Monday, July 2, 2012
tips : perkara PETING sebelum beli laptop
Sebab aku dah beli laptop kan...so entry pon asyik pasai laptop aje..hahaha....
btw....ni ada beberapa tips yang boleh krang apply kalau nak beli laptop.....
tips ni aku jumpa kat sini...
so memang copy bulat-bulat dari forum tu la...
Salam semua,
hari ni saya nak membincangkan mengenai perkara penting sewaktu pembelian Laptop. Sedikit ilmu yang saya dapat sepanjang bekerja di Dell Penang.
Sekarang ni PC/Laptop dah semakin murah. Kalau RM 1000 Lebih pun dah boleh dapat satu.
Sebelum anda ingin membeli PC/Laptop saya nak bagi sedikit tips mengenai beberapa benda yang penting dan mustahak untuk di kongsikan bersama anda.
Waktu nak beli Laptop mula-mula tengok harga. Selalunya untuk harga RM 1400 dan kebawah laptop ini tidak di sertakan dengan Original Window Operating System. Kebanyakannya pakai yang cetak rompak. Kalau ada pun Selalunya akan bg Operating system yang Starter Edition. Kalau harga RM 1700 dan keatas selalunya laptop tu akan di sertakan dgn Original Operating System.
Tips Penting:- Kalau nak check laptop anda guna Original OS boleh tengok di bahagian bawah laptop. ada tak COA (Certificate of Authenticity) dr Microsoft
Yang ke 2, Boleh lihat di bahagian Processor. Untuk model terbaru Processor Model Intel ialah Intel i3, Intel i 5, dan Intel i7. Yang paling laju sekali ialah Intel i 7(waktu ni processor paling pantas sekali kat dunia). Harga i7 ni pun Mahal.
Yang ketiga, boleh tengok di bahagian Hard Drive (Tempat penyimpanan data bg laptop dan PC anda).
Sekarang ni standard Hardrive 320GB/500GB/ 640GB ada juga Hardrive yang 1TB/1.5TB dan 2TB. Kelajuan standard bg Hardrive laptop ni selalunya RPM 5400, (RPM ni merujuk kepada Revolution per Minute). Kat laptop tu xtulis RPM Hardrive berapa, boleh tanya kat Tauke kedai tu RPM HD dia berapa. Kadang-kadang dorang pun xtau menahu langsung pasal kelajuan HD ni. Selain tu ada jugak HD yang berkelajuan RPM 7200, RPM 10 000, RPM 15 000. Makin tinggi RPM makin laju dan mahal harga Hardrive tu. Buat masa sekarang ni Hardrive yang terlaju sekali kalau tak silap SSD (Solid State Drive) Aliran data 3GB/sc Hardrive mencecah ribuan ringgit (SSD 256 GB =RM 1 800). SSD ni mmg pantas. Duit pun pantas :-bd .
Antara pengeluar Hardrive yang terkenal kat dunia ni, Western Digital, Seagate, Intel, Hitachi, Samsung.
tips penting :-Kalau korang nak beli Hardrive yang berkualiti, antara Western Digital @Seagate, Sy syorkan Pilih Seagate.
Yang keempat, tengok Jumlah RAM/DIMM. Selalunya RAM 2gb dah cukup untuk Laptop yang guna OS Window 7, Kalau nak bg laju boleh tambah 4-8GB RAM. Nanti semakin lajulah Laptop/PC anda. Untuk Maklumat anda, Sekarang ni kita dah pakai RAM DDR 3. Kalau 4 tahun lepas kita Pakai DDR2.
Yang Kelima tengok Grafik Kad.
Fungsi Graphic Card ni nak bagi Laptop kita lancar waktu kita tengok video@ main game. Takdela nak sekat2 dan lag. Kualiti Gambar dan warna dalam laptop pun lebih cantik kalau laptop kita ada grafik card.
Pengeluar Graphic Card yang terkenal sekarang ni, NVidia dengan ATI AMD.
Graphic Card ni pun ada 1GB, 1.5 GB,2GB yang (6GB pun ada harga mmg amat mahal.)
Tak semua laptop yang menyediakan Graphic Card. Kalau kita beli laptop yang harga dalam RM 1700 Kebawah kemungkinan laptop kita tak di lengkapi Graphic Card. Kalau ada pun mungkin kurang dari 1GB Graphic Card. Kalau laptop RM 2000 Keatas, mmg boleh dpt Graphic Card 1@2gb.
tips penting:- Processor Intel 2nd Generation macam i3, i5, i7 dah graphic card dah tersedia dibina dalam. (ready built-in) jadi anda tak perlu nak tambah graphic card lg.
Lain-lain komponen yang perlu anda tau.
