Status Leya di update lagi.
‘Kenapa mesti dia muncul dalam mimpiku.’
Lama Leya di depan laptop. Merenung gambar Fahmi tentunya. Lama. Malam tadi dia pun hairan kenapa dia boleh termimpikan Fahmi. Kenapa Fahmi….argh…
Agaknya sebab dia selalu merenung gambar Fahmi di laman facebook sampai terbawa-bawa kea lam mimpi. Cuba kalau dia renung gambar lain mesti dia akan termimpikan gambar lain itu. Atau…dia rindukan Fahmi. Oh rasanya tidak. Dia tidak rindukan Fahmi. Tapi…kalau bukan rindu kenapa boleh termimpikan Fahmi ? Kenapa bukan orang lain…hm kan dah cakap tadi sebab dia selalu tegok gambar Fahmi di facebook Fahmi. Kalau tengok gambar Fahmi selalu kat facebook tu, apalah maknanya…bukan rindu ke ? Argh……Leya bangun dari kerusinya. Geram dengan soalan-soalan yang bermain dalam fikirannya.
Erra yang asyik study di mejanya tercengang melihat gelagat Leya.
“Ko kenapa ? Okey tak ?” Leya menarik nafas dalam-dalam.
“Aku tak rindu Fahmi pun.” Perlahan suara Leya. Erra tersenyum.
“Aku tak cakap kau rindukan Fahmi pun.” Leya diam. Dia mengambil notanya di atas meja dan berlalu ke katil. Erra tersenyum-senyum melihat telatah Leya. Pelik betul perangai dia semenjak habis program bersama Fahmi.
“Erra, test chapter berapa ?”
“6-10.”
“Mak aih….nasib baik aku dah siapkan nota. Mati aku ni.” Erra tergelak mendengar keluhan yang terluah dari ulas bibir Leya.
Leya asyik dengan nota-notanya. Semangat dia belajar. Mungkin dia sudah dapat lupakan Fahmi. Baguslah. Senang Erra melihat keadaannya begitu, kalau tak pening kepala dia dengan telatah Leya. Adakala telatah Leya juga melucukan. Membuatkan dia tersenyum sendiri.
Leya mencapai handsetnya. Tiba-tiba dia rasa macam nak call Fahmi. Dia mendail nombor telefon Fahmi. Tidak bersambut. Dia meletakkan telefonnya di tepi katil.
“Ko dah habis study ke ?” Erra bertanya apabila melihat kegelisahan Leya yang datang untuk kesekian kalinya.
“Chapter 9 dan 10 belum.”
“Wah…gila terbaik la ko. Dalam angau boleh lagi study ye ?” Erra mengusik. Leya menjeling. Geram. Dan Erra tertawa kuat. Buat masa ini ada juga orang yang akan menghilangkan tensionnya dengan gelagat-gelagat yang lucu yang tidak disedarinya.
Untuk kali kedua Leya mencapai handsetnya dan mendail nombor Fahmi. Sama. Masih seperti tadi. Panggilannya tidak berjawab. Dengan geram dia meletakkan telefonnya di bawah bantal dan berlalu ke meja. Menarik nafas panjang-panjang, setkan minda kembali dan menersukan pembacaannya.
Erra yang memerhati gelagat Leya hanya tersenyum sendiri.
Kelam kabut Leya memasang plug iron untuk menggosok baju kurungnya untuk menghadiri kelas Puan Auliya. Sudahlah hari ini ada test. Entah macam mana dia boleh terlewat bangun. Erra yang sudah bersiap, sedang asyik menikmati sarapan paginya. Tidak lupa secawan milo dan sekeping roti buat Leya. Dia tahu tentunya Leya tidak akan sempat menyediakan sendiri sarapannya pada pagi itu.
“Auch…. Sakitnya.” Leya melihat kea rah tangannya. Dia meniup-niup tempat yang terkena iron itu. Erra pantas sahaja menghampiri Leya. Dia mencapai tangan Leya.
