Monday, October 24, 2016

Ujian

Camar💕Terindah:
💥UJIAN KIFARAH DOSA?💥

💦Apabila kita diuji..
Hati berbisik..
Orang sekeliling menasihati..

💦"Allah uji sebab nak hapus dosa"

💦Ya betul.... tapi kita makin sedih.. makin kecewa.. makin meratapi dosa..

💦ALLAH jua diajukan soalan..
Kenapa dan Mengapa...
Kenapa aku.. kenapa aku.. kenapa aku..... ??

💦Wahai kawan.. berhenti sejenak.. tukarkan fikiran kita yang negatif itu..

💦Allah dah janji,

💦INNA MA'AL USRI YUSRO..
INNA MA'AL U'SRI YUSRO
INNA MA'AL U'SRI YUSRO
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)

💦Nabi Muhammad juga diuji.. bahkan lebih hebat daripada kita.. adakah kerana DOSA ??
(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)

💦Nabi Zakaria dipotong badannya.. terputus dua.. adakah kerana DOSA ??

💦Sumayyah dicampak ke dalam parit api.. habis sekeluarga.. adakah kerana DOSA ??

💦Bilal bin Rabah juga terseksa di dunia.. dihenyakkan batu besar diatas dada.. adakah kerana DOSA ????

💦Bukan.. bukan.. bukan..
Bukan kerana DOSA semata2..

💦Allah uji untuk MENAIKKAN DARJAT.. ALLAH UJI SEBAB DIA KASIHKAN KITA.. ALLAH RINDU AIRMATA KITA.. bahagianya !!

💦Manusia tak suka tengok orang menangis..
Tapi ALLAH suka !!

💦BILA KITA MENANGIS, MALAIKAT TADAH AIRMATA.. SIMPAN DI AKHIRAT.. AIRMATA KEINSAFAN KITA YANG RINDUKAN DAN TAKUTKAN ALLAH MAMPU MEMADAMKAN API NERAKA..

💦Jangan prejudis pada Allah apabila diuji..
Jangan menghukum diri apabila diuji..

💦Lebih baik ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. lepas salam.. istighfar dan selawat.. senyum memandang ke langit..

💦Biarlah airmata berlinang.. bisik dalam hati sedalam-dalamnya....

💦"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.."

💦Allah itu ADIL..
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..

💦Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah ..

💦Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah ..

💦Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah... ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

💦Wallahua'lam...

🍃BANGKIT DEMI ILAHI🍃

@CamarTerindah🕊
@ImanQowiyy




#####

Ayat ni copy paste ja...
Sungguh...menitis Air mata bila aku baca ayat ni...
Rasa di sayangi....
Thank you Allah....
Berat rasanya dugaan yang menimpa....tapi sebenarnya ujian itu sesuai dengan keupayaan diriku....
Semoga Dia gantikan dengan yang lebih baik...inshaAllah

3 comments:

rel='nofollow'>nuyui a.k.a miss YUI said...

tq juga sbb sudi share..

rel='nofollow'>Myra Jay said...

TQ sharing..

Allah uji sebab Allah sayang kita, Allah ingat pada kita.

rel='nofollow'>Mummydearie said...

TQ for sharing. Bagus peringatan ni. Bila ditimpa musibah, jangan asyik mengeluh. Kita kena ingat pada Allah. Diturunkan musibah ada sebabnya, bukan kerana Allah tak sayang kita...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....