Tuesday, February 19, 2013

kita nak anak berjaya macam orang tapi.....




Assalamualaikum ibu-ibu,
Kita nak anak Berjaya macam orang tapi tak cukup modal. Macam mana nak buat????Anak orang pergi tusyen,ada yang tusyen khas. Bayaran lebih mahal daripada pusat tusyen biasa, ada computer peribadi, peralatan permainan yang merangsang minda dan lain-lain. Zaman sekarang ni kecik-kecik dah hantar tadika. Yuran tadika semakin tinggi.  Semua tu perlu wang!!!
Ya, ibu-ibu yang tak cukup modal, jangan khuatir. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.
Ibu-ibu sendirilah yang jadi cikgu . Zaman sekarang ni,  semua orang dapat pendidikan di sekolah. Jadi ibu-ibu gunalah pengalaman di sekolah ajar anak-anak di rumah walaupun sibuk. Set di minda ibu yang anak-anak adalah modal insan. Ibu-ibu mesti maklum dan jelas perkara itu! Kita mula dengan anak-anak yang belum sekolah …..

Ibu   tak tau nak ajar? Tanya yang reti. Tanya sape-sape je! Jangan malas. Kalu kita malas anak pun malas. Sekeliling kita ramai yang pandai. Kalu anak tak pandai nanti rendah diri pulak. Bila ada kekurangan mulalah cakap banyak dalih.

Ibu sibuk kerja rumah? Anak celik mata pagi-pagi lagi, saya ajar anak dulu 10 minit .Kadang-kadang 5 minit je.  Setiap hari begitu. Lepas tu baru mula kerja rumah. Sekarang dah 6 bulan , anak boleh baca buku cerita. Dah  baca iqra  5..Usia baru 4 tahun. Satu buku pun saya tak beli untuk anak. Buku cerita  pinjam di perpustakaan awam. Kaedah ajar cari dalam internet , Tanya saudara yang jadi guru. Minta tunjuk ajar dari ibu-ibu yang ajar anak-anak mereka di rumah  - Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Bahan nak ajar? Saya tulis tangan je.pakai dakwat biru, merah. Kalau ajar baca. Takde gambar-gambar pun. Anak kena fikir. Guna kertas yang terpakai tapi kita boleh guna halaman sebelah lagi yang belum guna. Ikhtiar dapatkan kertas percuma, apa caralah – nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Bahasa Inggeris???  Terus sebut  je bahasa Inggeris  kepada anak-anak benda-benda yang ada di sekeliling anak-anak sama ada benda di ruang tamu,dapur, bilik tidur, bilik air, stor dan di halaman rumah. Ibu tak tau- Tanya!! Baru ajar anak. Sekurang-kurangnya, anak kita belum ke sekolah dah banyak perkataan dia tahu. – nak seribu daya , tak nak seribu dalih.

Anak tak minat belajar???..... macam-macam cara…. Jumpe lagi.


gambar : sumber google

by: puan n


1 comment:

rel='nofollow'>Sunah Sakura said...

baiklah puan nini...akan saya aplikasikan untuk anak2 saya nanti...tunggu ada anak k...tapi kawin dulu.. :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....