Sunday, November 13, 2011

tulunnnnnnn sakit gigi!!!!!!

argh sakit gigiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!
orang kata, banyak-banyak penyakit, sakit gigi la paling sakit....
rasa cam nak cabut sekarang jugak....tulun lah...
tapi jemari ni masih mampu menaip...hehe...
dah hampir sebulan, aku asyik merungut sakit gigi...
tapi sampai arini aku tak p klinik pun...
sebab aku malas...
sebab geram pun ada...
sebab tempat sakit tu, tempat yang kena tampal....
alahai doktor, cemanalah wat keje, cian kat diri aku sendiri....




baru je nak tido, tetiba abah aku panggil...
suruh baca sesuatu...
ingatkan apekebenda la kan...
yang penting sangat.....
rupa-rupanya 
benda alah ni


Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.
sumber :http://101petua.blogspot.com/2010/04/petua-sakit-gigi.html


abah aku tolong searchkan tuk aku...
hahaha...sebab aku merungut sakit gigi...
pastu ubat sakit gigi yang aku beli tatau kat mana menyorok...
hehe


oklah nak stop kat sini....aku malas sikit nak cuba petua ni semua, tapi kalau tak tahan sangat aku rasa aku cubalah kot...hehe...=p

1 comment:

rel='nofollow'>Memory said...

selalu dgr bunga cengkih tu... memang mujarab la..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....