Monday, April 29, 2013

pembedahan buang selaput mata

Assalamualaikum wbt...

Walaikumussalam wbt...

hari ni, my mom operate mata....so, mata yang tak nampak ada katarak tu, lepas ni dah boleh tengok persekitaran dengan terang dan jelas...=D

so, pukul 7 pagi kami dah gerak dari rumah dah....sebab katanya daftar kul 7.30 kalau lambat boleh menyebabkan pembedahan di batalkan...warning baik punya.....sebab takut cancel la, awal-awal lagi kami dah ke hospital....(hospital sultanah zahirah kuala terengganu)

lepas drop my mom ngan adik aku kat pusat rawatan harian, aku p parking kereta...tunggu sat, nama kena panggil....naik tingkat satu, sebelah kiri, ada dewan pembedahan....lepas hulur kertas yang banyak-banyak kat tangan aku tu, dia timbang berat dulu...lepas tu suh tukar baju....

lepas tukar baju, p lepak kat atas katil...hari ni ada 6 orang..mak aku yang kelima...

nurse datang, buat checklist and ambil tekanan darah.....uh uh darah mak aku naik...195 yang atas yang bawah aku lupa...haha...bila doc tanya berdebar ke, dia cakap tak....huhuhu....so dia disuruh rehat....

doc tanya dah makan ubat ke, mak aku cakap dah....tapi darah naik..hukhuk...
dia tanya ubat apa, mana la mak aku ingat kan, so dengan baik hatinya aku balik umah p amik ubat, sebab doc nak tengok ubat apa yang mak aku dah makan, dia nak bagi ubat lain plak supaya tekanan darah stabil.....

(so, korang jangan lupa bawa bekalan ubat yang dah ada, atau pun tulis sikit nama ubat yang dah makan...so senang nak refer)

nurse tanya my mom mata belah mana, mak aku tunjuk la, and dia tanda ngan salotep sikit...lepas tu dia titiskan ubat mata...3 ubat mata dia titik dalam mata mak aku....



lepas tu doc bagi ubat penenang.....suh mak aku berehat....

pastu ada sorang mak cik baru datang....hampagas je, tulis kalau lewat boleh cancel pembedahan, mak cik tu slumber je datang lewat...hahaha...lepas tu dia buat awal dari mak aku lak tu, sebab tekanan darah dia dah stabil...=D

kesian kat mak cik tu, sorang-sorang....husband dia anta je lepas tu balik....and then, nurse call anak dia suh mai...sebab at least, kena ada gak sorang waris yang teman, karang nak p toilet ke apa kan...ada la jugak yang nak menolong......
and lagi satu, sebab lepas je pembedahan tu, kena p amik ubat, so waris tu yang akan amik ubat.....

lama jugak tunggu, pukul 7 pagi mai, lebih kurang kul 11 baru turn mak aku plak.....dia di tolak ngan kerusi roda masuk dalam dewan bedah...tak yah pakai selipar, nanti dalam dewan bedah kena tukar lain....

pembedahan sat je...lebih kurang 20-45 minit...kalau sampai 45 minit tu, sebab patient tu banyak bergerak-gerak, susah doc and nurse nak buat keje depa....kalau dak, sat ja.....

lepas tu mak aku kuar n tutup mata ngan eye shield....

lepas tu....aku p amek ubat kat farmasi kat bawah.....sat je tunggu.....ada banyak gak la ubat....yang penting ubat titis tu, kena titis setiap 15 minit sehingga 4 kali, lepas tu setengah jam dua kali and sejam sekali sehingga seminggu....
kalau umah dekat, dah habis titis yang 15 minit tu, dah boleh balik dah..yang setengah jam tu dah boleh sambung kat umah dah....

sesape yang tolong pesakit titiskan ubat ke makan ubat ke, jangan lupa cuci tangan sebelum dan selepas anda menjadi doktor sementara kepada pesakit....=D

pil plak ada yang makan 6 jam sekali, ada yang makan 4 jam sekali....so aku tulis siap-siap kul berapa nak kena makan ubat tu, takut lupa...hehehe...=D

n esok, kena p hospital untuk pemeriksaan lanjut...doc yang akan bukakan eye shield tu...lepas ni, kena follow pantang larang yang depa dok cakap tu....esok mak aku akan hensem dan macho dengan spek mata hitam dia..ehem...

oh ya.....sebelum aku close entry ni.....

ni ada serba sikit tips yang maybe dapat membantu u olls....bakal-bakal doktor sementara atau bakal mendapat mata yang lebih terang =D

-- tok sah pakai la barang2 kemas tu.....
-- free mekap...
-- breakfast dulu...
--please, anak-anak atau waris terdekat, mintaklah cuti awal-awal....temankan pesakit...sehari je pun.....kalau ramai lagi bagus....=D


ni sikit je tips dia...nanti kalau ada masa, n kalau aku jumpa balik pamplet tentang pembedahan ni aku share lagik yer tips lain.....

