Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Monday, September 18, 2017

Einstein never used flash cards

Assalamualaikum...

Nampak buku ni, terus saya sambar
Sentap tau tajuk dia...haha...sebab saya salah seorang ibu yang terlalu addicted nak anak pandai cepat....hahaha

Yaya dalam perut saya dah belikan flashcard...tettttt....hahaha...nampak tak semangat di situ...ekekeke...lepas baca buku ni, saya dapat banyak perkara...

The main point, komunikasi dengan anak tu yang paling penting. Selalu bersembang dan melakukan aktiviti bersama-sama tu yang jadikan anak pandai. Bukan flashcard tu....

Yer, ajar flashcard memang banyak words dia tahu, tapi dia tahu words but tak faham apekah itu...gituuuu....

Contoh macam gelap....tahu baca word gelap but cant describe gelap tu apa...
Contoh lain lagi, kalau bagitahu yaya....panas...dia tahu benda tu panas dan dia tak sentuh lagi...

Secara keseluruhan buku ni memang buka mata saya, kanak kanak belajar sesuatu apabila dia bermain. Belajar boleh, tapi kena lebih kreatif, selitkan pelajaran masa bermain. Lagi seronok dan lagi cepat ingat.

Kesian kanak-kanak zaman sekarang, belajar belajar belajar padahal waktu kecil ni waktu dia explore dunia dengan deria dia =)

Yaya...semua benda bulat dia panggil ball...haha...buih tu pun dia panggil ball...kuat pulak tu dengan suara teruja...
Nampak tomato dekat giant pun dia sebut ball....suka betul dia dengan ball...hehe


Friday, February 22, 2013

tips : menyampuk biar kena pada tempatnya yer....

Assalamualaikum wbt....

kekadang tu bila dok tengok dua orang kawan rancak bersembang......topik pula hangat, menarik dan kita macam superb je dengan cerita tu...rasa naaaaaakkkkkk je sampuk....naaaaakkkk je join sekali.......

tapi......depa suka ka kalau kita sampuk perbualan depa eh....????

ni ada satu tips daripada penulis Syahrul Nizam Junaini

kalau nak tahu depa boleh terima kita dak....kita boleh tengok bahasa badan dua orang kana kita tu.....bila kita mendekati dua orang yang sedang berdiri, akan ada dua layanan yang akan kita terima.....negatif atau positif.....

so kena tengok cara mereka berdiri...



petunjuk tuk gambar ni....tapak kaki yang bawah atau bentuk dia tu lain daripada yang dua tu kan...tu kiranya tapak kaki kita lah...

gambar pertama tu, menunjukkan kehadiran kita tak diterima....so tok sah dok menyampuk la yer....

gambar kedua tu pulak maksudnya kehadiran kita diterima.....so dipersilakan lah menyampuk...ayat yang berkobar-kobar dalam dada tu dah boleh dikeluarkan dengan eloknya depan dua orang kawan yang dok semangat nak sembang ni.....


oklah nak stop kat sini dulu....
kata-kata mungkin boleh menipu tetapi tidak pada perbuatan......be carefulllllll !!!!!!

dipetik : Seni Bahasa Badan tulisan Syahrul Nizam Junaini 



Sunday, October 14, 2012

Art of closing sales...


SHARING – dipetik daripada buku Art of closing sales..

Aku tak de la terer dalam bidang marketing….
Dulu pun masa belajar bukan bukan marketing pun…
Dan aku sangat tak suka kalau kena promote-promote barang kat orang…
Sebab kalau orang promote kat aku, once aku cakap tak mo…
Aku takkan beli….even kalau aku beli pun, dengan orang lain…
Boleh cam tu ? haha…=P

Serba sedikit yang aku nak share….
Ni pun kutip dari Mr Brian Tracy punya buku…=D

BERDIAM DIRI SELEPAS SOALAN PENUTUP
-  
    Digunakan sebab nak bagi tekanan kepada pelanggan, so kita gunakan teknik tekanan berdiam diri selepas soalan penutup.

-  Lepas kita bagi soalan penutup, kita perlu berdiam diri. Kalau boleh, jangan bersuara langsung seolah-olah sape start cakap dulu dia kalah. Biar je suasana sunyi tu berterusan.


ANGGAP BANTAHAN SEBAGAI SOALAN

Pelanggan : produk ni mahal sangat.

Jurujual      : Saya menghargai pendapat tuan. Mengapa tuan rasa produk ini lebih mahal daripada     harga yang tuan sanggup bayar?

Pelanggan  : Kami boleh beli produk serupa ini dengan harga yang lebih rendah.

Jurujual       : Kami hargai maklumat ini. Mengapa agaknya pesaing kami dapat menawarkan harga yang lebih murah ?


TEKNIK-TEKNIK LAIN

Jurujual     :  Adakah tuan berminat mendapatkan khidmat televisyen berbayar ?

Pelanggan : Terima kasih, saya tidak mampu.

Jurujual     : Sebab itu tuan patut terima tawaran ini.
Dan….pelanggan yang nak blah dari sisi kita mesti tertanya-tanya dan depa akan tanya “apa maksud kamu?”

Jurujual     : Boleh saya bertanya? Bilakah agaknya tuan akan membeli perkhidmatan televisyen berbayar? Apabila tuan melanggan, tuan dapat menikmati berbagai-bagai rancangan filem, sukan, drama, dokumentari, program untuk kanak-kanak dan bermacam-macam lagi program untuk seisi keluarga.