DVD RW. Sekarang ni standard laptop/PC semua dah guna DVD RW.Kegunaannya, nak tengok CD/DVD,BURN dan install software dll.[/B]
USB (Universal Serial Bus). Sekarang ni dah ada teknologi USB terbaru. Namanya USB 3.0 Di tingkatkan dari USB 2.0 Sebelum ni, kalau tak silap 10X lebih pantas dari USB sebelum ni. [B]Kegunaan USB. Nak transfer Data Pendrive, Cucuk Broadband, Handphone dll.
Tips Penting :- Kalau nak kenal USB 3.0 ni senang Jer. Kalau USB port biasa (USB 2.0) kita nampak warna hitam. Tp USB 3.0 ni warna biru. Kalau beli laptop tu tengok je kat lubang tepi tu ada warna hitam@ biru.
Wireless, Audio/Mic Port dan lain2. Ini anda tak perlu risau, semua laptop mmg ada benda ni.
Last Sekali,
Bateri Laptop.
Sekarang ni standard bateri laptop dah 6cell. Jangkamasa tahan tu paling lama 2Jam. Bergantung kepada keadaan guna dan lain2. Kalau layan lagu dan main game, mmgla bateri cepat habis. ;) Ada jugak laptop yang mempunyai bateri 9 cell. yang ni lagi tahan lama boleh sampai 3-4 jam.
Tips Penting:- Bila mula-mula dah beli laptop tu, sampai rumah cas bateri laptop sampai 8jam. kalau nak guna laptop sampai berjam-jam di rumah seeloknya keluarkankan bateri laptop, dan pasang power supply sahaja. Kalau nak keluar contohnya pergi study group di library@ pergi ofis boleh pasang semua bateri tu. Semua ni untuk meningkatkan daya tahan bateri tu. lagipun kita nak pakai lama. Guna untuk keadaan dan masa yang sesuai.
begitulah tips2 yang saya nak share dengan kawan2 di wang cyber, Saya harap tips2 di atas sedikit sebanyak dapat membantu dalam membeli pc/laptop anda.
ok...hope semua tips ni dapat membantu u all...
=D
Labels:
rel='tag'>aku dan laptop,
rel='tag'>tips
kenapa ASUS
hati tak keruan....
nak sangat beli laptop....
erm sanggup bertahan lapar...
sebab memang nak sangat-sangat beli laptop....
dan based on pengalaman yang lepas...
aku sangatlah tak reti beli barang-barang elektronik macam ni....
tapi disebabkan yang ni, kena pakai duit sendiri..
dan laptop pertama pernah rosak sampai tak leh on....
harapkan harga je mahal...huhu...
so buatlah research sikit....
dan...aku pilih untuk beli ASUS.....
sebab ????
nak sangat beli laptop....
erm sanggup bertahan lapar...
sebab memang nak sangat-sangat beli laptop....
dan based on pengalaman yang lepas...
aku sangatlah tak reti beli barang-barang elektronik macam ni....
tapi disebabkan yang ni, kena pakai duit sendiri..
dan laptop pertama pernah rosak sampai tak leh on....
harapkan harga je mahal...huhu...
so buatlah research sikit....
dan...aku pilih untuk beli ASUS.....
sebab ????
1. Pengeluar motherboard terbesar dan no 1 di dunia
Satu daripada tiga desktop adalah dikuasakan oleh motherboard Asus dengan penguasaan pasaran motherboard dunia sebanyak 40 peratus. Asus juga diiktiraf sebagai pengeluar motherboard terbaik selama enam tahun berturut-turut dan ramai gamers yang pakai jenama ni kat desktop masing-masing. Motherboard memang benda yang sangat penting sebab kos pembaikannya adalah tinggi jika mengalami sebarang kerosakan (kebiasaannya kena tukar baru terus). Jadi, memang kena cari motherboard yang reliable la sebab laptop sebelum ni kong pun adalah berpunca daripada kerosakan motherboard. Malas den nak pegi service center selalu walaupun dekat gile dengan rumah.
Dari segi ranking pengeluar, Asus menduduki tempat ketiga selepas Acer dan HP. Ranking ni berdasarkan bilangan unit yang dieksport ke negara-negara yang menjadi pasaran mereka pada suku ke-3 2010.
2. 2 Years Global Warranty (default)
Warranty memang benda yang sangat penting sebab benda yang korang beli tu bukannya murah kan? Tambah pulak laptop sekarang tak semuanya tahan bertahun-tahun macam laptop zaman dulu. So, warranty la yang boleh menyelamatkan duit korang.
Semua laptop Asus didatangkan sekali dengan 2 tahun jaminan (kecuali netbook) jika berlaku kerosakan dan korang boleh claim warranty kat mana-mana service center Asus di seluruh dunia. Sesuai sangatlah untuk yang selalu travel.
Kebanyakan pengeluar laptop lain hanya letak setahun jaminan sahaja. Kalau nak extend korang kena bayar sket (lebih kurang RM100- RM200, bergantung pada model) dan tak semua model yang boleh dilanjutkan tempoh jaminannya. Bila dah dapat 2 tahun tak payah nak pening-pening kepala dah. Malangnya laptop suka rosak lepas tamat tempoh jaminan. Macam tau-tau je diorang ni.
