Friday, February 26, 2010

Diam itu adalah yang terbaik
tetapi apabila aku terpaksa mendiamkan diri
berpura-pura seperti tidak ada apa-apa yang berlaku
walhal hatiku sudah sakit, geram dan benci
maka ....
satu hari
apabila aku sudah tidak tertahan
perasaan itu terlepas

maafkan aku teman
bila ditelusuri
tidak layak aku lakukan begitu
seolah-olah memalukan dirimu di depan teman sebilikku
bukan niatku sebenarnya
namun setelah apa yang telah terjadi
aku tidak mahu ia berlaku lagi
cukuplah hanya sekali
bodohlah aku kalau aku mebiarkan orang membodohkan aku
sedangkan aku tahu apa yang dia lakukan

aku akui
aku tidaklah sehebat orang lain
aku tidaklah sepandai orang lain
dan tidaklah sesabar orang lain
telah ku cuba untuk tidak memalukan mu
namun apakan dayaku
mungkin terlampau penat memendam rasa
hingga terkeluar kata-kata
yang mungkin menyakiti hatimu
memang aku tidak menghina atau mencaci dirimu
namun tanpa sedar
mungkin kau telah aku malukan

dari itu maafkan aku
maaf kerana semua ini berlaku
aku harap setelah apa yang terlah berlaku
akan akan lebih berhati-hati
dalam menuturkan kata.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....