Saturday, July 15, 2017

Block

Assalamualaikum wbt

Masa sekolah dulu, saya ada kawan lelaki yang sangat rapat...saya gelarkan sebagai kawan sepergaduhan harmoni..
Sebab kami suka bergaduh tapi dalam masa yang sama rapat dan ambil berat antara satu sama lain...

Now, dia dah kahwin dan dah ada dua orang anak. Saya sendiri untuk elak salah faham saya selalu elak daripada bermesej dengan dia. Tapi dia bersungguh-sungguh betul mencari saya.

Rupa-rupanya plan dia untuk tarik saya join mlm under dia. Ajak saya p hotel la, p kelas la, belajar baking la, alasan dia satu jer....nak tolong saya sebab saya single mom. Pandai dia gunakan kesusahan saya untuk kesempatan dia.

At first, as a friend saya ikut juga dia pergi seminar dekat hotel tu. Tu pun sebab dia cakap dia dah tolong bayarkan. Saya tak sampai hati. Tapi saya tak duduk lama pun sebab anak saya dah merengek, so saya angkut anak saya keluar dan terus balik. Then saya mesej and say sorry. Harapnya lepas ni saya ada alasan untuk tidak penuhi pelawaan dia lagi.

Next, dia mesej saya lagi. Untuk hadiri kelas. Betapa bersungguhnya dia, minyak kereta dia bayar, anak saya dia yang jaga. Ok fine, saya mengalah lagi. Saya pergi juga dan sampai sana dia bagitahu saya kelas tu ada every week. Takkan nak support minyak kereta saya every week kan...
Dia tanya saya, awak bawak makanan atau toys anak tak...? Of course la tak. Kata nak jaga kan. Jagalah...hahaha..
Sebenarnya memang saya jenis macam tu pun, entahlah biasa keluar dengan anak tak bawak pun keperluan asas dia like pampers or susu. Setakat ni memang tak pernah kena lagi dia terberak kat mana mana...hihi...sebab tu saya selamba je bawak dia macam tu jer.
Anak saya meragam, dia amik anak saya then jaga. Saya disuruhnya fokus dalam kelas tu. Segan betul saya dengan wife dia....tapi nak buat macam mana dia yang nak. Dia siap belikan makanan untuk anak saya. Habis kelas saya tengok anak saya, comot betul. Haha.


Last...dia ajak saya join kelas buat roti. Dia cakap dia dah bayarka. Rm30. Saya cakap saya tak de duit, dia sanggup dulukan duit dia dahulu. Saya bayar nanti nanti jer...mungkin bila saya dah kaya saya boleh bayar hutang tu. But sebab saya dah sakit hati sangat saya cakap saya tak nak join kelas tu even dia dah bayar. Saya tahu dia gunakan ayat dah tolong bayar sampai saya rasa bersalah. Sekarang saya kena bertegas.

Saya siap mesej dia cakap, kalau macam ni cara awak....kita putus kawan pun tak per. Saya tak kisah dah. Dia minta maaf dan lepas tu dia dah tak mesej saya lagi.

Baru baru ni dia mesej saya wish hari raya. Oklah saya balas and minta maaf atas kekasaran saya sebelum ni. Haih...tapi kan dia ni betul la jiwa kental. Sempat dia promote lagi kat saya pasal produk dia jual.

Saya tak de pilihan lain dah, saya block dia terus. Saya hormat dia sebagai kawan saya tapi dia tetap nak jadi businessman yang berjaya sampai saya rasa sangat annoying. Lepas block lega hati saya. Harap dia tak ganggu dah saya lepas ni. Saya pun dah penat mengelak bagi alasan macam macam tapi dia tetap pura pura tak faham. Kadang kadang saya kagum juga dengan dia, hati dia betul betul kental even saya dah cakap elok elok tetap juga dia promote dan promote.





Patutlah ada orang tanpa membuang masa suka block orang kan, sebab kalau dibiarkan kita pula rasa macam nak marah. Bila dah block dia dah tak boleh contact kita. The end. Hehehe

Mungkin kita rasa kita kuat untuk menghadapinya....tapi kalau rasa tak kuat, tak salah pun kita block. Hati kita, kita jer yang rasa, orang lain tak akan pernah faham...

Eh eh ter jiwang pulak. Hihi.

U olls ada pengalaman dengan orang macam ni ?? Jom share =)

13 comments:

rel='nofollow'>Adam said...

Saya rasa nini tak salah block dia tambahan pula kelas atau berniaga tu nini tak minat. Jangan biarkan orang lain menentukan hidup kita.

rel='nofollow'>Nor Azimah Ali said...

Betullah jiwa kental dia, hehe..
Takpe, dari hujung2 jadi salah faham ke, baik kita elak.

rel='nofollow'>saniahibrahim said...

Betullah tindakan nini tu...lebih baik bertegas daripada hadiri kelas tanpa rela .Kita yang kena ikut kata hati kita bukan orglain yg menentukan.

rel='nofollow'>Anis Azalea said...

Saya tak suka kawan lama cari untuk join MLM dan jual barang2. Saya rasa tak ikhlas dema ni. Bayangkan kalau berlaku kerugian. Hubungan baik tu akan hancur selamanya.

rel='nofollow'>irdagarmin said...

hemmmm....betul juga tu...baik block je...

soalan nini kat entry akak..tentang mcm mana nak dapat hasil blogging..

actually akak active di fb blogger..joint event..buat product review..itu hasilnya..tapi gabung akak nuffnang ke..hampeh xpernah bergerak pun..huhu

rel='nofollow'>irdagarmin said...

tabung*

Anonymous said...

stressnya tiap2 kali ajak jumpa sebab nak promote mlm :(

rel='nofollow'>nohas said...

orang mlm mmg mcm tu..tegar..kental..
mmg sampai putus kawan dibuatnya, penat nk fikir alasan nk mngelak..

rel='nofollow'>Nur said...

Bersungguh-sungguhnya dia. Sabor je la.
Saya takde pengalaman macam ni. Selalunya bila orang ajak join MLM, saya bagi hujah bernas sampai dia tak boleh jawap dan tak contact terus. Hehe...

rel='nofollow'>noor azlan said...

Kawan cari kawan balik sebab nak ajak join MLM, pernah juga kena... huhu...

rel='nofollow'>Umialya said...

Mlm, urmmmm boringnya..

rel='nofollow'>I am LZ said...

Lain macam kalau member start join MLM ni.. Konsep berkawan dia lain.. Cara kawan Nini approach pun secara drastic tentulah tak selesa..

Berkawan biar ikhlas tak perlu paksa2 orang buat sesuatu.. Tetapkan pendirian Nini okay.

rel='nofollow'>mamapp said...

Org yg bwrniaga ni mmg sifatnya persistant Dan memaksa. Sebab dgn Cara Tu lah diorg berjaya. Sebab Tu jugalah mama xpandai beeniaga

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....