Saturday, July 22, 2017

Ibu bapa contoh terbaik

Assalamualaikum wbt..

Seronok betul tengok cerita jangan ikut aku...kadang kadang seram tapi banyaknya yang lucu la bagi saya...

Sepupu saya cakap, cerita hero kerinting...hihi...sepupu saya tu penakut, nak mandi selalu ajak mak dia teman..rumah dorang agak besar la, rumah kampung =) mungkin sebab tu kot dia takut...hehe...

Saya tanya pak cik, tengok tak cerita jangan pandang aku tu..pak cik cakap mestilah tengok...anak anak pun tengok sama. Lepas tu mulalah takut nak pergi ke tandas..tak bagi tengok, tak boleh...sebab pak cik pun nak tengok...hahaha...

Macam mana nak larang anak anak tengok kalau kita pun dok ralit tengok kan...kecuali kalau tv letak dalam master room..tengok laki bini tinggal anak kat luar..hahaha...

Teringat masa saya kecil kecil dulu, meja study saya kat hujung ruang tamu. Malam malam kami wajib belajar. Mak pun jarang sangat buka tv sebab kalau buka confirm la kami join sama. Hihi...

Kisah kedua...handphone. Pak cik bising saya tak respond mesej. Haha...saya boleh respond bila keadaan ok..kalau keadaan tak mengizinkan memang saya tak berani sentuh hp sebab kalau yaya bertukar jadi hulk satu kampung boleh dengar suara dia..lama pula tu dia mengamuk...sangat memerlukan kesabaran yang sangat tinggi...

Pak cik cakap anak dia pun macam tu..kalau tak bagi hp nanti dia mengamuk siap baling barang barang yang ada...tapi, kalau dia tak nampak hp ok jer...dia nak hp bila nampak mak atau ayah dia pegang fon...kalau parents dia tak pegang fon dia elok jer main....

Jadi kalau tak nak bagi anak main fon, mak ayah pun kenalah bertabah tak boleh pegang hp...mana aci mak ayah ngadap fon anak main sorang sorang kan...hihi

Apa yang saya nak cakap, pandangan peribadi saya...hihi...kalau kita nak anak jadi a kita la kena jadi a dulu...jangan sampai jadi ketam mengajar anak...susah sikit nak menjadi...hihi

Besar pengorbanan nak besarkan anak anak ni kan, yerlah kena berkorban tv, hp mungkin hobi yang tertentu pun perlu berkorban juga...hehe


Ni masa raya hari tu...bagi fon supaya behave...maaf la nak, ummi terpaksa bagi awak gadjet sebab nak beraya...hahaha

Korang mesti ada pandangan sendiri kan...jom share =)

14 comments:

rel='nofollow'>PeRdU cINta said...

Betul...PC pun seorang anak...banyak yang terakam dimemori sedari zaman kanak-kanak yang saat itu sudah boleh memahami terakam...setuju..ibu bapa contoh dan guru pertama anak-anak.

rel='nofollow'>Mimie said...

Ibu bapa memang contoh terbaik buat anak anak

rel='nofollow'>Unknown said...

susah mendidik anak.zaman.gajet...ibu bapa kena kuat iman..jgn berhp juga..huhu

rel='nofollow'>Maria Firdz said...

Ibu bapa cerminan Anak-anak.. sbb tu bila dewasa jangan salahkan orang lain jika anak kita bermasalah.. tapi salahkan diri kita sendiri dulu.

rel='nofollow'>mamapp said...

Kadang2 ibu Napa kena berkorban sikit demi masa depan anak. Sebab anak mmg perhatian je Dan Akan ikut APA yg dia nampak

rel='nofollow'>I am LZ said...

Comel si yaya.. Khusyuk dia bila dapat hp..
Apa pun memang betul mak ayah perlu jadi contoh kepada anak-anak..
Bertabahlah kita demi anak-anak..

rel='nofollow'>Miss Mirror a.k.a Sam said...

Teringat kawan Kak Mirror..
Hari2 beliau solat tahajud kat bilik anak (walau ketika itu anak2 sdg tidur). Ironinya, anak2 berubah jadi solehah malah ada yg tetiba berniqab.

rel='nofollow'>arzmoha said...

best juga cerita jangan ikut aku...lagi best macam ada sebab kenapa hantu tu ikut dia.


dulu saya pun sama beri tab pada anak nak suruh duduk diam, tapi tindakan tu salah. lama lama makin membesar dia macam bergantung pada tab, bila-bila dengan tab jadi kurang untuk bergaul.

sekarang sembunyikan tab cakap rosak 3 hari ja mengamuk pastu dah kembali normal alhamdulillah

rel='nofollow'>Sue Bee said...

Cermin terbaik utk anak anak ialah ibubapa sendiri..

Anonymous said...

bagaimana acuan begitulah kuihnya. ibu bapalah yg membentuk anak2 :D

rel='nofollow'>Aryan azra said...

kadang macam tu juga terpaksa bagi gadjet untuk diamkan anak dirumah orang

rel='nofollow'>Sha Mohamed said...

Yup.. Ibu bapa cermin anak-anak.. Ada masanya perlu bagi gadjet supaya anak behave terutama sekali kat rumah orang.. Tapi kalau kat umah sendiri memang tak lah.. Mereka sebok dengan aktiviti kreatif di dinding.. Hehehe..

rel='nofollow'>Siti Yang Menaip said...

bagi CT yes parents adalah pembentuk utama. hantarlah ke sek asrama ke mana ke.. anak2 itula cerminan ibu bapanya..

rel='nofollow'>Susan said...

Thank you for helping people get the information they need. Great stuff as usual. Keep up the great work!! If you're looking for the best Things to do in the world, this list has something for everybody! From adventure to culture, food to history .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....