Sunday, April 25, 2010

sahabat

kata orang, kita perlukan sahabat
perlukan teman
perlukan kawan
sejauh mana kebanarannya
kita sendiri akan rasa
bila mana kita sendiri
di tempat yang tiada sesiapa
yang tinggal cuma kenalan, kawan, teman dan mugkin sahabat
bilamana di waktu itu kita ditimpa kecelakaan
atau mungkin sedikit masalah yang agak berat bagi kita
masa tulah, kita menyedari hakikat
bahawa kita perlukan seorang sahabat...
mungkin teman, mungkin kawan atau mungkin kenalan
pada sesetengah orang,
sahabat, kawan, teman atau kenalan
berbeza....
memang pun
lihat sahaja dari segi ejaan dan bunyinya...
memang berbeza
belum lagi dihuraikan dari segi maksud yang tersirat disebalik perkataan-perkataan itu

kita akan beruntung anda memiliki sahabat atau kawan atau teman atau kenalan yang sedia membantu
sedia mengurangkan rasa sedih hati
sedia membuatkan kita tertawa di saat kita penasaran
sedia membuat kita tersenyum lebar
sedia merawat hati kita
dan sedia menemini kita di saat kita berduka

namun....
itu semua tidaklah senang dicari
tidak senang tetapi tidaklah mustahil
dan yang paling tepat...
sebelum kita berjaya menemuinya,
sebenarnya kita duluan yang perlu menjadi begitu....
seperti apa yang kita harapkan...
semuanya perlu ada pada diri kita sendiri
barulah, insyaAllah kita akan ketemu sahabat yang benar2 dalam erti kata sahabat......

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....