Monday, July 31, 2017

Yaya hilang masa shopping

Assalamualaikum wbt

Yaya hilang masa shopping...
Saya ni sambil shopping sambil juga window shopping....
Jalan-jalan tengok barang, berkenan, berhenti, belek-belek
Haih....ada anak weh...ada anak...
Dah tak boleh buat macam tu lagi okehhh...!!

Mula-mula kami p playground...
Lepas tu, yaya tengok troli ada kereta
Dan dia sibuk nak naik...
Okeylah, kesian kat dia saya pun pergi ambil troli tu juga


Troli ni terhad, kalau nak guna kena pergi dekat kaunter customer servis
Siap kena tinggalkan ic atau lesen
Nanti dia bagi kad bernombor pada kita

Yaya pun seronok lah naik troli ni..
Saya pula expect, sebab dia seronok so boleh la berlama lama kan...
Jalan jalan sambil tolak troli tilik satu satu barang
Oh yer, troli ni agak berat...

Dua kali saya tangkap yaya selamat keluar dari kereta dia dan berlari lari...
Haih anak...ni semua gara-gara saya berhenti belek barang....

Kali ketiga, saya belek lagi barang-barang
Tiba tiba tengok...ehhhhh anak aku hilang !!! Sikit lagi jantung saya nak jatuh tergolek...nasib baik saya cepat sambut...
Panik lima saat...akak yang dengar saya cakap macam tu, pandang saya cemas
Sempat lagi saya tengok muka dia...
Saya pun pusing balik ke tempat yang saya lalu tadi, ofcourse saya tinggal je troli kat situ kejap


Fuuuuhhhh...nampak si kecik berjubah hijau ngan tudung hijau
Ada dua orang staff giant tengok anak saya and bincang bincang (maybe bincang pasal anak saya)
Terus saya peluk yaya
Sambil berjuraian air mata
Ok tipu
Hahaha...

Saya ambil yaya dan dukung dia
Haih susah juga nak dukung budak ni sambil tolak troli...
Dah lah ringsling ada dalam kereta..
Saya dah jarang guna ringsling kalau ke giant sebab yaya suka dok dalam troli...

Saya dukung yaya sambil tolak troli ke kaunter
Nak bayar barang saya pujuk yaya duduk dalam kereta dia dulu
Cepat cepat saya letak barang atas kaunter sambil bercakap dengan yaya
Tiba-tiba dia turun lagi sekali
Haiyyyaaaa....dia berlari ke arah jam tangan kanak-kanak yang comel kat depan kaunter tu
Haih..nasib baik tak lari jauh
Kalau tak jenuh ada aksi kejar mengejar pulak
Saya ambil dia, bayar dan terus tolak troli ke kaunter customer servis

Sebenarnya kesilapan saya masa naik troli ni
Saya tak pakaikan yaya seatbelt di pinggang dia tu
Tapi....saya rasa kalau pakaikan lagi bahaya kot
Mungkin yaya akan lakukan apa sahaja untuk lepaskan diri dari seatbelt dan jatuh
Haih...scarry la pulak...

So...u olls...kalau nak guna troli ni
Kena sentiasa alert la dengan anak kat dalam kereta tu
Ye lah...senang sangat dia nak keluar dari kereta tu...hihi
Kalau pergi sorang sorang, saya rasa saya prefer troli biasa je atau ringsling....selamat....hihi





21 comments:

rel='nofollow'>Anum said...

ya allah nasib baik x lambat kan

rel='nofollow'>Khamsi Abdullah said...

Alamak.. troli biasa yang boleh letak budak tu yaya taknak duduk ke? Risau betul.

rel='nofollow'>noor azlan said...

Bahaya kan, budak2 hilang, takut main dekat escalator je..

rel='nofollow'>NanyFadhly said...

Haishhh..part hilang anak ni memang ketakutan dan kegerunan untuk semua parents. 3 hari lepas anak saya yang bongsu tuh pun hilang jap dari pandangan mata masa dalam Hall kat MICF. Fuhh...sebab tenpat crowded kan..jalan pulak tak pimpin tangan. Nasib baik ada staff derang yang baik hati bawak ke stage and buat announcement kat situ. HAHAHAHAH! glemer jap mak nyer. Kah!

rel='nofollow'>Aryan azra said...

kalau akak cemas nih anak hilang..betul tu nini shopping sorang2 ni kadang nak tengok barang nak tengok anak lagi kadang kita terleka kan, akak pernah sekali macam tu lepas tu tak berani dah nak shopping dengan anak2 je

rel='nofollow'>Wak Lat said...

dulu2 wak pon penah hilang anak kejap., huhu2

rel='nofollow'>Hernee Nazir said...

aduhaiii benda ni la paling ditakuti mak2 ayah2..selisih la ek..

rel='nofollow'>Adam said...

Kanak kanak memang begitu. Kita kena sentiasa awas dia.
Anak anak yg hilang tu sebab kita leka.

Alhamdulillah yaya ok

rel='nofollow'>Ciktie said...

Alhamdulillah..kalau nak shopping lebih baik jangan bawa budak tapi kalau tak bawa tak sampai hati pula

rel='nofollow'>Ana Suhana said...

alhamdulillah semua selamat. ana kalau nk shopping mmg tak kan pergi sorang walaupun syafi jenis yang takut bila jauh dengan ana.

rel='nofollow'>Anis Azalea said...

Semalam pun kena juga jumpa dia tgh belek2 brg perhiasan...uh uh..

rel='nofollow'>norhidana said...

benda yg paling kite tkt nih....

yelah sbb kereta tu kt bwh, tu kalau kite tak perati betul2 mmg blh tak perasan kalau anak kite dh takde kt kereta tuh....

rel='nofollow'>nurbijen said...

Huwaa, part anak hilang ni laa yang paling takut dgn mcm2 kes skrang ni...
Akak pernah hilang anak sedara kat Alamanda...
Mmg masa tu rasa hopeles sgt nak cari...
Bila nampak guard, cepat2 buat laporan..
and lega bila guard tu kata dia ada jumpa budak yg saya cerita tu... phew!

rel='nofollow'>imm said...

pheww alhamdulillah selamat.. anak saya yg kecik tu pun mmg takboleh lepas. dia punya lari terkedek2 tu mmg takpandang belakang dah..huhu

rel='nofollow'>Zhi said...

Masukkan je kat troli tempat barang tu . . boleh nampak terang2 dia tak boleh lari . . haha

rel='nofollow'>Ainniah Zulkefli said...

kena berjaga2 selalu kan. Alhamdulillah jumpa.

rel='nofollow'>mamapp said...

Omaigadd.. nasib baik takde apa2 pada yaya.. Umur mcm ni mmg x boleh lepas sikit

rel='nofollow'>ctfand said...

Pernah sekali 2 anak tiba2 hilang dari pandangan mata dalam shoping mall. Lepas tu mujur tak jauh perginya..fuhh. Kita memang kena extra careful. Leka sikit ja..nauzubillah..malas nak fikir lebih2..

rel='nofollow'>Farrah MF said...

Mujurlah dapat jejak si Yaya...

rel='nofollow'>Sha Mohamed said...

Part nie yang seriau bila anak-anak dah mula nak berlari-lari dalam pasaraya..

rel='nofollow'>QasehnyaRania said...

Berderau darah

Ciksu pon pernah tau.
Rania dgn si ayah. Di pasar malam. Baru dua bulan di jerteh.
Berjurai air mata ciksu
Allah Hu Akhbar tak terbayanglah nini..
Sampai skrg dgn mak ayah x berani citer huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....