Friday, June 23, 2017

Yaya dan carseat

Assalamualaikum wbt

Now nak cerita pasal carseat. Carseat benda alah yang paling banyak membantu saya untuk bergerak. Kiranya kalau takat takat nak p dating berdua dengan si yaya ni selamba je la kan....dak pun nak p cari papa baru..eh..erk..haha

Kisahnya...Carseat ni memang masalah masa nak beli dulu. Yer la, orang cakap budak tak mau duduk pun dalam carseat ni. Saya ni apa lagi gigih la cari bahan macam mana nak bagi anak boleh duduk dalam car seat and saya dapat drive dengan aman.

Antara tips yang saya baca

Biasakan anak dengan carseat. Keluar hospital terus je letak dalam carseat. Yang ni kami buat masa nak balik kampung berpantang hari tu. Memang setting baik punya car seat tu, letak toto bagai bagi sesuai dengan baby and letak baby dalam tu. Okeylah dia tak meragam.

Kalau boleh carseat ni angkut sekali masuk dalam rumah and selalu letak baby dalam carseat biar dia mesra gitu dengan casrseat dia. Biar dia rasa carseat tu dia punya gitu. Biar dia sayang dengan carseat dia and nak berkepit selalu. Hahaha.

Prepare mainan atau buku siap siap pada anak anak supaya dia leka dok dalam catseat tu.

Dan banyak lagi la kalau u olls gugel. Hahaha....

Kisahnya....yaya ni ok je dengan carseat ni. Masa mood dia baik dia sangat behave sampai saya rasa wah seronoknya berjalan jalan dengan awak hari ni. Esok kita jalan lagi. Tapi
...kalau dia start mengamuk...alahai...tabahlah hati. Kita kena drive dan dalam masa yang sama dia dah nangis nangis. Memang terpaksa biar je la ataupun sometimes berhenti tepi jalan dan pujuk dia.

Pernah sebab dia mengantuk sangat lepas pujuk dia menangis dia nak duduk atas saya...ok fine...pasrah la saya peluk dia atas riba saya sambil drive. Tu pun sebab dah dekat dengan rumah...pastu berhenti kejap beli coconut shake...dan dan yaya bukak mata dan nak minum. Redhalah kite bagi dia minum. Aih sedap pulak dia minum...haha...sabo je la.

Bila dah sampai rumah, bagi ceramah sikit kat dia bahawasanya perangai dia sangatlahhhhhh grrrrr....not good okay. Kalau buat lagi tanak ajak berjalan. Makanya esok ajak berjalan lagi. Hailah hati mak mak ni.

Dan esok saya bawak berjalan lagi. Dan setiap detik saya keluar dengan yaya sebenarnya banyak benda yang saya belajar. Sebab kalau kena gaya elok pulak dia behave je dalam car seat. Saya rasa saya yang kena belajar banyak perkara pasal yaya.

Oklah..jumpa lagi

5 comments:

rel='nofollow'>mamapp said...

Biasalah.. dah Ada anak ni sampai dia besar pun kita Masih berlajar juga memahami dia.. itu Yang indahnya tu

rel='nofollow'>Adam said...

Saya tak ada baby.
Kalau ada carseat tu perlu.
Selamat hari raya

rel='nofollow'>Siti Yang Menaip said...

ehehe xleh komen tadak pengalaman lagi =D

rel='nofollow'>Mama Kembar Tiga said...

Si kembar ni masa kecik mmg pergi mana pun duduk dlm carseat, utk keselamatan kan

rel='nofollow'>OKje said...

Tengok budak kot Nini...Kalau kita biasakan sejak dari kecik, ok kot. Mmg banyak mudahnya baby duk dala carseat ni. Selamat pun selamat insyaallah.... kita pun tak penat memangku hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....