22 comments:

rel='nofollow'>Izwa Kamaruddin said...

Semoga mak cepat sembuh..

rel='nofollow'>iha said...

moga mak akak cepat sembuh.. hehe, kalau ikut pengalaman iha, diorang mmg sengaja ugut mcm tu sbb ramai patient dtg lewat.. mekap, contact lens, gigi palsu, barang kemas, hiasan2 pelik yg lain semua kena tanggalkan.. n make sure kena ingat nama ubat.. percayalah, stuff akan mengharapkan semua jawapan dari patient :)

rel='nofollow'>seharum kasturi said...

assalamualaikum ... dulu arwah ayah ada gak wat operation nih ... x amik masa lama nak sembuh ... mudah - mudahan segalanya berjalan lancar ...

rel='nofollow'>lynmunir said...

Banyak baca tentang pembedahan buang selaput mata ni biasanya kena pada orang-orant tualah. Membalas kunjungan Nina dan semoga ibu Nini cepat sembuh ya :-)

rel='nofollow'>Dylla Abas said...

teringat 2 thn lepas masa mak nak operate mata sbb katarak juga..kami 5 beradik amek cuti..meriah hospital tu dengan kerenah kitaorang..huhu :p

moga ur mom cepat sembuh ye..kalau boleh pantang la dulu 3-6 bulan :)

rel='nofollow'>Unknown said...

Tumpang tanya..berapa kos utk pembedahan ni ye?

rel='nofollow'>suzett said...

Sy nk tau jg brp kos utk operation katarak ni?

rel='nofollow'>suzett said...

Sy nk tau jg brp kos utk operation katarak ni?

rel='nofollow'>Unknown said...

Kalau pesara kerajaan, kena bayar duit kanta shj. 750

Anonymous said...

Salam.. nk tnye pembedahan tu ad risiko ape ape x?

rel='nofollow'>Shazaly Zainal said...

Lepas 4 minggu pembedahan abah saya meninggal dunia.
Tarikh yang ditunggu2 sudah sampai.Seingat saya raya ke 4 abah masuk wad. Mak saya yang temankan abah di wad. Saya datang hanya mghantar makanan dan melwat abah dan mak sebab kena jaga anak2 buah dirumah. Seminggu selepas tu saya pulang ke Melbourne utk sambung pengajian. 3 minggu di Melbourne sy dikhabarkan abah meninggal dunia pada 2 okt 2017 jam 9 pagi.Ada yang cakap kesan sampingan pembedahan mata ni boleh membuatkan kekejangan saraf sehingga jantung tidak dpat berfungsi dengan baik.Entahlah.. cuma aku redha masanya sudah sampai. Ya Allah ampunkanlah segala dosa abahku..jadikan la kuburnya sebagai taman syurga..jauhkan la dr azab kubur dan masukkan abah aku kedalam syurgamu tanpa hisab.amin

rel='nofollow'>Unknown said...

Baru jer...check mata ada selaput kat specialist tadi RM 180, kalo nak operate kos dlm 1k

rel='nofollow'>Sofedamia said...

Berapa ye kos buang selaput mata hospital kerajaan

rel='nofollow'>Unknown said...

Oo yeke..1k ea..da msuk mata hitam ke selaput tu?

rel='nofollow'>Unknown said...

Sy akan menjalani pembedahan buang katarak pd 30/10/18 ini Di hukm. Sy pesara . procedure percuma tapi kanta agak mahal rm1400.00 sy pesakit kencing manis. Doakan agar dipermudahkan. Tkasih

rel='nofollow'>Unknown said...

Harga manik/kanta RM750. Kalau ada GL, guarentor letter, takda bayaran pembedahan yg lain. Kalau takda gl, saya tak pasti.

rel='nofollow'>Kalam bisu said...

Berapa kos untuk rawatan buang selaput mata ye?

rel='nofollow'>Han said...

Sya baru lps check mata dekat klinik pakar mata.. rm170 nk buat pebedahan selaput plak rm2200 ke rm2800 ada 2 pilihan.. nk jahit ataupun nk gam.. gam kos mahal sikit lh..

rel='nofollow'>Unknown said...

Salam.. Boleh bg nama klinik tu tak.. Atau kalau no tel.. LG bagus

rel='nofollow'>Jamieylah Rashidie said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Kalo 2200 tu biasanya private tu. Mak sy nak pegi buang katarak hari ni.. Kena rm2600 utk sblh mata. Mudah2an oklah smuanya..

rel='nofollow'>Unknown said...

nak tanya skit...ayah saya baru buat smlm...katanya kelabu je rase mata yg buat tu...knp yer..adakah lepas buat mmg camtu atau salah kanta ni?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....