Thursday, December 29, 2011

harapkan pagar, pagar makan padi...erk pagar tu makan padi cemana eh

hari ni saya nak menulis pasal peribahasa....ouch....ayat starting gila skema...pelissss laaa....

ok ok....tapi entry ni memang nak story pasal peribahasa...


korang pernah dengar tak peribahasa ni ?

1) harapkan PAGAR, PAGAR makan padi.
2) melepaskan BATUK di tangga.

mesti korang tau kan maksud peribasaha yang pertama tu kan.....harap kat sumone, tapi orang tu tak boleh diharap....tapi masa kecik-kecik dulu terpikir gak la....camana la PAGAR makan padi....tapi tadek la plak aku persoalkan kepelikan tu kan...aku juz terima je.....dah itu peribasaha nya, terima aje la...walaupun cam pelik je pagar tu leh makan padi...=p


yang kedua lak, melepaskan batuk di tangga, buat kerja ala kadar je...cam tak ikhlas je, tak bertanggungjawab je....asal buat je kata orang....tapi kompius melanda gak la....sebab tak paham apa kena batuk kat tangga ngan buat kerja ala kadar....tapi sebab tu adalah peribahasa yang di ajar oleh cikgu, maka aku pun ikut je la....hehe...tadek la nak berdebat bagai kan...

dan satu hari....aku terjumpa la sumthing kat wall facebook....sesuatu yang menarik pasal peribahasa ni...okeh, aku copy je la ek...

Dua peribahasa MELAYU yang mempunyai maksud yg TIDAK JELAS


1. Harapkan PAGAR, PAGAR makan padi.
2. Melepaskan BATUK di tangga.


Setelah menerima penjelasan, peribahasa yang tepat ialah

1. Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi.
2. Melepaskan BATOK di tangga.

PEGAR adalah sejenis BURUNG yang dibela oleh pesawah untuk menjaga sawah padi mereka drpd ancaman haiwan-haiwan perosak seperti serangga, tikus dan sebagainya.
Maksud peribahasa ini ialah burung PEGAR yg diharapkan utk menjaga sawah padi tidak boleh diharap kerana bertindak memakan padi milik tuannya.

BATOK pula ialah GAYUNG di yang digunakan untuk membersihkan kaki sebelum naik tangga nak masuk rumah (rumah kampung kan ada tempayan kat depan rumah).
Maksud peribahasa ini ialah sikap membuat kerja sambil lewa, acuh tak acuh serta tidak bertanggungjawab.

Punca kesalahan ini ialah peribahasa yg TEPAT dan TIDAK TEPAT itu sama dan serupa sekiranya ditulis dalam TULISAN JAWI. Mungkin kekeliruan dan kesalahan ini timbul semasa orang Melayu masih aktif munggunakan tulisan jawi.

هارڤکن ڤݢر، ڤݢر ماکن ڤادي
ملڤسکن باتوق د تڠݢ

sumber : facebook


pastu aku siap g search lagik burung pegar ngan batok tu...


burung pegar


batok

dan sekarang....aku tersengih-sengih balik bila teringat ke kompius an aku tentang peribahasa ni.....dan sekarang peribahasa tu dah jelas...=D


oklah nak stop kat sini dulu...
kekadang tu walaupun kita tahu mende tu tak logik, kita still ikut, kita tadek pun nak tanya lebih lanjut.....=p

5 comments:

rel='nofollow'>Cik Lia Lomi said...

ohhh, tulah, penjelasan ni logik juga...

rel='nofollow'>aReLaN said...

wow...thanks for sharing.dlu mmg terima bulat2 je.hahaha...naruhodo

rel='nofollow'>Cikpuan rara said...

actuaaly ramai yg tak tau pasal benda ni lah.akk nk share leh?

rel='nofollow'>MeeRole said...

Wow..bru tau ni..thanks 4 inpo ya..

rel='nofollow'>Jimmy Azimin Ali said...

sambungan peribahasa 2...
harapkan Pegar, Pegar makan padi...
harapkan padi, Padi pulak tak jadi...heheheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....