3. Telah Teruji Dalam Keadaan Ekstrem
Laptop Asus pernah dibawa dan digunakan di kawasan ekstrem antaranya Gunung Everest, 600 hari beroperasi tanpa gagal dalam misi di angkasa lepas, off-road car race, digunakan dalam helikopter unit penyelamat dan macam-macam lagi.
Takdela pulak nak angkut benda alah ni ke tempat-tempat macam tu. Tapi contoh kat atas tadi menunjukkan yang laptop Asus telah teruji dengan persekitaran ekstrem dan bukan sesuatu yang mustahil untuk teknologi yang sama digunapakai dalam pengeluaran model laptopnya untuk kegunaan orang biasa macam saya.
Laptop Asus juga telah menjalani beberapa ujian ketahanan antaranya vibration test, hinge test, shock test, pressure test, drop test dan twist test.
4. Kebarangkalian Untuk Cepat Rosak Adalah Rendah
Graf kat atas tu dikeluarkan oleh Rescuecom (untuk tahun 2010 tak silap) iaitu syarikat membaiki komputer terkenal kat US. Dalam unjuran 3 tahun, laptop Asus 40 peratus lebih reliable daripada HP dan encik Acer. Kalau tengok jenama HP, satu daripada empat laptop keluarannya mungkin akan buat hal. Sekarang mungkin dah improve kot sebab logiknya tak kan diorang goyang kaki je bila tengok graf ni betul tak?
Data untuk graf tu diorang dapat berdasarkan daripada bilangan call pasal kerosakan yang dibuat oleh pelanggan kepada mereka. Lagi rendah grafnya lagi baik.
Apa pun itu hanya kajian sahaja dan mungkin agak berbeza dari tahun ke tahun. Biase la benda buat dalam mod mass production (buat dalam kuantiti yang banyak), mesti ada defect punya untuk sebahagian model yang dikeluarkan tanpa mengira jenama apa sekalipun dan kerana itulah warranty disediakan untuk melindungi pembeli macam kita semua.
Mana Yang Bagus?
Soalan ni sangat subjektif sebab semuanya bagus tapi nak cari yang paling best dan kena pulak dengan bajet yang kita sanggup keluarkan. Kalau memang tak bagus dah lama dah syarikat tu bankrap. Dari segi spec pulak lebih kurang sama je untuk semua jenama. CPU masih lagi dikeluarkan oleh Intel/AMD, kad grafik oleh AMD/NVidia, ram oleh Kingston/Corsair dan lain-lain.
Cuma dari segi kualiti bahan buatan (terutamanya body laptop tu), craftmanship dan rekabentuk je yang membezakan syarikat-syarikat tu semua.
okeh, ni semua aku kutip kat SINI ....
oklah.....cerita pasai beli laptop ni bersambung kat entry lain k...=D
Labels:
rel='tag'>aku dan laptop
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum wbt... Waalaikumussalam wbt... lama tak update sebab terlampau bz bz bz dan bz....haish....belum ada anak somi lagi la...
-
Assalamualaikum wbt... waalaikumussalam wbt.... sebelum proceed dengan entry ni make sure dah baca sini dan sini okey... lagi cerit...
-
Assalamualaikum wbt... Walaikumussalam wbt... hari ni, my mom operate mata....so, mata yang tak nampak ada katarak tu, lepas ni dah...
-
Assalamualaikum wbt... Waalaikumussalam wbt.... hari ni malam jumaat...so nak story pasa pompuan sahaja....*tetiba...tatau apa kaitan ma...
-
assalamualaikum wbt... waalaikumussalam wbt... ni dia asus zenfone 4 rm299.... dengar rm299 yes memang mampu milik.... sebab baje...
-
Assalamualaikum wbt... Waalaikumussalam wbt... teringin sangat nak pakai bio essence.....sebab kawan dok promote kata sangat menjadi......
-
Assalamualaikum wbt... Waalaikumussalam wbt... payahhhhhhh kalau kekasih bos tu kawan sepejabat....ehem.... ADIL ???? adil pada p...
-
Assalamualaikum wbt... Waalaikumussalam wbt.... selepas entry babies blinks....la ni nak tulis entry mistine egg white plak... tajuk pu...
-
Assalamualaikum wbt Tadi saya p library, kali ni p sorang2 je sebab kebetulan abi yaya ada visit dia, so saya pun ambil kesempatan tuk kel...
-
Assalamualaikum wbt... Waalaikumussalam wbt.... 5 kg in a week.....wow...... Ok not me...one of my team yg dapat angka ni... as for m...
Labels
- motivasi (24)
- motivation (20)
- motivation video (1)
- tips (47)
- ww (6)
tentang saya =D
- nini
- menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....