Friday, August 11, 2017

Bodoh

Assalamualaikum wbt...

Dulu...saya pernah kerja dengan syarikat training and development =)
Sampai sekarang saya masih ingat ayat trainer tu...

Bodoh tu tak wujud
Yang wujud
Faham dan tidak faham

Kalau seseorang tak faham asas...
Memang susah dia nak faham perkara perkara yang berkaitan seterusnya

Ada orang baca sekali dah faham
Ada orang baca berkali kali baru faham
Ada orang kena orang lain terangkan baru faham

Cuma itu sahaja bezanya...
Jadi mungkin si a hanya perlu belajar sejam si b perlu belajar sampai lima jam baru dia dapat ilmu tu

Bila dah tahu kelemahan kita senang lah kita nak polish balik...
Kalau betul kita nak...kita akan buat juga sampai dapat...tapi mungkin akan ambil masa yang lama...

Sama seperti anak anak
Yang masa belajar pun lain lain
Kalau cepat faham sejam dah cukup
Kalau yang jenis lambat faham mungkin perlu belajar atau latih tubi dua hingga tiga jam atau mungkin lebih

Terima kekurangan mereka seadanya dan raikan mereka dengan cara yang sesuai =)



16 comments:

rel='nofollow'>Aryan azra said...

betul sangat tu, setiap anak perkembangannya berbezakan kita sebagai mak ni kena tahu tak perlu banding2kan dengan kawan2 atau anak2 yang lain. kena tahu potensi anak2 sebenarnya

rel='nofollow'>Mrs Pip said...

Setuju sgt..lain org lain tahap kefahamannya....

rel='nofollow'>Nor Azimah Ali said...

Kalo Ada ank yg ramai mmg dapat bezakan antara yg cepat pikap, mana yg lmbt pikapnya. Tapi setiap org ada kelebihan dan kekurangan masing2, ada potensi yg lain jika kurang dari sudut pembelajarannya. Kita makpak kena terimalah setiap kekurangan dan kelebihan yg Ada tu.

rel='nofollow'>mamapp said...

Kita bodoh kalau xnak perbaiki kelemahan diri sendiri.
Mama ke sini melalui AFB feed ninja haha. Iye nini xtahu ke

rel='nofollow'>Ana Suhana said...

Well said nini. Level of understanding yang buat seseorang tu berbeza dgn yg lain. Yg penting kena ada usaha berterusan utk perbaiki diri.

rel='nofollow'>Izwa Kamaruddin said...

Got it!

rel='nofollow'>Mimie said...

Betul...jgn guna pkataan bodoh tapi sebaliknya guna pkataan yg lembut dan sopan cth mcm entry di atas faham dan kurg faham. Lgpun setiap org berbeza beza penerimaannya

rel='nofollow'>dear anies said...

sangat2 setuju... tp kan sgt cpt panas telinga kalu dgr org ckp bodoh... kalu budak kecik cpt je sy cubit mulut dia ;-)

rel='nofollow'>aizamia3 said...

Betul setuju sangat.

rel='nofollow'>SalbiahM said...

ingat dulu ada cikgu cakap.takde pelajar pandai atau bodoh. yang ada hanya rajin atau malas

rel='nofollow'>nohas said...

sangat setuju...

rel='nofollow'>SIQAHIQA said...

Betul betul. Pemahaman setiap orang berbeza. Tak boleh anggap semua orang sama. Perlu diajar juga ikut cara yang dorang senang tangkap ilmu..

rel='nofollow'>Humaira said...

Tq for sharing..i loike💕 ayt2 tu menaikkn smngt.hehe

rel='nofollow'>Nadhie Wueen said...

Yup setuju setuju. asas tu penting utk kita fahamkan keseluruhan contents. back to basic & yg kurang faham kena double usaha tu je . sbb otak kita cara berfikir lain lain kan :)

rel='nofollow'>Sue Bee said...

Betul tu. Tahap kefahaman sorang sorang tak sama.

rel='nofollow'>OKje said...

Betullah tu...tap masalahnya Nini dah tau kena baca 10x, tapi tak sedar diri....baca sekali je, habis acane tu?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Labels

tentang saya =D

My photo
menulis apa sahaja yang saya suka...sekadar berkongsi apa yang saya rasa....