ini ada satu cerita.....
satu hari kamu menunggu bas di bus stop....sendiri kamu di situ...sekejap-sekejap kamu memandang ke arah jam mu....hari ini, lambat pula bas....biasanya, waktu-waktu begini, bas yang ditunggu sudah tiba....tiba-tiba ada seorang makcik datang menghampiri kamu...memakai baju kurung yang sudah kusam...berselendang panjang, bewarna putih, bercorak bunga-bunga di tepi, juga sudah kusam....tiba-tiba dia bertanya kemana arah tujumu...katamu, mahu ke klinik, sudah hampir seminggu kepalamu berdenyut-denyut, kamu hanya menelan panadol sahaja...mak cik itu terus-terusan bertanya tentang sakitmu....dan dia becerita itu ini begitu begini...macam-macam...seolah-olah dia tahu tentang penyakitmu.....dan...kamu hanya mendengar ceritanya tanpa teringin untuk mengulas apa-apa...yalah, mak cik tua, tiba-tiba bercakap tentang penyakit itu ini....ntah betul ntahkan tidak.....lagi pula, mak cik tu tiada langsung rupa orang-orang educated....boleh percaya ke...?
kamu tiba di klinik.....kata-kata doktor sama seperti kata-kata mak cik tua yang kamu jumpa.....mak cik yang kamu lihat tidak educated tadi, tahu tentang penyakitmu, dan mampu menerangkan tentang penyakitmu....sama seperti doktor yang berada dihadapanmu sekarang....
---------------
Ini hanyalah sebuah kisah....kisah yang mungkin pernah kamu atau aku lalui....bila seorang yang tidaklah hebat, tidaklah educated, tidaklah berpangkat berbicara...kita mungkin tidak mempercayai kata-katanya....kata-katanya ibarat omongan kosong tanpa makna....yalah, mereka siapa ? berpendidikan tinggi....jauh sekali...bergaul pun dengan orang biasa-biasa sahaja...kerja ? kerja biasa-biasa je, yang boleh pandang sebelah mata bagi orang yang berlagak...tapi tidak bagi orang yang sedar kepentingan mereka....
dan bila seorang yang kita anggap hebat, berpendidikan tinggi, kemas bergaya, berjawatan tinggi berkata-kata...terlalu mudah kita untuk mempercayainya, sedangkan apa yang dikata itu entah betul entah tidak...sesuka hatinya mungkin, tapi tidak pernah kita syak apa-apa...kita yakin dengan kata-katanya, kita percaya dengan penerangannya, langsung tiada ragu-ragu...sebab mereka berpelajaran tinggi, tentu sahaja mereka tahu.....
sebenarnya.......
kita lupa......
setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, tak semestinya dia bukan doktor, tetapi dia tidak tahu tentang penyakit.....mungkin dia ada pengalaman, atau mungkin dia pernah membaca tentang penyakit itu atau mungkin dia pernah menontonnya di tv.......dan tidak semestinya orang yang berpendidikan tinggi itu, berjawatan tinggi itu tahu semua benda.....mungkin mereka tidak tahu bagaimana membaiki tv sebab kalau tv mereka rosak, mereka akan terus buang dan beli baru....padahal mereka hanya terlupa memasang suis, sebab tu tv mereka tidak terpasang......
okeylah, nak stop entry ni di sini....tapi sebelum tu nak tutup dengan kata-kata ni.....
kita sememangnya memerlukan antara satu sama lain, sebab setiap antara kita ada kehebatan dan kelemahan masing-masing...kehebatan kamu itulah sebenarnya yang akan menutup kelemahanku....=D
No comments:
Post a Comment