“Macam mana boleh kena iron ni ?” Erra bertanya. Dia merenung wajah Leya.
“Entah.” Sepatah perkataan keluar dari ulas bibir Leya. Wajahnya berkerut menahan sakit.
“Berangan je kerjanya.” Erra sudah memulakan mukaddimah untuk berleter. Nampak gayanya ada orang kena tadah telinga untuk ceramah subuh pada pagi itu.
“Mana ada.” Leya menafikan.
“Dah, pergi makan. Aku ironkan.” Leya sengih mendengar arahan Erra.
“Thanks darling.” Katanya lalu menghadiahkan sebuah ciuman dan memeluk Erra.
“Aduh….” Spontan kata-kata itu meluncur dari ulas bibirnya buat kali kedua apabila tangan yang terkena iron terkena kepada Erra.
“Ko ni…” Erra geram. Leya sengih lalu menghampiri meja untuk menikmati sarapan yang disediakan Erra.
Setelah siap Erra menghulurkan baju kurung Leya. Selesai semuanya, mereka bergegas menuju ke kelas.
Tersenyum Leya membaca comment di wallnya oleh Erra.
“Kuat betul berangan, gosok baju pun boleh kena iron.”
Leya mereply comment itu dan akhirnya mereka berbalas-balas comment. Tersenyum sendiri dia membaca comment-comment itu. Alahai, penangan zaman it. dengan teman sebilik pun boleh berbalas comment di facebook.
Status Leya pada hari ini di update lagi.
“Kata kawan saya itu bukan cinta tapi suka yang hanya sementara.”
Tidak sampai sepuluh minit dia update status, Erra sudah menghantar comment kepada statusnya. Dan, bermulalah sesi berbalas comment dengan teman sebilik antara Leya dan Erra.
Mereka benar-benar menggunakan kemudahan internet yang ada dan social networking dengan bagus sekali.
Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Leya masih lagi di depan facebooknya. Erra yang sudah siap mengemas meja studinya memandang kea rah Leya. Spontan dia menepuk paha Leya.
“Ha…Fahmi..” spontan kata-kata itu melompat dari ulas bibirnya. Berabis Erra tertawa dengan gelagat Leya. Siap sebut nama Fahmi lagi.
“Kuatnya berangan. Dah la tu. Kalau Idzlan tahu mati kau.” Erra berkata setelah tawanya reda. Leya menunjukkan wajah selamba. Seolah-olah dia langsung tidak takut dengan ugutan Erra. Dia tahu, Erra bukanlah begitu walaupun Erra merupakan sepupu kepada Idzlan.
“Kesian Idzlan…” Erra mengeluh. Leya memandang ke wajah Erra. Lama.
“Entah lah Erra. Aku tak tahu dengan perasaan aku sekarang ni.” Kini giliran Leya pula mengeluh di hadapan Erra.
“Kau betul-betul ke sukakan Fahmi ?” Laju sahaja anggukan Leya.
“Idzlan ? Kau sayang dia tak.” Perlahan sahaja anggukan tanda jawapan dari Leya. Tidak selaju dia menjawab soalan cepu mas yang pertama tadi.
“Kau Cuma sukakan Fahmi bukan cintakan dia. Kau kena tahu bezakan suka, sayang dan cinta.” Leya diam mendengar kata-kata Erra. Sudah hampir sebulan dia begini. Keliru dengan perasaan sendiri. Asyik teringatkan Fahmi sedang si buah hati seolah-olah luput dari ingatan. Tambahan pula, Idzlan sibuk buat masa ini. Dia terpaksa menjadi ketua projek untuk satu acara di syarikatnya. Jarang dapat berbual dan bermesej dengan Idzlan.
‘Suka tidak semestinya sayang, sayang tidak semestinya cinta, cinta tidak semestinya bersatu dan bersatu tidak semestinya akan bahagia.’ Status terbaru Leya. Tentunya dipetik daripada kata-kata Erra dan ditokok tambah dengan ayatnya sendiri.
Erra yang membaca status terbarunya tersenyum.
No comments:
Post a Comment