“Leya….” Erra memanggil Leya yang asyik menyiapkan notanya. Leya menoleh kea rah Erra sambil menghadiahkan sebuah senyuman. Manis. Senyuman Leya memang manis. Tambah-tambah lagi waktu dia angau ni, senyumannya manis dan amatlah menggoda. Kalau Erra yang tengok boleh berfikir begitu tak tahulah kalau Fahmi atau Idzlan yang menerima senyuman itu.
“Aku ada benda nak cakap, tapi kau janji jangan marah aku ya.” Leya memandang Erra lama. Kemudian dia menganggukkan kepalanya perlahan. Takut juga, macam berta aje perkahabaran yang bakal dibawakan oleh Erra. Takut dia tidak mampu menerima kenyataan.
“Kau lupakan Fahmi.” Leya diam. Erra meembuka facebooknya dan menunjukkan mesej antara dia dan Fahmi.
“Sampai hati kau, malukan aku.” Leya berkata. Perlahan. Erra memeluk bahu Erra.
“Okey, aku minta maaf. Tapi, sekarang kau tahu kan, dia takkan fikir benda-benda macam ni buat masa sekarang. Jadi sia-sia kau mengharap kat dia.” Leya diam.
“Aku sayang kan kau, Leya. Aku tahu Fahmi tak akan malukan kau.”
“Tapi aku malu, dia dah tahu perasaan aku.”
“Dia tahu pun dari facebook kau sayang.” Erra menjawab. Leya sengih.
“Haah…hehe. Status aku. Dia perasan juga kan. Aku ingatkan tak.”
“Tau pun kau. Dia perasan tapi tak sure sampai dapat confirmation dari aku. Tapi dia tak bersedia dengan any commitment pun.”
“Aku nak react macam mana kalau jumpa dia ? Malu la weyh.”
“Buat bodoh je.”
“Hm…buat bodoh…I will try my best.” Leya senyum lagi.
“Thanks sayang. Tapi macam kena take time la untuk delete dia dari otak aku.” Katanya lalu memeluk Erra erat.
“Tak pe. Mesti ko boleh punya.”
“Hm….kuat sangat macam pakai gam gajah.” Erra tertawa mendengar perlambangan yang diberikan oleh Leya.
“Take ur time.” kata Erra sebaik sahaja habis tertawa.
Exam semakin hampir. Banyak kali Leya mengajak Fahmi keluar namun Fahmi menolak dengan alasan banyak assignment dan exam yang semakin hampir. Leya pula semakin hari semakin tension dengan assignment yang banyak dan rindunya yang menggunung terhadap Fahmi. Cuma facebook Fahmi yang mampu mengurangkan rasa hati. Nampaknya memang memakan masa untuk dia melupakan Fahmi. Bukan tidak mencuba, tetapi..entahlah hatinya begitu kuat untuk Fahmi. Mungkin dia terlalu rindukan Idzlan, dan pada masa yang sama Idzlan tidak dapat melayan rindunya kerana terlampau sibuk. Entahlah…
Nasib baik dalam keadaan begitu dia masih mampu mengawal diri. Markah untuk assignment dan test-testnya agak baik. Tidaklah seperti dirinya kalau diberi markah mugkin hanya dapat 5/10. Tengah-tengah. Kadang-kadang okey kadang-kadang tidak.
“Aku rasa study week ni, ko kena ikut aku balik Kuantan la. Jumpa Idzlan. Lepas kau jumpa Idzlan mesti kau dapat lupakan Fahmi.” Erra berkata.
“Hm…..boleh juga. Lagipun aku rasa sebelum exam aku nak lari dulu dari sini. Nak tenang-tenang dulu. Penatlah, assignment dan test bertimpa-timpa.”
“Nanti kau tidur je rumah aku.” Erra mempelawa lagi.
“Aku nak pergi dua hari je.”
“Okey. Kau tak kisah balik sendiri kan ? Aku nak lepak lama sikit kat rumah. Makan free.” Leya tertawa mendengar kata-kata Erra.
“Macam aku tak biasa.” Selamba dia menjawab soalan Erra.
No comments:
Post a Comment