Saya prefer sebut single mom sebab nampak macam kelassss gitu kan..hahaha
seronok ke jadi single mom ?? yerlah, boleh pergi kemana sahaja yang kita suka tanpa terikat dengan sesiapa....wah heaven. macam bujang bujang gitu tapi of course pergi berdua dengan anak. siapa lagi nak jaga si kecil kalau bukan kita kan...hahaha....kita ni tak nak jaga pun kena juga jaga....pasrahlah saya...=)
bagi saya, setiap orang ada kelebihan dan bahagia masing-masing. kita hanya perlu bersyukur dengan apa yang kita ada dan inshaAllah kita akan bahagia.
mungkin saya tiada husband, tapi saya ada seorang anak yang sangat comel (maaf, mak mak memang suka puji anak sendiri...hahaha) dan saya ada keluarga yang sangat suipportive. menyokong saya seluruhnya. jadi kenapa saya perlu bersedih dan mengeluh atau meratapi nasib diri....gituuuu kan...haha...
apa yang saya perlu lakukan ? saya hanya perlu bersyukur dengan apa yang saya ada. sungguh apa yang berlaku memang saya tak pernah sangka, tapi setiap apa yang berlaku memang ada hikmahnya yang tersendiri yang saya tak pernah tahu. saya cuma perlu enjoy the moment. hey, tak semua orang dapat rasa saat saat girang gembira duka nestapa saya tau...haha...so saya hanya perlu menikmati hari hari saya sebagai seorang ibu disamping seorang anak.
bangun berdiri dan meneruskan langkah. tak mudah untuk saya lakukan semua itu tanpa sokongan kuat daripada keluarga saya. alhamdulillah sewaktu kita dalam saat saat genting masa tu kita tahu siapa yang ada dengan kita. tak lain tak bukan, keluarga jugalah yang akan sokong kita, tolong kita, berusaha untuk tenangkan kita.
perkara yang buat saya bersyukur lagi, di saat saya jatuh...banyak betul cerita cerita sedih yang saya dengar daripada kawan kawan saya. ada kawan saya yang sakit jantung, berada di hospital selama sebulan. tersentap saya mendengar cerita kawan saya, masa tu anak dia masih kecil...sebaya anak yaya. saya tak rasa saya kuat untuk hadapi ujian sakit seperti dia. terus saya terbayangkan yaya. siapa nak jaga yaya kalau saya sakit. mak saya tak kuat macam mak dia untuk menjaga si kecil yaya sepenuh masa.
betullah, ujian dia lain,...ujian saya lain. saya tak mampu nak hadapi ujian dia. ada juga kawan saya yang dah lama berkahwin tapi belum ada rezeki untuk mendapat anak. tapi, suami dia sangat sayangkan dia, untungkan dia, ada suami yang menyayangi dia sepenuh hati. eh eh saya pun untung ada anak penyambung keturunan saya. ya...saya ada apa yang dia tiada dan dia tiada apa yang saya ada. kami hanya perlu bersyukur dan meneruskan hidup dengan pilihan untuk bahagia.
bila rasa sedih, ingatlah...tak semua apa yang kita nak kita akan dapat. tapi apa yang kita dapat itu yang terbaik untuk kita inshaAllah =)
9 comments:
Thank you share kn...not easy to share about this
saya dah jumpa ramai single mom berjaya.. dan palingp enting mereka SUCCESS.. bagaimana mereka mengharungi pahit getir tu, hanya dia dan Allah SWT saja yang tau.. hee~ semoga baik baik saja..
sentiasa bersyukur kerana apa yang diduga adalah kerana kita seorang yang kuat untuk hadapinya..hugs!
Alhamdulillah nini dikelilingi keluarga Dan kawan positif. Asalnya anak Akan membuatkan Kita kuat. Be strong.. i know u are strong
Jadi single mom kena kental hati, apa yang negatif org ckp pasal single mom, just kunyah telan hadam. Kita bukan mintak beras ke lauk dari sesiapa utk suap kat anak. Betul tak?.
tabahnya akak.. :')
ujian setiap orang tu berbezakan, jangan tengok pada ujian tu, tapi tengok bagaimana kita menghadapi ujian.. Bahagia itu apabila kita redha dengan setiap apa yang Allah bagi.. moga kita lebih tabah,sabar dan bahagia inshaAllah
Setiap kita ada ujian yang perlu dilalui.. Keep on be strong.. Selagi kita redha, Insya Allah kita akan bahagia..
Allah bagi apa yang kita perlu
Bukan apa yang kita nak..
Dengar kata kata prof muhaya
Post a Comment