah tu kot, sebab masa saya pergi dulu, kawasannya kecil so nampak macam banyak benda yang ada. Sekarang dah agak besar, jadi nampak macam kosong. Mungkin kena tambah sesuatu lagi supaya pengunjung akan lebih seronok.

Saya masuk ruang kreativiti kot...ok saya dah lupa....
Ada gelongsor dan buaian. Okeylah terubat hati saya sebab yaya memang suka kalau jumpa playground.


Terbalik la pulak gambar ni...pasrah la...haha

Jumpa seorang kanak kanak yang emaknya berniaga di cafe, so dia la yang melayan si yaya. Yaya pulak memang suka berkawan so seronok la dia ada kawan.

Sebenarnya masa masuk ke sini, ada staff approach kami untuk lakukan aktiviti. Nanti saya story di next entry yer....

Overall untuk lawatan kali ni, saya kurang seronok datang ke sini mungkin sebab tak banyak benda yang kami boleh terokai atau mungkin yaya masih kecil so tak seronok...gahahaha

Mungkin kalau pameran dan aktiviti lebih banyak ....akan lebih seronok =)


Kena serang

Assalamualaikum wbt ...




Adoiiii....tak pasal pasal kena serang...
Bukan salah saya pun kalau ex aka husband dia simpan lesen lama saya ni...hahaha...
Mana saya tahu ex tu simpan..dulu masa kami kawan kami ada bertukar lesen lama...sebab pada lesen kan complete macam ic jugak...ada no ic dan alamat....so kalau nak isi borang senang....=)
Lesen dia pun saya tak tahu dah saya letak mana....


Tiba tiba saya kena serang macam ni...
Saya tahu tu bukan ex saya...
I know him very well...
Yang buat saya rasa nak tergelak bila dia cakap saya betina...n suruh saya jaga maruah saya....adoiiiii......
Hahaha....

Lepas tu saya tak respond apa apa dah...silent is better

Lagipun saya rasa saya terlampau baik untuk melayan kerenah kerenah orang sebegini.....gituuuuu kannn...hahaha


Sebenarnya apa yang saya nak bagitahu, bila kita buat tak elok...kita mungkin menang pada pandangan kasar...tapi hakikatnya hati kita tak pernah tenang...
Kita dikejar bayangan sendiri.
Saya pun tak pernah terniat nak ambil atau rampas suami dia...inshaAllah

Saya dah cukup happy dengan apa yang saya ada =)

Kahwin bukan untuk berseronok atau bersuka ria atau bangga dapat orang yang kita nak
Tapi...kahwin lebih daripada tu
Kahwin tu tanggungjawab dan amanah



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....