Tuesday, June 27, 2017

Me time

Assalamualaikum wbt..

As a mom...jarang dapat mc kan..haha
Demam ka sakit ka...still ada anak nak kena jaga..
Tapi bila sekali sekala dapat me time tu...ya Allah heavennya...
Tapi still rasa rindu kat yaya..haha
Mak mak sangat...baru sehari tak jumpa dah rindu rinduan...mengada betul

Hari ni yaya ikut abi dia balik kampung..ummi duduk diam diam kat umah...haha...menikmati me time..

So dengan seronoknya la saya p shopping cari toys..nak belikan untuk anak kawan adik..sebab dia suka betul hadiahkan yaya baju..
Lawa lawa pulak tu...
Segan kita

Belek belek toys...tak sampai hati tak belikan untuk yaya sekali...
At first nak belikan transformer...ha ha
Ok fine yaya is a girl..tapi saya suka transformer tu sebab nanti dia boleh transform robot tu kepada kereta..so yaya akan ralit dan saya boleh menonton tv dengan seronoknya..eh
Haha

Tapi bila baca dia punya warning tak sesuai tuk kanak kanak below 3 sebab small part..ye baik..saya selalu lupa anak saya masih muda baby..haha...

Tapi kan tapi...saya p beli benda alah ni. haha...balik rumah kena marah dengan mak sebab belikan yaya benda ni...

Ni toys boboi...huhu...tak leh ke girl main toys boboi eh..haha..saya suka benda ni sebab dia boleh gerak gerak...kalau beli soft toys macam fish ka, girrafe ka...yaya dah ada didi, upin ipin and elephant etc..cukuplah tu haih...kali ni biarlah dia main mainan yang boleh guna otot tangan dia bagai tu pulak...

Itu pendapat saya la...korang rasa macam mana yer...boleh tak girls main toys boboi...hihi



Friday, June 23, 2017

Yaya dan carseat

Assalamualaikum wbt

Now nak cerita pasal carseat. Carseat benda alah yang paling banyak membantu saya untuk bergerak. Kiranya kalau takat takat nak p dating berdua dengan si yaya ni selamba je la kan....dak pun nak p cari papa baru..eh..erk..haha

Kisahnya...Carseat ni memang masalah masa nak beli dulu. Yer la, orang cakap budak tak mau duduk pun dalam carseat ni. Saya ni apa lagi gigih la cari bahan macam mana nak bagi anak boleh duduk dalam car seat and saya dapat drive dengan aman.

Antara tips yang saya baca

Biasakan anak dengan carseat. Keluar hospital terus je letak dalam carseat. Yang ni kami buat masa nak balik kampung berpantang hari tu. Memang setting baik punya car seat tu, letak toto bagai bagi sesuai dengan baby and letak baby dalam tu. Okeylah dia tak meragam.

Kalau boleh carseat ni angkut sekali masuk dalam rumah and selalu letak baby dalam carseat biar dia mesra gitu dengan casrseat dia. Biar dia rasa carseat tu dia punya gitu. Biar dia sayang dengan carseat dia and nak berkepit selalu. Hahaha.

Prepare mainan atau buku siap siap pada anak anak supaya dia leka dok dalam catseat tu.

Dan banyak lagi la kalau u olls gugel. Hahaha....

Kisahnya....yaya ni ok je dengan carseat ni. Masa mood dia baik dia sangat behave sampai saya rasa wah seronoknya berjalan jalan dengan awak hari ni. Esok kita jalan lagi. Tapi
...kalau dia start mengamuk...alahai...tabahlah hati. Kita kena drive dan dalam masa yang sama dia dah nangis nangis. Memang terpaksa biar je la ataupun sometimes berhenti tepi jalan dan pujuk dia.

Pernah sebab dia mengantuk sangat lepas pujuk dia menangis dia nak duduk atas saya...ok fine...pasrah la saya peluk dia atas riba saya sambil drive. Tu pun sebab dah dekat dengan rumah...pastu berhenti kejap beli coconut shake...dan dan yaya bukak mata dan nak minum. Redhalah kite bagi dia minum. Aih sedap pulak dia minum...haha...sabo je la.

Bila dah sampai rumah, bagi ceramah sikit kat dia bahawasanya perangai dia sangatlahhhhhh grrrrr....not good okay. Kalau buat lagi tanak ajak berjalan. Makanya esok ajak berjalan lagi. Hailah hati mak mak ni.

Dan esok saya bawak berjalan lagi. Dan setiap detik saya keluar dengan yaya sebenarnya banyak benda yang saya belajar. Sebab kalau kena gaya elok pulak dia behave je dalam car seat. Saya rasa saya yang kena belajar banyak perkara pasal yaya.

Oklah..jumpa lagi

Update yaya setahun lima bulan

Assalamualaikum wbt

Lama gila tak menulis di sini...biasalah saya menulis ikut mood. Mood on banyak la kita bercerita...bila mood down diam diam je...haha...

Rasa macam nak menulis balik sebab dah banyak perkembangan ammara tu saya terlepas pandang...kalau tanya details pasal dia...serius saya lupa...haih nanti anak seterusnya macam mana la nak buat rujukan...ececeh...haha

Ammara atau pun skang ni saya lebih suka panggil dia yaya...korang pernah dengar lagu didi tajuk dia tetamu ?...ala yang macam ni...


Didi didi
Nana datang
Bawa kek coklat

Ok lagu ni saya yang suka....and saya yang selalu nyanyi...tapi tukar nama...didi didi....yaya datang....lalalala....sebenarnya nak bagitahu saya panggil yaya dengan rentak lagu tu...hahaha...

Cerita pasal yaya ni...saya ni selalu lupa anak saya masih kecil...so saya entertain dia macam orang besaq....saya selalu bagi arahan kat dia buat itu ini..like...yaya...nana (patung nana yang dalam lagu didi and friend) nak tido..p tido kan nana...letak dalam buai. The best part is, yaya ikut apa yang saya suruh. Dia faham arahan saya. Lepas tu suruh dia ambil babydoll dia pulak letak sekali dalam buai tido dengan nana kemudian dia hayun buai dan ulit la anak dia dua ketui tu...dan saya boleh tengok tv dengan aman sekejap. Haha

Pastu kalau nak suap dia makan...saya selalu lupa nak dudukkan dia elok elok atas kerusi. Saya je yang duduk elok kat atas kerusi sambil pegang pinggan nak suap dia makan. Lepas tu saya suruh dia p ambil kerusi dan duduk. Dan dia faham and dia buat ikut arahan.

Tu kisah kalau dia faham. Kalau dia tak faham....sila bawa bersabar bila kau bagi arahan dia cakap ha ? Ha ? Ha ? Dengan muka tak de perasaan bersalah. Kita ni ulang la selagi kita sabar bila dah habis sabar kita diam terus...haha...

U olls ada tips tentang anak anak kecil sudi sudikanlah share...saya ni tak reti jaga baby....kadang buat sesuka hati je...erm banyak eksperimen hat first ni..

Jumpa lagi...=)


Monday, February 20, 2017

Aura Auliya



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....