Pelanggan : Mungkin satu hari nanti.

Jurujual      : Sebab tu tuan perlu melanggan hari ini. Sekarang ada tawaran istimewa. Tidak mungkin ada tawaran langganan yang lebih murah daripada ini.  Tuan tidak perlu bayar yuran pemasangan. Lagipun yuran bulanan hanya akan dibayar pada bulan depan. Bukankah elok tuan melanggan sahaja.

-----

Ni antara teknik-teknik yang boleh digunakan masa nak close sale…..
Kalau tak puas boleh p cari buku Brian Tracy tu sekarang juga…..lagi puas hati…
Explaination dan contoh yang dia bagi tu sangatlah praktikal…
Dan tetiba je lepas baca buku tu rasa semangat nak buat sales...=D
Kalau rasa tak berapa nak terer English, baca buku versi malay punya…
Yang penting kita paham apa yang kita baca dan kita boleh cuba…
Semoga berjaya =D


Oklah nak stop kat sini dulu…
Cara paling mudah nak Berjaya, tiru orang yang dah berjaya….=D

Tuesday, October 9, 2012

jom CLOSE SALE


Assalamualaikum wbt…
Sebelum ni aku ada story pasal sales and marketing kan...
Ya…tak semudah yang disangka….tapi tak mustahil kita boleh berjaya dalam bidang ni…
Cuma kena tau cara..cara betul insyaAllah dapat…..
Dan kita akan bertambah seronok…..
Suka dengan kerja sendiri…
Bila dah suka, kita buat kerja lebih ikhlas….

Cara dia macam mana?
Banyak cara dia….
Dan aku amat sarankan sesiapa yang buat sales….
Baca buku ‘THE ART OF CLOSING SALE’
Semua ayat dia memang praktikal….
Aku siap salin lagi ayat dia…
Tapi sometimes tak guna pun…hahaha….
 

Oklah selamat membaca…=D

Thursday, April 12, 2012

SENI BAHASA BADAN


buku ni sangat besssttttt....
penulis dia pun bessstttttt gileeer....
tak caya boleh try baca....
ekceli, aku dah pinjam 2 buah buku dari office...
dan kedua-dua buah buku tu belum habis baca....
sebab beria nak baca buku ni kan....
sebab gaya penyampaian penulis sangatlah santai...
tu yang buku ni berjaya menarik aku untuk baca dulu...
walaupun ada dua buah buku sedang beratur minta aku habiskan....


oklah nak stop kat sini dulu...
banyak membaca luas pengetahuan....=p

Saturday, March 10, 2012

RINDUKU PADA BAITULLAH ~ DR RIDZWAN BAKAR

Sunday, April 24, 2011

OI! bangunglah OI!




finally.....buku di atas berjaya dihabiskan...hehe...punyalah lama da beli tapi amik masa lama gila nak habiskan...sebabnya...buku ni tempat dia tepi bantal aku...so aku cuma akan baca sebelum tidur..haha...pastu kalo nak g memana, aku bawak buku ni, so sementara tunggu bas atau ditahap kebosanan aku akan baca buku ni....lalalala....kalau novel dah lama habis da, tayah tunggu before tidur baru nak baca... =p

buku ni ditulis oleh HM TUAH ISKANDAR...peberet aku, dia ni..=D tulisan dan penceritaan dia santai...harga murah jew RM 10...masa nak beli agak terkejut sebab zaman aku form 5 buku tulisan dia dah RM 10, tapi tym semua barang naik harga buku ni still maintai...wallah...punya lah best...

terkesan aku baca buku ni...antara kisah yang betul2 buat aku terkesan...kisah Rahmah....yes...dulu kalo tanya aku nak kerja kat mana ? memang TERENGGANU tadek dalam senarai aku la...punyalah berlagak gile nak mati kan....tapi skang TERENGGANU is my first choice...aku nak dekat dengan family aku....yeah..aku tak kisah kena label anak mak atau anak abah....atau anak manja bagai....sebab...KISAH RAHMAH ni cukup memberi kesan yang besar dalam diri aku...masa parents aku ada ni, aku nak berbakti kat dorang...InsyaAllah...kalo rezeki aku bukan kat Trg nak wat camana kan...p at least, aku akan cuba juga apply kerja kat sana...tak sia-sia berbakti tuk mak ayah...InysaAllah berjaya...macam cerita Rahmah ni...memang aku ingat gile la kisah dia...sebab betul2 memberi kesan yang mendalam dalam diri aku...

kali ni, Dr Tuah sentuh banyak benda....pasal ibu bapa, keusahawanan, kebersihan, keagaaman dan lain-lain...hehe
memang tak rugi kalo beli, harga pun murah...tak kisah la kalo cakap aku nak promote buku ni, sebab buku ni tayah di promote pun, laku je.....=D

baiklah, kalau agak-agak kedai buku tu jauh kan...malas nak kuar kan...erk bukan malas, sebenarnya sebab nak jimat....kan sekarang semua barang harga naik, buku ni je tak...erk...=p dan dan promote lagi....boleh gak beli kat sini...malaysiabooks.blogspot.com/2011/04-oi-bangunlah-oi-ikut-hati-mati-ikut.html kan skang ke dunia di hujung jari anda =D


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....