Friday, June 23, 2017

Update yaya setahun lima bulan

Assalamualaikum wbt

Lama gila tak menulis di sini...biasalah saya menulis ikut mood. Mood on banyak la kita bercerita...bila mood down diam diam je...haha...

Rasa macam nak menulis balik sebab dah banyak perkembangan ammara tu saya terlepas pandang...kalau tanya details pasal dia...serius saya lupa...haih nanti anak seterusnya macam mana la nak buat rujukan...ececeh...haha

Ammara atau pun skang ni saya lebih suka panggil dia yaya...korang pernah dengar lagu didi tajuk dia tetamu ?...ala yang macam ni...


Didi didi
Nana datang
Bawa kek coklat

Ok lagu ni saya yang suka....and saya yang selalu nyanyi...tapi tukar nama...didi didi....yaya datang....lalalala....sebenarnya nak bagitahu saya panggil yaya dengan rentak lagu tu...hahaha...

Cerita pasal yaya ni...saya ni selalu lupa anak saya masih kecil...so saya entertain dia macam orang besaq....saya selalu bagi arahan kat dia buat itu ini..like...yaya...nana (patung nana yang dalam lagu didi and friend) nak tido..p tido kan nana...letak dalam buai. The best part is, yaya ikut apa yang saya suruh. Dia faham arahan saya. Lepas tu suruh dia ambil babydoll dia pulak letak sekali dalam buai tido dengan nana kemudian dia hayun buai dan ulit la anak dia dua ketui tu...dan saya boleh tengok tv dengan aman sekejap. Haha

Pastu kalau nak suap dia makan...saya selalu lupa nak dudukkan dia elok elok atas kerusi. Saya je yang duduk elok kat atas kerusi sambil pegang pinggan nak suap dia makan. Lepas tu saya suruh dia p ambil kerusi dan duduk. Dan dia faham and dia buat ikut arahan.

Tu kisah kalau dia faham. Kalau dia tak faham....sila bawa bersabar bila kau bagi arahan dia cakap ha ? Ha ? Ha ? Dengan muka tak de perasaan bersalah. Kita ni ulang la selagi kita sabar bila dah habis sabar kita diam terus...haha...

U olls ada tips tentang anak anak kecil sudi sudikanlah share...saya ni tak reti jaga baby....kadang buat sesuka hati je...erm banyak eksperimen hat first ni..

Jumpa lagi...=)


1 comment:

rel='nofollow'>mamapp said...

Yaya Baru setahun Lima bulan? Tengah seronok bermain dgn dia tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....