Monday, July 2, 2012

kenapa ASUS

hati tak keruan....
nak sangat beli laptop....
erm sanggup bertahan lapar...
sebab memang nak sangat-sangat beli laptop....
dan based on pengalaman yang lepas...
aku sangatlah tak reti beli barang-barang elektronik macam ni....
tapi disebabkan yang ni, kena pakai duit sendiri..
dan laptop pertama pernah rosak sampai tak leh on....
harapkan harga je mahal...huhu...
so buatlah research sikit....
dan...aku pilih untuk beli ASUS.....


sebab ????




1.  Pengeluar motherboard terbesar dan no 1 di dunia
Satu daripada tiga desktop adalah dikuasakan oleh motherboard Asus dengan penguasaan pasaran motherboard dunia sebanyak 40 peratus.  Asus juga diiktiraf sebagai pengeluar motherboard terbaik selama enam tahun berturut-turut dan ramai gamers yang pakai jenama ni kat desktop masing-masing.  Motherboard memang benda yang sangat penting sebab kos pembaikannya adalah tinggi jika mengalami sebarang kerosakan (kebiasaannya kena tukar baru terus).  Jadi, memang kena cari motherboard yang reliable la sebab laptop sebelum ni kong pun adalah berpunca daripada kerosakan motherboard.  Malas den nak pegi service center selalu walaupun dekat gile dengan rumah.
Dari segi ranking pengeluar, Asus menduduki tempat ketiga selepas Acer dan HP.  Ranking ni berdasarkan bilangan unit yang dieksport ke negara-negara yang menjadi pasaran mereka pada suku ke-3 2010.
2.  2 Years Global Warranty (default)
Warranty memang benda yang sangat penting sebab benda yang korang beli tu bukannya murah kan?  Tambah pulak laptop sekarang tak semuanya tahan bertahun-tahun macam laptop zaman dulu.  So, warranty la yang boleh menyelamatkan duit korang.
Semua laptop Asus didatangkan sekali dengan 2 tahun jaminan (kecuali netbook) jika berlaku kerosakan dan korang boleh claim warranty kat mana-mana service center Asus di seluruh dunia.  Sesuai sangatlah untuk yang selalu travel.
Kebanyakan pengeluar laptop lain hanya letak setahun jaminan sahaja.  Kalau nak extend korang kena bayar sket (lebih kurang RM100- RM200, bergantung pada model) dan tak semua model yang boleh dilanjutkan tempoh jaminannya.  Bila dah dapat 2 tahun tak payah nak pening-pening kepala dah.  Malangnya laptop suka rosak lepas tamat tempoh jaminan.  Macam tau-tau je diorang ni.
3.  Telah Teruji Dalam Keadaan Ekstrem
Laptop Asus pernah dibawa dan digunakan di kawasan ekstrem antaranya Gunung Everest, 600 hari beroperasi tanpa gagal dalam misi di angkasa lepas, off-road car race, digunakan dalam helikopter unit penyelamat dan macam-macam lagi.
Takdela pulak nak angkut benda alah ni ke tempat-tempat macam tu.  Tapi contoh kat atas tadi menunjukkan yang laptop Asus telah teruji dengan persekitaran ekstrem dan bukan sesuatu yang mustahil untuk teknologi yang sama digunapakai dalam pengeluaran model laptopnya untuk kegunaan orang biasa macam saya.
Laptop Asus juga telah menjalani beberapa ujian ketahanan antaranya vibration test, hinge test, shock test, pressure test, drop test dan twist test. 

4.  Kebarangkalian Untuk Cepat Rosak Adalah Rendah
squaretradenov2009lg3
Graf kat atas tu dikeluarkan oleh Rescuecom (untuk tahun 2010 tak silap) iaitu syarikat membaiki komputer terkenal kat US.  Dalam unjuran 3 tahun, laptop Asus 40 peratus lebih reliable daripada HP dan encik Acer.  Kalau tengok jenama HP, satu daripada empat laptop keluarannya mungkin akan buat hal.  Sekarang mungkin dah improve kot sebab logiknya tak kan diorang goyang kaki je bila tengok graf ni betul tak?
Data untuk graf tu diorang dapat berdasarkan daripada bilangan call pasal kerosakan yang dibuat oleh pelanggan kepada mereka.  Lagi rendah grafnya lagi baik.
Apa pun itu hanya kajian sahaja dan mungkin agak berbeza dari tahun ke tahun.  Biase la benda buat dalam mod mass production (buat dalam kuantiti yang banyak), mesti ada defect punya untuk sebahagian model yang dikeluarkan tanpa mengira jenama apa sekalipun dan kerana itulah warranty disediakan untuk melindungi pembeli macam kita semua.
Mana Yang Bagus?
Soalan ni sangat subjektif sebab semuanya bagus tapi nak cari yang paling best dan kena pulak dengan bajet yang kita sanggup keluarkan.  Kalau memang tak bagus dah lama dah syarikat tu bankrap.  Dari segi spec pulak lebih kurang sama je untuk semua jenama.  CPU masih lagi dikeluarkan oleh Intel/AMD, kad grafik oleh AMD/NVidia, ram oleh Kingston/Corsair dan lain-lain.
Cuma dari segi kualiti bahan buatan (terutamanya body laptop tu), craftmanship dan rekabentuk je yang membezakan syarikat-syarikat tu semua.

okeh, ni semua aku kutip kat SINI ....
oklah.....cerita pasai beli laptop ni bersambung kat entry lain k...=D

1 comment:

rel='nofollow'>Jom Makan said...

kau buat aku rse nk bli laptop bru la pulak..ishhh hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....