Tuesday, July 18, 2017

Reject

Assalamualaikum wbt...

Saya ni tak tau la kategori yang macam mana...kadang kadang saya pandai menolak, tapi ada masa saya tak pandai nak tolak. Alahai...mungkin penjual tu pandai bodek kot...hahaha

Kisahnya, hari tu pergi vendor tempat saya letak tudung baby...sekali yaya nak didi...saya ambil didi tu bagi dia. Seronok betul dia kelek kesana kemari. Saya tanya harga didi berapa, akak tu cakap kejap yer.

Haha...saya faham the feelings...kalau kawan kawan yang tanya harga ni kita rasa lain macam je...haha...last dia bagitahu harga didi tu rm50. Besar la juga saiznya, kecil sikit daripada yaya.

Lepas tu saya cakap, nanti lah...duit tak bawak banyak. Lepas tu dia cakap, kalau awak nak potong duit vendor pun boleh...alaaaa....hahaha..pandai betul dia bodek saya. Saya diam lepas tu saya cakap..bolehlah..hahaha...sebab saya tengok yaya dah suka dengan didi tu...

Saya ni kalau dengan toys alah sikit. Haha...gila toys. Lepas tu bila dah beli didi, saya tengok yaya biasa biasa jer. So saya rasa macam menyesal beli didi tu...hahaha..lagipun yaya dah ada nana dan beg didi. So saya rasa macam tak perlu pulak didi besar tu.

Last last saya simpan didi dalam almari....gambar didi pun saya tak sempat snap takut yaya nampak didi tu...



##
Menolak tu susah bagi sesetengah orang kan...sebab tu Ada orang cuma diam.

Kalau dulu diam mungkin setuju. Tapi sekarang diam mungkin bermaksud menolak secara baik tidak mahu ada hati yang terluka...tapiiiii
Ada orang jenis tak paham dan keep asking....haiyyyaaaaaa......
Hahaha





15 comments:

rel='nofollow'>Nurrul Hazieqah said...

hihihi... betul tu. sekarang tak sama signals mcm dulu. haha
lagi2 bila tnya diam tuh :P

bestnya dapat didi, Nurrul suka yg arnab tu..

rel='nofollow'>Cik Lily Putih said...

lumrah kehidupan... cam ni lah

rel='nofollow'>raihanah said...

asam garam kehidupan ya

rel='nofollow'>Azian Elias said...

Akak pun.susah nak menolak kalau org cuba2 jual brg..selalunya terbeli..dah tu nyesal.

rel='nofollow'>Nur said...

Susah nak tolak sebab jaga hati orang, kadang-kadang.

rel='nofollow'>Anisa Anuar said...

pernah jgk ada situasi ni...end up just ckp...itu rezeki org tu..tak apalah..redha dgn apa jd..insyaAllah yang lebih baik akan dtg kat kita

rel='nofollow'>Mimie said...

Betul tuh...bile nk menolak susah sgt..wlupun xnk tp terima jela..anggap tuh rezeki org

rel='nofollow'>Ana Suhana said...

Samalah kita. Susah nak menolak. Tp kalau dah sampai rasa mcm terbeban memang akan menolak juga walau rasa bersalah menggunung. Haha

rel='nofollow'>Sha Mohamed said...

Nak menolak nie, hati kena kental jiwa kena beku.. Tapi tu lah.. Payah sebenarnya.. Hehehe

rel='nofollow'>Seorang Syed said...

Setuju, saya pun kadang-kadang alahai. Susahnya nak menolak tu. Kadang-kadang terpaksa juga ambil walaupun kita taknak or tak perlukan sebab serba salah.

rel='nofollow'>mamapp said...

Mama pun sama juga esp kalau nk minta hutang. Eh Kita Pula yg malu padahal org Tu yg berhutang. Tapi mama mmg alahai kalau anak yg minta. Sebolehnya Akan beri. Kesian..

rel='nofollow'>dorsett pink said...

Hihihi. Alhamdulillah saya jenis ckp terus terang. Kalai tak nak, saya menolak, kalau nak, saya ambik. Hihi. Tapi memang betul ada orang yang jenis tak pandai menolak

rel='nofollow'>Cici said...

hari tu belikan si si gegirl Nana. si abang sibuk tanya Didi pulak. adoi -__- last last Nana tu duduk diam diam je kat sudut. dorang tak heran pun nak main

rel='nofollow'>Aryan azra said...

betul kadang2 diam tu tanda tak setuju sekarang ni sebab malas nak banyak bersoal jawab, tapi kadang2 kita perlu menolak untuk barang yang tidak perlu

rel='nofollow'>Radhia Razali said...

Tak apalah..dapat kat anak jugak..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....